42-SARAPAN

Keesokan paginya...

Isya yang tersedar dari tidur, bingkas bangun lalu memandang sebelahnya. Dia melihat Ryan yang masih nyenyak tidur disebelah. Dia mengambil getah rambut yang berbentuk ribbon comel, lalu mengikat rambutnya menjadi ponytail.

Setelah itu dia terus turun dari katil lalu keluar dari bilik. Dia berjalan menuruni anak tangga lalu menuju ke dapur. Dia terdengar bunyi bising di dapur seperti ada orang sedang memasak.

Dia melihat Aira yang sedang sibuk menyiapkan sarapan pagi. Aira yang melihat Isya masuk ke dapur, terus menegurnya.

"Hai Aryana... Morning"tegur Aira sambil tersenyum lebar.

Manakala Isya tersenyum pahit.

"Hai, morning too..."balas Isya.

Dia membuka peti ais lalu mengeluarkan kotak air susu lalu menuangkan kedalam cawan.

"Ryan tidur lagi ke?"tanya Aira.

Isya yang baru lepas meneguk air susu tadi, mengangguk perlahan.

"Ha'ah , dia tengah tidur lagi... Nyenyak... Dia tidur pukul berapa semalam?"tanya Isya.

Semalam dia tidur awal, dia tidak menunggu Ryan. Merajuk.

"Tak tahulah, sebab saya tidur awal... Dia dengan Airyn tak tidur duduk layan movie kartun Smurfs tu"balas Aira.

"Ooo"

Isya berdiri dibelakang Aira lalu melihat apa yang sedang Aira masakkan.

"Saya masak nasi goreng kampung... Cuba awak rasa, dah cukup rasa ke belum?"ujar Aira lalu mengambil sedikit nasi didalam kuali menggunakan sudu lalu disuapkan pada Isya.

Isya mengunyah nasi goreng kampung itu perlahan-lahan, dan memberikan reaksi yang mengejutkan.

"Emm!! Sedap!!"kata Isya.

Aira tergelak kecil melihat Isya seakan budak kecil reaksinya.

"Haha... Dah cukup rasa?"tanya Aira.

"Cukup dah rasanya. Sedap nasi goreng kampung awak masak, rasa lain dari lainlah..."balas Isya sambil memuji masakan Aira.

"Takdelah awak, biasa je ni..."kata Aira yang malu dipuji Isya.

Dia menceduk nasi goreng kampung yang sudah siap itu kedalam mangkuk letak nasi, dan hidang diatas meja.

"Aryana, kalau awak nak makan... Makanlah dulu..."ujar Aira.

"Takpelah, tunggu semua bangun makan sama-sama..."balas Isya.

Dia melihat Aira mengeluarkan nugget ayam dan sosej dari peti ais.

"Awak nak goreng apa lagi?"tanya Isya hairan, sebab diatas meja dah ada lauk ayam, dan telur goreng.

"Oh, nak goreng nugget dengan sosej. Si Airyn tu suka makan benda ni je, macam nasi kurang... Jenuh paksa... "balas Aira lalu menggoreng nugget dan sosej.

"Ooo... Patutlah, biasalah tu... Budak-budak... Suka makan benda goreng-goreng... Nasi kurang"kata Isya pula.

"Betullah tu... Tapi tak elok juga makan selalunya. Ni, awak bila due date? Tengok sarat dah tu..."tanya Aira.

"Lambat lagi due datenya, 2 bulan lagi..."balas Isya.

"Haish dia ni... Lambat apanya, pejam celik sekejap je... Tup tup bersalin dah. Barang baby dah beli ke? Jantina baby apa?"tanya Aira bersungguh.

Isya tergelak kecil.

"Hehe... Dah beli sikit je, sebab barang baby yang sebelum ni awak tak sempat guna ada banyak. Jadi guna jelah... Yang mana ada dah. Jantina baby, ermm... Rahsia!"kata Isya lalu tersengeh.

"Amboii... Rahsia-rahsia... Alooo... Bagilah tahu"pujuk Aira.

Dia meletakkan pinggan berisi nugget ayam dan sosej di atas meja.

"Hehe... Takdelah, saya dan Ryan pun tak tahu jantina baby ni... Time scan dia tutup, malu... Kata dokter, dia nak buat suprise kot"kata Isya lagi.

"Haha... Agak-agak baby apa la ni, lepasni Airyn dapat adik. Suka la dia tu, nak sangat ada adik..."kata Aira sambil ketawa.

Isya pun turut gelak.

Nampaknya mereka berdua cuba menerima antara satu sama lain, alhamdulillah la... Walaupun akan ada masa rasa cemburu.

"Saya nak pergi gerak Airyn bangun, dan Ryan sekali... Awak tolong hidang makanan atas pinggan boleh? Saya taknak la awak naik turun tangga, awak tu mengandung... Risau saya"kata Aira.

Isya mengangguk.

"Okey, lagipun saya pun tak larat nak gerak naik atas balik..."balas Isya.

"Ya, saya naik atas kejap tau..."pinta Aira.

Isya mengangguk lagi.

×××××

Aira membuka pintu bilik. Dia melihat Ryan yang terbaring lena didalam kain selimut tanpa berbaju. Amboii.

"Awak! Bangun... Bangun..."gerak Aira sambil mengoncang lengan Ryan.

Ryan dalam samar-samar mendengar suara Aira. Bukan dia makin bangun, lagi dia tidur adalah. Dia pergi tarik Aira jatuh atasnya, lalu peluk.

"Ya Allah dia ni!! Awak!! Bangunlah!!"gerak Aira lagi sambil menepuk lengan Ryan.

"Nantilah sayang... Jom tidur meh..."kata Ryan dengan suara serak-serak basah.

"Tidur apa lagi? Dah pukul 10 sayang oii, nak kena penyubik ke apa ni?"tegas Aira.

"Janganlah marah-marah... Meh kiss"kata Ryan lalu mencium bibir Aira.

Terkaku Aira dalam pelukan Ryan.Rasa macam kena renjatan elektrik.

"Kan dah kena cium... Marah-marah lagi..."bersuara Ryan lagi.

Aira terus memukul-mukul badan Ryan.

"Eiii!! Sapa suruh awak cium saya hah?? Dahla mulut tak basuh, air liur basi!!! Eiii!!!"mengamuk Aira.

Ryan selamba je reaksi dia.

"Sekali sekala sayang..."balas Ryan.

Sebijik penumbuk melayang dimuka Ryan.

"Hah!! Ni sekali sekala!!"kata Aira.

"Aaaa.... Aduhhh... Sakitlah"mengadu Ryan. Sengal pipi dia kena tumbuk.

"Sedap? Nak lagi?"kata Aira lagi.

Garang betul Aira ni. Gurau sikit tak boleh. Ceh...

"Taknak..."balas Ryan.

"Dah, bangun. Pergi basuh muka... Aryana dah tunggu kat bawah tu nak sarapan sama"ujar Aira sebelum bangun dari katil.

"Okey, sayang"balas Ryan.

Aira pun keluar dari bilik dan masuk kedalam biliknya pula, mahu mengejutkan puteri kesayanganya, Airyn.

"Airyn... Sayang... Bangun..."kejut Aira sambil menepuk perlahan bahu anaknya.

Airyn mengeliat kecil apabila digerak bangun oleh Mamanya.

"Maa...Maa.."kata Airyn.

"Jom bangun sayang, sarapan. Mama ada goreng nugget dengan sosej untuk Airyn..."kata Aira lagi.

"Yeay!! Mama masak nugget dengan sosej..."seronok Airyn, terus bingkas bangun.

"Pergi cuci muka dulu..."suruh Aira pada anaknya.

"Yes, Mama..."balas Airyn.

Aira tersenyum melihat anaknya.Terasa lengkap hidupnya dan anaknya sekarang. Mungkin dia hanya dapat merasai semua ini sementara, dan masa ini saja dia ingin luangkan masa bersama anak dan suaminya.

Tanpa dia sedar, air matanya jatuh dari tubir matanya. Dia cepat-cepat mengesatnya.

'Kau kuat Aira... Kau tak boleh tunjuk kau lemah, demi anak kau!'bisik hati Aira.

------
Don't Forget To Vote And Comments...

Ps: Sorry late update, bell tak berapa sihat tahun ni... Macam² halangan bila nak tulis cerita. Kalau bell dah pulih seperti sedia kala, bell akan up macam biasa. Insyallah..

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top