35-DARAH

Jom la try baca cerita ni...bell make sure best..🌹🌹

Sweetheart Si Ketua Pengawas Poyo by manusia01

------

Isya yang baru keluar dari bilik air terus menuju kearah katil.Dia membaringkan tubuhnya diatas katil lalu mahu melelapkan mata.

Baru sahaja dia mahu melelapkan mata,tetiba bunyi pintu biliknya dibuka luas oleh seseorang.

Krekk~

Dia bangun dari baring lalu pandang arah pintu.Dia melihat ryan melangkah masuk kedalam biliknya sambil membawa bantal dan kain selimut.

"Ehh!!Awak dah kenapa masuk bilik saya dengan bawak bantal,kain selimut ni?"tanya isya sambil berkerut dahi.

Ryan meletakkan bantal dan kain selimut yang dibawanya kesebelah tempat isya.

"Teman sayang tidur lah"balas ryan selamba lalu naik keatas katil.

"Saya tak mintak pun awak teman saya...Dah-dah..pergi balik bilik awak tu.."kata isya lalu menolak tubuh ryan.

"Shhh...jangan melawan,lagipun sayang tengah mengandung kan?takkan nak biarkan tidur sorang-sorang pulak..kalau jadi apa-apa ke macam mana..saya tidur sini.."tegas ryan lalu membaringkan tubuh isya.

Dia menarik kain selimut tutup sampai paras dada isya.

"Tidur ea..sayang,jangan banyak komen..kesian dekat baby..dengar mama dia asyik bebel je.."kata ryan lagi lalu mengusap lembut unbun² isya.

"Hmm..yelah.."balas isya.

Dia malas nak berlawan dengan ryan,kalau lawan takkan menang punya.Maklumlahkan bekas ketua pengawas,kenalah ikut cakap dia.

Ryan mengalihkan pandangan, pandang arah perut isya yang masih kempis itu.

"Goodnight baby.."kata ryan lalu mengusap perut isya yang tertutup berlapik dengan kain selimut.

Isya yang melihat,tersentuh hati.

'Untungnya awak aira,sebab dapat suami macam dia..dia suami perfect..saya yakin,mesti kehidupan awak dengan dia sebelum ni bahagia yang amat kan?'bicara isya dalam hati.

Ryan merebahkan badannya di sebelah isya.Dia melihat isya termenung.

"Sayang.."panggil ryan lalu mencubit lembut pipi isya.

Isya tersedar dari lamunan,lalu mengiringkan badannya memandang ryan disebelah.

"Haa..apa?"tanya isya yang bertentang muka dengan ryan.

"Termenung apa?"tanya ryan sambil memandang setiap inci wajah isya.

"Mana ada termenung apa pun"bohong isya.

Ryan menarik sedikit hidung isya.

"Tipu"kata ryan.

"Hmm..saya takutlah ryan.."luah isya dengan wajah yang semakin sayu.

"Sayang takut apa?"tanya ryan lalu mengusap wajah isya.

Isya memegang tangan ryan yang berada diwajahnya.

"Macam mana saya nak explain dekat mama dan papa"kata isya.

"Sayang jangan risau,esok saya akan explainkan dekat mama dengan papa awak"balas ryan.

"Tapi..."kata isya terhenti.

"Sayang jangan pikir dah,nanti sayang sakit..kesian dekat baby..pasal hal tu saya tahu nak uruskan macam mana"pujuk ryan lalu memeluk tubuh isya.

"Saya takut...ryan...saya takut..."kata isya sambil mengalir air matanya.

"Saya ada,jangan takut.."kata ryan lalu mengusap belakang badan isya.

"Tskk~Tskk~"menangis isya.

"Tak mau menangis..nanti tak comel"pujuk ryan.

Ryan mengesat air mata isya.

"Isteri saya yang annoying,mengada,manja ni,mana boleh menangis..sayangkan kuat..sayang tak boleh menangis.."kata ryan lagi.

Isya ketawa kecil lalu memukul dada ryan.

"Tskk~jahatlah awak ni..."kata isya sendu.

"Jahat-jahat pun..orang ni jugak la tempat orang tu selalu manja"kata ryan lalu mengedipkan mata.

"Eee...menyampahnya!!"kata isya lalu menolak dada ryan.

Dia membelakangi ryan lalu peluk bantal.Malas nak layan ryan.

"Sinilah sayang..."panggil ryan dibelakangnya.

"Taknak"balas isya.

Tetiba pinggangnya ditarik ryan lalu badanya terdorong kebelakang.Ryan memeluk pinggangnya rapat.

"Ryan!!"jerit kecil isya.

"Shhh...tidur-tidur..dah lewat malam sayang.."kata ryan selamba.

"Hish.."mendengus isya geram.

Ryan memejamkan matanya sambil tersenyum.

---------

Keesokan paginya...

Ryan terjaga dari tidur.Dia merasakan ada kepala seseorang yang baring atas lenganya.

Dia membuka mata.Dia melihat isya yang sedang nyenyak tidur disisinya sambil kepala beralaskan lenganya.Tangan isya terletak cantik diatas dada ryan.

"Nyenyaknya tidur.."gumam ryan.

Dia mengusap lembut bahu isya.

"Sayang..bangun.."gerak ryan.

Tubuh isya mengerekot kecil.

"Emmm.."

"Bangun sayang..dah pukul 9 dah ni.."gerak ryan lagi.

"Tak~nak..."merungut isya dalam mamai.

Kalau kejut lagi pun tak jadi apa pun.Jadi,kita kena guna next step.Have fun.

Ryan mencepung tubuh isya yang masih tidur lalu dibawa ke bilik air.

Pintu bilik air ditutup rapat.

"RYAN!!!!!!!!"menjerit isya.

Itulah akibatnya,apabila orang kejut taknak bangun.

Keluar saja dari bilik air,muka isya masam mencuka.Manakala ryan pun yang baru keluar dari bilik air,nak tergelak melihat wajah masam isya.

"Suka sangatkan buat orang macam ni!!"geram isya dengan muka masam.

"Itulah,saya gerak..awak taknak bangun.."kata ryan.

"Perlu ke sampai macam ni"kata isya sambil menyilangkan tangan.

"Perlu.."balas ryan selamba.

"Ishh...menyampah betul,dahlah..awak keluar dari bilik saya..saya nak pakai baju"geram isya lalu menolak ryan keluar dari bilik.

Isya pun mengunci pintu bilik.

Dalam masa yang sama,dia sebenarnya malu.Mananya tak malu,kena mandikan dengan ryan.

"Sabar jelah isya.."gumam isya.

---------

Mereka berada didalam kereta,mahu menuju ke rumah isya.

"Rumah sayang dekat mana?"tanya ryan sambil memandu kereta.

"Bukit Damansara"balas isya.

Tersentak ryan mendengarnya.Keluarga aira pun tinggal di situ.

"Laa...situ ke,rumah keluarga aira pun tinggal dekat situ"kata ryan.

"Haa!!betul ke?maknanya berjiran jelah"kata isya tidak percaya.

"Haah.Lagipun, saya dah lama tak pergi ke sana...alang-alang nak pergi rumah sayang,bolehlah singgah rumah keluarga aira dulu"kata ryan lagi lalu membelokkan kereta masuk ke simpang kawasan perumahan.

"Bolehlah saya kenal-kenal keluarga dia juga"kata isya.

Setelah beberapa minit,akhirnya sampai dihadapan rumah aira ataupun isya.

Ryan memarkingkan kereta dihadapan rumah aira.

Isya memandang pelik arah ryan.

"Ehh..awak kata nak singgah rumah keluarga aira"kata isya hairan.

Ryan yang baru menanggalkan seatbelt memandang arah isya.

"Ni lah rumahnya.."kata ryan.

"Ni rumah saya la ryan,awak merepek apa?"kata isya yang pening memikirkan.

"Apa?!Ni rumah sayang?"terkejut ryan.

Isya mengangguk.

"Jom,kita keluar dulu"kata ryan.

Mereka pun keluar dari kereta.Ryan menekan loceng rumah.Pintu pagar pun terbuka.

Ryan mengengam tangan isya lalu berjalan masuk kedalam kawasan rumah.

Mama yang berdiri dihadapan pintu melihat isya dan ryan datang kearahnya.

"Mama,ni isya nak kenalkan.Ni ryan kawan isya"kata isya.

"Ryan.."kata mama.

Ryan memandang mama dengan penuh tanda tanya.Apa semua ni?

"Mama...apa semua ni?sapa dia mama?"tanya ryan.

Isya memandang pelik arah ryan dan mama.Dia tidak faham.

Muncul pula,mikael dari belakang mama.

"Ryan,kita masuk dulu..disscuss dekat dalam"kata mikael lalu menepuk bahu ryan.

Mereka semua berkumpul di ruang tamu,disertai irfan sekali.

"Please,explain me!!What is this!!"kata ryan.

"Apa semua ni?isya tak faham.Mama,papa,abang?"kata isya hairan.

"Hari ini,mama akan beritahu semuanya.. especially isya"kata mama dengan menahan sebak.

Mama mengambil tangan isya lalu genggam.Mata isya tepat memandang mata mama.

"Isya..."kata mama tergantung.

"Apa ma?"tanya isya.

"Isya...isteri ryan"terus terang mama.

Isya yang mendengarnya,terkelu lidah.

"Maa..!Mama tipu isya kan...Tak mungkin.."kata isya tidak percaya.

"Betul sayang,isya isteri ryan.."kata mama lagi sambil mengusap wajah isya.

Butir-butir jernih sudah mengalir di pipi isya.

"TAK!!!TAK!!! ISYA TAK PERCAYA!!!MAMA TIPU!!!"menjerit isya lalu bangun.

Isya berlari naik ke bilik dengan menangis.

"ISYA!!"jerit mama.

Mama pergi dari situ,ingin mendapatkan isya.

"Apa semua ni?Ryan tak faham.."kata ryan sambil berkerut dahi.

"Sebenarnya,aira tak meninggal...papa transfer aira ke hospital luar negara"jelas papa.

Ryan menahan sebak didada.

"Kenapa mama dengan papa sanggup pisahkan ryan dengan aira?apa salah ryan?"kata ryan dengan nada kecewa.

"Ryan tak salah..cuma..."kata papa terhenti.

Tetiba terdengar suara mama menjerit dari atas.Terkejut mendengar suara mama,ryan terus berlari naik ke atas.

Dia masuk kedalam bilik aira.Dia melihat aira berada didalam dakapan mama dengan dahi berlumuran berdarah.

"Aira!!!"terkejut ryan.

-----------

Don't Forget To Vote And Comments...

Ps:Bell mintak maaf sangat² sebab lambat update.Actually semalam nak update,tapi tup tup..data pula takde..harini baru ada data balik.I'm so sorry😢
Kalau boleh,bell nak mintak korang semua,please bagi cadangan untuk next² chapter..bell kekeringan idea hehe🥀

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top