33-RINDU
Keluar sahaja dari tempat wayang,irfan muncung sahaja.Manakala,isya dengan ryan bersuka ria gelak sakan.
"Kau lah..buat malu aku betul lah haha.."kata ryan separuh gelak.
Isya pun turut gelak dari tadi.
"Haha..sorry arr..aku terkejut gila kot.."kata isya pula sambil gelak.
Nak tahu kenapa mereka gelak dari tadi?Waktu tengok wayang,isya terkejut sampai bekas popcorn tu terpelanting atas kepala ryan.Nasib popcorn tinggal sikit je.
"Itulah..tengok wayang sambil mengunyah sangat,sampai terpelanting kat atas aku..nasib la tinggal sikit,kalau tak..ishh..takleh bayangkan.."kata ryan lagi.
"Hahaha..takpelah..jadi kenangan untuk kau"kata isya lagi.
Mereka yang lain melihat kemesraan antara ryan dengan Isya,sambil itu memandang arah irfan pula yang muncung muka.
"Amboii..gelak sakan korang dua ni.."tegur elica disebelah riduan.
"Hehe.."mereka berdua tersengeh kecil.
"Lepas ni nak pergi mana pulak?"tanya syafiz pada mereka semua.
"Wehh..jom pergi pantai nak?"kata jiha beria.
"Boleh jugak tu.."balas mereka.
Isya pergi kearah irfan lalu menarik sedikit lengan baju irfan.
"Irfan.."panggil isya.
Irfan memandang isya.
"Apa?"tanya irfan.
"Jom,join diorang pergi pantai"kata isya sambil tersenyum.
"Tak payahlah"balas irfan.
"Ala..jom la...jom la..."merengak isya.
Irfan naik berang apabila isya memaksanya.Dahla perasaan cemburu tadi belum hilang,inikan pula ditambah pula perasaan marah.
"AKU KATA TAKNAK!!TAKNAK LA ISYA!!KAU FAHAM BAHASA TAK!!HAA!!"tengking irfan sambil mencengkam kedua belah bahu isya.
Isya terkedu.
Matanya mula berkaca apabila ditengking oleh irfan dihadapan orang ramai.
Mereka yang lain terkejut lalu memandang arah isya dan irfan apabila terdengar suara irfan menengking.
"ISYA!"
"Kau dah kenapa tengking dia bodoh!!"marah ryan apabila melihat irfan menengking isya.
Ryan menarik isya ke belakangnya.
"Sebabkan kau!!Aku tak suka kau rapat dengan dia!!"marah irfan.
"Apa masalah kau haa!!Aku dengan dia cuma kawan jer,yang kau nak berangin sangat pahal!!"marah ryan balik.
"DAHLAH!!STOP!!"menjerit isya.
Isya mengeluarkan kunci keretanya lalu beri pada irfan.
Dia menarik tangan ryan melangkah keluar dari situ.Ryan mengikuti langkah isya sehingga ke pintu luar tempat shopping.
Ryan melihat muka isya merah menahan tangisan.
"Situ kereta aku"kata ryan lalu menarik tangan isya.
Sampai di hadapan kereta,mereka terus masuk kedalam.
"Hikss..Hikss..."bunyi tangisan isya.
Ryan menarik tubuh isya lalu peluk.
Tangisan isya semakin kuat kedengaran.
"Jangan menangis..aku pun nak nangis jugak tau tengok kau menangis.."kata ryan sambil mengusap belakang badannya.
Hatinya sebak melihat isya menangis.
"Tskk..Tskk...dia tengking aku...tskk...aku malu..."mengadu isya sambil sedu.
"Dia tu tak guna!!tak tahu malu tengking perempuan!!"kata ryan marah.
Bengang dia rasa apabila melihat irfan tengking isya.
"Hikss..Hikss.."sedu isya menangis.
"Jangan menangis dah...nanti tak cantik isteri aku ni.."pujuk ryan lalu mengelap air mata yang mengalir di pipinya.
Isya berhenti menangis.Dia tergelak kecil.
"Sapa isteri kau..aku bukan isteri kau.."kata isya lalu tumbuk dada ryan.
Gurau kasar nampak.
"Auuww..sakitlah.."mengadu kecil ryan.
"Eii..tak gentle..kata sado lah apalah..tumbuk sikit dah sakit"perli isya lalu jelir lidah.
"Aku saje jer buat sakit..tak sakit pun sayang oii..setakat penumbuk kecil tangan tu.."kata ryan sambil buat muka bangga.
"Acah lebih.."kata isya lalu cebik.
Tetiba handfone ryan berbunyi.Ryan mengeluarkan handfone dari poket seluar lalu mengangkat panggilan.
"Hello"
"Haa..ryan,macam mana dengan isya?dia okey?"
"Dia okey je..kenapa?"
"Ouh..apatu rid tanya,jadi tak nak gi pantai ni?"
Ryan mengalih pandangan pada isya.
"Nak pergi tak pantai?"tanya ryan.
"Nak"balas isya.
Ryan meletakkan semula handfone pada telinganya.
"Oii..jadi tak?"
"Jadi..nak gi pantai kat mana?"
"Tempat biasa kita selalu lepak dululah..kau dah lupa ke?"
Ryan mengingati semula.
"Ouh okey,aku dah ingat..dah lama tak pergi..aku lupa"
"Itulah.. kemurungan berpanjangan.. kitaorang ajak pun taknak"
"Tu dululah..okeylah..bye"
"Bye,kita jumpa kat sana"
Ryan meletakkan panggilan.
"Jom..pergi pantai!!"kata ryan lalu mengundurkan kereta keluar dari tempat parking.
"Yeay!"gembira isya.
Ryan memandu kereta menuju ke pantai.Dalam perjalanan,mereka asyik berborak itu ini.
"Kenapa aku tengok kau semakin manja?"tanya ryan hairan.
"Manada..aku biasa jelah.."balas isya.
"Bagi kau memanglah nampak biasa..aku nampak kau macam berubah"kata ryan sambil memandu kereta.
"Apa yang berubah?"tanya isya pula.
"Pipi kau makin tembam.."kata ryan lalu menarik pipi isya.
"Perangai kau pun semakin manja"sambung ryan.
"Yeke?"tanya isya tidak percaya.
"Betul lah sayang"balas ryan.
"Haihh..nampaknya kena pergi jogging ni.."kata isya.
Ryan ketawa dapat mengacau isya.
----------
Mereka berdua duduk ditepi pantai.Mereka berdua hanya berdiamkan diri sambil termenung memandang pantai dihadapan mereka.
Ryan mengeluh kecil.
"Huhh...."mengeluh ryan.
Isya memandang arah ryan.
"Kenapa?"tanya isya.
"Aku rindu dia..."luah ryan.
"Aku pun rasa benda yang sama"kata isya pula.
"Kau rindu irfan ke?"tanya ryan.
"Tak..aku rindu orang lain.."kata isya lagi.
"Sapa?"tanya ryan lagi.
"Aku tak tahu sapa dia..tapi..dia selalu muncul dalam mimpi aku..lepas aku hampir kena langgar dekat airport,macam satu memori lama aku datang.."cerita isya sambil berkerut dahi.
"Mungkin irfan kot..dia kan boyfriend kau.."kata ryan.
"Tak.Bukan dia.Aku rasa macam sebelum ni aku pernah mencintai seseorang..tapi mungkin aku dah lupa dia.."luah isya.
"Ermm..Kalau kau pernah cintakan seseorang,bermaksud kau pernah bercinta dengan dia la kan?"tanya ryan.
"Rasanya macamtu la.."kata isya sambil memikirkan sesuatu.
"Takde ke barang2 yang pernah dia hadiahkan dekat kau ke?"kata ryan.
"Manalah aku tahu,aku pun tak ingat pape.."balas isya.
"Ermm..Macam mana erkk?apakata kau selongkar la bilik kau tu,mana tahu ada jumpa barang2 yang mencurigakan ke.."cadangan ryan.
"Haah!!betul jugak cadangan kau"kata isya.
Mereka yang lain datang kearah ryan dan isya.
"Wehh korang,jom balik..Dah lama lepak sini.."ajak mereka.
"Haa..Okey"balas Isya dengan ryan.
Mereka pun bangun dari duduk lalu bergerak pergi kearah tempat kereta.Masuk sahaja kedalam kereta,ryan startkan enjin kereta.
"Rumah kau dekat mana?aku hantar kau balik"tanya ryan sambil memandu kereta.
"Hmm..Ryan,boleh tak aku tumpang duduk rumah kau sehari je..Aku taknak balik rumah,aku taknak hadap irfan.."pinta isya terasa segan.
"Boleh je..Nak tumpang sampai bila2 pun boleh sayang..Asalkan kau bagitahu la dulu mama dengan papa kau,nanti diorang risau pulak.."kata ryan.
"Thankyou ryan,sayang kau!!Muahhhh!!"kata isya lalu mencium pipi ryan.
Pipi ryan terasa bahang apabila tindakan drastik isya tetiba mencium pipinya.
"OMG!!"terkejut isya apabila dia tersedar akan tindakan memalukanya.
"ARGHH!!"menjerit isya lalu menutup mukanya guna tapak tangan.
Ryan ketawa melihat isya yang malu.
"Bukalah muka tu..Buat apa tutup"mengacau ryan sambil sebelah tanganya menarik tangan isya yang menutup muka.
"Tak mau lah ryan!!Aku malu!!"geram isya apabila ryan menarik tanganya.
"Tak payah nak malulah sayang,dah jadi dah pun..Haha!!"gelak ryan menyakat isya.
"Eiiii!!!"marah isya lalu memukul lengan ryan.
"Werkk!!tak sakitpun..Setakat tangan kecil tu"mengejek ryan.
Puas hati dia dapat mengacau isya,dah lama dia tak bergurau senda dengan isya selepas irfan datang malaysia.
----------
Irfan duduk berseorangan diatas buaian diluar rumah.Dia meraup kasar wajahnya.
"Kau tak guna irfan!!!Kau tak guna!!!Kenapa kau pergi marah dia!!!"marah irfan pada dirinya sendiri.
Dia terasa bodoh dirinya kerana terlalu mengikutkan perasaan.
Aycarl yang lalu disitu,ternampak irfan yang sedang marah.Dia berjalan pergi kearah irfan.
"Irfan"tegur aycarl sambil menyentuh bahu irfan.
Irfan mengangkat muka memandang aycarl.
"Carl.."kata irfan.
Aycarl mengambil tempat disebelah irfan.
"Kau kenapa?aku tengok kau macam ada masalah je"tanya aycarl.
"Aku dah buat isya marah dekat aku"kata irfan gelisah.
"Hah!!kau buat apa?"terkejut aycarl.
"Aku tertengking dia..Aku takde niat nak tengking dia,tapi aku cemburu bila tengok dia dengan ryan.Aku sakit hati tengok diorang mesra"luah irfan rasa bersalah.
"Apa?ryan?macam mana ryan boleh ada sekali?aku tak faham"keliru aycarl.
"Waktu dekat atas shopping mall,aku dengan isya terserempak dengan ryan dan kawan2 dia.."jelas irfan.
"So,korang lepak sama la"kata aycarl.
Irfan mengangguk kecil.
"Haah"balas irfan.
"Jap,isya mana?aku tak nampak"tanya aycarl.
"Dia pergi dengan ryan,lepas bagi kunci kereta kat aku"balas irfan.
"Ermm..Aku taktahu lah nak cakap apa irfan"kata aycarl.
"Aku rasa kau patut pulangkan benda yang bukan hak milik kau,kalau kau masih gengam..diri kau sendiri yang akan terluka"nasihat aycarl sambil menepuk bahu irfan.
"Tapi aku cinta dia carl..Aku tak boleh hilang dia"kata irfan.
"Kalau kau cakap kau cinta dia,ryan pun cinta dia..Kau kata kau tak boleh hilang dia,ryan pun tak boleh hilang dia..Tapi satu jelah,siapa yang sepatutnya memiliki..Kau ke ryan?"kata aycarl panjang lebar.
"Tapi..."kata irfan dipotong aycarl.
"Kekadang mencintai itu tidak semestinya memiliki.."kata aycarl.
"Dan lagi satu,kalau isya jodoh kau..Dia akan datang pada kau..Tapi kalau jodoh dia dengan ryan..Kau terimalah dengan hati terbuka.Mungkin ada yang lebih terbaik allah sediakan untuk kau..Perancangan allah tu hebat.Ingat tu!"tambah aycarl.
"Aku keliru carl..Aku taktahu.."ujar irfan.
Salahkah dia mencintai seseorang?Salahkah dia ingin merasakan cinta dari seorang bidadari hatinya?Dia tak berhak ke mendapat kebahagiaan yang diingini?
--------
Don't Forget To Vote And Comments...
Ps:Bell mintak maaf sebab lambat update dan buat awak semua tertunggu.I'M SO SORRY🙏😞
Maybe next week Tiada Update disebabkan minggu depan bell ada hal,jadi bell rasa tak sempat nak tulis dan update.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top