7 RAYDEN
Aku turun daripada helikopter dan menuju masuk ke arah lif. Lif ditekan pada butang tingkat 2. Aku lihat pada jam tangan sudah menunjukkan pukul 8 malam.
TING
Pintu lif terbuka dan aku membuka langkah keluar daripada lif. Aku terus menuju ke arah bilik aku sendiri. Pintu ditolak dan benda pertama yang aku nampak adalah...minah tu tidur atas katil aku.
Apa hal dia masuk dan tidur dalam bilik aku?!
"Woi, Rayyen!" Jeritku dari tingkat atas.
"Apa?!"
Rayyen menjenguk daripada dapur memandang aku yang berada di tingkat atas.
"Minah tu.."
"Ahh, biarkan dia. Aku nak masak!"
Rayyen kembali semula ke dalam dapur dan menyambung masakkannya.
"Erghh!"
Aku masuk semula ke dalam bilik aku dengan perasaan yang geram. Beg kertas yang berada di tanganku aku letakkan di atas katil. Aku pandang susuk tubuh gadis itu atas bawah. Hmm, boleh tahan. Lama dah aku tak ratah perempuan ni.
Ishh, Rayden...kau jangan buat kerja gila. Bukan masanya untuk kau main benda tu. Lagipun, minah ni macam low standard je.
Aku membuka baju yang aku pakai dan aku masukkan ke dalam bakul baju yang kotor. Aku pakai baju singlet yang biasa aku pakai setiap malam. Sekali lagi pandanganku beralih pada gadis itu yang nyenyak tidur di atas katil aku.
Apa hal Rayyen bawa minah ni tinggal dalam rumah ni?
Aku biarkan sahaja gadis itu tidur di dalam bilik aku. Aku tak ada lah kejam sangat sampai nak halau dia tidur depan koridor.
Kakiku membuka langkah turun daripada tangga menuju ke arah dapur. Dapat aku lihat Rayyen yang baru sahaja siap masak makan malam. Memang tugas dia pun masak dalam rumah ni. Lagipun, itu memang hobi adik kembar aku.
Dia je lah yang paling bijak kalau bab-bab memasak ni.
Aku lihat meja makan sudah dipenuhi dengan pelbagai jenis lauk.
"Wei, Rayyen. Asal kau biarkan minah tu tidur dalam bilik aku?"
Rayyen pandang aku dengan pandangan yang pelik lalu dia menjongketkan bahunya padaku.
"Mana lah aku tahu. Aku dah warning dia jangan masuk bilik kau. Mungkin, dia melekat dengan kau eh."
"Tak ada kena mengenanya. Kau yang bawa dia masuk rumah ni. Sepatutnya, dia tidur dalam bilik kau."
"Ehhh, buat apa aku suruh dia tidur dalam bilik aku. Takkan aku nak tidur dekat bilik tetamu."
"Bukan minah tu perempuan simpanan kau eh?"
"Hahahahha, tak nak aku ambil perempuan ganas macam dia tu jadi perempuan simpanan aku. Tak pasal-pasal aku mati pula nanti. Lagipun, aku selamatkan nyawa dia daripada mati lemas."
"Yang kau bawa dia tinggal sini kenapa? Dan, siapa dia?"
"Takkan kau tak kenal budak tu?"
Soalan pertama aku dibiarkan sepi begitu sahaja malah Rayyen boleh pula dia tanya aku balik.
Aku mengangkat kening sebelah kiri aku ke arah Rayyen tanda aku tak tahu.
"Jumpa pun tak pernah. Apatah lagi pandang muka dia pun aku rasa macam tak wujud pun."
"Hmmm, dia lah Black Joker."
Aku berkerut memikirkan nama yang disebutkan oleh adik kembar aku tu. Aku pernah dengar nama tu. Tapi, aku tak pernah kenal pun muka dia macam mana.
"Bukan kah Black Joker tu lelaki?"
"Aduh, kau ni. Kuno betul lah. Nampak sangat kau tak tengok berita kan?"
"Aku malas nak tengok TV. Bukan macam kau. 24 jam mereput depan TV. Kadang, TV pun tengok kau." Sindir aku pada Rayyen.
"Itu lah kau. Tak nak join aku depan TV."
"Ah, aku nak kau jawab soalan aku tadi."
"Yang mana satu?"
"Hmmm.."
"Ohh, yang tu. Haa, Black Joker tu..Black Joker lah."
Aku merenung wajah adik kembar aku itu dengan pandangan yang tidak puas hati menerima jawapannya itu. Dia ingat aku ni main-main kah?
"Haih, kau ni. Minah tu...yang tidur dalam bilik kau tu...Black Joker lah. Black Joker tu perempuan walaupun kau dengar nama dia macam lelaki."
Aku buat muka 'oh' tanda aku faham. Aku tak pernah kenal Black Joker sebab aku cuma kenal White Joker.
"Tak pernah pun nampak dia masuk berita? White Joker selalu sangat aku dengar minah tu buat kes."
"Sebelum ni Black Joker tak pernah masuk berita. Tapi, semenjak ada orang yang dedahkan pasal Black Joker ada kaitan dengan White Joker, ramai orang dah kenal siapa Black Joker. Lagipun, sebelum ni semua kes pembunuhan kejam tu berlaku, semua orang syak orang yang sama buat semua kerja tu. Tapi, sangkaan diorang salah sebab setiap kes semuanya dilakukan oleh dua orang yang berbeza. Mereka berdua mulai diketahui orang ramai pun disebabkan ada orang yang laporkan pasal diorang kepada polis. Sejak itu lah, diorang kerap masuk berita." Terang Rayyen panjang lebar.
Aku anggukkan sahaja kepalaku memahami keterangannya. Tak hiraulah kalau Rayyen lebih tahu banyak maklumat pasal Black dan White Joker. Sebab, adik kembar aku ni memang suka mencari maklumat.
"Jadi, kau bawa Black Joker dalam rumah ni..untuk apa?" Aku mengulang sekali lagi pertanyaan yang sama.
"Dia boleh tolong kita selesaikan kerja tu."
Dahiku berkerut memandang wajah adik kembarku itu.
"Aku tak boleh percaya muka minah tu boleh selesaikan kerja kita."
"Haih, masalahnya sekarang ni.."
Kata-kata Rayyen terhenti apabila kelibat gadis yang anat dia kenali memasuki ruangan dapur. Aku cuma mendiamkan diri tidak bersuara apabila gadis itu muncul di depan mata.
"Ohh, hei. Dah lama kah kau bangun daripada tidur?" Tanya Rayyen pada gadis itu.
"Baru je."
"Haa, duduklah, makan." Jemput Rayyen pada gadis itu mesra.
Aku masih dengan sifat dinginku tidak mahu bertegur sapa dengan gadis itu. Aku tak suka bercakap dengan orang asing. Sebab tu aku lebih memilih untuk diam. Adik kembar aku tu, lain cerita, memang peramah orangnya.
"Wow, kau yang masak semua ni?"
"Ofcourse. Aku lah chef dalam rumah ni."
Aku dengarkan sahaja mereka berdua berbual mesra di depanku. Kami bertiga mula menjamu selera masing-masing dengan masakkan yang ada diatas meja. Semuanya memang cukup-cukup untuk mereka bertiga.
Aku perasan yang minah sebelah aku ni kuat makan. Habis satu lauk dia lahap, dia lahap lagi satu lauk. Lagaknya macam tak pernah makan bertahun-tahun.
Gegendang telingaku menangkap suara televisyen dari ruang tamu dengan volume yang agak kuat. Aku pandang wajah Rayyen. Pandangan Rayyen khusyuk tertumpu ke arah televisyen yang memang jelas terpampang di depan mata yang boleh dilihat terus melalui dapur. Begitu juga dengan minah yang duduk di sebelah aku. Daripada duduk menghadap makanan pandai pula dia berpusing membelakangi makanan disebabkan nak tengok televisyen.
Today, White Joker has been remove to a new jail. Gov..
Alat kawalan jauh yang berdekatan dengan aku itu, aku ambil dan terus menekan butang merah menutup televisyen tersebut.
"Hey, I'm still watching." Kata minah tu padaku.
"I don't fucking care. If you want to live in this house. No TV while eating." Kataku tegas padanya.
"Huh, live here? Perftt, tak kuasa aku nak duduk dalam rumah ni. Aku duduk kejap je..Okey? Esok pagi aku akan berangkat balik ke tempat asal aku."
Aku tersengih mendengarkan kata-katanya. Semudah itu dia nak lari?
"First rules in this house is, no one can leave this house. Especially, you." Kataku padanya.
"What? You can't.."
"No one can break the law." Kataku dengan nada yang agak keras tandanya aku memaksudkan kata-kataku.
"Kau sendiri yang tak suka aku duduk dalam rumah ni. Asal kau nak kurung aku duduk dengan korang?"
"Aku tak pernah cakap pun aku tak suka kau tinggal dalam rumah ni. Aku cuma cakap aku tak suka kau jejakkan kaki dalam bilik aku."
Dia sedikit terkejut apabila aku berjaya membalas kata-katanya itu.
"Sesiapa yang jejakkan kaki ke dalam rumah ataupun pulau ni, takkan pernah lepas daripada aku dan Rayyen. Selepas kau ceroboh ataupun dibawa ke tempat ni, kau takkan boleh larikan diri. Understood?"
"But.."
"Kau tak kenang jasa adik aku yang dah selamatkau kau kah?" Ungkitku padanya.
Wajah gadis itu mulai berubah apabila aku mengungkit tentang Rayyen yang telah menyelamatkan nyawanya.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top