50 (ENDING)

Setahun berlalu~~

Hari ni, aku dibawa oleh Rayden dan Rayyen keluar. Sepanjang aku hidup dengan mereka berdua aku rasakan aku dah berubah macam perempuan yang normal. Bukannya yang suka mendiamkan diri, kejam dan suka bunuh orang.

Rayden juga sudah pulih sepenuhnya. Lelaki itu memang jenis yang tak banyak cakap. Tapi, nampak daripada wajahnya dia sudah sihat daripada penyakit kemurungan itu. Dia akan bercakap dalam sehari walaupun sikit.

Dia tidak lagi menyendiri dan suka mengurung diri dalam bilik. Sekarang, dia pulih sepenuhnya. Suka bersama Rayyen dan bercakap dengan Rayyen.

Mungkin, disebabkan oleh aku sebagai orang asing yang buatkan dia tak banyak sangat bercakap walaupun aku dah lama tinggal dengan mereka. Aku memang dapat rasakan aku berubah disebabkan Rayyen lah.

Mamat tu tak habis-habis nak buat aku sakit hati dan kadang tu entah macam mana lah aku pandai rasa malu. Okey, forget about it.

Alan pula...dia dah pulih dan dapat berjalan semula. Jadi, dia pun dah mula kerja.

"Nade, jom! Kau nak tinggal dengan hantu kah dalam rumah ni?" Kata Rayyen padaku.

"Ishh, kau ni. Sabar lah. Aku datanglah ni."

Aku melangkah ke tingkat paling atas di mana tempat letaknya helikopter. Sesampainya di tingkat atas aku lihat Rayyen bersama Kris yang sudah sampai mahu mengambil mereka keluar daripada pulau.

Aku pun tak tahu diorang nak pergi mana. Yang pastinya keluar lah.

"Nade.. lama dah aku tak jumpa kau." Sapa Kris pada aku.

Kris memeluk badan aku yang pendek hanya paras dadanya itu. Aku lah paling pendek dalam rumah ni. Sebenarnya aku tinggal dengan hantu galah.

"Ehhh, dahlah kau peluk dia. Semput minah ni kau kerjakan." Tegur Rayyen.

Rayyen menarik Kris daripada terus memeluk aku.

"Dia semput kah, kau yang semput sebab jeles aku peluk dia." Sindir Kris pada Rayyen.

"Ofcourse aku jeles. Kau peluk dia lama sangat."

Aku rasa membahang pada kedua-dua belah pipi aku. Aku tak tahulah kenapa Rayyen ni jujur sangat orangnya. Entahlah, apa yang aku rasa ni malu suka ataupun malu tak suka sebenarnya?

"Dah lah korang tu. Jom kita jalan sekarang." Kata Rayden kepada Kris daa Rayyen.

♥♠♣◆

Tidak lama kemudian, kami sudahpun berada di Las Vegas. Bandaraya yang sudah lama aku tidak jejaki selepas aku dibawa lari oleh Rayden dan Rayyen. Kami terus mengambil kereta dan menuju ke sebuah bar. Aku pelik sebab mereka bawa aku ke sini.

Jarang betul ada orang pergi bar pagi-pagi macam ni. Selalunya malam je.

Kami bertiga keluar daripada perut kereta selepas memarkir kereta di tempat parkir kereta. Aku berjalan di antara Rayden dan Rayyen seiring dengan mereka berdua.

Masuk sahaja ke dalam bar tersebut, aku lihat ramai pelanggan lelaki di situ. Dan ada juga pelanggan perempuan, tapi sedikit sahaja.

"Lama dah tak jumpa." Sapa seorang lelaki berwajah cina.

Mereka bersalaman antara satu sama lain. Lelaki itu memandang ke arah aku dengan pandangan yang lain macam. Dia menyentuh dagu aku.

"Your new girl huh?"

Rayyen menjauhkan aku sedikit kebelakang dan Rayden menolak tangan lelaki itu daripada menyentuh aku.

"Tak payah lah kau sentuh. Dia kitorang punya." Kata Rayden pada lelaki itu.

Lelaki bermata sepet itu hanya tersengih sinis.

"Okay, she's pretty with those brown eyes." Puji lelaki itu pada aku.

Rayden dan Rayyen melintasi lelaki itu membawa aku pergi daripada situ. Lelaki itu langsung tidak diendahkan oleh kami bertiga. Kami naik menggunakan lif dan sampai di tingkat paling atas.

"Korang bawa aku pergi mana sebenarnya?" Tanya aku pada mereka berdua.

"Ikut je lah." Jawab Rayden pada aku.

Aku buat muka kosong. Aku paling tak suka lah kalau Rayden yang menjawab. Buatkan aku panas hati je dengar jawapan dan muka dia sebesar tembok ais kutub utara, selatan, barat, timur tu. Rayyen mengusap bahu aku dan senyum ke arah aku.

Sesampainya di depan sebuah pintu, kami buka dan melangkah masuk. Ianya seperti sebuah bilik mesyuarat. Aku terkejut melihatkan ramai sangat lelaki di dalam bilik itu. Semuanya lebih daripada 10 orang.

Takkan lah aku seorang je perempuan?

Geng kongsi gelap kah ni?

Aku dibawa masuk oleh Rayden dan Rayyen duduk bersama mereka.

"Nice Rayyen, Rayden. Lama dah tak jumpa korang."

"Yeah, makin tua je aku tengok."

"Hahahahaha!"

Mereka ketawa beramai-ramai dapat mengenakan Rayden dan Rayyen. Setahu aku umur Rayyen dengan Rayden baru je masuk 22 tahun.

Emmm..

"Sebelum tu kita minum dulu." Kata seorang lelaki berkulit hitam itu.

Mereka mengedarkan segelas kecil yang megandungi wain di dalamnya. Uishh, lama dah aku tak minum benda ni.

Baru sahaja aku nak capai gelas itu, Rayyen menjauhkannya daripada aku. Dia minum sehingga habis air yang sepatutnya aku yang minum.

"Kau budak lagi. Tak boleh minum." Larang Rayyen pada aku.

"Ishh, macam lah aku ni tak pernah minum dulu. I'm 20 now. Not 2 years old."

"Kau perempuan, tak boleh minum benda macam ni. Tak baik untuk kesihatan." Rayden pula yang menghentam aku.

"Oh, kau minum baik pula untuk kesihatan." Sindir aku padanya.

Rayden biarkan sindiran aku tidak berbalas. Eee, rasa nak cekik sampai mati je.

"Hehehe, dahlah tu." Ketawa Rayyen kecil melihatkan Rayden kena sindir olehku.

Rayyen menutup mulut aku dengan tangan kirinya dan kepala aku dia tarik mendekati dadanya. Aku tak suka diperlukan sebegitu aku tolak dia ke tepi.

"Don't treat me like a child."

"Okay, I treat you like my babygirl." Kata Rayyen manis pada aku.

Aku menahan rasa malu dalam diriku. Tiba-tiba..

"Rayyen, Rayden, tak rindu aku kah?" Suara garau seseorang menarik perhatian kami bertiga.

Apa yang aku lihat adalah seorang lelaki tua bersama seorang gadis berambut perang di tepinya. Aku terbuntang melihat ke arah perempuan itu.

"FUCK YOU!" Kata aku, Rayden dan Rayyen serentak sambil kami berdiri daripada duduk.

"Miss me, guys?" Tanya gadis itu tersenyum riang dan gembira.

"Babi kau terbang melayang. Bodoh, sial nak mampos! Kenapa kau masih hidup?!" Sumpah aku bertalu-talu ke arahnya.

Aku berlari ke arahnya dan aku peluk Carolyn. Aku rasa gembira dan sedih bercampur marah sebab dia tak beritahu aku yang dia masih hidup. Aku menangis pada bahunya.

"Heihei, bila masa kau pandai menangis ni ha?"

Dia tersenyum sinis pada aku. Aku rasa malu pula sebab aku yang dulu keras hati, kini pandai lembut macam hati seorang perempuan normal.

"Kau tu yang buatkan aku nangis. Mati-matian aku ingat kau dah mati bodoh! Kenapa kau tak beritahu aku pun yang kau masih hidup hah? Lupakan aku kah?"

"Lupa tu ada lah sikit. Hahahah, saja je nak buat surprise."

"Surprise kepala bontot kk..."

Belum sempat aku nak menyumpah Carolyn buat kali entah keberapa, badan aku ditolak kuat oleh Rayden sehingga aku terdorong ke tepi. Aku lihat Rayden memeluk Carolyn erat.

"I miss you.." Luahan Rayden membuatkan kami semua yang ada di dalam bilik itu terharu.

"Woo! Rayden dah pandai menghargai awek lah!"

"Dah besar dah kawan kita."

"Tak lama lagi kahwin lah tu."

"Dapat anak."

"Bahagia."

"Boleh sweet-sweet."

Mereka semua bersorak di dalam bilik itu. Aku pula masih menangis seorang diri dekat tepi tu. Aku tidak puas hati cuba untuk menolak Rayden ke tepi.

"Aku belum puas lagi peluk kawan baik aku!!!" Jeritan aku bergema di seluruh ruangan bilik itu.

"Rayyen, ambil kau punya ni." Arah Rayden pada Rayyen.

Rayden yang tidak mahu mengalah itu memeluk Carolyn erat sehingga wajah gadis itu merah akibat semput. Rayyen mendekati aku yang masih menangis macam budak-budak ditinggalkan mak ayah itu.

"Dah lah korang ni..buat aku semak je lah. Tak nak tau kah macam mana aku survive?"

Carolyn menolak Rayden yang memeluknya itu. Rayden kelihatan menitiskan air mata.

"Uuuu, air mata kejantanan dia jatuh la..." usik Jericho.

Rayden yang disedari menangis itu semakin ramai yang mahu mengusiknya.  Rayyen pula hanya ketawa kecil melihat Rayden menangis.

"Eh orang tua ni. Aku sebat kau nanti. Tak sedar diri dah tua kau ni." Kata Rayden pada Jericho.

Mereka ketawa terbahak-bahak. Rayyen yang perasan aku tak ketawa itu cuba untuk pujuk aku.

"Janganlah nangis lagi. Kau ni macam budak-budak lah."

"Tak kelakar..." Kata aku manja padanya.

Carolyn perasan akan kemesraan aku dan Rayyen itu mulai mengukirkan senyum senget ke arah aku.

"Kau tersangkut dengan dia kah Rayyen?" Usik Carolyn pada lelaki itu.

"Mestilah aku sangkut dengan dia. Bukannya senang nak ubah dia ni jadi macam sekarang."

Aku perasan Carolyn semakin melebarkan senyum sengetnya itu. Siap buat muka menjengkelkan lagi.

"Kau nanti aku bunuh kau hilang muka annoying kau tu. Eeeee geramnya aku."

Aku mencubit Carolyn kuat sehingga gadis itu mengaduh rasa sakit.

"Macam ni kau ubah dia Rayyen. Bagus kau." Sindir Carolyn dalam pujian.

"Hehhh, kot ya pun... Sambunglah cerita kau yang tergantung sepi tu. Macam mana kau boleh selamat?"

"Hmmm, panjang ceritanya.." Kata Carolyn.

"Pendekkan." Jawab aku padanya.

"Selamat."

Kami semua merenung wajah gadis itu geram tanda tidak puas hati dengannya. Dia semakin suka membuat muka menjengkelkannya itu.

"Kau aku baling pakai kerusi nanti menangis air mata berdarah Rayden mengenangkan kematian kau." Sampuk Rayyen sambil menyindir Rayden.

"Mulut kau tu aku hiris nanti baru tahu."

"Ee, kita nak dengar Carolyn cerita kah nak tengok korang gaduh?" Marah aku pada mereka berdua.

Aku peluk lengan Carolyn bermanja dengannya. Memang aku macam tu dan entah macam mana lah aku boleh jadi macam ni.

"Cerita cerita.." Kata aku padanya.

"Tak pernah-pernah kau pel .."

"Ceritaaaaaaa!" Desak aku padanya.

Kepala aku ditunding Carolyn kuat.

"Hilang kepala kau nanti."

"Cerita!" Desak aku lagi.

"Yelah Yelah. Aku selamaat sebab aku ada curi sikit cecair Menzel itu untuk buat ketahan badan aku kuat. Masa minah tu nak bunuh patung tu, aku suntik pada badan aku. Disebabkan itu lah korang tengok aku lepas kena banyak peluru dan cedera buat kali kedua serta jatuh daripada tingkat atas tu, aku masih boleh berjalan, bercakap, berdiri, ketawa dan...masih hidup."

"Kau tinggal dengan siapa? Siapa yang selamatkan kau?" Tanya aku bertalu-talu padanya.

"Aku tinggal dengan Alex. Sebab, sebelum gudang tu meletup dia sempat bawa aku lari. Pasal Jericho tu...cuma lakonan semata-mata. Semua benda yang terjadi pada aku tu adalah salah satu plan aku dan cuma Jericho je yang tahu pasal ni. Termasuk Alex."

"Sampai hati kau kan. Kau..."

Aku tumbuk bahunya kuat melepaskan rasa sakit hati dan geram padanya.

"....tinggalkan aku dengan beruk dua ekor ni!" Kata aku menunjuk ke arah Rayden dan Rayyen.

"Heyy, kau tinggal dengan diorang sebagai ganti tempat aku lah. Aku nak tengok apa yang jadi dengan kau bila duduk dengan diorang."

Rasa panas dalam hati membara diseluruh genap hati aku. Disbebakan dia lah aku berubah macam ni!

"You suck! Bitch." Sumpah aku tidak puas hati pada Carolyn.

"Hahahaaa, I don't fucking care, damn ass!"

"Okey okey, semua senyap." Arah Jericho pada kami semua.

Kami senyap. Namun, aku sempat melepaskan tawa kecilku yang terakhir.

"Heheheehe.."

"Nade, kau senyap. Sebelum aku baling kau pakai kasut." Ugut Jericho pada aku.

Aku menjelirkan lidah tanda protes. Hahahahah..

Tiba-tiba, datang dari belakang aku dan Carolyn, sebuah kek 5 tingkat besarnya lebih tinggi daripada aku daa Carolyn.

"Kek!" Jerit aku teruja.

"Gedik kau eh lepas tinggal dengan diorang." Sindir Carolyn pada aku.

"Eh, kau pun gedik. Ingat aku tak tahu kah apa yang terjadi dekat kau sepanjang kau tinggal dengan diorang. Kau mula pandai malu dengan Rayden, kau kena ci..eeemm...mmmmm."

Aku meronta-ronta apabila Carolyn menutup mulut aku daripada meneruskan kata-kata aku.

"Senyap lah korang berdua ni. Aku lagakan kepala korang nanti." Kata Jericho tegas pada aku dan Carolyn.

Carolyn melepaskan tangannya daripada terus menutup mulutku.

"Hehehheheheh.. marah bos." Kata kami berdua serentak.

Yang lainnya hanya ketawa melihat gelagat keanak-anakkan kami berdua itu.

"Pertama sekali, korang berdua kena buka kotak kecil atas kek ni."

Jericho menunjuk pada atas kek yang mempunyai pelbagai jenis hiasan itu. Aku dah terliur dah tengok kek tu. Banjir mulut aku. Sebab, flavour dia dipenuhi dengan coklat yang banjir.

"Mana kotaknya?" Tanya Carolyn.

"Carilah." Kata Jericho selamba.

Aku dan Carolyn menaiki kerusi akibat ketinggian kami berdua terlalu rendah daripada kek lima tingkat itu. Kami berdua melihat dahulu sekeliling kek itu. Aku sempat mencalit sedikit krim coklat itu, lalu aku masukkan ke dalam mulut.

Jericho mencengkam kaki aku apabila perasan aku buat sebegitu.

"Jangan kau curi-curi nak rasa kek tu dulu. Cari kotak tu." Arah Jericho pada aku.

"Yelah..."

Aku sentuh pada krim coklat yang membentuk bentuk segi empat kecil itu. Aku dapat rasa ada sesuatu yang keras dan aku  pasti itu adalah kotaknya. Aku mengambilnya lalu aku duduk semula. Begitu juga Carolyn.

"Aku nak korang berdua buka serentak."

Belum sempat Jericho mengarahkan kami berdua buka dengan serentak, Carolyn sudah membukanya terlebih dahulu. Aku menyampuk nak tahu isinya.

"Kau dapat apa?"

"Kau tengoklah kau punya." Carolyn melarikan kotak hadiahnya.

Aku mencebik. Giliran aku pula yang akan buka dan aku lihat ada tulisan pada kepala kotak itu apabila aku membukanya.

Tulisan itu tertulis..

Will you marry me?♥
- Rayyen

Kami berdua memandang antara satu sama lain. Aku lihat Carolyn tersenyum lebar ke arah aku. Aku pula masih keliru. Aku lihat muka Rayyen yang sejak tadi memerhati reaksi wajah aku.

"Rayyen, ni kau punya lah."
Aku menyerahkan kotak yang berisi cincin tu pada Rayyen. Rayyen pelik pandang aku.

"Woi, bengap! Itu Rayyen yang bagi untuk kau lah." Kata Carolyn pada aku.

Aku garu kepala aku keliru. Dahi aku semakin berkerut. Aku tak faham!

"Apa pula aku punya? Dalam kotak ni tulis nama Rayyen. Dia lah punya." Aku berkeras dengan kata-kataku tadi.

"Hahahaahaa!"

Mereka semua galak mentertawakan aku yang kelihatan keliru itu.

"Adoh kau ni. Bengap dia memang tahap tak habis sekolah." Kata Carolyn pada aku.

"Eh kau pun sama."

"Kau faham tak situasi sekarang ni?"

Aku pandang Carolyn dengan wajah yang berkerut. Begitu juga aku pandang Jericho, Rayden, Rayyen dan yang lain. Mereka semua tersengih geli hati tengok aku yang bebal itu.

"Tak."

Sekali lagi mereka ketawa. Aku rasa geram pula.

Apa yang lawaknya?!

"Here, give it to me..."

Rayyen mengambil kotak itu daripada tangan aku. Dia mengambil cincin itu dan keluarkan daripada kotak lalu dia capai tangan aku. Dia usap tangan aku lembut dan tatap wajahku dalam.

"I want you to be my wife, Nadele White."

Dia menyarungkan cincin itu pada jari manis aku. Aku rasa kantung mata aku mulai penuh dengan air mata.

Aku lihat ke arah Carolyn yang mana Rayden sedang teragak-agak mahu bersuara itu. Namun, Carolyn bertindak lebih pantas akibat tidak dapat menahan rasa malu dipandang oleh orang lain dengan pandangan yang mengusik.

"Yes!" Jerit Carolyn gembira.

Tanpa sempat Rayden menyarungkan cincin itu, Carolyn memeluknya dan mencium mulut Rayden.

"Wuuuuu!"

"Congratulation for our bothers and sisters."

Sejak itu, mulalah kehidupan baharu aku dan Carolyn hidup dengan suasana yang normal dan harmoni seperti orang lain. Tak semestinya kami berdua gila dan kejam ni tak ada perasaan.

We're human too.









P.S:  TO BE CONTINUED IN BOOK 2

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top