46 W.J.
Mata aku celikkan apabila aku sudah sedar daripada pengsan. Benda pertama yang aku lihat adalah sebuah bilik yang kemas dan cantik. Lama dah aku tak nampak bilik macam ni sejak aku masuk penjara. Ya lah, aku tengok siling dan dinding je. Tak ada katil langsung. Tidur pun atas lantai simen yang sejuk. Boleh mati kebekuan aku.
Aku duduk bersandar dan dapat aku rasakan bahagian dada sebelah kanan aku terasa amat sakit. Baru aku teringat yang aku ditembak oleh Liame. Aku lihat bahu aku yang cedera itu sudah dibalut. Begitu juga dengan pakaian aku ditukar kepada pakaian yang lebih bersih.
"Siapa yang baik sangat tolong aku ni?" Kata aku pada diri sendiri.
Mataku meliar memandang seluruh bilik itu. Aku turun daripada katil tersebut dan menuju ke arah tingkap yang terbuka luas itu. Aku lihat ke luar tingkap dan aku dapat lihat sebuah pantai. Mungkin, rumah ini berdekatan dengan pantai?
Aku tak tahu. Yang pastinya aku dapat lihat suasana kawasan perumahan itu kelihatan amat tenang. Aku berjalan menuju ke arah pintu bilik lalu membuka pintu tersebut. Aku meneruskan langkah aku keluar daripada bilik tersebut.
"Hei, kau dah sedar. Baru je aku nak periksa kau tadi."
Suara garau seorang lelaki membuatkan kepala aku menoleh laju ke arahnya. Lelaki berambut perang itu datang mendekati aku.
"Jom, turun makan. Mesti kau lapar kan." Katanya pada aku.
Dia memegang kedua-dua belah bahu aku dan membawa aku mengekorinya turun ke tingkat bawah. Aku hanya senyap tidak membuka mulut. Kami berdua melangkah menuruni anak tangga bersama-sama.
"Dada kau sakit lagi?" Tanya dia pada aku.
Aku membuat isyarat 'sikit' padanya. Dia hanya tersenyum melihat aku yang tidak bersuara itu. Sesampainya di ruangan dapur, aku lihat ada 2 orang lagi lelaki. Seorang berkaca mata dan seorang lagi membelakangi kami berdua.
Aku lihat lelaki itu sedang memasak sesuatu.
"Morning." Tegur lelaki berkaca mata itu pada kami.berdua.
Aku hanya buat muka kosong tidak menyahut sapaannya dan senyuman lebar yang dihadiahkan oleh lelaki itu.
"Duduk sini."
Aku duduk di tempat kosong yang ada disitu. Aku hanya diam tidak bersuara. Bau masakkan menyelubungi seluruh ruang dapur itu membuatkan perut aku berbunyi.
"Lamanya kau masak Andy. Berbunyi dah perut budak ni." Kata lelaki berambut perang itu.
"Kau nak cepat kau masak lah sendiri."
Lelaki itu berpusing dan wajahnya kelihatan terkejut memandang wajah aku. Aku hanya menayangkan reaksi kosong padanya.
"Ish.." lelaki itu mendengus lalu menyambung semula masakkannya.
Aku masih pelik dengan keadaan sekeliling aku. Aku tak pernah nak bercampur dengan budak lelaki apatah lagi duduk serumah. Aku duduk rumah seorang je.
"Nama dia Nade kan?" Tanya lelaki berkaca mata itu pada kawannya yang duduk bersebelahan dengan aku.
"Yup. Nade, this is Johnny and that is Andy." Kata lelaki berambut perang itu pada aku.
Dia menunjuk ke arah lelaki yang berkaca mata itu digelar sebagai Johnny dan lelaki yang sedang memasak itu pula Andy.
"I'm Kris." Dia pula memperkenalkan dirinya.
Aku hanya angguk dan diam di tempat duduk aku. Mereka pandang muka aku pelik macam pandang aku ni OKU.
"Dia bisu kah?" Tanya Johnny pada Kris.
"Entahlah. Dari tadi aku cakap dengan dia, dia tak nak bersuara langsung." Kata Kris pada Johnny.
Aku tidak mengendahkan mereka yang memanggil aku bisu itu. Aku bukannya bisu. Cuma, aku ni mana ada banyak cakap dengan orang asing. Aku banyak cakap dengan Carolyn je.
Apabila teringatkan gadis itu, aku mulai tertanya-tanya tentang keadaanya. Adakah dia selamat sekarang ni?
"Nade, kau bisu kah?"
Sekali lagi Johnny menanyakan soalan yang sama. Aku tidak menjawab malah aku jeling dia.
"Uish, kau jeling aku. Aku suka perempuan yang mencabar ni." Kata Johnny pada aku.
Aku tidak melayan Johnny dan aku kekal senyap di tempat aku.
"Okay, let's eat the breakfast." Kata Andy gembira.
Makanan sudah siap dimasak. Ada sup ayam, pancake, waffle, bubur ayam, sandwich dan buah-buahan yang segar.
"Kejap, diorang dah bangun belum?" Tanya Andy pada Kris.
"Aku periksa kejap. Takut pula kalau diorang dah mati."
Kris berlalu pergi ke tingkat atas. Aku tak tahu siapa yang mereka maksudkan. Takkan lah aku seorang je perempuan dalam rumah ni?
Andy dan Johnny pandang aku dengan pandangan yang macam tak pernah pandang perempuan.
"Dada kau sakit lagi tak?" Tanya Andy mesra dengan aku.
Aku geleng sebagai tanda 'tidak.' Sebenarnya ada rasa sakit lagi. Cuma aku malas lah nak cakap dan buat isyarat bagai. Memang macam orang bisu juga aku ni.
"Ohhh, kau tau tak yang kau pengsan selama 2 hari." Kata Andy pada aku.
Aku membuat mulut membentuk 'o'. Tak keluar suara pun. Tidak lama kemudian, datang Kris membawa seorang lelaki bersamanya. Kris menolak kerusi roda lelaki tersebut memasuki dapur.
Eh, mamat tu hidup lagi lah. Jadi, maknanya...diorang berjaya lepaskan diri lah ni.
Selepas itu datang lagi dua orang lelaki. Mereka bertiga kelihatan baru sahaja bangun daripada tidur. Dua orang lelaki itu amat aku kenali cuma aku tak tahu nama mereka.
"Aku ingatkan korang dah mati." Kata Andy bergurau.
"Ehh, engkau aku baling pakai kerusi nanti datang pula malaikat maut jemput kau." Kata lelaki yang merupakan kembar kepada lelaki bermata kelabu itu.
Aku dapat rasakan aura dingin daripada lelaki itu tidak menyukai aku.
I don't care.
"Sudahlah, kita makan sekarang. Penat aku jadi babysitter korang tau tak." Kata Andy.
"Kepala kau babysitter. Kau bagus jadi hamba je." Kata Johnny sebelum dia melepaskan tawanya.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top