45 RAYDEN
Aku rasa mual pada tekak melihat darah yang semakin banyak memercik pada lantai, siling dan dinding. Zack yang diseksa oleh Carolyn masih tetap bernyawa walaupun sudah banyak darah dan bahagian anggota badannya dipotong oleh gadis itu.
Aku rasa geram, marah dan dalam masa yang sama, aku sedih melihatkan perempuan yang aku percayai khianat aku. Aku lihat Carolyn yang kelihatan amat tidak waras itu. Daripada situlah aku dapat tahu yang gadis itu memang tidak boleh dipercayai malah ia menunjukkan sifat sebenarnya di depan aku, Rayyen dan Alan.
Aku lihat ke arah Rayyen yang menahan rasa sakit pada bahagian perutnya itu. Begitu juga dengan Alan yang patah di bahagian kakinya. Dapat aku lihat tulang yang patah itu tembus keluar daripada kulitnya.
Kedua-dua wajah mereka berdua pucat dan bibir mereka berdua mulai bertukar warna daripada kemerahan seperti bibir orang normal menjadi biru keunguan akibat kekurangan darah. Aku rasa kasihan melihat mereka berdua.
"Kau dah mesej Kris, Rayyen?"
"Dah, masa dalam..perjalanan kita ke sini tadi aku mesej dia. Tapi, dia datang lambat sikit sebab jarak kita dengan....California sedikit jauh. Mmmaybe, huhh...dalam 15 minit daripada sekarang dia akan datang."
Rayyen tercungap-cungap bercakap dengan aku.
"Dah, jangan paksa kau bercakap banyak sangat." Kata aku padanya.
"Huhhh...Hehe..kau yang suruh aku buka mulut."
"Kau aku sepak nanti mati pula kau dekat sini. Dahlah jangan bising lagi."
Aku lihat ke arah Alan yang senyap membisu itu. Wajahnya kelihatan berpeluh menahan rasa sakit pada kakinya.
"Alan, boleh tahan lagi?"
"Yyyup. Aku boleh. Jangan risau. Sikit je ni." Kata Alan pada aku.
"Kepala kau sikit." Sempat aku memarahinya.
Dia pula hanya tersengih ke arah aku. Aku kembali memandang ke arah Carolyn. Aku lihat pula Zack yang seperti nyawa-nyawa ikan sahaja lagi itu. Carolyn asyik dengan mangsa di depan matanya itu.
Mata aku tertarik ke arah Liame yang tiba-tiba sahaja bergerak itu. Dalam keadaan yang menyakitkan itu, dia mengengsotkan badannya untuk mencapai pistol yang ada tidak jauh daripadanya itu.
Takkanlah dia nak tembak Carolyn. Aku rasa risau. Tapi, ego aku berkeras supaya aku membiarkan sahaja perbuatan Liame itu.
Takkan nak beri muka dengan minah tu lagi? Dia dah bunuh Jericho. Lepastu, nak bunuh aku, Rayyen dan Alan pula. Lebih baik dia ditembak mati oleh Liame.
Lelaki itu mengacukan muncung pistol ke arah Carolyn. Tembakan dilepaskan. Namun, ianya tersasar apabila datang seorang lelaki dari belakang menyepak Liame sehingga badan lelaki itu tepelanting jauh.
Namun, dalam masa yang sama Liame menahan pistol itu daripada terlepas daripada genggaman tangannya, satu lagi tembakkan terlepas. Ianya menuju ke arah Rayyen.
"Rayyen! Wacth out!"
Aku cuba untuk menghalang Rayyen dengan memeluk adik kembar aku itu. Tetapi, aku tidak rasakan apa-apa peluru terkena pada bahagian belakang aku.
Apabila aku meleraikan pelukkan, aku lihat Nade tersungkur jatuh ke atas lantai.
"Dddude, dia selamatkan korang." Kata Alan pada aku dan Rayyen.
Peluru itu tak mengena pada aku. Tapi, kena pada Nade. Ianya tepat pada bahagian dada kanannya.
Apa lagi muslihat yang minah ni buat? Kenapa nak selamatkan aku dan Rayyen?
"Fffuck...that guy." Sumpah Nade dalam keadaannya yang cedera teruk itu.
Gadis itu menggagahkan dirinya untuk berdiri semula. Badannya dipusingkan menghadap aku, Rayyen dan Alan.
"Kau..kau korbankan diri kau, kenapa?" Tanya aku padanya.
Nade tidak menjawab dan gadis itu tiba-tiba sahaja terbatuk. Darah merah memercik ke arah kami betiga. Tidak lama selepas itu, dia pengsan di depan Rayyen. Tepat menimpa di atas badan Rayyen.
"Aku rasa dia masih lemah nak tampung rasa sakit. Badan dia mungkin tak boleh tahan dengan tembakkan tu. Disebabkan tu lah dia pengsan." Kata Alan pada aku dan Rayyen.
"Jadi, kita nak buat macam mana?" Tanya aku pada mereka berdua.
"Fuck you! Kau tembak kawan aku! Bodoh!" Amukkan Carolyn bergema diseluruh gudang.
Gadis itu dengan gagahnya cuba untuk mengangkat Liame ke tempat yang bakal membawanya ke alam kematian. Kini, Liame pula yang disangkut pada cangkuk itu.
Namun, gadis itu tidak terus mahu menyeksa. Dia berjalan ke arah tangga yang ada di situ.
Seorang lelaki cuba untuk menghalang Carolyn daripada meneruskan langkahnya.
"No! You can't stop me! I need to finish them." Gertak Carolyn kuat ke arah lelaki itu.
Tidak lama kemudian, bunyi enjin dan kipas helikopter kedengaran dari dalam gudang.
"Kris, dia dah sampai. Kita kena larikan diri." Kata aku pada Rayyen dan Alan.
Aku memapah badan Rayyen walaupun aku berasa sakit pada bahagian bahu aku.
"Waitt..Rayden. Huhhh...Kita kena bawa Nade dan Carolyn sekali." Kata Rayyen dalam nada yang agak rendah itu.
"Kau gila kah? Dia dah bunuh Jericho. Takkan kau
.."
"Tapi, Nade selamatkan kita."
Aku senyap seketika. Ya, memang aku rasa terhutang budi dengan Nade sebab dia selamatkan nyawa aku dan Rayyen.
"Dia ada muslihat sendiri. Kau tak tahu kah yang dia biarkan kita hidup pun sebab nak bagi Carolyn bunuh kita."
"Tak..aku memang rasakan ada dia tak ada niat pun nak bunuh kita."
"Ishhh, kau ni dah kenapa hah? Percayakan diorang sangat?" Marah aku pada Rayyen.
Tidak lama kemudian, Kris datang bersama dua orang lagi lelaki yang akan membantu dia selamatkan aku, Rayyen dan Alan. Aku lihat Carolyn yang sudah sampai di tingkat atas itu. Dia menekan sesuatu pada suis yang ada pada dinding itu.
Tiba-tiba, gegendang telinga aku mendengar bunyi detikkan jam.
"Bom..dia nak letupkan tempat ni. Kita kena keluar! Now!" Arah aku pada Kris dan dua orang lagi lelaki itu.
Mereka adalah kawan yang rapat dengan Kris. Masing-masing membawa setiap seorang daripada kami dan dibawa ke helikopter.
"Kau akan mati! Hahahha!" Jerit Carolyn dari tingkat atas ke arah Zack dan Liame.
Namun, tanpa dia sedar, dia tergelincir jatuh dari tingkat atas dan badannya jatuh menghempap lantai. Aku lihat situasi itu dari luar gudang dengan perasaan yang sedih. Aku lihat tubuh badan Carolyn kaku tidak bergerak.
Kebarangkalian dia boleh mati amat tinggi sebab dia terjatuh dari tingkat atas bangunan dalam keadannya yang cedera parah itu.
"Rayden, kita kena bawa dia." Rayyen masih juga berdegil memaksa aku untuk membawa Nade sekali.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top