34 B.J.

Mataku tidak lepas memandang ke arah skrin hologram yang memaparkan kawasan gudang itu. Aku lihat sekeliling gudang itu terdapat banyak kotak-kotak kayu dan sebuah kilang yang sedang bekerja memproses senjata.

Aku dapat kesan yang Nade dibawa masuk ke dalam sebuah bilik. Aku tidak tahu apa yang ada di dalam kawasan bilik itu dan apa yang mereka buat membawa Nade ke dalam bilik tersebut.

"Hmmm, aku rasa bilik tu tak ada CCTV. Ishh, susahlah kalau macam ni." Getusku pada diri sendiri.

Hampir 45 minit aku berdiri memerhati keadaan di dalam gudang itu. Tidak lama kemudian, keluar seorang lelaki bersama tiga orang lagi lelaki yang menjaga kiri, kanan dan belakang Nade. Gadis itu diletakkan di tengah-tengah bagi mengawasinya.

Aku zoom kamera pada wajah Nade. Nade tiada sebarang reaksi dan dia seperti lembu dicucuk hidung. Ikut sahaja arahan yang dikatakan oleh Zack dan konco-konconya.

"Haih, Zack kawal Nade melalui cip tu."

Aku teringat dengan kata-kata Alex. Aku boleh nampak dari segi riak Nade yang cukup mendiamkan diri dan tidak melawan itu bahawa dia masih dalam kawalan Zack. Tapi, apa yang Zack buat sampai dia boleh kawal Nade?

"Fuck that guy." Sumpah aku seorang diri di situ.

Aku menekan semula untuk melihat peta kerana aku dapat rasakan yang dia akan membawa Nade ke villa. Seperti yang aku jangkakan, titik merah itu bergerak tepat berhenti di sebuah kawasan perumahan dan tepat pada jam yang sama iaitu pada pukul 8 malam.

Aku membuat sesuatu untuk mendapatkan pelan bangunan villa tersebut. Tidak sia-sia aku belajar semua benda ni daripada Alex.

Ianya tidak mengambil masa lebih daripada 10 minit dan aku sudah dapat pelan bangunan villa tersebut.

"Hmmm, too easy. Zack..Zack. You messed up with me, you will regret it."

Apa yang aku dapati cuma ruangan di luar rumah sahaja yang mempunyai CCTV. Di dalam rumah pula tiada. Aku cuba sekali lagi untuk mencari satu alat teknologi yang boleh aku godam supaya aku dapat lihat keadaan di dalam villa tersebut.

Tidak lama kemudian, skrin hologram memaparkan satu sistem komputer yang aku boleh godam. Aku menggodamnya dengan laju tanpa pengetahuan mereka. Dalam masa 5 minit, kamera yang ada pada komputer itu memaparkan satu keadaan di dalam sebuah bilik kaca. Di dalam bilik tersebut pula terdapat banyak wayar dan mesin-mesin yang pelik.

"Wait? What? Is that..Nade?"

Aku lihat seorang gadis berambut perang ditahan pada sebuah katil. Badannya pula dipenuhi dengan wayar-wayar yang pelik. Namun, satu saluran yang mengalirkan sejenis cecair yang disambungkan pada lengan Nade menarik perhatian aku. Ianya mengalirkan sejenis cecair kelabu.

Nade berada dalam keadaan yang tidak sedarkan diri. Aku dapat rasakan yang dia memasukkan sesuatu untuk mengganggu cip yang ada dalam badan Nade. Sebab, cip tersebut mengalir pada saluran darah Nade. Ianya terlampau seni untuk dikesan melainkan menggunakan teknologi yang canggih sahaja boleh mengesan keberadaan cip tersebut.

Aku lihat seorang lelaki masuk ke dalam bilik kaca tersebut. Aku kenal wajah yang aku sangat benci dengan penuh dendam itu.

Zack...

Aku lihat dia tersenyum senget memaparkan riak wajahnya yang gembira melihat kesengsaraan Nade. Aku menggunakan kamera dan sambungkan dengan alat yang boleh mengesan percakapan seseorang itu hanya melalui gerak bibirnya sahaja.

Pada mulanya, ia cuma kedengeran seperti bunyi radio rosak. Tapi, ia berjaya menangkap suara Zack apabila aku dapat dengar suara lelaki itu melalui speaker.

"So sad, my darling. Kau akan jadi senjata pemusnah aku untuk buat semua kerja."

Apa yang..mamat ni maksudkan dengan senjata pemusnah?

"Then.. we can kill your beloved friend, honey."

Tiba-tiba datang seorang lelaki berkulit hitam memanggil Zack. Lelaki itu angguk dan pergi meninggalkan bilik kaca tersebut. Aku lihat Nade yang diletakkan di atas katil itu dengan tahanan yang sangat kuat pada kaki dan tangannya.

Sudah semestinya sukar untuk Nade melepaskan diri sebab boleh jadi, kesan kerosakkan pada cip itu menyakitkan anggota tubuh badannya untuk melakukan pergerakkan.

Aku mengambil semua maklumat yang patut dan masukkan ke dalam fail untuk disimpan. Sesudahnya aku 'copy dan paste' masuk ke dalam pendrive milikku.

Aku lihat kembali pada skrin hologram. Aku kena minta bantuan Rayyen untuk dapatkan maklumat yang selanjutnya.

Tiba-tiba, bahu aku disentuh oleh seseorang dari belakang. Aku toleh dan wajah Rayyen yang aku lihat.

"Kejap juga kau masak."

"I'm the pro chef. Easy and faster." Pujinya pada diri sendiri.

Aku buat muka menyampah. Aku mengalihkan semula pandangan aku memandang ke arah skrin hologram.

"Kau dari tadi perhatikan bilik ni kah?" Tanya Rayyen pada aku.

Rayyen juga turut memerhati ke arah hologram yang memaparkan rakaman kamera komputer yang ada di bilik kawalan yang menempatkan Nade di villa tersebut.

"Yup."

Tidak lama kemudian, kelibat Zack dan seorang lelaki muncul di dalam rakaman kamera tersebut.

"Is that Zack?" Tanya Rayyen pada aku.

"Yup. Dia lah mamat yang bawa Nade lari."

Aku dan Rayyen fokus pada rakaman kamera tersebut. Pandangan aku bergerak mengekori langkah kaki Zack yang memasuki bilik kaca tersebut. Sempat aku melihat pada skrin monitor yang mempunyai wayar yang banyak itu terdapat perkataan 'COMPLETE'.

Zack melepaskan Nade daripada ditahan dan aku lihat wajah Nade hanya memaparkan riak yang kosong. Gadis itu bangun daripada baringnya.

"Kau dah sediakan semua yang aku perlukan?"

"Sudah."

"Aku harap benda tu dapat tahan lebih lama."

Aku dan Rayyen memandang antara satu sama lain dengan pandangan yang tertanya-tanya. Percakapan Zack dan lelaki itu membuatkan kami berdua merasakan ada sesuatu yang tak kena akan berlaku.

"Kau pasti orang tua tu ada dekat bar dia?"

"Pasti, bos. Saya sudah dapat maklumat daripada Xavier yang Albert sudah berada di bar miliknya."

"What? Is he trying to attack Albert?" Kata Rayyen dengan nada yang tertanya-tanya.

"Rayyen, aku nak kau call Albert untuk beri amaran kecemasan pada dia." Arahku pada Rayyen.

Rayyen mengambil telefon miliknya.

"Aduh, aku lupa pula yang aku tak ada nombor mamat tu." Kata Rayyen sambil menepuk dahinya.

Rayyen berlari menuju ke arah tangga.

"Woi, Rayden! Tolong call Albert sekarang juga!" Jeritnya pada Rayden.

Pandanganku tidak lepas daripada memerhati titik merah itu bergerak keluar daripada villa. Tidak lama kemudian, Rayden turun bersama kerutan di dahinya memandang aku dan Rayyen yang berada dalam keadaan kelam-kabut.

"Asal pul.."

"Call je." Kata Rayyen tegas pada abang kembarnya itu.

Rayden tanpa sebarang banyak tanya lagi, dia mengeluarkan telefon miliknya dan membuat panggilan terus pada Albert.

Aku tahu Albert merupakan rakan kongsi kepada Jericho. Sebab, bar Albert merupakan perniagaan yang berjaya di Las Vegas setanding dengan bar Jericho. Aku masih belum Pasti apa punca Zack mahu menyerang Albert.

Sudahlah dia menggunakan Nade sebagai senjata yang akan menyerang Albert. Nade bukanlah calang-calang orang kalau sudah buat kerja. Walaupun dia suka buat kerja jarak jauh, kalau dia buat kerja jarak dekat boleh tahan kebolehannya untuk mengalahkan musuh.

"Dia tak angkat call aku." Kata Rayden pada kami berdua.

"Aduhh, macam mana ni?"

Rayden masih juga tertanya-tanya dengan situasi yang sedang melanda kami berdua sehingga boleh menyebabkan aku dan Rayyen kelam-kabut.

"Apa masalahnya ni?" Tanya Rayden pada Rayyen.

"White Joker nak serang Albert."

"What the fuck!"

"Okey, kalau macam tu. Kita call Jericho." Cadangku pada mereka berdua.

"Okay, good idea."

Rayden terus mendail nombor Jericho. Mereka hanya perlu menunggu panggilan diangkat sahaja lagi.

Aku kembali fokus pada titik merah tersebut. Tanpa aku sedari..

"Guys, we need to hurry. Nade is already there." Kata aku pada Rayyen dan Rayden.

Ia menambahkan lagi rasa gusar dalam diri mereka berdua. Aku lihat Nade mengambil posisi di atas bangunan yang tinggi. Bukanlah rooftop tetapi, dia berada dalam bangunan yang berhadapan dengan bangunan bar milik Albert.

"Jericho! Dude, Albert ada dengan kau tak?"

Aku cuma mendengar perbualan Rayden bersama Jericho di dalam talian.

"Kau kena warning Albert sebab dia dalam bahaya. White Joker datang untuk.serang diorang dekat bar."

Selepas habis berbual dengan Jericho, Rayden memutuskan talian. Aku lihat pada skrin hologram. Tiba-tiba, titik merah itu bertukar tempatnya. Dia tidak lagi berada di dalam bangunan. Tetapi..

"Crap! She's in the bar." Kataku sendirian.

"What? We need to stop her." Kata Rayden pada aku.

Sepantas itu pergerakkan Nade mengubah kedudukannya.

"The thing is, We not ready yet. We cannot just...go and stop her. I know her well. We need a plan to stop Nade." Bantah aku pada kata-kata Rayden.

"Guys, Guys. Albert pick up the phone." Kata Rayyen pada kami berdua.

"Hello, Albert kau ken.."

Senyap. Rayyen kelihatan bingung di tempatnya yang masih memegang telefon itu. Aku dan Rayden pula hanya menanti bicara daripada Rayyen. Namun, Rayyen menutup panggilan.

"Fuck! He's dead. Aku tak sempat nak cakap dengan dia pun, mamat tu dah kena tembak. Shit!" Kata Rayyen dalam keadaan yang marah.

Ini untuk kali pertama aku lihat wajah Rayyen marah. Hmm, tapi tak nampak sangat macam Rayden marah. Kalau Rayden yang marah mesti lagi bara apinya. Aura dia tu..Hahahha..Okey, melalut.

"Apa benda terakhir yang kau dengar?" Tanya aku pada Rayyen.

"Orang menjerit sebab dengar bunyi tembakkan." Kata Rayyen pasrah.

Aku menghentak meja siber tersebut melepaskan geram. Kali ini aku gagal untuk hentikan Nade. Ya, memang aku tahu bukan mudah untuk hentikan kawan sendiri. Tapi...

"Erghh! Fuck Shit!" Sumpah aku sendiri.

Rayyen menyentuh bahu aku dan mengusapnya lembut. Mungkin, dia mahu menenangkan api kemarahan aku.

"It's okay. We just need a time to take your friend back to you. Don't blame yourself okay." Pujuk Rayyen pada aku.

Aku sedikit lega apabila dipujuk sebegitu.

"Ishh, sudahlah. Kita pergi makan." Dengus Rayden marah.

Rayyen dan aku hanya memerhati langkah Rayden pergi meninggalkan kami berdua di bilik tersebut.

"Dia marah cemburu tu." Kata Rayyen padaku separuh berbisik.

"Hmmm, dahlah kau ni. Cepat betul cooldown."

"Mestilah. Aku bukannya macam Rayden. Suka marah 24 hour."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top