3 B.J.
4 tahun berlalu..
"Huhh, bosan gila duduk dalam sangkar burung ni. Rasanya mati dalam ni pun langsung tak aman." Kataku pada diri sendiri.
Aku sengaja bermain-main seperti hari-hari biasa aku duduk dalam penjara. 4 tahun berlalu duduk terperuk dalam penjara sampaikan umur aku sudah mencecah 19 tahun. Nade pun aku dah lama tak jumpa. Apa lah agaknya minah tu buat sekarang ni ya? 4 tahun duduk dalam penjara? Hah, untuk orang gila macam aku memang duduk dalam penjara lah namanya.
Duduk disisih daripada orang ramai. Dilayan macam binatang. Makan makanan yang separuh basi. Itu sudah cukup lali bagi aku.
Sepanjang aku tinggal di tempat baharu yang dipanggil penjara ini, sepanjang itu lah aku keluar masuk ke mahkamah untuk dibicara atas kes jenayah yang aku lakukan. Rasa hampir 5 kali dalam setahun aku keluar masuk penjara untuk ke mahkamah.
Hehe, selama itulah aku membuat rancangan untuk melarikan diri. Aku sudah tahu siapa yang akan silih ganti jaga aku di penjara. Aku sudah tahu selok-belok keluar penjara. Bukankah senang tu?
Hehe, tapi, rancangan aku bukanlah semudah itu. Aku sudah merancang dengan lebih dalam supaya aku berjaya melarikan diri. Pasukan yang menjaga aku dan Nade di dalam penjara bukanlah calang-calang pasukan.
Mereka daripada pasukan elit yang sukar untuk dilepasi. Jadi, plan aku mesti menjadi.
Tepat pada waktu sebegini, seorang ketua daripada pasukan elit akan masuk melawar aku. Melawat? Hmm, dia lawat sebab nak pastikan aku tak terlepas. Aku dah hafal sangat dah waktu-waktu dan hari-hari dia akan melawat aku.
Tidak lama kemudian, masuk seorang lelaki berbadan tegap ke dalam penjara di dalamnya ada lagi penjara kecil yang khas untuk aku. Spesial kan aku ni?
Aku melihat wajahnya dengan senyuman yang sinis dari dalam penjara yang mengurung aku ini. Pandanganku tidak lagi daripada melihat anak mata lelaki itu.
"Hoi, bapok. Datang nak berborak dengan aku kah? Hahahahahahhahaha!" Ketawaku kuat padanya.
Aku suka menguji kesabaran lelaki gagah itu dengan kata-kataku yang penuh dengan sindiran.
"Aku? Nak berborak dengan kau? Aku yang waras ada standard sendiri. Kau yang tak waras tu patut bercakap dengan tiang besi je."
"Oh ya kah? Aku ingatkan kau tak waras juga. Sebab orang yang waras takkan bercakap dengan aku yang gila ni."
Senyumku lebar ke arahnya. Psycho? Hahaha, itu memang kerja aku. Aku memang suka psycho pemikiran orang lain.
"Huhh, patutlah kau memang tinggal dalam ni. Memang layak pun."
"Kau pun layak juga. Sebab kau melayan aku yang gila ni. Luas lagi tempat dalam ni. Cukup untuk kau."
Sekali lagi aku menghentamnya dengan kata-kataku yang cukup pedas itu. Wajahnya sedikit berubah seperti menahan kesabaran bercakap dengan aku yang gila ni.
Sengaja aku dekatkan wajahku padanya. Jarak antara kami hanya dihalang oleh besi. Aku tersenyum sumbing ke arahnya. Lelaki itu tersengih sinis membalas senyuman aku yang Sengaja mencabar kesabarannya itu.
Lelaki itu mencengkam kedua-kedua belah pipiku dengan agak kuat seakan-akan mahu melepaskan rasa marahnya padaku.
"Kau cantik..hehh, tapi gila." Katanya padaku.
Kepala aku ditolaknya kasar melepaskan geram.
"Jadi, kau nak kata perempuan cantik ni gila lah? Macam tu? Nampaknya selama ni isteri kau hodoh tu waras lah." Kataku melibatkan isterinya yang tidak bersalah itu.
Dia sedikit tercabar dengan kata-kata aku.
"Kau tu yang hodoh. Gila!"
BAM
Lelaki itu berlalu pergi dengan kemarahan. Aku dah agak dah. Dia takkan tahan pun bercakap dengan aku.
Aku menyelitkan kunci pendua pada rambutku yang disanggulkan itu yang berjaya aku curi daripada poket lelaki itu tadi.
Sekarang, makin mudahlah kerja aku.
♥♠♣◆
Tepat pada waktu sebegini aku boleh agak keadaan di luar. Ianya sudah pasti ramai pasukan elit yang berkeliaran di setiap penjuru laluan. Terutamanya laluan ke helikopter. Itulah tujuan pertama aku.
Dalam masa yang sama, tipulah kalau tiada sesetengah daripada pasukan elit tersebut sedang curi tulang untuk berehat. Hehe, termasuk dua daripada empat orang pengawal yang menjaga aku dari dalam. Aku mengambil peluang untuk membuka kunci pagar yang memenjara aku ini.
KLICK
Ia menandakan pagar itu sudah terbuka.
Belum sempat aku membuka pintu pagar tersebut, aku sudah diacukan dengan senjata api oleh keempat-empat pengawal.
"Don't move girl. If you don't want to get trouble." Kata salah seorang daripada mereka.
Aku dengan beraninya mengukirkan senyuman lebar ke arah mereka berempat. Kerja jarak dekat adalah tugas aku.
"I...don't give a fuck."
Aku menyepak kunci yang aku gunakan tadi tepat mengena pada kepala dan tercucuk pada biji mata salah seorang daripada mereka berempat.
"Fuck that bitch!" Aduhnya sakit.
Mereka ingin menembakku. Namun, sasarannya tidak mengena apabila aku melompat bergayut pada tiang lalu mendarat duduk atas bahu salah seorang daripada mereka yang berdekatan dengan jarakku. Aku mencekiknya menggunakan senjata yang digunakan olehnya sendiri dan mereka yang lainnya cuba untuk menembakku tetapi, tidak mengena kerana imbangan badan lelaki itu berjaya mengelak kesemua peluru daripada mengena padaku.
"Hahahaha! This is what you call elite? Like a fucking ass."
BANG
BANG
BANG
Aku terus melancarkan tembakkan pada mereka bertiga yang masih berbaki selepas salah seorang tumbang dipengsankan oleh aku. Aku menyasarkan pada kepala dan bukannya pada tubuh badan.
Sebab, sudah semestinya, mereka memakai baju kalis peluru. Bijak kan aku? Hahahahahaha..
Tidak lama kemudian, bunyi siren berbunyi menandakan aku terlepas. Aku terus mengambil jalan keluar daripada situ. Dua orang lagi pengawal yang menjaga dari luar juga aku tembak sehingga mati dibahagian kepala mereka. Laluan aku untuk melarikan diri bersih daripada sebarang halangan walaupun aku tahu akan ada ramai lagi yang datang.
Aku berlari menuju ke arah tangga yang menghubungkan laluan aku ke helikopter.
"Clear. Seperti yang aku jangkakan." Kataku pada diri sendiri.
Aku sudah boleh mengagak pengawal yang menjaga laluan ke helikopter akan pergi menyertai yang lain di bawah. Dumb ass. Haha.
Aku menuju ke arah bilik kawalan untuk membuka bumbung bagi memudahkan aku berlepas.
"Babye, fucking damn jail!"
Aku menuju ke arah helikopter terus masuk ke dalam helikopter. Aku mengambil tempat duduk dan menghidupkan kesemua sistem yang ada di dalam helikopter tersebut. Bunyi libasan kipas daripada helikopter kedengaran kuat menandakan aku akan berlepas tidak lama lagi.
Aku dapat lihat dari atas pasukan elit itu sedaya upaya untuk menembak helikopter yang aku gunakan.
"Tak ada guna kau nak tembak aku! Hahahahahahaha!" Jeritku pada mereka sebelum aku memandu pergi daripada situ.
Helikopter membawa aku pergi jauh daripada tempat aku dipenjarakan. Nafas lega aku hembus perlahan. Fikiran aku sedikit tenang setelah sekian lama dipenjarakan oleh orang yang tidak berhati perut.
Tiba-tiba..
BOOMM
Gegaran yang kuat pada helikopter membuatkan aku sukar untuk mengawal pemanduan helikopter. Helikopter terhuyung-hayang. Aku mengjengukkan kepalaku keluar tingkap dan dapat aku lihat dari jarak yang jauh beberapa bot bersama pasukan elit itu masih mengejar aku dari belakang.
"Shit, diorang guna senjata Bazuka. Macam mana ni?"
Aku mulai dirundung perasaan resah. Tapi, kalau aku kekal di dalam helikopter aku akan ditangkap semula. Masalahnya sekarang hanya ada satu cara sahaja, terjun.
Aaaa, aku tak pandai berenang!
'Carolyn you need to do this. Don't let them catch you again.' Bisik hatiku pada diri sendiri.
Aku memutarkan stereng helikopter berpusing pada 360 darjah dan aku terus terjun daripada helikopter. Dalam masa yang sama, helikopter meletup dan menjunam masuk ke dalam lautan. Begitu juga aku.
Nafas aku sesak daa semakin sesak apabila aku semakin tenggelam di dalam lautan. Aku meronta-ronta di dalam air. Tidak lama kemudian, pergerakkan aku semakin lemah dan pandangan aku semakin kabur.
Akhirnya, dunia aku gelap.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top