29 B.J.
"Erghh, sakitlah. Kau jangan lah tekan kuat sangat!" Gertakku pada Rayden yang merawat pipi aku yang calar itu.
"Sakit sikit je pun."
Aku menjelingnya tajam. Habis seluruh badan aku cedera akibat jatuh ke dalam gaung. Kakiku pada bahagian lutut luka akibat berlanggar dengan batu yang tajam. Bahu aku yang baru sahaja cedera 2 hari lepas, kembali cedera. Tetapi, tidaklag terlalu teruk berbanding muka aku. Pipi kanan aku calar teruk akibat bergeser pada jalan tar. Kedua-dua belah siku aku juga cedera tetapi cuma calar sedikit sahaja.
Sakit dia, tuhan je tahu.
Nasib baik aku sempat buat panggilan kepada Rayyen untuk membawa aku balik semula ke Las Vegas ketika aku kemalangan tadi.
"Oh yaa, Rayyen. Asal korang boleh datang ambil aku tak sampai 5 minit pun dari Las Vegas ke Florence?"
Rayyen pandang aku senyap. Dia tersengih ke arah aku. Aku merenungnya tajam.
"Kitorang memang ada dekat Florence pun."
"Korang ikut aku sampai sana?"
Patutlah malam tu aku rasa macam ada orang ikut aku. Rupanya, dua orang manusia ni yang ikut aku sampai sana.
"Aku sebenarnya tak nak. Tapi, Rayden ni yang degil nak juga ikut kau. Aku iyakan aje lah."
Aku pandang wajah Rayden yang berada di depan aku. Dia masih merawat aku tetapi pada luka yang lain pula. Pipi aku sudah ditampalnya dengan plaster.
"Kau tak pernah nak percayakan aku kan?"
"Tak. Aku tak nak kau lari lepas kau selamatkan White Joker. That's why I follow you." Kata Rayden tegas pada aku.
Rayyen hanya diam melihat aku dan Rayden bertekak.
"Dia sayangkan kau lah. Sebab tu dia degil nak juga ikut kau dalam diam." Sampuk Rayyen mencelah perbualan mereka berdua.
Rayden pandang Rayyen dengan pandangan yang tajam. Dapat aku rasakan aura dingin Rayden yang akan memarahi Rayyen itu.
Tetapi, apa yang dilakukan oleh Rayden cuma senyap. Dia tidak bersuara malah menyambung semula untuk merawat siku aku yang cedera itu. Ingatkan akan terjadinya pergaduhan kah apa. Bertumbuk kah, membunuh kah. Yalah kan, Rayden ni kan suka sangat marah-marah.
♥♠♣◆
Jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Aku masih juga tidak boleh tidur dan belum juga mengantuk. Tragedi aku kemalangan di Florence masih terngiang-ngiang di dalam fikiran aku.
Aku boleh agak ada orang yang akan mengancam nyawa aku. Tapi, siapa yang cuba untuk tembak aku?
Mataku sakit akibat pantulan cahaya matahari melalui cermin sisi motorsikal milik aku. Tiba-tiba, aku lihat sebuah peluru tepat melimpasi depan wajah aku. Hampir-hampir mengena pada aku tetapi tersasar.
Termasuk aku sekali hilang kawalan pada pemanduanku. Motosikal yang aku pandu terbabas dan aku jatuh daripada motorsikal.
"Hei, kau masih terkenangkan pasal tadi kah?"
Aku lihat ke arah gerangan yang menegur aku pada waktu malam sebegini. Ianya Rayyen yang masih belum tidur lagi. Rayden pula, rasanya ada dalam bilik. Lepas dia rawat aku, mamat tu terus masuk bilik dan langsung tak keluar lagi lepastu.
Lantaklah dia nak mati kah apa.
"Ha'ah."
"Kau cakap kau kena tembak kan? Tapi, tembakkan tu tersasar."
"Yup.."
"Kau tak rasa kah orang yang tembak kau tu adalah Nade?"
Kalau ianya Nade, sudah pasti ianya akan mengena padaku. Tapi, ianya terasasar. Adakah dia cuba untuk mempermainkan aku? Ataupun dia sengaja biarkan aku kemalangan dan biarkan aku masih hidup?
"Aku tak pastilah. Tapi, boleh jadi Nade yang tembak aku. Sebab, dia berjaya meloloskan diri daripada penjara."
Aku mengeluarkan sesuatu daripada poket baju tidur aku dan letakkan sekeping kertas itu di atas meja siber. Rayyen lihat ke arah kertas yang aku letakkan di atas meja itu.
"Dari mana kau dapat ni?"
"Hehehe, aku curi daripada ketua tentera tu lah. Aku sengaja jatuh atas dia masa aku dihalau keluar tu. Masa tu lah aku curi-curi ambil daripada poket baju uniform dia."
"Ohhh, kalau kau jatuh atas aku, aku suka." Rayyen senyum senget ke arah aku.
Aku menampar pipinya kuat. Wajah Rayyen berpaling ke kiri menerima tamparan daripada aku. Dia mengusap pipinya yang kemerahan itu.
"Kau ni aku gurau je pun."
"Kau punya gurauan tu lucah bodoh!"
"Hishhh, Yelah Yelah. Aku lupa yang kau ni kanak-kanak bawah umur."
Aku malas mahu melayan Rayyen itu.
"Cuba kau check cip tu."
Rayyen meletakkan sekeping kertas itu di atas meja dan mengambil cip tersebut. Dia membelek-belek cip tersebut. Aku pula hanya menanti Rayyen bersuara.
"It's a fake microchip. Rekaan ni macam..rekaan biasa-biasa sahaja."
Rayyen membuka cip tersebut daa terdapat satu lampu LED merah di dalamnya yang bersambung dengan chip tersebut.
"Kejap..aku rasa.."
Aku lihat apa yang dilakukan oleh Rayyen. Rayyen memasukkan cip tersebut ke dalam meja siber. Meja siber membuat analisis terhadap cip tersebut. Hologram memaparkan maklumat yang sudah dianalisis.
"Patutlah dia dapat buat fake location. Dia copy semua maklumat yang dia dapat pada cip yang kau masukkan ke dalam badan Nade."
"Aku memang rasa Nade memang tak berseorangan lah. Aku rasa ada orang yang dengan dia buat semua ni."
Rayyen pandang aku dengan pandangan yang tertanya-tanya.
"Kau ingat tak malam yang aku lari dari rumah tu?"
"Yang kau cakap kau jogging tu kah?"
"Ha'ah and..whatever. Malam tu aku nampak Nade berdiri tak jauh daripada rumah ni dan gila aku keluar, dia masuk ke dalam sebauh kereta hitam ni. Sebab itu lah aku berlari keluar rumah masa tu. Ergh, menyesalnya aku tak tengok pada nombor kereta tu." Kataku geram.
"Ingatkan kau nak larikan diri. Tapi, kau nampak siapa yang dengan dia?"
"Seorang lelaki. Tapi, aku tak nampak muka dia malam tu sebab dia membelakangi aku."
Aku memang dapat rasakan Nade keluar dibantu oleh lelaki yang aku nampak malam tu.
"Okey, aku dapat satu lagi maklumat."
Aku lihat pada hologram. Ianya sebuah maklumat mengenai sebuah syarikat.
"Mickrocip ni datangnya daripada Tech Consultant. Ianya sebuah syarikat yang dah lama ditubuhkan di California dan owner syarikat tu ialah.."
"Zach.." sambung aku pada ayat terakhir Rayyen.
"Yeah, Zach Van Helsing." Kata Rayyen padaku.
"Mamat tu! Dia lah yang aku dan Nade sasarkan sebelum ni."
"You mean.. your target is working with Nade?"
"Yeah.. dia lah yang buatkan aku dan Nade masuk penjara. Semua kerja aku dna Nade dia suka sangat sabotaj. Sampaikan aku dan Nade rasa rimas dan merancang untuk bunuh dia. Tapi, dia tetap dengan dirty trick dia tu. Dia gunakan polis untuk tangkap aku dan Nade. Sedangkan dia sendiri yang buat kerja jahat."
"Tapi, kenapa pula Nade minta bantuan mamat yang dia sendiri nak bunuh?"
"Setahu aku, Nade suka buat kerja seorang diri. Dia tak suka kerjasama dengan orang lain apatah lagi kalau diarah oleh orang lain. Hmm.. aku dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena lah. Cuba kau cari siapa yang cipta cip tu."
Rayyen menaip sesuatu pada papan kekunci meja siber itu. Tidak lama kemudian, muncul gambar yang memaparkan wajah seorang lelaki yang berumur dalam lingkungan 20an.
"Orang yang cipta cip itu adalah.. Liame Van Helsing. Dia berpendidikan dalam PHD engineering dan sains teknologi. Sama dengan Zach, tapi, Zach PHD engineering dan perniagaan. Mereka berdua berada bekerja dalam sebuah syarikat yang sama."
"Diorang adik beradik kah?"
"Kejap.. aku cuba cari."
Rayyen cuba untuk mencari lebih lanjut mengenai Zach dan Liame.
"Ishh, aku perlukan masa yang lama untuk cari maklumat diorang."
"Berapa lama?"
"Entahlah, aku tak pasti. Tapi, mungkin dalam 2-3 hari."
"Lamanya. Kata pandai.."
"Ehhh, memang pandai pun. Orang pandai kena buat kerja dengan teliti. Kau ingat aku cari dengan petik jari je kah? Aku perlu analisis lagi, nak tepatkan maklumat tu lagi..nak ini.. itu. Yang paling penting, aku habis belajar dan dapat PHD dalam sains teknologi, sains komputer dan engineering. Kau tu..umur 15 dah habis sekolah." Kata Rayyen bertalu-talu.
"Uishh, pantang dibandingkan dengan kepandaian kau ni. Tak payahlah kau nak bandingkan dengan aku yang tak habis sekolah ni."
"Mestilah. Kau.."
Aku tenung dia tajam. Rayyen berhenti bersuara.
"Apa? Aku apa?"
"Tak apalah. Kau pun pandai. Pandai buat jahat."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top