25 RAYDEN
Tangan aku mencapai kotak first aid kid itu semula dari dalam kabinet. Aku perlu rawat tangan minah tu yang dia cederakan sendiri tadi ketika keluar daripada rumah. Dia ni memang suka cederakan diri sendiri. Nasib baiklah tak mati. Kalau dia mati? Aku pun tak tahulah nak buat apa.
Aku melangkah menuju ke arah ruang tamu di mana Carolyn berada. Aku lihat ke arah sofa dan aku dapati minah tu sudah pun terlelap di situ. Awal pula dia ni tidur? Selalunya tengah malam baru nampak muka dia penat.
Mungkin, sebab terlalu letih ketika berlari tadi. Aku masih tertanya-tanya juga tentang apa yang Carolyn kejarkan sangat tadi. Aku je ingatkan dia nak lari. Tapi, aku perasan masa dia berlari tu, aku ternampak sebuah kereta hitam.
Aku perlu tanya Rayyen pasal ni. Sebab, dia banyak bercakap dengan Rayyen je. Bila dengan Rayyen je dia gembira. Asal dengan aku mesti dia nak perli aku je. Rayyen boleh pula dengan dia bergurau senda.
Walaupun, aku sakit hati. Tapi, aku tahankan aje. Sebab, Black Joker kan memang hak milik Rayyen. Aku ni tumpang kasih sayang je.
Aku mengambil sebuah kerusi kecil yang ada di situ. Aku letakkan di depan sofa di mana gadis itu sedang nyenyak tidur. Aku capai tangannya yang cedera itu.
Buku limanya kelihatan lebam dan tercalar menampakkan darahnya yang sudah kering. Aku mengambil cecair yang digunakan untuk membunuh kuman itu dan aku sapukan pada kesan luka itu. Tindakan aku langsung tidak mengganggu gadis itu tidur. Cuma, wajahnya sedikit berkerut apabila aku menekan sedikit pada bahagian lukanya. Sakitlah tu.
"Itu lah kau. Suka sangat sakitkan diri sendiri." Kataku padanya walaupun aku tahu gadis itu tidak akan dengar pun.
Selesai menyapu ubat, aku melekatkan plaster pada buku limanya yang luka itu. Aku teringatkan Rayyen yang menyentuh tangan Carolyn sebentar tadi semasa gadis itu sudah aku bawa pulang ke rumah. Seperti yang aku nampak, dia biarkan sahaja Rayyen sentuh.
Semakin hari aku dapat lihat Carolyn dan Rayyen semakin mesra.
Aku suka dia. Tapi, aku tak pasti suka macam mana. Aku hadiahkan satu kucupan pada luka yang sudah aku rawat pada tangannya itu. Aku berdiri dan memandang wajah gadis itu buat seketika. Kepalanya aku usap sebelum aku melangkah menuju ke arah dapur.
Aku letakkan kotak first aid kit itu di atas meja. Aku menuju ke arah bilik kerja Rayyen dan melangkah masuk ke dalamnya.
Aku lihat dari jauh, Rayyen sedang sibuk memerhati sesuatu pada hologram sambil menghisap rokok. Asap rokok dihembus berterbangan ke udara.
Aku gelengkan sahaja melihat perangai adik kembar aku itu yang memang tak pandai berhenti merokok. Ya, memang aku tahu susah nak berhenti merokok. Lagi-lagi perokok tegar macam Rayyen ni. Sehari dia boleh habiskan dua kotak rokok.
Pengaruh daddy lah tu.
Aku mendekati Rayyen yang masih tidak perasan tentang kehadiran aku di situ. Aku mengambil duduk berhadapan dengannya. Rayyen pandang aku dengan kedua-dua belah keningnya terangkat tinggi.
"Kenapa?" Tanya Rayyen pada aku.
"Salah kah aku nak datang?"
"Tak salah pun. Tanya je. Tiba-tiba, je kau datang."
Aku lihat kesemua maklumat yang terpampang pada hologram itu. Aku ternampak sebuah profil memaparkan wajah seorang gadis berambut perang. Ianya profil White Joker.
"Kau cari maklumat apa kali ni?"
"Hmmm, pasal White Joker."
Jari-jemari Rayyen menyentuh pada satu titii metah dan zoom pada kawasan tersebut.
"Wait.. aku ingatkan selatan yang dia cakap tu jauh. Tapi, ianya boleh dikatakan dekat lah juga. Sebab, ianya masih di dalam negara Amerika Syarikat." Kata Rayyen seorang diri.
"Apa yang jauh? Apa yang dekat?" Sampuk aku padanya.
"Penjara White Joker."
Aku lihat sahaja Rayyen yang sedang menaip sesuatu pada papan kekunci yang ada pada meja siber itu. Tidak lama kemudian, terpampang satu maklumat mengenai sebuah penjara.
Penjara ADX Florence. Ianya merupakan penjara yang terketat di dunia. Semua penjara disitu mempunyai tingkap sel yang hanya menghadap langit yang menyukarkan banduan tidak tahu dimana kedudukan mereka.
Tapi, kalau White Joker sudah semestinya dikurung seratus peratus bertutup tanpa sebuah tingkap sel pun. Penjenayah seperti White Joker bukannya calang-calang penjenayah.
"Kau dengan Carolyn plan nak lepaskan minah tu kah?"
"Yup. Mereka kan kawan rapat. Mana boleh dibiarkann seorang daripada mereka dipenjara. Mestilah nak keluar juga."
"Ohh..Jadi, korang bincang semua benda ni tanpa aku lah?"
"Bukan aku yang tak nak. Carolyn yang tak nak sebab dia tahu kau keras kepala. Semua kena ikut cakap kau."
"Siapa je lah aku ni nak dibandingkan dengan kau. Kau kan lagi bagus."
Rayyen pandang aku dengan pandangan yang pelik.
"What do you mean? I'm better than you?"
"Yelah, korang kan rapat."
Rayyen tiba-tiba sahaja ketawa. Aku pula yang pelik pandang adik aku ni. Asal dia ketawa pula? Kelakar sangat kah?
"Haih...kau kena jujur dengan aku."
Aku mengangkat kening sebelah kanan aku tinggi memandang ke arahnya.
"Kau cemburu?"
Hati aku tersentak mendengarkan soalan yang diajukan oleh Rayyen pada aku.
"Hmmm, tak ada maknanya."
"He'eleh. Kau cemburu kan tengok aku dan dia rapat sangat? Aku dapat tahu lah isi hati abang kembar aku ni."
"Tak semestinya tekaan kau tepat."
Aku tetap dengan ego aku. Aku tak nak Rayyen tahu aku cemburu. Budak ni lagi suka lah kalau nak membahan aku nanti.
"Alah, aku tahu kau macam mana Rayden. Dari segi kau pandang dia dan kau layan dia. Lagi-lagi kalau aku perasan kau pandang aku dekat dengan dia. Even bercakap pun kau perhati aku semacam je. Reaksi kau kuat mengatakan yang kau tu cemburu. You're jealous right?" Rayyen tetap mengasak aku dengan soalan itu.
Rayyen menjongketkan keningnya berkali-kali ke arah aku sambil tersenyum.
"Just tell me the truth Rayden. You love her. The way you treat her, the way you saw her."
"Buat apa aku suka dia? Huhh.. dia kan kau punya."
"What? Mine? Hahahahahha, apa kau merepek ni? Dia aku punya? Tak naklah aku. Aku tak suka dia pun. Kau tu yang suka dia. Kalau kau tak suka dia, tak adanya kau belikan barang untuk dia dan habiskan duit untuk dia. Sebelum ni mana ada kau layan perempuan sama macam kau layan Carolyn. Selalu sangatlah aku tengok kau bawa dia masuk bilik."
"Tipulah kau tak ada rasa suka pada dia." Ego aku tetap aku pertahankan.
"Kau ni. Aku langsung tak ada perasaan pun dekat dia. Buat apa aku nak suka dia? Aku dah anggap dia macam adik aku sendiri..walaupun aku tak ada adik perempuan."
Aku mendiamkan diri daripada tidak bercakap dengan Rayyen lagi. Nanti tak habis-habis dia mengasak aku lagi dengan soalan yang sama.
"Dahlah kau ni. Makin gila aku melayan perangai tak guna kau ni."
"Apa pula tak guna? Cakap je lah kau mengelak daripada menjawab soalan aku. I know you love her..Rayden!"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top