20 RAYYEN

Rokok yang aku hisap sudah menjadi pendek. Aku memasukkannya ke dalam tong sampah. Aku berhenti sekejap daripada merokok dan menghirup air kosong yang aku bawa sekali turun ke bilik bawah tanah.

Mata aku tertancap pada susuk tubuh seorang gadis yang turun dari tingkat atas. Pandangan aku langsung tidak berkelip memandang ke arahnya.

Aku tersengih sinis ke arahnya yang datang mendekati aku di meja kerja aku.

Ni mesti kerja kau Rayden..Rayden.

"Are you trying to teasing me?"

Wajahnya berkerut memandang ke arah aku.

She looks sexy tho. What if White Joker wearing this kind of clothes too?

Okey, hentikan imaginasi kotor kau tu Rayyen. Gila.

"Tak. Korang berdua yang pilihkan untuk aku baju macam ni."

"Me? Hahahahaa! Not, me. It's Rayden. Okay. Aku kalau nak pilih baju macam ni. Baik aku bagi pada bini aku je."

"Hmmm, Pervert!"

"Kau yang tayang pada aku."

"Pervert!"

Aku hanya mampu tersengih melihatkan gadis itu mencebik. Aku mengambil sehelai jaket yang aku selalu pakai itu. Jaket itu aku lemparkan ke arah Carolyn.

"Pakai tu. Tutup sikit sebelum aku jadi lain. Okay, darling~~"

Kau tak tahu apa yang minda lelaki bayangkan kalau dah pakai baju macam tu.

Carolyn menjeling aku tajam. Dia memakai jaket itu pada tubuhnya dan menutup bahagian yang sepatutnya ditutup.

"Okey, kita nak discuss pasal apa?"

Aku masih tidak boleh tahankan mata aku melihat ke arah paha gadis itu yang sedikit terdedah.

Tiba-tiba, muka aku dilempar menggunakan sebuah fail yang ada di situ.

"Aduh.."

"Kau jangan pandang aku macam tu. Sebelum kau mati dalam bilik ni."

"Okey Okey. Aku pandang kejap je pun."

"Huh.."

Carolyn mengeluarkan sesuatu dan meletakkan seutas rantai emas di atas meja kerja aku. Aku lihat ke arah rantai tersebut.

"Ini rantai White Joker."

Aku ambil dan membelek rantai emas itu. Ianya emas tulen dan terdapat satu loket berbentuk berlian padanya.

"Rantai ni.. aku beri pada Nade dan cuma Nade seorang je ada rantai macam ni."

"Siapa yang bagi kau rantai ni?"

"Orang yang tembak aku tu lah. Dia siap ketawa lagi sebab suka nampak aku kena tembak."

Aku melihat ke pada loket berlian tersebut. Aku cuba untuk membukanya kalau-kalau boleh buka lah dan seperti yang aku sangkakan ianya terbuka.

Isi di dalamnya terdapat sekeping gambar dua orang kanak-kanak kecil. Disebelah nya pula terdapat sekeping kertas.

Aku membuka kertas tersebut yang berupa seperti nota kecil itu.

I'm gonna kill you! Hahahahaha!

Love,
Your lovely friend.

Aku berkerut melihat isi yang tertulis pada sekeping nota itu.

Takkanlah..

"Aku tak nak percayakan surat tu. Tapi, aku kenal itu tulisan siapa." Kata Carolyn pada aku.

Aku pandang wajah gadis itu dengan kerutan di dahi aku.

"Ianya tulisan Nade."

"Takkanlah Nade nak bunuh kau?"

Kawan sendiri kot. Tapi, bila dfikirkan balik. Joker. Tipulah tak berani nak bunuh orang yang terdekat dengannya. Keluarga sendiri pun mereka sanggup bunuh. Apatah lagi orang yang digelar sebagai kawan sendiri.

"Aku tak pasti sama ada itu Nade ataupun ada orang lain yang menyamar jadi Nade. Mungkin, dia menyamar jadi Nade sebab nak acah-acah takutkan aku. "

Aku letakkan rantai itu di atas meja semula. Meja siber itu aku aktifkan dan terpampang sebuah hologram padanya. Aku menaip sesuatu di atas papan kekunci di meja siber itu dan..

"Tak ada berita pun pasal White Joker dan tak ada tanda-tanda pun yang heboh bahawa Nade terlepas daripada penjara."

"Tak apa. Kita guna ni."

Carolyn mengelurkan sesuatu daripada sebuah beg kecil yang berwarna merah itu. Ditangan gadis itu terdapat sekeping cip kecil dan sebiji kapsul.

"Dalam ni aku banyak simpan semua maklumat kerja aku. Jadi...aku nak kau gunakan ni."

Carolyn menyerahkan cip tersebut pada aku. Aku meneliti cip tersebut. Ianya cip yang sukar untuk didapati dan sudah semestinya orang yang benar-benar pakar dalam teknologi sahaja boleh menghasilkan cip sebegini.

"Kau pasti cip ni selamat digunakan?"

"Sudah tentu selamat. Apa? Kau ingat cip aku ni pembawa virus kah?"

"Tak lah. Saja tanya."

Aku memasukkan cip tersebut ke dalam pendrive dan aku cucuk pendrive tersebut pada meja siber aku.

Loading...

Kami berdua menanti maklumat tersebut untuk dipaparkan pada skrin hologram. Tidak lama kemudian, terpampang banyak fail yang menyimpan semua maklumat.

"Bak sini aku nak check sekejap."

Carolyn mengambil alih tempat aku dan menekan sesuatu pada hologram tersebut. Ianya sebuah peta. Di dalam hologram tersebut terdapat dua titik merah.

Satu di bahagian selatan dan satu lagi di bahagian barat. Jari Carolyn menekan pada titik merah yang berada pada bahagian selatan itu.

"Apa maksudnya titik merah tu?"

"Ini adalah lokasi kedudukan Nade."

"Jadi, maksudnya Nade ada di barat dan di selatan lah?"

"Aku tak pasti. Sebab, aku cuma tanamkan satu cip dalam badan Nade."

"What! Kau tanam cip dalam badan budak tu? It might be dangerous for her."

Carolyn hanya beriak sahaja tidak peduli dengan kata-kata aku.

Kejam punya kawan.

"Yeah, memang ianya bahaya sebab kalau cip itu didatangi virus. Ianya boleh mematikan semua organ di dalam badan Nade dan Nade boleh mati. Tapi, masalah kita sekarang ni adalah.. kenapa ada dua titik merah dan salah satunya adalah dia sedang aktif bergerak di bahagian barat."

Aku melihat pada titik merah pertama yang berada di bahagian selatan itu. Di mana ia menempatkan Nade dipenjarakan. Manakala, satu lagi titik merah berada di..

"Las Vegas. Dia..ada di Las Vegas?"

"Yeah, it can be a scammer or maybe it can be the real Nade. Because, there's nothing about Nade was ran from the jail."

Aku cuba untuk membuat kesimpulan tentang semua yang aku lihat pada hologram tersebut.

"Wait, my list. Yeah, list." Kata Carolyn tiba-tiba.

Gadis itu menekan pada sebuah fail dokumen yang ada pada hologram dan ia memaparkan satu senarai nama. Ada juga nama yang ditandakan dengan tanda 'X'.

"What is this?" Tanyaku padanya merujuk kepada senarai tersebut.

"This death list. Uhhh, It's actually my job list."
"Jadi, yang tanda 'X' ni semuanya dah mati lah?"

Aku 'scroll' skrin hologram tersebut dari atas turun ke bawah. Banyak mangsa yang sudah ditandakan dengan 'X'.

"And..the weirdest thing is.."

Aku melihat Carolyn menekan pada senarai Yang dilabelkan sebagai 'NADE' itu. Nampaknya gadis itu juga menyimpan senarai kerja Nade di dalam cip miliknya.

Dan, hampir semua nama yang tersenarai di dalam senarai kerja Nade ditandakan 'X'. Hampir...kesemuanya dan cuma tinggal 2 mangsa sahaja lagi.

"Apa yang peliknya?"

"Huhh, sebelum ni senarai Nade tidak sebanyak ini yang ditanda dengan 'X'. Sebab kerja dia tertangguh pada nama.."

Carolyn menarik ke atas senarai nama yang ada pada skrin tersebut dan menunjukkan ke arah nama..

"Tony. Kerja terakhir yang belum sempat Nade habiskan adalah untuk membunuh Tony sebelum dia dipenjarakan. Tapi, sekarang ni nama Tony sudah ditandakan dengan tanda 'X' dan nama yang seterusnya. Jadi, sebelum ini kerja Nade cuma selesai sampai 105 per 120 sahaja. Tapi, sekarang ni dia cuma tinggal dua orang mangsa sahaja lagi."

Aku lihat pada nama mangsa yang masih belum ditandakan dengan tanda 'X' itu. Ianya, nama Liame dan Zack.
"Jadi, semua mangsa yang menjadi sasaran Nade, akan masuk dalam list. Kan?"

"Yupp.."

"Tapi, kenapa nama kau tak tersenarai?"

"Betul juga tu." Kata Carolyn mengiyakan kata-kata aku.

Aku mencerna otak aku untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat.  Tetapi, apa yang aku dapat cumalah kosong. Tiada apa lagi yang boleh aku simpulkan. Aku perlukan maklumat yang lebih mengenainya.

"Jadi, kau nak buat apa sebenarnya ni?" Tanya aku pada Carolyn.

"Buat masa sekarang ni.. aku cuba untuk siasat siapa yang tembak aku tu. Aku nak pastikan sama ada Nade memang betul-betul sudah terlepas ataupun belum."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top