19 B.J.

Fikiran aku tidak henti-henti memikirkan perkara tadi. Sesampainya di rumah aku terus menuju ke arah ruang tamu. Bahu masih lagi cedera dan peluru hasil daripada tembakkan itu masih tertanam dalam tubuh aku.

Darah juga belum berhenti mengalir.

Rayyen menemani aku di ruang tamu.

"Siapa yang tembak kau?" Tanya Rayyen pada aku.

"Entahlah. Aku tak tahu. Cuma, aku dapat rasakan ianya seorang perempuan."

Dia nampak pelik dan sangat..biasa pada pandangan aku.

Senyuman dia...dan..ketawa yang aku dengar itu. It is sooo...familiar.

Aku terkenang tentang rantai emas itu. Tidak lama kemudian, Rayden datang dengan kotak first aid kit di tangannya.

"Sini kau. Aku nak rawat bahu kau tu."

"Kau tahu kah nak buat? Muka kau sendiri yang lebam itu pun tak sembuh lagi. Nak rawat aku."

Rayden memandang aku dengan pandangan yang tajam.

"Keras kepala."

Rayden memegang bahu kanan aku yang cedera itu.

"Aduh, sakit lah. Kau tu yang keras kepala."

"Aku cakap aku nak buat..aku akan buat!" Tengking Rayden pada aku.

Rayyen yang berada di situ cuma melihat pertengkaran antara Rayden dan aku. Dia keras kepala, aku dua kali sejuta keras kepala daripada dia.

"Kalau aku tak nak?"

Aku sengaja mencabar kesabaran Rayden. Rayden merenung ke arah anak mata aku.

"Kau cabar aku? Okey."

PRAKK

Leher baju aku dikoyak oleh Rayden sehingga menampakkan bahagian depan tubuh badan aku. Aku pantas menutup baju aku yang terkoyak itu menggunakan kusyen sofa.

"Woaaa, boobs." Kata Rayyen bersama senyuman yang lain macam ke arah aku.

Rayden tetap dengan wajah dinginnya memandang ke arah aku.

"Babi! Sial! Bodoh! Dasar sebodoh-bodoh manusia!" Sumpah aku pada mereka berdua.

Aku baru sahaja mahu memukul Rayyen. Namun, Rayyen lebih pantas mengelak melarikan diri daripada dipukul oleh aku. Aku pandang Rayden pula dengan pandangan yang menyinga.

Aku memegang kotak first aid kit itu lalu aku menghayunkannya ke udara. Namun, Rayden lebih pantas menahan tindakan aku.

"Duduk diam dan dengar cakap aku. Sebelum aku buat lebih teruk daripada tu."

Rayden merampas semula kotak first aid kit itu daripada tangan aku.

"Haha! Kau nak ugut aku? Perft..tak ada kesan." Kataku dengan nada yang berani.

Walaupun aku rasa tak sedap hati sebenarnya kalau berduaan dengan Rayden. Rayyen ni pun satu. Asal dia tinggalkan aku dengan mamat ni?!

"Kau perempuan. Aku lelaki. Boleh je aku nak rogol kau dekat sini."

Aku terdiam saat mendengar Rayden berkata-kata seperti itu pada aku.

"Fuck you."

"I can fuck you now. Babe."
"Aaaaa! Shit you fucking damn bitches ass hole. Dumb man!"

Aku cuba untuk melarikan diri dengan keadaan aku yang masih memeluk kusyen sofa itu. Tetapi, Rayden dengan bijaksananya dia menahan tangan aku sebelah kanan menyebabkan bahu aku yang cedera itu semakin sakit.

"Arghhh! Sakit!"

Aku ditahan oleh Rayden dengan kuat. Lelaki itu berkeras juga nak tolong rawatkan bahu aku yang cedera itu. Muka aku berkerut-kerut menahan rasa sakit pada bahu aku.

Selesai mengeluarkan peluru dan membersihkan darah yang mengalir itu, Rayden membalut bahu aku dengan bandage. Aku diam tidak mengeluarkan kata-kata.

Malas aku nak bercakap dengan Rayden yang banyak songeh itu. Gila.

"Done. Esok pagi aku akan tukar kepada balutan baharu."

Aku memusingkan badan aku membelakanginya.

"Merajuk kah?" Tanya Rayden pada aku.

"Taklah, tengah menangis air mata berdarah ni haa." Perli aku padanya.

Aku mengatur posisi kusyen sofa itu pada dadaku. Aku rasa tak selesa langsung nak berjalan sekarang ni.

Aku memusingkan kepala aku 90 darjah ke kiri. Aku dapati Rayden tidak lagi berada di belakang aku.

Ingatkan nak pujuk. Rupanya, dia lari macam tu je.

Hmmm, baik aku mandi.

Aku pandang Rayyen yang turun daripada tangga itu.

"Rayyen! Mana semua baju aku?"

"Ohh, dalam bilik Rayden." Kata Rayyen pada aku.

Mata aku membuntang besar memandang ke arah Rayyen.

"Asal pula dalam bilik mamat gila tu?!"

"Dah Rayden yang suruh aku letak dalam bilik dia."

"Oh, ini bermakna aku sebilik dengan abang kau yang dungu tu lah?"

"Hmmm, macamtu lah~~ sebab dia kata lagi selamat kalau kau duduk dengan dia."

"What do you mean, safe?"

"Alaa, dia takut kau larikan dirilah kalau pakai bilik lain. One more thing, bukankah kau nak bincangkan sesuatu dengan aku?"

"Hmmm, nantilah bincang pasal tu."

"Okey, jumpa aku dekat bilik bawa tanah."

Rayyen berlalu pergi daripada situ.

"Anyway..."

Aku pandang ke arah Rayyen yang masih berdiri di depan tangga itu.

"Nice boobs." Kata Rayyen sebelum dia pergi meninggalkan aku di ruang tamu.

Darah menyirap keseluruh wajahku apabila Rayyen berkata-kata seperti itu pada aku. Eee, mamat tu siap lah kau nanti.

"Pervert!!!"

♥♠♣◆

Aku menyelongkar 5 buah beg kertas itu. 3 daripadanya adalah baju casual seperti yang dipakai untuk aku keluar berjalan-jalan ataupun duduk je dalam rumah.

2 pula beg kertas terdapat isinya macam baju tidur dan pakaian dalam aku. Aku teringat akan kata-kata Rayyen petang tadi.

"Nak beli pakaian dalam kau lah. Dia je yang tahu saiz kau. Nak harapkan aku, kau kena bagi aku tengok kau punya dulu."

Sekali lagi aku terasa pipiku membahang akibat malu yang amat.

Eee, tak apa..Rayyen. Siap kau nanti.

Aku lihat ke arah pintu bilik Rayden sebab aku memang dalam bilik mamat tu pun. Aku takut dia masuk je. Nanti habis aku kena perlekeh oleh mamat tak guna tu.

Aku menggambil baju tidur yang serupa gaun itu. Panjangnya sehingga menutup separuh daripada bahagian paha aku. 

"Nice, babe. I like it." Suara garau di muka pintu menyentak aku yang berada di dalam bilik.

"Hmmm, apa yang nice sangat. Biasa je pun." Kataku bersahaja.

"Hmmm, because you look sexy on it." Sengaja Rayden merendahkan suaranya menjawab kata-kata aku.

Aku pelik dan pandang pada baju tidur aku yang tersarung pada tubuhku itu. Aku pusingkan badan aku menghadap cermin. Rupanya, apa yang dikatakan oleh Rayden itu adalah benar.

Baju tidur yang aku pakai itu kelihatan sedikit jarang menampakkan pakaian dalam aku.

Aku menyelongkar lagi 2 beg kertas itu dan semuanya baju yang berlainan tetapi, kain yang sama.

"Pakai je lah. Cantik apa, bila kau macam ni."

"Kau memang sengaja nak kenakan aku kan?"

"Tak."

"Bodoh! Pervert."

Aku membuka langkah keluar daripada bilik tersebut meninggalkan Rayden seorang diri di situ.

Dasar jantan gatal!

Eee, geramnya aku. Kenapalah aku dikurniakan duduk serumah dengan orang macam ni?

Aku menuju masuk ke dalam dapur dan berjalan ke arah satu bilik yang ada di situ. Aku membuka pintunya dan masuk ke dalam ruangan tersebut.

Terdapat lagi sebuah tangga yang menghubungkan jalan untuk ke bilik bawah tanah. 


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top