17 B.J.

Sesampainya di pulau, aku terus merebahkan badan aku di atas sofa di ruang tamu. Mataku mulai terasa mengantuk sebab seharian aku tak tidur. Rasanya hampir 20 jam aku tak tidur kerana sibuk dengan kerja di Las Vegas.

Dari pagi berjumpa dengan Alex, bunuh Sven pada waktu malam buta dan pagi ini baru sahaja aku membebaskan Rayden. Langsung tidak berhenti untuk berehat. Aku cuba untuk melelapkan mata aku sekejap.

Erggh, penatnya~~

"So...kau dah percayakan dia?"

Aku dapat dengar suara Rayyen bercakap dengan Rayden. Aku biarkan sahaja kerana aku lebih melayan mata aku yang mengantuk ini. Tetapi, telinga aku tetap mahu curi-curi dengar perbualan mereka.

"Hmmm.."

Rayyen pandang Rayden seakan-akan tidak suka dengan soalan aku.

"Kau patut berterima kasih tahu tak. Aku ni still sayangkan keluarga sendiri."

"Yeah..Yeah. Thanks because you save me."

"Ehhh, salah orang tempat kau berterima kasih. Tuuu...sana tu tempat kau nak berterima kasih bagai."

Aku bangun daripada terus berbaring sebab aku dapat rasakan mereka sedang bercakap pasal aku. Jadi, lebih baik aku larikan diri sebab aku tak selesa dengar orang bercakap pasal aku. Aku melangkah menuju ke dapur dan mengambil segelas minuman.

Aku membawanya bersamaku ke gazebo yang ada di belakang rumah. Aku cuba untuk tenangkan fikiran aku selepas penat lelah aku bekerja.

Telefon yang berada di tangan aku buka kerana aku Alex menghantar mesej padaku. Aku biarkan sahaja mesej itu tidak berbalas kerana aku tahu dia cuma nak ganggu aku. Cakap pasal benda yang merepek dan tak ada motif langsung. Baik aku diamkan diri je.

Aku menutup mulutku yang menguap serupa badak air itu. Gila kau mengantuk mata aku ni. Walaupun aku tahu sekarang masih waktu pagi dan bukannya malam, aku tetap nak tidur juga.

Aku masuk semula ke dalam rumah dan meletakkan gelas kosong itu di atas meja. Aku melimpasi meja makan di mana Rayden dan Rayyen sedang bersarapan pagi.

"Kau tak nak breakfast kah?"

"Tak nak. Aku mengantuk. Nak tidur."

Kakiku membuka langkah menuju ke arah anak tangga. Aku masuk ke dalam bilik dan mengambil bantal serta selimut keluar daripada bilik. Aku turun semula menggunakan tangga dan menuju ke arah ruang tamu.

Aku menyelaraskan sofa tersebut dengan menurunkan kepala sofa itu sama rata dengan tempat duduk. Sofa itu kini kelihatan seperti katil. Bantal aku letakkan di hujung dan aku terus berbaring di atasnya. Aku selimutkan badan aku dan.. akhirnya, aku pun lena diulit mimpi.

♥♠♣◆

Aku meregangkan otot badanku yang terasa lelah itu. Hmmm, lenanya tidur. Tapi, aku nak tidur lagi. Aku ketatkan lagi bantal yang aku peluk.

Kejap..bukankah aku bawa satu bantal je. Sejak bila aku ada bantal lebih nak dipeluk ni?

Aku celikkan mataku sedikit. Hmmm, berotot.

"Aaaa!" Jeritku kecil apabila aku mengetahui yang aku memeluk tangan sasa seorang lelaki.

Eee, geli...euw...

Aku dapat rasakan yang seluruh tubuhku menggeletar kegelian. Ini adalah bilik Rayden. Macam mana aku boleh ada dalam bilik ni. Aku kan tidur dekat ruang tamu. Takkan aku mengingau sambil berjalan?

Aku pandang wajah Rayden yang langsung tidak bergerak walaupun aku sudah lama terjaga daripada tidur. Wajah lelaki itu kelihatan sangat letih.

Huh, baru duduk sehari dalam penjara biasa mamat ni dah letih. Apalah nak dibandingkan dengan aku yang duduk dalam penjara yang lebih ketat itu.

Aku merenung wajah Rayden yang masih lagi tidur itu. Muka dia langsung tak ada beza dengan Rayyen. Memanglah, nama pun kembar. Kau ni satu bengap juga.

Aku lihat ke arah lebam yang ada pada tepi bibirnya itu. Baru aku perasan yang muka mamat ni ada kesan lebam. Aku ada satu idea yang boleh menambahkan rasa sakit hati Rayden pada aku.

Aku suka sangat mamat ni marah-marah aku. Comel dan geli. Kenapa aku puji dia?

Ahh, whatever.

Aku menyentuh wajahnya perlahan-lahan pada kesan lebam itu. Tetap juga tiada apa-apa reaksi daripada Rayden. Dalam masa yang sama jari telunjuk aku menggeletar dan jantung aku berdegup laju.

Belum sempat aku mahu menekan kuat kesan lebam itu, Rayden mencelikkan matanya. Anak mata aku dan Rayden bertembung. Rayden pantas menangkap pergelangan tanganku dan menahan aku daripada bergerak.

Jantung aku semakin laju berdegup kerana jarak mukaku dan muka Rayden amat dekat.

"Why are you touching me, sweetheart?" Tanyanya dengan nada yang serak-serak basah.

Pergelangan tanganku diusapnya lembut. Sengaja Rayden mendekatkan lagi wajahnya pada aku dan menyebabkan hidungku bersentuh dengan hidungnya.

"What the fuck are you doing?! Eeeee..."

Aku menolaknya dan aku terus melangkah pergi menuju ke pintu bilik. Kakiku melangkah keluar dan aku bertembung dengan Rayyen. Rayyen yang turut keluar daripada biliknya itu memandang wajahku.

Dia tersenyum lebar ke arah aku.

"Amacam first night?"

"Kau...Eee berapa kali aku cakap dekat kau aku tak ada kena mengena dengan abang kau!"

"Ehh, kalau tak ada.. asal kau setiap pagi je bangun tidur mesti keluar daripada bilik abang aku. Hmmm.." senyuman pada wajah Rayyen semakin lebar.

Eee, dia ni memang suka menyakat aku.

"Mana lah aku tahu. Erggh.."

Aku turun menuju ke arah ruang tamu. Aku duduk di atas sofa dan cuba untuk tenangkan diri aku. Aku rasa malu yang amat apabila mengenangkan situasi aku dan Rayden tadi.

Aku tak tahulah mamat tu macam...pelik je. Kejap menyinga, kejap baik. Kadang-kadang, kalau aku dekat dengan dia dan cuma ada aku dan dia je mesti dia tiba-tiba je berubah..macam...apa orang kata tu..romantik?

Erghh, aku geli. Walaupun aku dah biasa dekat dengan lelaki, tak ada lah sampai rasa malu macam situasi aku dengan Rayden tadi.

Black Joker? Kenapa kau macam ni? Tak pernah pun tengok Black Joker tahu semua benda pasal..suka ataupun malu. Euw..

Aku perasan juga aku ada banyak perubahan selepas aku duduk dengan dua orang manusia ni. Perubahan yang...aku rasa aku sendiri pun tak faham erti perubahana itu.

"Kejap..telefon aku. Alamak mana aku letak telefon aku semalam?" Kataku pada diri sendiri.

Aku menyelongkar seluruh ruang tamu. Terutamanya, di atas meja. Tak ada dan langsung tak ada telefon aku.

Takkan telefon aku ada dalam bilik Rayden?

Bulu roma aku terasa meremang. Rasa takut pula aku nak masuk bilik Rayden.

Aku menepis rasa yang membuatkan aku lemah itu. Aku kena berani, bukannya takut dengan manusia seperti Rayden itu.

Aku naik semula ke tingkat atas. Aku berdiri tegak di depan pintu bilik Rayden.

DUP

DUPP

DUPP

DUPPP

Wahai jantung! Jangan buat aku rasa bodoh!

Tombol pintu aku pulas dan menolak pintu ke dalam. Aku lihat bilik tersebut kosong. Tiada orang. Aku lihat ke arah bilik mandi sebab aku boleh rasakan Rayden tengah mandi.

Ini peluang aku supaya tidak bertembung dengan lelaki itu. Gila kalau nak bertembung dengan dia selepas kejadian tadi. Buatkan aku rasa tercekik darah je.

Aku menuju ke arah meja kecil yang bersebelahan dengan katil bersaiz king itu. Aku menarik laci dan menyelongkar isi di dalamnya. Tak ada.

Aku pergi melihat di atas katil yang masih belum dikemas itu. Tak ada. Aku tak jumpa langsung telefon aku.

"Ehhh peliknya. Aku letak dekat mana pula telefon tak guna tu. Ishhh.."

Aku keluar semula daripada bilik Rayden dan melangkah masuk ke dalam bilik Rayyen tanpa sebarang izin pun daripada lelaki itu. Keadaan di dalam bilik  tidak sekemas bilik Rayden ataupun bilik Rayden yang tak kemas sebab katil Rayyen dah kemas.

Ahh, pedulikan.

"Kau buat apa dalam bilik aku?" Suara Rayyen di muka pintu menyentak aku.

"Kau nampak telefon aku tak?"

Rayyen memerhati aku tanpa berkelip. Aku tanya boleh pula dia diam je.

"Ahh, kau ni. Tepi."

Aku melangkah keluar daripada bilik Rayyen apabila lelaki itu langsung tidak menjawab soalan aku. Malah, dia langsung tak berkelip bila pandang aku. Buruk sangat kah muka aku bangun tidur?

Lantaklah.

Aku menuju semula ke ruang tamu. Cari dan cari.. tetap juga tak ada.

Mana ni..!

Aku naik semula. Letih dah kaki aku turun naik bukit ni. Tak nampak nampak juga telefon tak guna tu.

Rayyen yang sejak tadi memerhati aku cuma berdiri tegak di tempatnya. Langsung tak nak tolong aku.

Aku masuk semula ke dalam bilik Rayden. Aku pergi ke meja yang bercermin itu. Aku periksa di dalam lacinya dan aku jumpa.

"Haa, dah jumpa!" Jeritku gembira.

Aku dapat lihat pantulan diriku yang serabai melalui cermin itu. Rambut aku yang panjang mengurai itu kelihatan macam semak samun. Muka aku pun basi je sebab baru bangun daripada tidur. Aku lihat leher baju aku yang terlurut ke bahu itu. Ia menampakkan tali baju dalam aku.

Patutlah Rayyen pandang aku semacam je. Rupanya, dia..Arghhh.. malunya aku, bodoh!

"Hey, you look sexy babe? Want to join me in the bathroom?"

Aku pandang wajah Rayden yang hanya bertuala itu dengan dadanya yang tegap itu terserlah di depan mataku. Senyuman lebar terukir pada wajah Rayden.

"No way! Pervert bitch!"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top