VIDEO
Aku lihat ke arah Bella yang memuncung di tempat duduk sebelahku itu sambil berpeluk tubuh. Merajuk pula anak aku ni. Mata pun sembab sebab banyak sangat menangis. Kasihan pula aku tengok.
"Nanti, Daddy bawalah Bella ikut Daddy. Buat masa ni Bella ikut lah Mummy. Mummy kan ada."
"Ummm, selalu sangat jalan dengan Mummy. Bosanlah. Nak ikut Daddy juga. Asyik-asyik dengan Mummy."
Amboi mulut dia jujur macam mulut laki aku. Boleh pula dia cakap bosan bila ikut aku. Ada yang kena tinggal di tepi jalan ni nanti.
"Alah, Nanti Bella ikutlah Daddy buat selama-lamanya. Tinggalkan aje Mummy ni seorang-seorang. Lagipun, Covy dan Evy lebih sayangkan mummy."
Heheheh, tak cukup kasih sayang betul aku ni sampaikan nak kasih sayang daripada anak orang lain.
"Mummy, janganlah marah. Bella sayangkan Mummy." Kata Bella pada aku.
"Ya kah? Tadi Bella cakap...Asyik-asyik dengan Mummy. Lepastu, kata Mummy bosan. Sakit hati Mummy tau." Kataku mengajuk suaranya.
"Mummy..yelah.. Mummy je seronok. Janganlah marah. Nanti Daddy marah Bella pula sebab buat Mummy marah." Pujuk Bella pada aku.
"Hahahaaa, adohai..Mummy tak marahlah wahai anakku sayang. Mummy sengaja je nak sakat Bella."
Kereta aku parkirkan di depan kafe yang dijanjikam oleh kawan baik aku untuk berjumpa.
"Ohhh, kalau macam tu. Mummy memang membosankan lah."
"Hmmm.. sudah sudah. Tak habis-habis nak cakap Mummy membosankan. Nanti kalau dah holiday school kita jalan-jalan dengan Daddy." Kataku pada Bella.
"Yey! Cuti!" Jeritnya teruja.
Cepat betul dia berubah mood. Aku boleh katakan Bella ada 2 in 1 dalam badan dia ambil perangai aku dan Rayyen.
Kami berdua masuk ke dalam kafe tersebut yang memang menjadi tumpuan orang ramai. Dengan dekorasinya yang mewah dihiasi berlian itu. Aku dapat lihat seseorang melambai ke arah aku. Aku senyum dan membawa Bella menuju ke arah meja yang sudah diduduki oleh Carolyn.
"Ehh, kau dah order. Asal tak tunggu aku sekali?"
"Kau lambat sangat. Siapa suruh." Katanya pada aku.
"Nyenyneenee.." ejek aku padanya.
Pelayan dipanggil oleh Carolyn dan aku membuat pesanan untuk aku daa Bella. Aku perasan sejak tadi anak aku itu tidak lepas daripada memandang wajah Carolyn.
"Hai Bella.."
Bella senyum ke arah apabila disapa oleh Carolyn.
"Hai Aunty. Aunty adalah Aunty yang dekat kedai tu kan? Yang bayarkan barang Mummy." Katanya pada Carolyn.
Aku tak sangka ingatan budak ni kuat lagi. Sampai dia boleh ingat muka Carolyn.
"Ha'ah. Aunty lah tu."
"Siapa nama Aunty?"
Carolyn pandang muka aku dan aku pandang muka dia.
"Haa, beritahulah." Kataku padanya.
"Carol. Aunty Carol." Katanya Bella.
"Ohhh, Okey." Kata Bella menunjukkan thumbs up ke arah Carolyn.
Aku serahkan Bella telefon milikku supaya perhatian dia beralih daripada mendengar perbualan kami berdua dan tak ada lah dia bosan sangat. Lagipun, aku jarang nak bagi dia main telefon aku ni. Sebab, aku tak naklah dia jadi macam budak-budak zaman sejarang. Kecil-kecil dah gila gadjet.
"Hablamos en español. Porque no quiero que tu hija entienda de qué estamos hablando." (Kita speak in spanish lah. Aku tak nak anak kau faham apa yang Kita cakapkan.)
Aku hanya angguk kepala aku faham. Aku tahu dia belum sedia nak dedahkan diri didepan anak aku dan yang lain. Bukan senang nak explain benda macam ni.
"Okay, Vale dime cómo puedes sobrevivir al accidente." (Okey, beritahu aku macam mana kau boleh selamat daripada kemalangan tu.)
"Lo primero es que quiero decirte por qué te dejé durante 7 años." (Mula-mula, aku nak beritahu kau kenapa aku menghilang selama 7 tahun.)
"Okay, just tell me."
"Es porque alguien me abliga a hacer mi trabajo como Black Joker. Si no quisiera aceptar el trabajo, usted y mi familia estáran en problemas. No quiero que suceda. Por lo tanto, necesito aceptarlo, incluso para mí es es difícil aceptarlo." (Ianya sebab, ada orang yang paksa aku untuk buat kerja balik as Black Joker. Kalau Aku tak terima kerja tu, kau dan family aku berada dalam bahaya. Aku tak nak benda tu berlaku. Jadi, Aku kenalah terima. Walaupun, aku susah nak terima.) Terang Carolyn panjang lebar.
Aku ingatkan dia sengaja nak tinggalkan aku dan yang lain sebab dia nak sambung buat kerja dia tu. Rupanya, dia kena desak. Tak apa lah. Aku je yang overthinking sangat.
"So...responde mi primera pregunta." (Jadi... jawab soalan pertama aku tadi.)
Gadis itu tersengih ke arah aku dan dia hirup sedikit air untuk melegakan tekaknya yang kering itu sebab banyak sangta bercakap deegan aku.
"Sobre eso..la gente que me secuestró ya está muerta y no sé por qué me secuestraron. Antes de que el auto chocara contra el árbol, alguien me ayudó a salvarme la vida. Y esa persona también trabaja conmigo." (Pasal tu..orang yang culik aku tu already dead dan aku tak tahu kenapa mereka nak culik aku. Sebelum kereta itu berlanggar dengan pokok, ada seseorang yang selamatkan aku terlebih dahulu. Dan orang tu juga lah yang bekerja dengan aku.)
"Ohhh.."
Aku ingatkan minah ni larikan diri dengan sendirinya. Tapi, ada orang yang tolong. Aku perasan yang sejak tadi Bella disebelah aku mengarahkan telefon ke arah aku dan Carolyn.
"Bella..que haces?" (Bella, what are you doing?) Tanyaku padanya, tersasul menggunakan bahasa spanyeol.
Aku ambil telefon milikku itu dan aku lihat apa yang dia sedang buat pada telefonku itu. Mataku terbuntang melihat apa yang dia buat.
"Wei, dia pergi rakam muka kau dan percakapan kita. Sudahlah dia hantar dekat Rayyen video tu. Siap bluetick lagi." Kataku tanpa berbahasa sepanyol pada Carolyn.
Carolyn buat muka pasrah. Aku cuba untuk delete. Tapi, Rayyen dah tengok terlebih dahulu video itu. Habislah aku kena soal balik rumah nanti.
"Tak pe lah. Kalau dah kantoi tu kantoi lah. Asalkan Rayyen je yang tahu. Jangan sampai Rayden dan Si kembar tahu sekali." Katanya pada aku.
"Hehe, sorry. Anak aku nakal sikit hari ni."
"Alah, tak apa. Aku tak kisahpun."
Aku meraup wajah aku geram. Aku risau..bukan apa aku risau. Aku risau Rayyen banyak tanya dekat aku dan aku akan disoal siasat oleh laki sendiri!
"Kau dah kenapa?" Tanya Carolyn pelik.
"Aku tak nak disoal siasat oleh laki aku. Aduh.. aku banyak tipu dia pasal kau. Haihhhhhhhhhhh..............." keluh aku panjang.
"Padan muka kau. Hahahahahha!" Ketawa Carolyn pada aku.
Dia ni langsung tak membantu aku. Geram betul aku tengok minah ni. Rasa macam nak pijak-pijak je.
Aku serahkan semula telefon itu pada Bella. Tiba-tiba..
"Hello daddy..." kata Bella disebelah aku.
Aku pandang dia dan aku terkejut padanya yang sedang berada dalam talian bersama Rayyen.
"Nahh, Mummy. Daddy call." Bella serahkan pada aku telefon itu.
Aku pandang muka Carolyn daa gadis itu hanya tersengih menjengkelkan ke arah aku. Siap jongket kening lagi. Tolonglah!
Aku perlahan-lahan mencapai telefon dan lekapkan pada telinga. Aku senyap tidak bersuara.
"Babe."
"Eh, macam tahu-tahu je. Ni saya."
Aku genggam pipi aku geram. Eee, geramnya aku dengan anak aku ni!
"Saya tahu awak datang jumpa Carolyn kan? Kenapa nak tipu saya? Pasal awak jumpa Loren."
Aku garu kening aku yang terasa gatal itu.
"Nantilah saya beritahu awak. Okey. Bye."
Aku tekan butang merah tanpa Rayyen sempat pun mahu bersuara. Aku terus matikan telefon aku. Aku tahu dia akan telefon balik. Ganggu je.
Aku pandang ke arah Carolyn yang mengunyah makanannya sambil menggerakkan badannya kiri kanan macam mengejek aku.
"Kau kan.. memang suka buat muka macam tu." Kataku padanya.
Carolyn buat muka menjengkelkan ke arah aku dengan menjongketkann keningnya sambil tersenyum dengan pipinya yang mengembang menahan makanan itu.
"Hmmmm..Jadi, bila kau nak balik?"
"Entahlah..aku pun tak pasti lagi."
"Aku risau kau tak balik tahu. Rayden dah macam naik gila aku tengok. Covy dan Evy pun selalu kena marah oleh Rayden."
Carolyn tersentak mendengar kata-kata aku.
"What the hell?! Are you serious?"
"Kau ingat aku main-main kah? Aku hampir nak bunuh laki kau tahu tak sebab aku marah sangat dekat dia. Ada kah patut dia pandai melekat dengan Amy tu. Eee minah tu aku rasa macam nak bunuh dan tembak tempat pada kepala. I WANT TO KILL HER!"
Suara aku yang terlampau kuat itu menarik beberapa mata pelanggan di situ.
"Kau ni. Senyap lah sikit. Gila." Kata Carolyn pada aku.
"Aku tak boleh. Aku rasa marah sangat dan..Erghhh..Geram aku nak bunuh Amy tu."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top