VEN

TOK

TOK

Bunyi ketukkan pada pintu, menarik perhatian aku daripada terus menghadap laptop.

"Masuk." Laung aku daripada dalam bilik pejabat aku.

Aku lihat ke arah pintu dan ianya Ruby berada di muka pintu bersama senyuman manisnya.

"Tuan Rayyen...an.."

Tiba-tiba..

"DADDY!!!"

Belum sempat pun Ruby menghabiskan ayatnya, Bella berlari masuk menuju ke arah aku dan aku sambutnya yang inginkan dukungan aku itu. Gadis kecil itu memeluk leher aku erat dan lagakan pipinya pada pipi aku. Tekanan yang aku hadapi daripada kerja, lesap serta-merta apabila Bella ada bersama aku.

"Bella baru balik dari sekolah?" Tanyaku padanya.

"Yup, mummy nak ajak daddy makan tengahari sama-sama."

Aku pandang ke arah jam yang sudah menunjukkan pukul 12 tengahari itu. Aku tak sedar sudah masuk waktu 'lunch' disebabkan terlalu sibuk dengan kerja.

"Mummy mana?" Tanyaku pada Bella.

"Dekat bawah. Bella ikut Aunty Ruby je tadi."

Kunci kereta aku ambil dan membawa Bella yang berada di dalam dukungan aku itu keluar daripada pejabat. Kami bertiga menuju ke arah lif.

"Ruby, petang ni ada apa-apa aktiviti dalam jadual aku?" Tanyaku pada Ruby yang berjalan di belakang aku.

"Tak ada Tuan. Cuma, petang esok Tuan ada meeting dengan Future Company daripada China."

"Ohh Okey...." Beritahuku pada Ruby.

"Baik, Tuan."

Lif sudahpun terbuka dan kami.bertiga masuk ke dalamnya. Ruby menekan butang untuk ke tingkat paling bawah.

"Aunty Ruby, Aunty tak nak makan dengan kitorang kah?" Tanya Bella pada Ruby.

"Emm, tak apa. Aunty, lunch dengan kawan-kawan je." Kata Ruby pada Bella.

"Ohhhh, Aunty dah kahwin?"

Ruby terkejut dengan soalan daripada kanak-kanak berumur 6 tahun itu. Aku memandang wajah Bella dan gadis itu hanaa buat muka kosong.

"Bellaaaa, sejak bila anak daddy ni pandai tanya soalan macam tu?"

Ruby kelihatan malu apabila ditanyakan soalan sebegitu oleh Bella.

"Heheheh, Bella tanya je pun. Sebab, Aunty Ruby nampak cantik dan sepadan kalau kahwin dengan Uncle Rayden." Kata Bella selamba.

Ruby hanya ketawa kecil melihatkan perangai Si cilik Bella itu. Ruby memang lah cantik dan ayu sahaja sikapnya. Tapi, bukan senang untuk Rayden terima orang lain. Masalahnya pula, aku pelik dekat abang aku itu. Amy bukan main cepat je dia terima.

Aku rasa ada yang tak kena pada Amy tu. She's like a gold digger and a cheapest bitch.

"Rasanya, Aunty tak padan pun untuk Tuan Rayden. Lagipun, Aunty dah berpunya."

"Alah, Bella tak tahu pun. Siapa?" Tanya Bella semakin ramah.

"Bella, tanyalah dekat mummy Bella. Mummy, Bella mesti tahu." Kata Ruby pada gadis kecil itu.

Budak ni macam-macam lah dia punya soalan. Tidak lama kemudian, pintu lif sudahpun sampai terbuka. Kami bertiga berjalan keluar diekori Ruby di belakang. Dari jauh aku dapat lihat Nade yang duduk pada sofa di lobi dan dia berbual dengan seorang lelaki. Mereka berdua kelihatan sangat mesra.

"Mummy!" Lambai Bella ke arah Nade.

Nade membalas lambaiannya. Ruby yang tadinya bersama aku turun ke lobi, meminta diri untuk pergi.

"Ruby! Kau jangan nak larikan diri." Kata Nade pada Ruby.

Nade menahan Ruby daripada pergi. Ruby buat senyuman kekok ke arah Nade. Ven berdiri daripada duduknya dan menghulurkan tangannya ke arah aku tanda salam perkenalan.

"Aku gembira kita berjumpa lagi." Kta Ven pada aku.

Hulurannya aku terima bersama senyuman terpaksa. Sebenarnya, sejak mula-mula jumpa lagi aku tak sukakan Ven. Sebab, dia terlampau mesra dengan Nade. Entah kenapalah aku rasa cemburu yang melebih pula kalau Ven bersama Nade.

Lelaki lain tak ada pula aku rasa macam tu kalau mereka berbual dengan Nade. Mungkin, Ven terlampau mesra kot dengan Nade. Tapi, aku tetap kawal rasa cemburu tu sebab Ven kan pak cik kepada Nade. Takkan disebabkan benda kecil sahaja aku cemburu pada Ven.

"Rayyen, kita ajak Ruby lunch sekali." Pinta Nade pada aku.

"Ha'ah. Bella pun nak Aunty Ruby ikut kita makan juga." Bella juga turut memujuk aku.

"Tak apa lah Nade. Saya.."

"Kau kena ikut." Desak Nade padanya.

Ruby pandang muka aku. Nak buat macam mana. Nade yang paksa, aku kena iyakan sahaja lah.

"Boleh. Tapi, dia ni ikut sekali kah?" Tunjukku ke arah Ven.

"Yup. Dia ikut sekali." Kata Nade pada aku sambil memeluk lengan aku.

"Tapi, saya ada lunch dengan kawan-kawan saya yang lain." Ruby masih juga mahu menolak.

"Kau kena ikut. Sebab, Ven nak lunch dengan kau." Kata Nade pada Ruby.

Ruby pasrah sahaja apabila Nade tidak menerima tolakkannya.

♥♠♣◆

Sesampainya di kafe, kami terus mengambil tempat duduk masing-masing. Cuma, Ven dan Ruby sahaja yang duduk di tempat yang berasingan daripada aku, Nade dan Bella.

Pelayan datang dan mengedarkan menu di meja kami. Bella mengambilnya terlebih dahulu.

"Daddy, Bella nak makan ni. Ini..dan ini." Tunjuk Bella pada tiga jenis makanan.

"Hahahha, terbalik lah wahai anakku sayang oii.." tegur Nade pada Bella yang memegang menu secara terbalik itu.

"Ohh, patutlah Bella tengok pinggan makanan tu dekat bahagian atas. Pelik betul lah." Katanya dengan muka innocent.

Aku rasa banyak kali dah aku tegur dan ajar dia pegang benda supaya tidak terbalik. Entah kenapa lah teguran aku tu tak mengubah langsung sifat Bella yang suka pegang benda secara terbalik.

Geli hati aku tengok perangai anak perempuan aku ni.

Aku membuat pesanan pada pelayan dan pelayan itu terus berlalu pergi daripada meja kami.

"Babe, Covy dan Evy belum balik lagi kah?" Tanyaku pada Nade.

"Mereka berdua ada kelas sesi petang hari ni."

Aku angguk kepalaku. Aku terfikirkan pasal minah tak guna tu pula.

"Rayden masih harapkan minah tak guna tu kah ambil mereka?"

"Entahlah. Tapi, saya takkan benarkan that bi.."

Aku menutup mulutnya dengan tapak tangan aku. Aku tahu dia nak sebut perkataan itu. Aku tak naklah Bella dengar bad word. Nanti terbiasa macam Si Covy dan Evy pula. Kuat sangat menyumpah.

Nade menepis tangan aku daripada menutup mulutnya.

"Yaa, saya takkan sebut."

"Good girl." Usapku pada bahagian kepalanya.

Bella hanya memandang muka aku tidak berkelip.

"Kenapa pandang muka daddy macam tu?" Tanya aku pada gadis kecil itu.

"Saja je pandang muka daddy." Kata Bella lalu memandnag ke arah tempat lain.

Aku cium pipinya membuatkan gadis itu tersengih. Dia dan Nade lah yang selalu buatkan aku rasa bahagia.

Pandangan aku terarah pula ke arah meja Ven dan Ruby yang hanya bersebelahan dengan meja kami itu. Aku lihat Ruby kelihatan malu-malu sahaja apabila berbual dengan Ven. Aku cuit bahu Nade membuatkan gadis itu memandang aku.

"Ruby dan Ven ada something kah?"

"Memang ada pun. Ven tu sukakan Ruby sejak dulu lagi. Cuma, Ruby baru je nak terima dia sebagai pasangan kekasih." Kata Nade padaku.

"Ohhh..."

"Patutlah Bella tanya soalan pada Aunty Ruby, Aunty Ruby suruh Bella tanya pada mummy." Sampuk Bella.

"Bella tanya apa?"

"Budak ni pergi tanya kenapa Ruby tak kahwin lagi." Sampuk aku.

"Hahahha.." Nade mendengarkan kata-kata aku itu.

"Tak kelakar pun." Bella memuncung sambil berpeluk tubuh apabila diketawakan oleh ibunya sendiri.

Aku angkatnya duduk di atas peha aku dan peluknya untuk memujuk gadis kecil itu.

"Merajuk pula anak daddy ni."

Bella letakkan kepalanya pada dada bidang aku. Nade buat muka menyampah. Cemburu lah tu. Hahaahah..

"Babe, Ven baru balik dari Europe kah tu?"

"Yup, dia akan tinggal dengan kita selama 3 hari."

"What???" Kataku dengan nada yang tidak percaya akan kata-kata Nade itu.

"Yeah, dia akan tinggal dengan kita sebelum dia pergi ke Itali untuk lawat keluarga saya. Boleh kan?" Pujuk Nade pada aku.

Aku hembus keluhan dengan wajah yang terpaksa. Aku tak naklah disebabkan cemburu aku tolak permintaan Nade. Lagipun, Ven kan keluarga dia.

"Betul kah Uncle Ven akan tinggal dengan kita mummy?" Sampuk Bella yang tidaa merajuk lagi.

"Betul lah. Tolonglah mummy pujuk daddy suruh Uncle Ven tinggal sekejap dengan kita."

"Bolehlah daddy. Sekejap je. Dah lama Bella tak main dengan Uncle Ven."

Kedua-dua puteri kesayangan aku itu cuba untuk memujuk aku. Inilah rasanya bila ada isteri dan anak perempuan sulung.

"Yelah.. daddy benarkan."

"Yeyyy! And one more thing daddy..." Kata Bella pada aku sambil merenung ke arah anak mata aku.

Ini mesti nak minta sesuatu ni. Aku tahu sangat pandangan mata anak perempuan aku ni.

"Bella nak adik macam Covy dan Evy tu."

Nade hampir tersedak di sebelah aku yang menghirup airnya itu. Aku hanya mampu tersengih mendengarkan permintaan anak gadisku itu.

"Nanti daddy dapatkan adik untuk Bella. Bella tunggu je." Kataku padanya sambil merenung ke arah Nade.

Nade jeling aku apabila dia tahu apa yang aku maksudkan dengan pandanganku itu.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top