UNCLE?!
Sejak tadi aku tidak pandai duduk diam. Sekejap berdiri, sekejap duduk lepas tu berjalan pusing-pusing sekeliling tempat duduk Rayden dan Rayyen. Dua orang manusia itu pula hanya biarkan sahaja perangai pelik aku itu.
"Tak boleh kah kau duduk diam? Baru je 5 minit berlalu." Tegur Rayden pada aku.
"Aku bosanlah nak duduk. Sudahlah minah tu datang lambat. Suruh kita cepat-cepat siap lepastu, suruh tunggu dekat luar lagi tu. Tapi, kepala dia pun sampai sekarang aku belum tengok."
Aku rasa dah hampir bertahun aku duduk sini walaupun sebenarnya, baru je 5 minit duduk dekat luar ni. Rayyen tarik pinggang aku membuatkan aku terjatuh duduk di atas pahanya.
"Tak lama lagi datang lah tu." Pujuk Rayyen pada aku.
Rayden yang melihat kemesraan aku dan Rayyen itu buat-buat seperti dia tidak nampak kami berdua. Aku jarakkan wajah aku daripada Rayyen apabila lelaki itu mulai mendekati aku.
"Ehh, jangan nak mengada."
"Kejap je." Pinta Rayyen manja pada aku.
Tiba-tiba..
PINNNNN
Kami bertiga terkejut mendengar bunyi hon kereta. Tingkap kereta diturunkan dan ianya memaparkan wajah Carolyn. Aku turun daripada pangkuan Rayyen dan menuju mendekati kereta.
"Asal lambat sangat? Cair kaki aku tunggu kau luar ni."
"Lambat kau kata. Dah cukup laju aku pandu tahu tak."
Carolyn menghulurkan sehelai kain hitam pada aku. Aku terima hulurannya. Aku berkerut memandang wajah gadis itu.
"Untuk apa ni?"
"Tutup mata Rayyen lah."
Aku cuba untuk memahami ayatnya dan..
"Ohhhh, Okey Okey. Aku faham. Yeyyy!" Jerit aku gembira.
Aku berjalan mendekati Rayyen yang baru sahaja mahu melangkah masuk ke dalam kereta itu. Rayyen berhenti sekejap apabila ditegur oleh aku. Rayden pula sudah mengambil tempat duduk di sebelah Carolyn yang akan memandu kereta. Gadis itu juga mengarahkan benda yang sama pada Rayden.
"Nah, pakai ni." Aku hulurkan padanya kain hitam itu.
Rayyen pandang muka aku dengan pandangan yang pelik.
"Kenapa pula?"
"Pakai je lah. Dah saya suruh pakai."
Rayyen hanya turutkan sahaja permintaaan aku. Selesai mengikat kain hitam itu menutup matanya, aku menyuruh Rayyen masuk ke dalam kereta terlebih dahulu.
"Okey! Jalan!" Kata aku gembira pada Carolyn.
Kereta dipandu keluar daripada kawasan perumahan.
"Korang nak bawa kitorang ke mana ni sebenarnya? Sampai perlu tutup mata bagai?" Tanya Rayyen.
"Duduk je lah diam-diam dekat belakang tu. Nanti kau akan tahu lah mana kitorang bawa." Sahut Carolyn di tempat duduk pemandu.
Aku perasan yang Rayyen cuba untuk main tipu. Aku lihat tangannya yang bergerak mahu mengintai sedikit itu. Tangan aku menarik tangannya dan tahan lalu bawa turun semula.
"No cheating, baby." Kata aku padanya.
Rayyen tersengih mendengarkan aku berkata-kata sebegitu. Dia dekatkan mukanya pada bahu aku. Dia dekatkan lagi menyentuh leherku dengan mukanya.
"Say it again, babe. I like it."
Aku jarakkan kedudukan aku daripada Rayyen menyebabkan lelaki itu tersembam jatuh ke bawah. Aku ketawa berdekah-dekah. Rayyen yang jatuh terbaring ke sisi aku itu memeluk pinggang aku erat.
"Nade, kita pergi lawat kau punya dululah, okey?"
Aku berhenti daripada ketawa apabila, Carolyn bercakap dengan aku.
"Tapi, kau kan lagi dekat?"
"Memanglah. Tapi, aku nak balik nanti terus balik rumah. Jadi, kita pergi Venice dulu lah."
Aku buat isyarat 'ok' pada tangan aku menunjuk ke arah Carolyn. Rayyen yang setia memeluk pinggang aku itu aku biarkan sahaja. Aku toleh ke belakang memandang Rayyen yang berbaring memeluk pinggang aku itu. Takut mati semput pula nanti. Aku sentuh pipinya. Tak bergerak.
Aku bukakan sedikit kain hitam yang menutup bahagian matanya itu.
"Laaa, tidur pula dah dia ni."
"Siapa?" Tanya Carolyn pada aku.
"Rayyen. Aku tak sangka dia mengantuk sangat."
Tambahan pula, dia bangun awal juga pagi tadi. Dalam pukul 5:30 pagi agaknya. Selalunya dia akan bangun pukul 6:30 lepastu, joging awal pagi.
Sekarang ni....baru je pukul 11 pagi. Letih sangat ni.
"Dah korang buat je tiap malam. Itu yang penat."
"Wei, tak adanya. Malam tadi kitorang layan Netflix okey."
Carolyn masih juga ketawa.
"Awak, pandu tu jangan ketawa. Fokus."
Carolyn senyap apabila sudah ditegur oleh Rayden.
"Huhuhu, kena tegur." Kata aku pada gadis itu separuh berbisik.
"Jangan layankan sangat perangai Nade yang gila tu." Tambah Rayden sekali lagi.
Carolyn jelirkan lidah ke arah aku tanda mengejek aku yang kena sekali dengan Rayden.
♥♠♣◆
Setelah 13 minit memandu ke Venice, akhirnya kami sampai di depan sebuah bangunan yang tersergam megah lagi besar dan mewah itu. Aku seronok sangat sebab ini kali pertama aku tengok syarikat mama. Aku perasan bangunan itu masih kosong dan ada seorang lelaki berpakaian casual bersama seorang gadis berdiri di depan bangunan itu.
Macam kenal je.
"Jom, Rayyen."
"Sabar, awak. Saya...uhhhh. Sedapnya." Rayyen mengeliat sekejap.
Lena betul mamat ni tidur. Namun, matanya masih setia ditutup oleh kain hitam. Aku pimpin Rayyen keluar daripada perut kereta manakala Rayden dan Carolyn pula hanya tinggal di dalam kereta sahaja.
"Ready." Kata aku pada Rayyen.
"Yes, baby."
Aku tarik balutan yang menutup matanya dan Rayyen mencelikkan sedikit matanya. Dia kelipkan berkali-kali matanya sebab pandangannya sedikit kabur kerana terlalu lama ditutup dengan kain hitam.
"What is this?"
Aku melepaskan keluhan.
"Bangunan."
Rayyen pandang muka aku.
"Untuk awak lah. Ni adalah company family saya." Terang aku padanya.
Dia seakan-akan tidak percaya dengan kata-kata aku.
"You mean..I handle this company, soon?"
"Yes." Anggukku padanya.
Dia angkat badan aku lalu memelukku erat. Aku balas pelukkannya. Tidak lupa juga, dia menghadiahkan satu kucupan mesra pada bibir aku.
"Thank you for everything." Katanya pada aku.
Kantung matanya kelihatan berair.
"Alah, sendu. Janganlah nangis."
"Air mata terharu okey." Katanya tidak puas hati.
Tiba-tiba, kami disapa oleh lelaki yang sama itu tadi.
"Nade." Sapanya pada aku.
"Ven!"
Aku peluknya erat tanda sapaan aku pada keluarga aku sendiri. Aku tak sangka Uncle Ven akan datang.
"Kenapa datang sini?"
"Aku nak beritahu kau pasal company ni lah. Memandangkan kau dah beri Rayyen yang uruskan, aku kenalah sampaikan sedikit information." Kata Uncle Ven.
Rayyen tajam pandang muka Uncle Ven. Dia bisik ke arah aku.
"Kenapa awak peluk dia? Saya tak sukalah."
Cemburu pula dah.
"Because, he is my Uncle."
Rayyen buat muka 'oh'. Dia masih juga tak puas hati sebab Uncle Ven sebenarnya sangat-sangat muda. Boleh dikatakan Uncle Ven tua setahun sahaja daripada aku. Dia lah antara adik-beradik mama aku yang paling muda dan bongsu. Tambahan pula dia lagi muda daripada Rayyen.
Rayyen bersalam dengan Uncle Ven.
"I'm Venorise White. Nice to meet you, Rayyen." Kata Uncle Ven mesra.
"Yeah....me too."
"Kau dah uruskan semuanya kah, Ven?" Tanyaku pada Uncle Ven.
"Yup, bangunan yang dekat Itali tu, aku dah jual dan dana tu ada dalam akaun bank company ni. Memandangkan kau dah pindah ke California. Jadi, semua pekerja lama akan pindah ke sini. This is, Ruby, my ex-PA and your new PA, Rayyen."
Gadis berambut hitam itu tunduk tanda salam perkenalan. Dia tersenyum manis ke arah aku dan Rayyen. Nampak baik dan sopan sahaja dia. Sebab, selalunya tengok PA orang lain seksi nak mampus lah kan. Lepastu, sombong pula tu.
"Jadi, lepasni, kau kerja dekat mana?"
"Aku nak sambung belajar, ambil Master dekat Europe." Kata Ven pada aku.
"Nade!" Suara Carolyn memanggil aku bergema dari jauh.
Aku toleh.
"Apa?"
"Kitorang jalan dulu lah. Nanti aku datang ambil kau lagi. Aku takut kau lama sangat pula. Tengok-tengoklah bangunan tu dulu." Kata Carolyn dari dalam kereta.
Kereta itu dipandu pergi meninggalkan kawasan syarikat.
"Kalau macam tu, kita masuk lah dulu sambil bincang pasal semua ni." Kata Ruby lembah lembut.
"Ya tak ya juga. Okey, Jom." Kata Uncle Ven.
Kami teruskan untuk melihat keadaan di dalam bangunan yang sudah siap dan penuh dengan kelengkapan itu.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top