THROWBACK

Kereta aku parkirkan di depan kafe yang menjadi pilihan Rayden untuk makan tengahari bersama. Aku keluar daripada kereta dan melangkah masuk ke dalam kafe yang menjadi tumpuan orang ramai di Hollywood itu. Dari jauh aku lihat Rayden yang duduk berseorangan di meja. Aku mendekati abang kembar aku itu dan menyertainya di situ.

"Kau dah buat pesanan kah?" Tanyaku pada Rayden.

"Belum lagi."

Rayden memanggil seorang pelayan lelaki untuk mengambil pesanan kami. Aku melihat pada menu yang ada pada buku menu itu. Tiba-tiba, aku disapa oleh seseorang.

"Eh, Rayyen. You pun ada dekat sini."

Aku kenal suara itu suara yang paling aku benci dalam dunia ni.

Aku lihat ke arah Amy yang mengambil duduk bersebelahan dengan Rayden. Gadis yang berpakaian ketat lagi mencolok mata itu tersenyum ke arah aku. Aku balas senyumannya dengan satu jelingan.

"Give me latte." Kataku dingin pada pelayan lelaki itu.

Tak ada selera pula aku nak makan pandang muka minah tak guna ni.

"Kau tak makan kah?" Tanya Rayden prihatin pada aku.

Aku mengeluarkan sebatang rokok lalu aku kepitkan pada bibir aku. Pemetik api juga aku keluarkan daripada poket seluar aku.

"Tak ada selera lah aku makan bila pandang muka minah sebelah kau tu." Jawabku kasar pada Rayden.

Wajah Rayden mulai berubah apabila aku berkata sebegitu. Hujung rokok aku nyalakan dengan api. Aku tak kisah orang pandang aku biadap kah apa bila merokok di kedai. Asalkan aku tak mengamuk je sebab aku rasa macam nak sepak ke minah tak guna ni masuk longkang.

"Kau tak cakap dekat aku pun yang kau bawa sekali pelacur tak guna ni makan sekali."

Aku pandang wajah Rayden yang hanya duduk senyap sahaja di depan aku itu.

"Baby, kenapa adik you ni." Adunya pada Rayden dengan gaya manjanya yang suka bergesel pada Rayden itu.

"Dia bergurau kasar je tu." Kata Rayden pada Amy.

Mual aku tengok Rayden melayankan sahaja perangai gedik minah sotong ni. Sabar Rayyen... Sabar. Hisap je rokok tu.

Aku hembus asap rokok itu pada Wajah Rayden dan Amy. Amy sengaja  terbatuk-batuk terkena hembusan asap rokok daripada aku itu. Aku tahu dia tak suka orang merokok depan dia. Jadi, aku akan sakitkan lagi hati dia.

"Rayyen, you tahu kan I tak suka bau asap rokok."

"Kau tahu kan? Aku tak suka tengok muka kau. Lagi-lagi kau je yang menggatal dengan Rayden. Si Rayden ni pula macam bodoh pula ikutkan aje apa yang kau nak." Bidas aku pada Amy termasuk Rayden sekali aku hentam.

"Tak boleh kah kau berbaik dengan Amy? Penat aku tengok kau mengata dia." Kata Rayden pada aku.

Satu sengihan terukir pada bibir aku. Dia ingat aku suka kah tengok perempuan macam ni? Gedik, gatal, mengada, ditambah pula dengan golddigger. Isteri aku tak ada pun perangai macam ni. Apatah lagi Carolyn, bini dia sendiri.

"Kalau kauu penat tengok aku mengata dia, asal kau nak juga bawa dia makan dengan kita sekali? Kau tahu aku memang macam ni. Kau bawa juga. Carolyn, tak ada pula kau layan dia macam ni. Keluar tiap masa lah kan? Bawa jalan-jalan, shopping an.."

Kata-kata aku terhenti apabila seorang gadis kecil muncul di depan aku.

"Hai, Daddy." Sapa Bella pada aku.

Aku terkejut melihat Bella yang tiba-tiba sahaja datang itu. Gadis kecil itu tersenyum ke arah aku. Habislah aku.. kalau Bella ada dekat sini, mesti..

"Ohhh, merokok je kerja kau ni kan... makan tak nak pula." Suara seorang gadis menyindir aku menarik perhatian aku.

Telinga aku ditarik oleh Nade kuat. Situasi aku dan Nade itu menarik beberapa mata pelanggan yang ada di situ. Sebenarnya, sejak tadi dah orang duk pandang-pandang muka aku sebab terganggu dengan asap rokok.

"Babe.. you're here. Aduhh..duhh..."

Nade menarik telinga aku kuat siap dipulas-pulas olehnya. Aku hanya mampu mengaduh sakit sahaja diperlakukan sebegitu.

"Hi, Uncle Rayden." Sapa Bella pada Rayden.

"Hi.."

Nade melepaskan cubitan pada telinga aku. Aku mengusap telinga aku terasa sakit dan merah itu. Nahas aku kalau bini aku tahu aku merokok.

"Awak tak cakap pun yang awak keluar lunch." Kataku pada Nade.

"Bella yang nak sangat makan sini memandangkan aiskrim sundae ada dijual dekat sini."

Nade pandang muka Rayden lalu matanya dijulingkan ke atas apabila terpandang wajah Amy.

"Babe, sit here." Arah aku pada Nade supaya duduk besebelahan dengan aku.

Perut isteriku yang mengandungkan anak kedua itu semakin membesar dan agaknya sudah hampir 6 bulan isteriku mengandung. Aku risau pula kalau dia berdiri lama-lama nanti letih pula. Nade tersenyum penuh makna ke arah aku dan dia tidak mengambil duduk bersebelahan dengan aku malah dia duduk di sebelah Amy. Bini aku ni memang nak naikkan tekanan darah diri sendiri kah?

"Haaa, Bella duduklah sebelah Daddy." Kata Nade pada Bella.

Bella duduk bersebelahan dengan aku dan anakku itu berhadapan dengan Amy. Bella mengukir senyum ke arah aku. Comel je anak aku ni. Tahun depan dah mula masuk tadika pula. Cepat je anak aku ni membesar.

"Aku tak tahu pula yang kau ada dekat sini." Kata Nade pada Amy sengaja nak panaskan keadaan.

Amy senyum terpaksa ke arah isteri aku. Aku pula yang panas bila tengok. Bella yang berada di sebelah aku mencuit lengan aku.

"Daddy, balik rumah terus kah nanti?" Tanya Bella pada aku.

"Ha'ah. Tapi, kalau nak pergi mana-mana pun boleh." Kataku pada Bella.

Aku lihat ke arah Nade yang tidak habis-habis mahu menghentam Amy itu. Rayden pula senyap sahaja. Tidak mahu menyampuk walaupun sudah banyak kali Amy mengadu padanya.

"You tengok dia ni.."

"Baby.."

"Adik ipar you sakitkan hati I."

"You.."

Erghg, benci aku dengar. Menyampah pun ada sampaikan rasa macam nak pijak je.

"Memememmeme.." ajuk Nade pada Amy yang mengadu pada Rayden itu.

"Emmm, sudah sudah lah you mengata I. I pun ada hati dan perasaan juga. Kalau you marah-marah nanti kesian pula baby dalam perut tu." Kata Amy dalam nadanya mengawal rasa marahnya.

Aku tahu dia memang sengaja buat-buat baik kalau di depan aku daa Rayden. Kalau belakang-belakang, memang macam tahi kambinglah perangai minah tu.

"Nak cakap pasal hati dan perasaan konon. Hati kau tu lebih busuk daripada longkang jiran aku. Fake!" Bidas Nade menyinga.

Aku tak boleh biarkan Isteri aku macam ni. Nanti memberi kesan pula pada kandungan kalau dia layankan sangat emosinya itu. Aku berdiri daripada dudukku dan mengangkat Bella ke dalam dukungan aku.

"Kita makan dekat tempat lain Okey? Saya tak naklah disebabkan awak benci sangat pada minah tak guna ni effect dia pula bawa pada kandungan awak. Jom." Kataku lembut pada Nade.

"Okey, bagus! Saya nak makan sushi." Kata Nade gembira lalu memeluk lengan aku dari sisi.

Kami bertiga berlalu pergi meninggalkan Rayden dan Amy.

"Kenapalah saya menyusahkan diri ke sini tadi eh?" Kata Nade.

"Baguslah awak ke sini. Jumpa dengan si suami tercinta. Dapatlah saya larikan diri daripada dua orang manusia tak guna tu. Mereka berdua menggatal depan mata saya buatkan saya nakkan awak berada di sisi saya." Kataku manis padanya.

"Untungnya.... dapat suami macam awak ni." Puji Nade sambil buat muka menyampah.

Aku masuk ke dalam kereta milikku manakala Nade pula gunakan kereta miliknya sendiei ditemani Bella bersamanya.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top