THROWBACK 2
Balang coklat yang sudah kosong dan licin itu aku berikan pada Rayyen. Rayyen hanya menerima huluran aku. Aku menyandarkan badan aku pada kepala sofa. Kenyang. Aku lihat ke arah satu lagi balang yang ada di dalam beg plastik itu.
Kali ini aku makan pula biskut di dalam balang. Aku tak boleh berhenti makan malah semakin suka nak mengunyah. Walaupun, aku tahu aku dah kenyang. Tambahan pula, baru je sejam lepas makan di restoran sushi.
"Banyak betul yang awak dah makan ni." Tegur Rayyen pada aku.
"Biarlah..baby nak makan banyak-banyak. Lagipun, anak lelaki kan kuat makan." Kataku dengan mulut yang penuh.
Rayyen cubit pipi aku geram.
"Kenapalah awak ni comel sangat. Geramlah.."
Aku buat muka malas nak melayan suami aku itu. Aku dan Rayyen setia menanti di sofa sementara menunggu rambut Bella didandan. Aku bosanlah juga menunggu lama-lama.
"Rayyen....." panggil aku padanya yang berada di sebelah aku.
"Yup, sweetie?"
Rayyen pandang muka aku. Alahai, Kenapalah laki aku ni terlampau hensem. Aku pula yang rasa macam nak cekik je bila dia pandang aku macam tu.
"I'm craving something."
"Craving of...what?" Tanya Rayyen pada aku.
"Wine."
Rayyen terkejut dengan apa yang aku idamkan. Aku sendiri pun tak sangka sebenarnya aku mengidamkan benda macam tu. Tapi..aku memang nakkannya.
"No. Alkohol tak baik untuk perempuan mengandung. Lagipun, ianya akan bawa kesan buruk kalau awak minum wine." Bantah Rayyen.
Lengannya aku peluk dan aku buat muka sedih.
"Tapi...Saya memang nak minum wine. Pleassse...." rayu aku padanya.
"No and it's still a no from me."
"Sikit je."
"No."
"Alah, Saya janji sikittttt je. Saya takkan minum banyak."
"No, babe. No.."
Aku lepaskan pelukkan pada lengannya. Badan aku palingkan daripada dia dan aku jauhkan jarak aku daripada suamiku. Minum sikit je pun. Bukannya banyak sangat pun. Aku nak merajuk.
"Daddy, Mummy cantek tak?" Tanya Bella pada aku dan Rayyen.
Aku pula tidak menyahut dan hanya mendiamkan diri di tempat aku duduk. Aku tak nak bersuara selagia iu tak dapat apa yang aku nak.
"Cantik, Princess Bella ni. Sama macam Mummy dia." Kata Rayyen dalam nada mahu memujuk aku.
Aku tak terkesan pun dengan pujian tu. Aku tak kisah kalau sejuta kali pun Rayyen puji aku, aku tetap nak merajuk. Bella mendekati aku dan letakkan kedua-dua belah tapak tangannya pada perutku yang semakin membesar itu.
"Mummy...Mummy marah eh? Daddy kah buat Mummy marah?" Tanya Bella prihatin pada aku.
"Hmm.."
Aku berpaling daripada memandang Bella. Entah kenapa aku sakit hati sangat-sangat sekarang ni. Rasa nak nangis pun ada.
Tapi, aku nak wine.....
♥♠♣◆
Rayyen parkirkan kereta di dalam garaj dan aku serta-merta keluar daripada kereta sebab aku marah sangat dekat dia yang tak nak belikan wine untuk aku. Aku melangkah dengan laju menuju ke arah ruang tamu dan duduk di atas sofa.
Evy dan Covy pandang muka aku pelik.
"Aunty.. Aunty okey kah?" Tanya Evy pada aku.
Aku memeluk bantal sofa dan berpaling daripada si kembar itu. Kalau boleh aku tak nak pandang muka sesiapa pun. Tidak lama kemudian, Bella datang menghampiri aku di ruang tamu setelah dia membantu Rayyen mengangkat barang.
"Mummy..Nah.." Bella menghulurkan sebungkus coklat pada aku.
Aku hanya membiarkan sahaja huluran Bella itu. Aku tahu dia nak pujuk aku. Tapi, aku tak nak COKLAT! Aku nak benda lain!!!
Contohnya, wine.
Bella naik duduk di atas sofa bersebelahan dengan aku dan gadis kecil itu memeluk lengan aku. Aku terkesan juga sebenarnya dengan pujukkan Bella. Tapi, aku tak tahu kenapa aku ego sangat sekarang ni.
"Alah Mummy..Mummy kenapa ni? Bella ada buat salah kah?"
Aku lihat ke arah jam yang tergantung pada dinding ruang tamu itu lalu aku melihat ke arah Covy, Evy dan Bella. Sudah agak lewat waktu ketika ini. Esok mereka kena ke tadika.
"Bella, Covy, Evy...masuk bilik dan tidur. Dah lewat tu." Kataku dingin pada mereka bertiga.
Covy dan Evy patuh dengan arahan aku. Mereka berdua berlalu pergi naik ke tingkat atas. Bella pula masih berada di sebelah aku tetap setia mahu memeluk lengan aku. Bella buat muka comelnya ke arah aku. Aku merenung wajahnya tajam menandakan aku tegas mengarahkannya untuk masuk ke bilik dan tidur.
Tiba-tiba, Rayyen datang berdiri di depan aku.
"Bella, tidur. Dah lewat ni.." Kata Rayyen pada Bella lembut.
"Okey..goodnight Mummy.. baby.." cium Bella pada pipi aku.
Rayyen peluk Bella dan menghadiahkan satu kucupan pada dahinya sebelun gadis kecil itu melangkah pergi daripada situ. Rayyen pandang muka aku tetapi, Aku menjelingnya tajam. Aku malas lah nak melayan perangai orang sekarang ni. Tengah marah ni tak payahlah tunjukkan muka.
"Takkan awak sampai sekarang masih marah pasal wine tu." Kata Rayyen pada aku.
"Memanglah saya marah. Awak tak nak berikan saya benda yang saya nak."
Rayyen mengambil duduk di sebelah aku. Dia membuka butang leher pada baju kemejanya.
"Masalahnya apa yang awak nak tu memudaratkan diri sendiri. Takkan saya nak memudaratkan isteri kesayangan saya ni."
Aku tarik nafas dalam-dalam cuba untuk menenangkan diri sendiri. Namun, Ianya langsung Tidak berkesan pada aku. Aku semakin nak naik angin pula.
"Kalau sayang kenapa tak bagi je?"
"Kalau saya bagi itu tandanya saya tak sayang awak. Saya biarkan awak minum alkohol lepastu nanti effect dia kena pula pada baby."
"Jadi, selama ni awak bagi saya semua benda yang saya nak tandnya tak sayang lah?"
Rayyen meraup wajahnya perlahan menahan kesabaran dalam dirinya. Rayyen menyeluk poket seluarmya dan mengelurakan sekotak rokok daripada poketnya. Suami aku memang macam tu. Asal dia nak marah mesti dia merokok.
"Tak ada kerja lain kah? Selain daripada merokok? Sayang dekat orang lain. Tapi, tak sayang diri sendiri." Bidas aku padanya.
Dia tahu aku tak suka tengok dia merokok depan mata. Tapi, ini dia macam sengaja pula nak merokok depan aku.
"Saya lagi sanggup sakit daripada tengok orang yang saya sayang sakit." Rayyen mengambil pemetik api daa menyalakan hujung rokoknya.
Aku makin rasa panas pula bila dia buat macam tu depan mata aku.
"Kau tahu kan yang aku tak suka tengok kau merokok depan mata aku. Kau buat macam ni sengaja nak panaskan hati aku kah?"
Tiada lagi panggilan 'saya' 'awak' apabila aku sudah mulai hilang sabar. Aku rasa macam nak tampar je muka Rayyen ni. Tapi, aku tahankan sahaja perbuatan kasar aku itu.
"Tak..bukan macam tu. Saya..."
Aku menghalakan tapak tangan aku ke arahnya tanda aku tidak mahu dia meneruskan kata-katanya. Aku tak nak habiskan masa dengar penjelasan dia yang memang tak boleh diterima akal fikiran itu.
"Keluar."
Rayyen berkerut memandnag ke arah aku. Aku rasa nak sepak je muka dia sekarang ni. Dengan bau asap rokoknya lagi yang sudah memenuhi ruang tamu.
"Takkan awak nak halau saya pula."
"Kan saya dah cakap sebelum ni. No smoking in my house. Kalau nak merokok sekalipun pergi jauh-jauh." Tolak aku pada bahunya.
Aku berdiri dan mendepakan tangan aku ke depan mempersilkannya untuk pergi daripada sini. Rayyen pasrah dan dia melangkah untuk keluar daripada rumah. Aku perasan pada poket seluarnya ada sebungkus coklat yang Bella berikan pada aku tadi. Tapi, aku tidak menerimanya.
"Awak kan tak sayangkan saya lagi. Saya keluarlah." Kata Rayyen sedih menuju ke pintu utama lalu menutupnya semula.
Alamak...adakah aku bersalah membiarkan coklat aku begitu sahaja?
Aku kena ambil balik. Lapar pula perut aku ni.
Aku melangkah mendekati pintu utama dan membukanya. Aku lihat Rayyen yang berdiri membelakangi aku itu. Dia berpusing semula ke arah aku dan..
FUHHHH
Asap rokok dihembusnya pada wajah aku. Dia ni kannnn....memang nak naikkan darah aku KAH?!
Aku menendang kakinya sebab aku tak boleh tahankan diri aku daripada memukulnya lagi sehingga Rayyen mengaduh rasa sakit. Aku baru buat sikit je. Kalau aku buat yang lebih teruk? Entah-entah meninggal laki aku ni.
"Bodoh!" Tengking aku ke arahnya.
"Ehh..Ehh.. Baby..sayang i'm sorry!"
Aku berlalu pergi daripada situ dan naik ke tingkat atas. Lebih baik aku pergi daripada situ daripada aku hadap muka bodoh Rayyen tu.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top