THE FUCK?! YOU'RE BACK!
"Jangan nakal-nakal tau dalam rumah." Pesanku pada Si kembar Covy dan Evy itu.
"Okey! Evy takkan buat sepah dan nakal-nakal." Kata Evy padaku dengan senyuman.
"Covy, kalau ada sesiapa yang ketuk pintu ataupun tekan loceng rumah, jangan buka pintu." Kataku pada Covy yang hanya diam di sisi Evy itu.
"Macam mana kalau papa yang datang?"
Aku berfikir sekejap samada mahu membenarkan Rayden masuk ataupun tidak tanpa adanya aku pun di dalam rumah ni.
"Jangan. Kalau ianya Rayden yang datang. Call Aunty." Kataku padanya.
Kita kenalah jadi kejam. Aku takkan benarkan Rayden masuk sesuka hati. Lebih-lebih lagi kalau dia bersama perempuan bodoh tu!
"Okey..." Kata Covy sepatah.
Aku tak naklah mereka berdua dipukul lagi oleh Rayden. Walaupun banyak kali Rayden minta maaf. Aku susah nak terima maaf dia tu.
"Kunci semua pintu termasuk pintu belakang dan garaj. Tingkap jangan dibiarkan terbuka." Pesanku lagi.
"Okey, Aunty." Jawab Evy padaku.
Ven keluar membawa bagasinya. Dia berhenti sekejap memandang wajah Evy dan Covy.
"Bye, Uncle Ven." Lambai Evy padanya.
"Goodbye too." Usap Ven pada kepala gadis kecil itu.
"Okey, jom kita pergi." Kataku pada Ven.
Kami bertiga masuk ke dalam kereta milikku dan Ven yang memandu kereta. Aku pula hanya duduk di sebelah tempat duduk pemandu. Bella pula duduk di tempat duduk belakang. Kereta dipandu keluar daripada kawasan perkarangan rumah.
"Berapa semestar lagi kau tinggal?" Tanyaku padanya.
Ven fokus pada pemanduannya.
"2 semestar lagi. Lepastu, dapatlah aku Master." Katanya bangga.
"Ohhh, kalau dah dapat kau nak kerja apa?"
"Itu...aku belum fikir lagi. Sebab, aku ada niat nak ambil PHD pula."
Aku buat muka sedih. Bukan apa aku sedih. Sedih sebab Ven rajin sangat nak belajar setinggi itu. Kalau aku jadi mamat ni, dah lama otak aku meletus macam gunung berapi.
"Kau tak rasa.. penat kah asyik belajar?"
"Penat tu memang lah penat. Tapi, disebabkan aku anak bongsu dan yang terakhir antara 5 orang beradik. Kenalah dapat PHD juga. Mama kau dapat PHD. Kakak Claire pun dapat PHD. Macam tu juga dengan Jason dan Brad. Mereka semua dapat PHD. Takkan aku je yang dapat paling rendah. Kenalah sama taraf juga."
Aku terbuntang mendengarkan kejayaan adik-beradik mama aku. Sampai macam tu sekali mereka belajar. Aku rasa macam WOW!
"Mereka semua kerja apa sekarang?" Tanyaku tertarik pada keluarga Mama.
"Kakak Claire, kerja sebagai saintis di Amerika. Sama juga dengan Jason jadi saintis. Cuma, Jason saintis di Rusia. Brad pula jadi CEO di company ayah dekat German."
"Ohhh, semua pangkat besar-besar eh."
"Ha'ah.."
"Semua ni..atas kehendak kau ataupun kehendak family?"
"Bila difikirkan balik, ianya kehendak family. Tapi, dalam masa yang sama aku pun nak dapat PHD juga. Tak naklah kalah depan mata abang dan kakak aku yang lain." Katanya pada aku.
Sudah hampir 25 minit Ven memandu, akhirnya sampai juga di New York Airport. Ven keluar begitu juga aku dan Bella. Dia mengeluarkan bagasinya yang terletak di bonet kereta itu. Kami terus menuju masuk ke dalam lapangan terbang.
"Uncle Ven bila nak datang lagi?" Tanya Bella pada Ven.
"Emm, mungkin dalam bulan Ogos ataupun Oktober. Nanti kalau Uncle datang. Bella lah orang pertama yang Uncle beritahu."
"Yey!" Sorak Bella gembira.
Satu pengumuman dibuat dan Ianya menandakan sudah tiba masanya untuk Ven pergi. Bella peluk Ven dan Ven mengucup dahinya. Aku rasa terharu sebab masih ada juga keluarga mama yang tak bencikan keluarga aku. Macam Ven.
Ven peluk aku dan aku membalas pelukkannya.
"Bye. Beritahu Rayyen yang aku minta maaf kalau buat dia sakit hati kah apa selama aku duduk dengan korang."
"Yelah.. nanti aku beritahu."
Kalaulah aku dapat beritahu dia. Pagi tadi pun, aku dengan Rayyen tak bertegur. Rasa macam menjaga tiang rumah je.
♥♠♣◆
Setelah aku menghantar Ven ke airport aku berhenti sekejap unguk singgah di sebuah kedai. Kereta aku parkirkan di depan sebuah kedai runcit sebab aku nak beli sedikit barang dekat situ sebelum balik rumah. Aku dan Bella keluar daripada kereta.
Aku ambil bakul dan langkah kakiku atur menuju ke tempat menjual bahan-bahan yang aku perlukan untuk memasak. Bella pula aku biarkan sahaja dia pergi ke tempat menjual manisan. Aku rasa nak buat aiskrim jadi aku ambil semua bahan yang aku perlukan untuk buat aiskrim. Aku ambil sebotol krim, perwarna dan sebagainya.
Tidak lama kemudian, Bella meletakkan juga barangnya. Semuanya paket coklat. Cadburry, Hersheys, Kit Kat dan banyak lagi.
Kira-kira lebih daripada 20 barang yang ada di dalam bakul ni.
"Dah ambil semua yang Bella nak?" Tanyaku pada Bella.
"Dah. Mummy dah?"
"Sudah. Kalau macam tu, kita pergi kaunter."
Kami berdua menuju ke arah kaunter yang kosong dan aku letakkan bakul di atas kaunter. Pekerja di situ melakukan tugasannya.
"Baiklah, semuanya 55.19 dollar." Kata pekerja lelaki itu.
Aku buka dompet dan aku terkejut melihat hanya ada sekeping not 50 dollar sahaja. Aku tak bawa lebih lah pula duit. Aduh macam mana ni? Kad kredit pun aku tak bawa sebab semuanya aku suruh Rayyen yang pegang.
Aku pandang muka pekerja juruwang di kaunter itu. Terpaksalah aku lepaskan beberaaa barang yang lain dan lain kalau sahaja aku beli.
Belum sempat aku bersuara, ada seseorang yang lebih pantas menyampuk. Dia meletakkan sebotol beer di atas kaunter.
"Bayar sekali untuk semua ni." Katanya pada pekerja lelaki itu.
Aku pandang gerangan yang berdiri di sebelah aku itu adalag seorang perempuan. Selesai membuat bayaran dia tedus berlalu pergi begitu sahaja. Aku mengejarnya daripada belakang dan menghentikan langkahnya dengan menyentuh bahu kanannya.
Dia berpaling dan..
"Kau?! Kau!! Babi kau! Kau dah balik!" Jerit aku macam orang yang tak waras.
Badannya aku peluk erat dan rasa tidak ingin melepaskan kawan baik aku itu pergi. Aku lepaskan pelukkan dan air mata aku jatuh menimpa pipiku.
"Nangis pula dah..." Kata Carolyn pada aku.
"Mestilah. Aku terharu sebab kau dah balik!"
Aku lapkan air mata yang jatuh itu dengan tanganku sahaja. Aku tak sangka selama 7 tahun aku tunggu, dia akhirnya balik.
"Mummy, siapa Aunty ni?" Tanya Bella yang memegang erat hujung baju aku itu.
"Kawan baik mummy. Dia ni lah.."
"Ehh, kau Jangan nak dedahkan aku dekat anak kau." Potong Carolyn pantas.
"Asal?"
"Adalah sebabnya. Nanti kita pergi kafe. Aku terangkan semuanya."
"Hmm, aku tak boleh nak ikut kau pergi kafe. Covy dan Evy sesorang dalam rumah. Aku tak naklah tinggalkan diorang lama sangat. Tadi pun, aku baru je lepas hantar Ven pergi airport." Kataku padanya.
"Ohhh, kalau macam tu. Esok?" Katanya pada aku.
"Hmmm, Okey."
Carolyn pandang ke arah Bella. Bella juga tidak berkelip langsung merenung wajah Carolyn.
"Ini anak kau?" Tanya Carolyn pada aku.
"Ha'ah."
"Ada plan nak tambah kah?"
Aku menghentaknya dengan beg tangan aku.
"Aduh..sakit gila."
"Ingatkan dah tak sakit dah sepanjang kau jadi Black Joker ni."
Carolyn hanya tersengih mendengarkan sindiran aku itu.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top