THANKS GOD!

Aku melangkah masuk ke dalam bilik tidur Covy dan Evy. Aku terjaga sebab aku rasa lapar pula. Tengok-tengok je pintu bilik Si kembar ni terbuka. Paling mengejutkan aku adalah tingkap bilik juga terbuka. Aku berlari mendekati tingkap itu.

Aku jengukkan kepala aku keluar. Kosong. Tiada sesiapa. Namun, mata aku tertancap pada satu kereta hitam yang aneh terparkir di bawah cahaya lampu itu. Ia bergeraa meninggalkan kawasan perumahan itu.

Fikiran aku mulai risau kalau-kalau mereka adalah orang jahat yang ingin menculik Covy dan Evy. Aku berjalan mendekati tempat tidur si kembar itu.

Aku lihat mereka berdua baik-baik sahaja. Tiada cedera dan nyenyak sahaja mereka berdua tidur. Ibarat Tiada gangguan langsung yang mengacau lena mereka berdua.

Aku hembus nafas lega. Tiba-tiba, mata aku tertancap pada sekeping kertas berwarna kuning yang melekat pada banyak peluk itu. Aku ambil dan baca tulisannya.

Don't worry. I'll be back soon. Don't tell anyone about me, Nade. It's only you know about this.
I'm still alive. - B.J.

"Fuck it! I know it!" Kataku separuh berbisik supaya Si kembar itu tidak terjaga.

Aku rasa terharu yang amat. Air mata bercucuran jatuh menerpa pipiku. Aku rasa bersyukur sangat-sangat bahawa berita yang dikhabarkan itu adalah palsu. Aku memang boleh agak kawan baik aku masih hidup. Aku simpan nota itu ditempat yang hanya aku sahaja yang tahu.


"Well, we're waiting for you Carolyn."

♥♠♣◆

Pagi itu, seperti biasa aku siapkan sarapan pagi untuk Rayyen dna Rayden. Dah macam jaga dua orang suami pula rasanya. Memandangkan Si Rayden tak ada yang jaga dia.

Aku rasa kasihan sangat-sangat tengok Rayden yang makin hari makin kurang bercakap. Dia akan menyahut apabila disoal sahaja. Lepastu, dia akan lebih banyak menegur Rayyen.

Tapi, tak apalah. Dia pun nampak Okey je daripada yang dulu.

"Morning, Babe."

Rayyen peluk aku dan kucup dahi aku. Dia kelihatan segak dan sudah bersedia untuk ke temapt kerja. Tidak lama kemudian, muncul pula wajah Rayden. Dua orang adik beradik itu mengambil duduk meja makan. Aku sudah sediakan semua sarapan pagi untuk mereka berdua.

"Eeeee, papa..."

Datang Si kembar Covy dan Evy dari ruang tamu merangkak masuk ke dalam dapur. Mereka berdua kelihatan gembira dan aktif. Covy di angkat oleh Rayden. Terserlah wajah kegembiraan seorang bapa melihat anaknya pada muka Rayden.

Betapa sayangnya Rayden pada Si kembar itu. Macam mana dia sayangkan Carolyn, begitu juga lah dia curahkan rasa sayang pada Covy dan Evy.

"Hei, anak papa. Morning. Tidur nyenyak semalam? Malam ni, tidur dengan papa pula."

Evy menangis apabila tidak diangkat oleh sesiapa. Aku angkat gadis kecil itu dan letakkan di dalam baby chair. Namun, dia meronta-ronta mahu juga dipegang oleh Rayden. Tangan aku dipukul-pukul olehnya. Dia ni lah yang biadap sekali. Mesti kena kurung juga. Ambil sangat perangai Si mama dia tu.

'Dasar anak buah tak guna.'

Rayden ambil pula Si Evy melihatkan gadis kecil itu mahukan pelukkan ayahnya. Namun, matanya merenung tajam ke arah Rayyen yang berada di sisi Rayden.

"Eeee..." rungut Evy.

Dia tunjuk ke arah Rayyen. Rayyen pula hanya senyum ke arah Evy. Comel je Rayyen melayan perangai Si Evy tu. Kadang-kadang aku geram juga tengok Evy tu. Bersama Rayyen bukan main baik lagi dia. Bila dengan aku naik hantu budak kecil tak guna tu.

"Takkan tak kenal papa lagi?" Kata Rayden pada Evy.

Evy geleng kepalanya laju. Covy pula diam melihat Evy yang mahukan Rayyen itu.

"Papa.." Kata Evy menunjuk pada Rayyen.

"Sini..aku pegang. Kau makanlah." Pelawa Rayyen pada Rayden.

Rayden serahkan Evy pada Rayyen. Apabila berada dalam dukungan Rayyen, Evy merenung muka Rayyen lama. Lepas tu dia pandang pula Rayden.

"Sian aku tengok anak kau. Tak kenal ayah sendiri." Kataku pada Rayden.

"Kecil lagi. Besar nanti, tahulah tu." Jawab Rayden acuh tak acuh pada aku.

Evy mahu dipegang oleh Rayden pula. Nasib mereka lah dapat bapa yang ada kembar. Kan dah keliru.

Covy, Rayden letakkan di dalam baby chair. Budak itu masih juga merenung muka Rayden dan Rayyen silih ganti. Siap ternganga lagi mulut tu.

Evy pula, main pasing-pasing dengan Rayden dan Rayyen. Kejap nak duduk dengan Rayden, kejap dia nak duduk dengan Rayyen.

Haihh, rasa nak hempuk pakai baby chair je Evy tu.

"Luasnya mulut. Nanti lalat masuk pulak." Tegurku pada Covy.

Aku tekan dagunya ke atas menutup mulutnya. Dia terkejut diperlakukan oleh aku sebegitu. Namun, dia tidak menangis. Selalunya kalau Covy terkejut, dia akan menangis. Namalah cengeng. Tapi, kali ini dia tak nangis pula.

"Nyenye.." Covy cuba untuk bersuara padaku.

Dia menunjuk ke arah biskut yang ada di dalam pek itu. Aku berikan pada dia sebab aku tahu dia nakkan biskut itu. Aku bagi dengan pek biskut itu sekali.

"Bukalah biskut tu. Bagi dia makan. Bukannya dia boleh buka sendiri."  Kata Rayden pada aku.

"Haihh, anak kau ni. Bukannya makan. Dia pergi hancurkan dan buat sepah satu rumah dengan biskut tu ada lah."

"Dah memang budak kecil. Memang lah suka buat..."

"Bla..bla..bla.. dah stop. Aku tahu." Kataku menghentikan Rayden daripada bersuara.

Nanti makin sakit hati pula aku.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top