SHE MAKES ME WORRIED
Pagi itu, aku bangun seperti hari-hari biasa. Tapi, aku perasan Rayyen tak ada di sebelah aku. Mungkin, dia ada di dapur kot. Macam biasa dia akan bangun lebih awal daripada aku. Selesai aku memakai baju, aku keluar daripada bilik dan terus turun menuruni anak tangga.
Mata aku tertancap pada seseorang yang duduk di ruang tamu. Eh? Apahal pula minah ni awal pagi dah muncul depan mata aku?
"Wei, kau buat apa dalam rumah aku?"
Dia menoleh ke arah aku menegurnya. Mukanya sedikit comot itu dia lapkan dengan tisu. Aku lihat meja kaca itu dipenuhi dengan makanan. Ada kek coklat yang sudah 3 per 4 dimakan olehnya bersama 2 cawan kek cawan dan segelas air jus.
"Makanlah. Tak nampak kah?"
"Hehh, memanglah aku nampak. Tapi, pelik lah kau ni." Kataku padanya.
"Apa yang peliknya?"
"Kau mengidam semua ni?" Tanyaku semula padanya.
Aku lihat perut Carolyn yang sudah memboyot dan semakin besar itu. Aku agak sudah masuk 8 bulan lebih minah ni mengandung. Nafsu dia makan tu macam boleh sumbat seguni beras.
"Ha'ah." Dia angguk lalu sambung semula makan.
"Dah lama kah kau duduk dalam rumah aku?"
"Yup.. dari pagi tadi. Sampai sekarang aku tak boleh tidur."
Aku terkejut mendengarnya langsung tak tidur itu.
"Kau ni, bahaya betul lah. Boleh menjejaskan baby tau kau tak tidur."
"Dah aku memang tak boleh tidur. Nak buat macam mana."
Aku gelengkan sahaja kepala aku mendengarkan alasan gadis itu. Kakiku melangkah menuju ke arah dapur pula. Paling yang aku terkejut lah kali ini, dapur bersepah. Barang masakan berterabur sana sini. Sesak mata aku.
Tambahan pula Rayyen dan Rayden yang tidur di meja makan itu. Masing-masing tidur beralaskan lengan mereka.
"Aduuuuuuhai. Bersepah nyaa......" keluh aku sampai ke ruang tamu pun boleh dengar.
Aku bangunkan Rayyen yang kelihatan amat letih itu. Dia mencelikkan matanya memandang ke arah aku.
"Awak.. tak kerja kah? Dah nak dekat pukul 8 pagi tu." Kata aku padanya.
"Masuk lambatlah. Penat sangat ni."
Rayden terus terjaga daripada tidurnya mendengar suara aku. Dia mengeliat di tempatnya duduk. Aku pandang Rayden dengan wajah yang pelik.
"Pukul berapa?" Tanya dia padaku.
"7:45 a.m." jawabku sepatah.
"Mana bini aku?"
"Melantak depan TV lah. Korang buat apa hah? Sampai mengantuk macam ni sekali? Dapur pun bersepah. Dengan bahan masakkannya lagi. Semak mata aku tengok." Bebel aku pada mereka berdua.
Rayden angkat daripada tempatnya dan menuju ke ruang tamu meninggalkan aku dan Rayyen di dapur. Rayyen pula kembali nyenyak di tempatnya.
"Awak!" Jerit aku pada telinganya.
Muka Rayyen berkerut apabila mendengarkan aku yang menjerit di depannya. Dia duduk tegak dan mengeliat di tempatnya meregangkan otot badannya.
"Awak dan Rayden buat apa sampai dapur jadi macam ni sekali?" Tanyaku padanya sambil mengemas apa yang patut dikemas.
Bahan masakkan aku letakkan ke dalam kabinet. Peralatan memasak yang kotor itu aku masukkan ke dalam sinki. Bertimbun WEI!
"Hmmm, ajar Rayden memasaklah. Memandangkan bini dia craving macam hantu." Kata Rayyen dengan nadanya yang masih mamai itu.
Rambutnya serabut dan tidak teratur. Aku julingkan mata ke arad melihat keadaan Rayyen yang amat serabut itu.
"Pukul berapa awak bangun sebenarnya?"
"Pukul 3 pagi."
"What the..."
"Dah diorang berdua datang rumah kita dengan muka kasihannya minta tolong saya. Saya tolong lah."
Aku rasa macam nak ketawa je. Kelakar sangatlah orang mengandung ni. Banyak songeh.
"Alah, kesianyeeee dia...letih eh?"
Aku picit-picit bahu suamiku itu. Rayyen mendongakkan kepalanya pandang aku dan senyum.
"Tak apa. Praktis awal lah. Manalah tahu awak lagi teruk mengidam daripada Carolyn."
Aku hanya senyum padanya. Kenapalah suami aku ni terlalu membahagiakan aku. Asal tengok muka dia ja, bahagia.
"Sudahlah tu. Pergi mandi. Takkan tak nak kerja pula?"
"Okay, my loving wife. Tapi, saya masuk lambatlah."
"Mentang-mentanglah dia CEO." Sindir aku padanya.
"Ofcourse. I'm powerful."
Rayyen mengucup pipi kanan aku sebelum dia berlalu pergi naik ke tingkat atas. Aku sambung mengemas dapur yang berselerak itu. Dalam masa yang sama, aku sediakan sarapan untuk Rayyen.
Aku bungkuskan sahajalah makanan dia. Takut, dia bergegas nak kerja masa pula nanti.
♥♠♣◆
Nafas aku hembus setelah selesai mengemas dapur. Rayyen sudah lama meninggalkan rumah. Carolyn dengan laki dia pun dah pergi rumah sebelah. Aku pula, kembali keseorangan di dalam rumah yang bedar gedabak ni.
Tiba-tiba, telefon aku berbunyi menandakan ada orang yang menghantarkan pesanan. Aku buka pesanan daripada Rayden itu. Aku pelik membaca pesanan lelaki itu.
Keluar sekarang - Rayden.
Aku turutkan sahaja arahan mamat gila tu. Tiba-tiba, je suruh aku keluar. Mungkin, ada emergency kot. Kakiku melangkah keluar daripada rumah. Aku lihat Carolyn melambai dengan gembiranya pada aku. Rumah kami hanya dipisahkan dengan pagar kayu itu.
Aku datang mendekati gadis itu yang berpaut pada pagar kayu itu.
"Morning." Ucap Carolyn gembira.
"Baru sekarang kau nak ucap selamat pagi. Mana laki kau? Tadi bukan main beria suruh aku keluar."
Panjang umur, murah rezeki, Rayden keluar daripada rumah dalam keadaan dia sudah segak berpakaian. Dia datang mendekati aku dan Carolyn.
"Asal kau suruh aku keluar?" Tanya aku terus apada Rayden.
"Aku nak kau temankan bini aku. Dia ni beria sangat nak hantar aku pergi kerja."
Aku pandang muka Carolyn silih ganti memandang muka Rayden pula. Aku pandang pula Carolyn yang makin membesar itu. Takut pula aku kalau perut dia meletup kah apa.
"Habistu, kalau dah hantar kau kerja nanti. Kau nak balik pakai apa kalau kereta aku dan Carolyn bawa balik."
"Alah, nanti aku suruh lah Kris ambil aku."
"Bukankah itu menyu.."
Rayden lekapkan tapak tangannya menutup mulut aku daripada terus menyambung ayatku.
"Hei, jahatlah awak buat kawan saya macam tu." Kata Carolyn pada Rayden.
Dia melepaskan tapak tangannya daripada terus menutup mulut aku. Aku buat muka menyampah.
"Aku cakap ikut. Jadi, kau kena ikut. Faham."
"Yelah Yelah. Aku kunci rumah dulu."
Aku mengunci pintu rumah dan semua tingkap aku tutup untuk memastikan keselamatan rumah. Walaupun, ada pengawal keselamatan yang mengawal keluar masuk ke dalam kawasan perumahan ini, tetap juga kena jaga keselamatan.
Aku pasrah ikutkan sahaja kehendak Rayden itu. Aku...pasrah......
Aku ambil tempat duduk di belakang. Rayden pula memandu manakala Carolyn duduk bersebelahan dengannya. Kereta dipandu keluar daripada kawasan perumahan.
"Nade, nanti korang berdua mesti balik terus. Jangan singgah mana-mana." Kata Rayden pada aku.
"Alah, macam mana kalau saya nak singgah kedai aiskrim nanti."
Aku dapat lihat Rayden pasrah sahaja mukanya mendengarkan Carolyn yang banyak songeh itu.
"Saya craving aiskrim pula kali ni." Tambah Carolyn lagi.
"Boleh. Tapi, Nade kena ikut sekali. Lepastu, balik terus."
"Okay, sayang awak." Kata Carolyn pada Rayden.
Aku yang duduk dekat belakang ni pekakkan aje lah telinga memandangkan tak ada tempat nak bermanja.
Tidak lama kemudian, kami sampai di depan sebuah bangunan yang tertera nama syarikat milik Rayden.
"Remember about what I said. Take care of yourself and the babies. Don't go anywhere without my permission. Okay." Pesan Rayden pada isterinya.
Rayden menghadiahkan satu kucupan pada dahi, pipi dan bibir Carolyn. Tidak lupa juga, dia mengucup daa mengusap perlahan kandungan dalam perut Carolyn yang sudah hampir 8 bulan itu. Bila-bila masa sahaja gadis itu boleh melahirkan. Aku pula yang takut.
Rayden keluar dan aku juga keluar daripada kereta. Tingkap di tempat duduk Carolyn diturunkan.
"Bye, my husband!" Jerit Carolyn kuat sambil melambai ke arah Rayden.
Rayden membalas lambaian isterinya.
Aku sudah pun masuk dan duduk di tempat duduk pemandu.
"Puas?"
"Puas lah hati aku. Aku perasan si minah sotong tu jeling aku tadi."
Aku tahu siapa yang dia maksudkan. Mestilah PA baru yang bekerja dengan Rayden. Nasib baiklah, Rayden tak menggatal dengan minah tu.
Tapi, aku takut juga kalau sangkaan aku itu bertentangan dengan apa yang aku sangka. Ah, biarkan je lah.
"Jom, kita pergi kedai aiskrim lepastu balik."
"Alah, aku nak stop dekat Candy Shop pula."
"Tapi, Rayden surug aku bawa kau balik terus. Mana boleh pergi tempat lain."
"Kejap je...."
Bukan aku nak ikutkan sangat arahan Rayden dan bukannya nak langgar macam tu je. Aku risau kalau dalam perjalanan kah apa, tiba-tiba minah ni nak melahirkan anak kah apa. Aku pula, yang kena nanti.
"Okey, aku akan bawa. Tapi, kalau Rayden tahu pasal benda ni, kau sendiri yang tanggung. Aku tak nak masuk campur."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top