POOR THEM

Setelah membersihkan diri dan menyarungkan singlet serta boxer pada badan, aku turun untuk makan malam. Aku melangkah masuk ke dapur dan meja makan sudahpun dipenuhi dengan makanan yang banyak. Aku lihat isteriku yang sudah selesai memasak itu. Dia meletakkan semangkuk sup ayam di atas meja.

"You make me starving honey." Pelukku pada pinggangnya.

Lehernya aku kucup dan pipinya juga aku kucup. Nade hanya senyum pada aku. Sejak daripada aku balik petang tadi, Nade hanya menyapa aku dengan senyuman. Selalunya, dia akan banyak bercakap.

"Bella, Covy, Evy! Makan." Laungnya  daripada dapur.

Mereka bertiga yang duduk di ruang tamu berjalan masuk ke dalam dapur. Aku lihat wajah Evy yang terdapat bekas lebam pada pipinya.

"Hey, what happen to you?" Tanyaku pada Evy.

Evy pandang muka aku lalu dia tunduk semula pandang makanan di atas meja.

"Emm, Evy jatuh."

Aku pandang muka Nade. Aku lihat pada tangannya yang menuangkan jus oren pada setiap gelas kssong itu. Aku perasan tangannya terdapat kesan lebam juga.

"Anyone, please tell me the truth. I know there's something wrong happen here." Kataku dengan nada yang dingin.

Bella pandang muka aku silih ganti memandang Nade. Namun, tiada sesiapa pun yang mengendahkan aku. Nade disebelah aku juga senyap.

"Daddy, tadi tangam mummy tersepit dekat pintu. Janganlah marah mummy." Kata Bella padaku.

Aku pandang Bella. Gadis itu buat muka comelnya pada aku.

"Daddy tak marah pun. Cuma, bila daddy tanya, daddy nak mummy Bella jawab." Kataku dengan nada yang menyindir.

Nade toleh ke arah aku dan senyum lebar.

"Betullah, apa yang Bella cakapkan tu."

Aku tidak puas hati dengan jawapan anak perempuanku itu. Aku yakin ada sesuatu yang tak kena. Dengan muka Evy yang lebam dan leher Covy yang kemerahan itu.

"Babe, what happen to your hand?"

"Can we talk about this after we eat? I don't want Bella to hear about this." Bisik Nade pada aku.

"Okay.."

Kami sambung makan malam tanpa bersuara pun. Hanya Bella sahaja yang banyak cakap mengenai hari pertamanya di sekolah.

♥♠♣◆

Aku duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen. Bella, Covy dan Evy sudah masuk ke dalam bilik mereka masing-masing untuk tidur. Sebab, esok mereka akan ke sekolah. Jam pun sudah menunjukkan pukul 10 malam.

Nade datang duduk di sofa single di sebelagku membawa coklat bersamanya. Mulutnya leka mengunyah coklat itu. Matanya pula tidak lepas daripada kaca televisyen yang memaparkan filem aksi itu.

"Babe.."

"Hmmm?"

Matanya langsung tidak beralih pada aku.

"Duduk sini." Arah aku pada Nade sambil tanganku menepuk tempat duduk yang kosong di sebelahku itu.

Nade berganjak dan duduk disebelah aku. Tangannya aku raih dan membelek kesan lebam itu. Ianya tidaklah terlampau teruk. Tapi, aku tetap kena ambil berat tentang isteriku.

"Apa yang jadi sebenarnya?"

"Emmm, saya pergi tumbuk kaca tingkap sampai retak. Itulah yang lebam sampai macam ni." Katanya jujur padaku.

"Kenapa pula awak nak tumbuk kaca tu? Bahaya tahu tak. Awak boleh cedera nanti. Tingkap yang mana satu awak tumbuk?"

Nade tunjuk ke arah tingkap yang bersebelahan dengan alamari kaca itu.

"Apa yang jadi sebenarnya? Cuba cerita dari mula?"

Nade melepaskan keluhan. Kepalanya dibaringkan pada dada bidang aku. Manja pula dah bini aku ni. Ada yang kena terkam kejap lagi.

"Pasal muka Evy lebam tu. Dia ada bergaduh dengan anak jiran sebelah dekat sekolah. Sampai masuk disiplin. Saya rasa macam nak bunuh je Ben tu. Berani dia sentuh Evy. Even, she's not my daughter. But, she is under my responsibility."

Dia ni nak bercerita kah membebel?

"Mereka bergaduh sebab apa?"

"Haih, awak tahu lah kan. Evy dan Covy tu tak ada mak. Itulah yang diejek budak Ben tu sampai Evy naik angin."

Apa masalahnya dengan budak tu sebenarnya? Aku sendiri yang dengar pun rasa macam nak balas dendam pada budak tu. Mati pun tak apa.

"Lepastu, bila dah sampai rumah. Lepas makan tengahari semua tu. Rayden datang mengamuk dengan Covy dan Evy sebab mereka berdua balik menumpang saya. Sebab, sepatutnya mereka balik with THAT FUCKING BITCH, AMY yang diarah oleh Rayden untuk ambil mereka berdua. Dan bukannya saya!" Marah Nade pada aku.

Aku usap bahunya supaya lebih bertenang. Aku kena tanya Rayden pasal benda ni. Aku pun perasan perubahan Rayden tu macam lembu dicucuk hidung bila bersama minah gedik tu.

"Saya tak sangka dia sampai naik tangan dan pergi tampar muka Evy yang masih lebam tu. Sampaikan Evy hampir menangis dibuatnya. Covy pula dia hampir-hampir nak cekik. Tapi, dia cuma cekik kolar baju budak tu. Itu lah yang saya marah sangat sampai lepaskan geram pada kaca  tingkap."

Nade berpeluk tubuh dan nafasnya tidak teratur akibat menahan rasa amarah dalam dirinya. Badan gadis itu aku dekatkan pada denganku.

"Don't worry. I will ask Rayden about this. He is too much, now." Kataku tenang walaupun sebenarnya hati aku juga panas.

Aku tak sangka abang aku sendiri pergi tampar anak dia sendiri. Sampai macam ni kah perubahan Rayden lepas ditinggalkan Carolyn untuk kali kedua?

♥♠♣◆

Pagi itu, selepas bersarapan pagi, aku pergi ke rumah Rayden sebelum aku berangkat untuk pergi kerja. Nade pula masih berada di dapur menemani Bella, Covy dan Evy sarapan. Kebetulan aku mahu mengetuk pintu rumahnya, Rayden sudah membuka dari dalam. Aku dapat lihat Rayden yang berdiri di depan aku dengan segak berpakaian pejabat.

"Rayden, can I talk to you first?" Pintaku padanya.

"About what?" Tanya Rayden dingin padaku.

"Kau ada masalah kah?"

Rayden senyap sekejap. Mukanya tenang berdepan dengan aku.

"Tak. Aku tak ada masalah pun."

Aku dapat kesan penipuan dari segi mata Rayden memandang ke arah aku. Hanya aku seorang sahaja yang tahu bagaiman jujurnya abang aku dan bagaiman penipunya dia.

"Kau yakin kau tak ada masalah? Aku nampak kau macam kuat marah je. Lepastu, kau kurang masa nak jaga anak kau sendiri. Don't lie to me big bro." Kataku tenang dengan nada yang mendesaknya untuk tidak menipu aku.

"Kalau aku ada masalah sekalipun. Kau bukannya boleh selesaikan untuk aku. Sudahlah kau jangan nak halang aku pergi kerja."

Rayden yang mahu memintas aku, aku halangnya.

"Aku tahu kau ada masalah Rayden. Lagi-lagi Ianya masalah melibatkan anak-anak kau."

Rayden meraup wajahnya kasar. Nampaknya dia hilang sabar dengan aku. Aku tak kisah. Kalau dia nak belasah aku kah apa. Yang penting dia jujur dengan aku. Itu je yang aku nak.

"Ya, memang aku ada masalah. Masalah kerja dan serabut dengan kerja."

"Habistu, yang kau pergi tampar dan hampir cekik anak kau tu? Semuanya masalah kerja lah? Kau lepas marah kau dekat diorang pasal kerja. Macam tu?"

Aku tak dapat nak tahan berbasa-basi dengan Rayden lagi. Rayden kelihatan buntu apabila dihentam oleh aku.

"Itu.. aku... aku tak sengaja. Aku tak sedar yang aku naik tangan dekat mereka."

"Kau jangan nak berdalih lah Rayden. Aku tahu kau buat semua tu sebab minah tak guna tu suruh kau pukul diorang kan? Sampai macam tu sekali kau ikut arahan perempuan yang tak ada kaitan dengan keluarga ni. Kau tahu tak. Kau nampak bodoh...Bebal, bangang, bengap."

Rayden senyap dikutuk oleh aku.

"Aku tak tahulah apa sebenarnya yang buat kau berubah sampai macam ni sekali. Kau pukul anak kau sendiri sampai lebam. Kau tak kenangkan isteri kau yang jaga diorang kah? Dari kecil tak pernah lagi diorang kena pukul tahu tak. Walaupun, nakal macam mana sekalipun diorang. Aku dengan Nade termasuk Carolyn, tak pernah nak pukul diorang."

Rayden kekal senyap berdiri di depan aku. Wajahnya kelihatan bersalah dan tidak tahu nak melawan kata-kata aku.

"Kau tengok diri kau sendiri...kau pergi pukul anak-anak kau. Darah daging kau yang dijaga oleh orang lain tanpa disentuh dan dipukul pun. Tapi, kau pergi pukul diorang." Sambungku marah padanya.

"Aku..aku betul-betul tak perasan yang aku buat macam tu Rayyen."

"Alasan kau je tu." Kataku padanya acuh tak acuh.

Kakiku melangkah pergi daripada situ sebelum api kemarahan aku semakin membara. Aku tinggalkan Rayden dan masuk ke dalam kereta aku. Aku perasan yang Nade baru sahaja keluar daripada rumah mahu menghantar budak-budak ke sekolah.

Aku terus memandu kereta pergi daripada situ.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top