NO!

Aku dan Nade masukkan semua barang kami ke dalam bonet kereta. Beg-beg plastik itu aku susun dengan kemas. Namun, tetap juga penuh.

"Penuh gila. Patung ni kita letak dekat seat belakang lah." Kata Nade pada aku.

Aku rasa hampir 10 buah patung yang aku dan Nade dapat. Ada teddy bear, patung panda dan banyak lagi. Setiap satu aku daa Nade dapat satu patung besar. Aku patung sotong yang besar dan Nade dapat unicorn bersaiz besar.

"Eeee, aku rasa macam nak duduk dengan diorang dekat belakang ni. It's soooo comfy." Kata Nade geram.

"Ehhh, tak ada tak ada. Kau duduk depan. Jangan nak jadi bos sangat."

"Alahhh..." cebik Nade pada aku.

Kami berdua masuk ke dalam kereta dan kereta aku pandu keluar daripada tempat parkir kereta. Nade tepuk bahu aku kuat.

"Wei Wei Wei..."

"Apa dia?" Tanya aku padanya sambil mata aku masih fokus pada pemanduan.

"Kau tak rasa itu kereta Rayyen kah?" Tunjuk Nade ke arah sebuah kereta berwarna kelabu yang sama jenama dengan kereta Rayyen.

Memang sama. Tapi...

"Alah biarkan je."

"Aku rasa dia cari aku lah."

"Tak apa. Biar dia cari kau. Sekarang ni kita kena ke FUNFAIR!" Jerit Aku gembira.

Kereta ku pandu masuk ke dalam kawasan taman tema yang baru sahaja 2 hari dibuka. Lampu berwarna-warni mencerahkan lagi memeriahkan kawasan funfair itu. Ramai manusia yang datang pada petang itu.

Jam sudah menunjukka pukul 6:30 petang. Aku rasa lah kan, Rayyen baru sampai tu. Sebab, aku dengan Nade tak nampak pun muka dia masuk mall. Agak lama jugalah aku dengan Nade dalam pusat beli-belah tadi.

Rasanya dari pukul 3 petang sampai lah pukul 6. 2 jam. Hmmm...

Aku dan Nade keluar daripada kereta setelah mendapat tempat untuk memarkir kereta. Kaki melangkah masuk ke dalam taman tema tersebut.

Membuntang mata aku dan Nade tengok keadaan yang meriah itu. Di sepanjang perjalanan akan terdapat kedai-kedai permainan di kiri dan kanan. Ada juga roller coster, big wheel dan banyak lagi.

Dari jauh, aku ternampak ada tiga orang lelaki yang amat aku kenali. Aku mencapai lengan Nade untuk mengekori aku.

"Ehh, jap. Aku rasa aku kenal diorang lah."

"Siapa?"

Soalan Nade aku biarkan sahaja. Aku mendekati tiga orang lelaki itu dari belakang. Lalu aku cuit bahu salah seorang daripadanya. Lelaki yang ditegur olehku itu menoleh memandang aku.

"Wei, kau rupanya. Sial, terkejut aku. Ingatkan perempuan mana lah yang nak pikat aku tadi." Kata Alan.

Dua orang lagi lelaki, juga turut menoleh memandang muka aku. Ianya, Kris dan seorang lagi aku tak kenal.

"Eh, Nade." Kata lelaki itu pada Nade.

Nade hanya senyum.

"Hai, Andy." Balasnya sapaan lelaki.bernama Andy itu mesra.

"Korang jalan sesorang je kah?" Tanya Kris pada kami berdua.

"Ha'ah." Jawabku padanya.

Nade pula hanya diam. Sebab, dia malas nak melayan.

"Mana Rayyen dengan Rayden?" Tanya Alan pula.

"Alah, diorang duduk rumah lah."

"Nak juga Rayden bagi kau jalan sesorang tanpa dia." Kata Kris.

"Aku lari daripada dia. Ni haa, budak ni suruh aku ambil dia sebab kena tingal Rayyen dekat kafe." Tunjuk aku pada Nade.

Mereka bertiga pandang Nade. Gadis itu hanya sengih.

"Asal Rayyen tinggalkan kau?" Tanya Andy.

"Dah dia merajuk tak bertempat." Jawab Nade bersahaja.

"Ohhh, masalah rumah tangga." Bisik Kris pada Andy.

"Kau kenal dia ni, Andy?" Tunjuk Alan pada aku.

"Budak ni lah yang Black Joker tu kan. Yang sekarang ni dah kahwin dengan Rayden." Kata Andy mengenali aku.

"Betul!" Kata Kris sambil bertepuk tangan.

Gembira betul mamat tu.

"Korang buat apa dekat sini?" Aku pula yang menyoal mereka kali ini.

"Jalan-jalan lah, cari perempuan cantik. Korang berdua kalau single lagi pun, aku rembat awal." Kata Kris merenung muka aku dan Nade.

"Eleh, gatal." Sampuk Nade.

"Sudahlah, kitorang nak pergi dulu." Pamit aku pada mereka bertiga.

"Jom, kita pergi rumah hantu." Kata Nade gembira.

"Hati-hati jalan tu." Kata Kris prihatin pada aku dan Nade.

Kami berdua pergi meninggalkan mereka bertiga. Aku dan Nade melangkah menuju ke arah sebuah tempat yang terdapat satu bangunan yang seram. Ramai manusia juga beratur di situ membeli tiket untuk masuk.

"Kau baris dan beli tiket." Kata Nade pada ku.

"Eh, aku pula. Kau lah. Kau yang beria tadi."

Nade mencebik pada aku. Dia melangkah berbaris dengan yang lain. Tidak lah terlalu panjang barisannya, tiga ke empat orang sahaja lagi, sampailah giliran Nade itu nanti.

Aku pandang jam tangan aku yang melekat pada pergelangan tangan kanan ku itu. Ianya sudah menunjukkan pukul 7:15 malam. Tidak lama kemudian, Nade sampai dengan dua keping tiket di tangannya.

"Okey, jom." Kata Nade gembira pada aku.

Kami berdua melangkah masuk ke dalam bangunan itu selepas menyerahkan tiket kepada pekerja di situ. Melihatkan ruangan pertama pun sudah meremang bulu roma aku. Aku ni tak takut sebenarnya, terkejut je.

"Ehh, rapat sangat kau dengan aku ni." Kata Nade pada aku.

"Kenalah rapat dengan kau. Nanti kau hilang pula."

"Eleh, cakap je kau takut."

"Tak adanya. Kau tu yang takut."

BOO

"Aaaaa! Nade! Nade! Dia tarik aku." Jerit aku pada Nade apabila ada seorang hantu bertangan panjang menarik rambut aku.

Nade menarik aku pergi daripada situ melihatkan aku dan pucat.

"Hahahahah, kelakar lah kau ni."

BAAHHH

"Eeeeeee..." Jerit Nade kecil menahan ketakutannya apabila disergah oleh zombie.

Aku pula peluk lengan Nade erat. Gila.

"Menyesal aku masuk dengan kau." Kata aku padanya.

"Alah sikit je pun. Tak seram mana punn...babi lah dia merangkak..Eeee, geli!!"

"Nade! Bodoh kau!"

Nade rentap baju aku kasar apabila melihat seorang hantu perempuan berambut panjang merangkak pada dinding.  Kami berdua dapat lihat ada pintu keluar menandakan penamatnya rumah hantu itu.

Aku dan Nade berjalan keluar dengan cepat. Jantung aku dah macam nak tercabut je bila asyik kena terkejut.

Sesampainya di luar, langkah kaki aku berhenti. Nade pula masih gembira mentertawakan aku sambil menepuk-nepuk bahu aku.

"Seronoknya ketawa." Kata Rayden pada Nade.

Nade berhenti ketawa apabila ditegur oleh suara yang amat dia kenali. Kami berdua pandang Rayden dan Rayyen serentak.

"Aku rasa ada orang yang cuba nak kenakan kitalah." Kata aku pada Nade.

Ni mesti diorang bertiga yang call Rayyen dan Rayden ke sini.

"Ha'ah, lari!" Jerit Nade pada aku.

Nade berlari dengan pantas masuk semula ke dalam rumah hantu tersebut.

"Shit."  Rayyen mengejar Nade dari belakang. Namun, dia gunakan laluan di luar bangunan untuk mendapatkan Nade di pintu masuk.

Aku yang baru sahaja mahu melarikan diri itu,  ditahan oleh Rayden. Pinggang aku diraih oleh Rayden lalu dipeluknya erat. Aku cuba untuk menolak.

"Tidak...tidak tidak tidak tidak. Lepaskan saya!" Jerit aku kuat.

"You'll not going anywhere, babe." Kata Rayden pada aku dengan matanya memandang tajam ke arah aku.

"Let me go! Aaa! Help me! He want to murdered me!"

Dengan pantas Rayden mengucup bibir aku membuatkan aku akhirnya  senyap. Orang ramai yang ada di situ pelik memandang kami berdua. Aku rasakan pipi aku merah yang amat. Rayden melepaskn ciuman.

"You're so annoying."

"Helpppppp mee~~~"

Rayden meletakkan aku di atas bahunya.


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top