NADE TRY TO KILL RAYDEN
Sudah masuk pukul 5:30 petang, tiba masanya untuk aku balik ke rumah. Aku melangkah menuju ke tempat parkir kereta dan kereta dibuka. Aku masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjinnya. Kereta dipandu keluar membelah jalan.
Fikiran aku terkenangkan isteri aku Nade. Kejam sangat kah aku buat dia sampai dia pun merajuk dekat aku? Pagi tadi pun, aku layan dia acuh tak acuh je. Rasanya dah 2 hari aku merajuk. Nade pun nampak macam putus ada dah pujuk aku.
"Please.. forgive me!" Peluo Nade erat pada lengan aku.
Namun, aku tidak mengendahkannya. Sebab aku suka dia geselkan badannya pada badan aku.
"Why you make me like THIS?!" Jerit Nade pada muka aku.
Aku kekalkan wajah tenangku memandang terus pada kaca televisyen. Geli hati aku melihatkan Nade yang sedaya upaya memujuk aku. Sekejap dia marah, lepastu berlembut pula. Aku tak faham lah dengan isteri aku ni. Mood dia tunggang terbalik.
Nade jeling aku tajam.
Aku tidak mengendahkannya. Gadis itu pergi daripada situ. Entah ke mana lah dia pergi. Yang pastiya, aku kena kekalkan wajah dingin aku padanya. Tidak lama kemudian, Nade datang semula dengan Bella sekali.
Dia bisik sesuatu pada telinga gadis kecil itu lalu, Bella angguk dan pergi ke arah aku.
"Daddy..." panggilnya manja pada aku.
Gadis kecil itu duduk di atas sofa bersebelahan dengan aku.
"Daddy, marah kah? Muka daddy dingin semacam je."
Aku pandang ke arah Bella yang merenung muka aku itu. Comelnya budak kecil ni. Rasa macam nak peluk sampai kempis.
"Tak lah. Daddy tak marah pun."
"Oh... kenapa daddy tak nak layan mummy? Kesian mummy sampai dia mengadu dekat lelaki lain pasal daddy marah."
Budak ni memang berpakat dengan Nade nak buat aku cemburu kah apa? Aku takkan percaya. Sebab, Nade bukannya jenis yang meluah dekat lelaki lain selain aku. Paling-paling pun orang kedua tempat dia meluah adalah bawan baiknya sendiri.
"Tak apa. Daddy kenal mummy Bella macam mana. Apa kata Bella..."
Aku dekatkan wajahku pada telinganya untuk berbisik sesuatu pada Bella.
"Hihihi, Okey. Sayang daddy." Bella mengucup pipi aku gembira.
Dia berlalu pergi dari pada situ dan menuju ke arah dapur. Nade pandang muka aku dengan pandangan yang tidak puas hati. Aku pura-pura tidak melihatnya.
"Why you ignore me?" Tanyanya pada aku sambil berdiri berpeluk tubuh di depan aku.
Aku pandang mukanya dengan riak wajah yang kosong. Nade merenung muka aku tajam.
"Talk to me." Desak Nade padaku.
Aku tidak mengendahkannya yang masih cuba untuk membuat aku bersuara padanya.
"Argh! Fuck you!" Marah Nade pada aku.
Dia berlalu pergi naik ke tingkat atas. Aku memang boleh agak dia akan putus asa. Tapi, aku suka usaha dia yang sedaya upaya pujuk aku. Nampak, comel.
♥♠♣◆
Stereng kereta aku pusingkan ke kanan masuk ke dalam kawasan perumahan aku. Aku lihat ada sebuah kereta yang terparkir di depan rumah aku. Ianya kereta Rayden. Aku lihat pintu rumah hanya terbuka begitu sahaja.
Aku mulai berasa pelik. Aku parkirkan kereta aku di belakang kereta Rayden sebab kereta mamat tu halang laluan masuk aku ke dalam rumah. Aku keluar dan menuju ke arah rumah aku.
Dari jauh aku mendengar suara lantang Nade marah-marah. Aku mula risau. Aku takut kalau Nade bergaduh dengan Rayden kah apa. Dari jauh aku lihat Rayden menahan tangan kanan isteri aku dan Nade menepis tangan Rayden daripada menyentuhnya lalu Nade menerkam Rayden sehingga lelaki itu rebah di atas lantai. Nade pula berada di atasnya sambil mencekik leher Rayden.
"Kau dah melampau!" Jerit Nade pada muka Rayden.
Shit! Aku tak sangka Nade marah sampai hilang kawalan begitu sekali. Aku berlari mahu meredakan keadaan Nade yang tengah mengamuk.
"Stop it! Babe!"
Aku peluk pinggang Nade dan aku menariknya untuk meleraikan isteriku daripada mencekik Rayden.
"Don't touch me!" Gertak Nade pada aku.
Aku pegang kedua-dua belah tangannya dan aku tarik daripada terus-menerus mencekik Rayden. Wajah Rayden pun aku tengok dah mula kemerahan. Nade aku angkatnya daripada terus menimpa badan Rayden.
"Let me go!" Nade meronta dalam pelukkan aku.
"Hey, Hey. Calm down. My sweetheart." Pujuk aku padanya.
Nade senyap dalam pelukkan aku. Aku lihat Covy, Evy dan Bella memandang ke arah kami bertiga dari koridor tingkat atas. Nade menolak badan aku dan dia berlalu pergi daripada situ. Gadis itu naik ke tingkat atas.
Aku lihat Rayden yang masih terduduk itu. Aku hulurkan tanhan aku ke arahnya untuk membantu abang aku itu berdiri. Rayden terima huluran aku.
"Thanks."
Rayden melonggarkan sedikit tali lehernya. Mungkin, terlampau sesak selepas kena cekik tadi.
"Apa masalah kau dengan isteri aku sampai korang nak bergaduh?"
Rayden senyap tidak bersuara dan dia langsung tak pandang muka aku. Aku tahu dia takut nak pandang muka aku kalau dia ada buat salah.
"Answer me, Rayden. What happened between you and Nade?" Desakku padanya meminta jawapam daripada lelaki itu.
"Bini kau pergi pukul PA aku. Mestilah aku marah. Lagi satu, dia pergi halang aku jumpa anak aku sendiri kenapa? Aku ada hak nak jumpa anak aku. Tapi, bini kau melebih-lebih pula nak halang aku bagai. Dia nukannya ibu kepada anak-anak aku pun." Marah Rayden padaku.
Aku hembus keluhan berat. Aku tak tahulah macam mana nak berurusan dengan Rayden yang berbubah sampai macam ni sekali. Aku tak faham lah apa yang sedang berlegar dalam kepala otak mamat ni. Tak habis-habis fikir pasal perempuan murahan tu.
"Macam ni lah. Nade, halang kau jumpa Covy dan Evy sebab dia tahu kau datang nak pukul diorang, kan?"
Rayden senyap apabila aku membidasnya dengan persoalan sebegitu.
"Kau pukul Covy dan Evy sebab diorang kurang ajar dengan perempuan tak guna tu. Perempuan yang selama ni kau gilakan sangat sampai kau jadi hamba abdi kepada pelacur tak guna tu. Apa yang minah tu nak, kau turutkan aje. Kau tak pernah macam ni pun masa bini kau hidup lagi. Apa yang kau pandang sangat dekat perempuan tu? Perangai gedik macam sotong."
Rayden kekal senyap mendengar aku membebelnya. Aku tak naklah sampai naik tangan pada abang aku sendiri. Walaupun, Rayden naik tangan pada bini aku.
"Disebabkan minah tu lah kau jadi macam ni. Anak-anak kau sendiri pun tak sanggup nak duduk serumah dengan kau. Memang patut pun kalau Nade pukul perempuan tak guna bernama Amy entah apa-apa tu. Sebab, dia berkasar dengan anak kau. Kalau kau sendiri pun tengok orang yang kau sayang dipukul oleh orang lain, mestilah kau sakit hati dan nak balas balik, kan? Macam itu lah perasaan Nade bila kau pukul Covy dan Evy. Walaupun, bukan Nade yang mengandungkan diorang, tapi disebabkan rasa sayang dia jaga Si kembar berdua tu lah dia balas balik pada Amy yang tak guna tu."
Aku rasa asal jumpa Rayden je nak membebel. Sikit Sikit membebel. Kan? Tak permah aku bebel dia sampai macam ni sekali.
"Kalau kau berada dekat tempat Nade pun, kau akan rasa benda yang sama."
Rayden sejak tadi kena bebel oleh aku langsung tidak bersuara. Dia senyap je dan bukak telinga kena bebel oleh aku. Entah dengar kah tidak mamat ni pada bebelan aku tu.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top