MY HOME!!!

Aku regangkan seluruh tubuh badanku setelah bangun daripada tidur yang nyenyak. Berjam-jam aku duduk di dalam kapal terbang dari Jepun dan kini, aku sudah tiba di California. Aku rindukan suasana bandar California.

7 tahun aku tinggal di Jepun disebabkan kerja, banyak perubahan yang aku tengok pada California. Aku berjalan keluar daripada kapal terbang meninggalkan Jack di belakang.

"I'm back!!!!" Jeritku macam orang gila.

Ada juga orang yang disekliling aku memandang pelik ke arah aku. Macam aku ni dah lama duduk hutan je mereka tengok aku menjerit-jerit tak tentu pasal. Bahu aku dilanggar oleh Jack daripada belakang.

"Aduh, kau ni. Buta kah?" Marahku padanya.

"Aku tak buta. Kau tu yang tunggul berdiri tengah jalan. Orang nak lalu pun susah."

Aku lihat kedudukan aku di mana aku sedang berdiri ketika ini. Rupanya, aku berdiri di tengah-tengah jalan. Patutlah orang pandang aku semacam je.

Apa pun, aku tak kisah. Aku tak sabar nak jumpa anak-anak aku. Benda pertama yang aku fikir adalah, Covy dan Evy. Macam akan agaknya mereka sekarang ya?

Yang aku tahu, sekarang ni umur mereka sudah mencecah 7 tahun. Itu sahaja yang aku tahu. Nade..aku rasa dia pun sudah melahirkan anak. Rayyen, semestinya dia bekerja. Tak ada apa pun yang aku perlu fikirkan sangat pasal Rayyen.

Rayden? Aku tak pasti apa yang terjadi dekat suami aku tu. Sama ada dia bahagia ataupun tidak.

"Kau nak jadi tugu negara kah dekat situ?" Sindir Jack padaku.

Aku lihat Jack yang sudah masuk ke dalam lapangan terbang itu.

"Wei! Tunggu lah aku. Bangsat!" Marahku padanya.

Aku tarik bagasi aku sekali dan kakiku melangkah mengejar Jack yang semakin menjauh itu daripadaku itu. Aku lihat Jack langsung tak beralih daripada memandang skrin telefonnya. Hmm, dia memang macam tu. Tak habis-habis dengan telefon telefon telefon.

"Jadi, aku boleh balik lah lepas ni kan? Kerja aku dah habis."

Jack pandang muka tanpa reaksi. Kenapa? Permintaan aku ditolak lagi kah?!

"Tak. Kau tak boleh balik dulu. Banyak lagi benda yang kena kau selesaikan dekat sini."

"Ishh, sampai tua lah aku buat kerja dengan korang je. Aku pun ada benda lain jugalah nak dibuat selain daripada buat semua ni." Marahku pada Jack.

Jack langsung tidak mengendahkan aku. Dia hanya fokua pada skrin telefonnya sahaja.

"Masalahnya, Zayn belum cakap apa-apa pun pasal kau boleh berhenti. Jadi, kau masih dalam ikatan kontrak dengan kitorang. Pasal keluarga dan anak-anak kau, kau jangan risau. White Joker kan ada untuk lindungi diorang. Cuma, musuh tu belum muncul je lagi dan musuh yang ganggu keluarga kau tu lah yang kita kena cari." Katanya panajng lebar pada aku.

Aku memikirkan tentang perkara itu. Kalau aku nak buat semua benda ni. Nade kenalah tahu juga pasal musuh tu. Takkan aku nak biarkan je dia tanpa tahu siapa yang akan ganggu mereka. Tapi, aku tetap akan rahsiakan kewujudan aku daripada mereka selain Nade. Nade seorang sahaja yang akan tahu pasal aku.

Tidak lama kemudian, sebuah kereta BMW mewah berhenti di depan lapangan terbang.

"Jom, Daniel dah sampai tu." Kata Jack padaku.

Aku raih tangan Jack membuatkan lelaki itu memandang aku pelik. Aku letakkan bagasi milikku pada tangannya.

"Aku keluar sekejap. Nanti aku balik. Bye." Pamitku padanya.

"Wait..kau nak pergi mana?!"

Soalannya aku biarkan tidaa berjawab. Aku berlalu pergi mahu mendapatkan mana-mana kereta yang aku perlu gunakan.

♥♠♣◆

Perutku yang mukai berkeroncong menandakan aku lapar itu, aku usap. Aku melepaskan keluhan.

"Aduhh, lapar lah pula."

Aku pandu kereta itu memasukki kawasan persekolahan. Tidaklah masuk kedalam tempat parkir sekolah. Cuma, berhenti di depan sekolah itu yang tidak jauh daripada bus stop.

Aku lihat dua orang kanak-kanak yang duduk di bus stop sedang menunggu orang yang akan membawa mereka balik. Aku kenal sangat wajah yang aku rindui itu. Covy dan Evy. Mereka nampak comel bila bersama.

Evy yang bermanja dengan Covy itu, Covy layankan sahaja perangainya. Aku perasan perengai Covy memang sama sangat dengan Rayden. Ianya ibarat Rayden dewasa sudah menjadi kecil. Mukanya yang tanpa reaksi dan senyumannya yang dipaksa itu. Evy pula, memang ambil perangai aku. Manja dan suka bergurau.

Comel sahaja mereka berdua. Aku lihat mereka berdua angkat daripada duduk apabila sebuah kereta berwarna putih jenama Buggatti berhenti di depan bus stop. Betul-betul di depan aku. Aku kenal sangat kereta itu.

Nampaknya, Nade yang selalu ambilkan mereka pulang daripada sekolah. Kasihan pula aku mengenangkan kawan baikku yang seorang tu. Terpaksa jaga di kembar dna anak sendiri lagi. Mesti penat.

Aku lihat Evy sangat gembira masuk ke dalam kereta. Covy pula hanya bersahaja wajahnya. Mereka berdua nampak gembira tinggal bersama Nade dan yang lain. Tanpa aku.

Tak apalah. Bukan masa yang sesuai untuk aku dedahkan diri depan mereka.

Aku pandu kereta keninggalkan kawasan sekolah apabila kereta milik Nade itu sudah beredar. Kini, tiba masanya untuk aku mencari tempat makan. Perut aku lapar gila ni. Aku pandu kereta menuju ke arah sebuah kafe yang sentiasa menjadi kegemaran aku untuk makan tengahari dan lepak.

Kereta aku parkirkan di depan kafe tersebut. Kelihatan agak ramai juga pelanggan yang datang dan rata-ratanya adalah pekerja yang datang singgah untuk makan tengahari. Kakiku melangkah keluar daripada kereta dan masuk ke dalam kafe tersebut.

Aku mengambil duduk di meja kosong yang ada di situ. Seorang pelayan datang mengambil pesanan aku dan dia beredar setelah aku selesai memesan makanan. Aku lihat suasana kafe yang meriah dengan pelanggan itu. Banyak juga perubahannya.

Kerusi yang di tarik di meja bersebelahan dengan aku, menarik perhatian aku. Aku lihat seorang perempuan yang seksi dan berpakaian ketat bersama seorang lelaki.

Rayden..and..Amy.

Kenapa dia bersama minah tak guna tu? Adakah disebabkan aku tinggalkan dia selama 7 tahun dia cari pengganti. Dan pegganti itu adalah Amy?

Rasa gembira aku tadi terkubur jauh apabila melihatkan kemesraan mereka berdua itu. Rayden yang hanya melayankan sahaja perangai gedik Amy itu. Entah apa lah yang dia pandang dekat minah tak guna tu. Aku lihat hanya 'fake' semata-mata.

"Baby, nanti kita shopping." Pintanya pada Rayden.

Aku curi-curi dengar mereka berdua berbual yang hanya duduk bersebelahan dengan meja aku.

"Ya nanti kita pergi jalan."

Macam tu je dia iyakan permintaan minah pelacur tu?! Aku yang dulu minta ini itu dekat dia, dia tolak dan halang aku.

Aku rasa panas pula bila terlalu lama duduk di sini. Aku tak boleh biarkan rasa sakit hati aku ni menyakitkan diri sendiri.

Pelayan sampai membawa makanan yang aku pesan.

"Emm, tolong bungkuskan. Saya nak bawa balik." Kataku pada pelayan itu.

"Ohh, sure." Kata lelaki itu dengan senyuman walaupu  aku menyusahkan dirinya.

Aku perasan yang Rayden memandang ke arah aku. Dia kenal aku lagi kah? Tapi, tak mustahil kalau dia kenal masih kenal aku. Aku palingkan wajah aku ke tempat alin supaya tidak terlampau terdedah dilihat oleh Rayden.

"Baby.. Kenapa you pandang dia? Pandang lah I. I lagi cantik daripada dia." Kata Nay gedik sambik memeluk lengan Rayden itu.

Siap dia geserkan badannya pada lengan sasa lelaki itu.

Eee, geramnya aku tengok mereka berdua. Rayden tu pun satu! Layankan sangat perangai tak guna minah tu.

Tidak lama kemudian, lelaki itu menghantar bungkusan makanan aku. Aku terus membayar makanan itu.

Langkag kakiku atur beredar daripada situ. Aku perasan Rayden tetap juga tidak lepas daripada memerhati aku. Aku berhenti di depan kereta.

Aku lihat sebiji batu besar yang terletak pada rumput-rumput pendek itu. Aku ambil batu tersebut dan..

BUKK

Kereta aku membuat bunyi yang bising apabila aku menghentaknya dengan batu itu dengan sepenuh tenaga. Aku melepaskan rasa geram aku di depan ramai orang. Mereka memandang ke arah aku pelik. Aku langsung tidak kisah.

Bahagian hadapan kereta itu sudah kemik teruk dikerjakan oleh aku. Aku baling batu itu ke tepi. Aku buka pintu kereta dan masuk ke dalam kereta. Kereta aku pandu keninggalkan kawasan tersebut.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top