MY CHILD
Aku lihat ke arah Zayn yang baru sahaja balik daripada airport. Lelaki berkacukkan Jepun Amerika itu melabuhkan duduknya di atas sofa berhadapan denganku lalu menghembuskan nafas. Wajahnya kelihatan penat selepas penerbangannya dari Jepun ke New York, USA.
"Penat kahhhhh?" Usik aku padanya yang sudah terang lagi bersuluh muka dia penat.
"Penatlah. Daripada kau duduk situ. Baik kau bawakkan air untuk aku." Kata Zayn padaku.
"Eleh, aku bukannya hamba abdi kau dalam rumah ni. Ada kaki kan? Belum OKU lagi kan? Haaa, jalan lah sendiri. Dah dikurniakan anggota badan yang sempurna, kau tak bersyukur pula." Sindir aku padanya.
"Hmmm.. lantaklah."
Zayn masih berada di atas sofa tidak mahu bergerak daripada situ.
"Wei, kau dah dapat maklumat pasal mangsa seterusnya?" Tanyaku pada Zayn.
"Belum. Aku baru je habis buat kerja dekat Jepun. Kau dah tanya pula pasal benda tu."
"Mestilah aku tanya. Ianya berkaitan dengan keluarga aku."
Zayn pandang muka aku.
"Macam mana dengan keluarga kau? Okey?"
"Hmm, entahlah nak kata okey ataupun tidak. Sebab, Nade ada beritahu aku pasal perubahan pada laki aku."
Zayn berkerut ke arah aku. Wajahnya seperti sedang memikirkan sesuatu.
"Nade minah yang jadi White Joker tu kan?"
"Yup.."
"Haaa, kenapa kau tak minta tolong dia sekali untuk cari sama-sama pasal musuh yang ganggu keluarga kau tu." Cadang Zayn pada aku.
Bila difikirkan balik, aku memang nak minta tolong Nade. Tapi, dia pun sibuk jaga anak-anak aku dan anak dia. Tambahan lagi dia jaga Rayyen juga. Eh, mamat kerepot tu tak perlu dijaga sangat.
Emmm, kalau macam tu. Aku kenalah mesra dengan anak-anak aku terlebih dahulu. Supaya lebih senang lah aku nak protect diorang dalam diam. Tidaklah, terlalu mengharapkan pertolongan Nade. Sudah cukup lama Nade jaga Si kembar tu. Jadi, kali ni aku kenalah bertanggungjawab pula.
"Zayn, boleh tak kau tolong aku?" Pintaku pada Zayn.
Zayn pandang muka aku dengan pandangan 'Kau rasa? Aku nak kah?'.
"Bodoh, tolonglah aku. Aku dah tolong kau selama ni. Kau kena tolong aku!" Desak aku padanya.
"Yelah Yelah. Tolong apa?"
"Kau ikut aku handle projek Elmore Junior High."
Lelaki itu mengeluh dan mengeluarkan telefonnya. Aku tahu dia sedang periksa jadual waktu dia untuk mencari ruang menolong aku.
"Projek apa yang kau nak buat dekat sekolah tu?"
"Alah, nak upgrade taman dekat sekolah tu. Aku dermakan duit aku yang baaaaanyakkkk tu untuk tolong sekolah tu supaya lebih cantik. Senanglah dalam masa yang sama aku nak jumpa dengan anak-anak aku."
"Suka hati kau lah. Bila kau nak buat?"
"Esok. Jadi kau ikut aku. Tapi kau lah yang akan uruskannya untuk aku. Okey?" Kening aku jongket ke arahnya.
"Yalah..Yalah..."
Aku gembira Zayn dapat membantu aku kali ni. Bukan senang aku yang sombong ni nak minta bantuan orang lain. Selalunya aku akan bantu orang lain dahulu sebelum aku bantu diorang.
♥♠♣◆
Keesokkanya, aku dan Zayn pergi ke sekolah Covy dan Evy. Kelihatan suasan sekolah itu sedikit sunyi. Mungkin, pelajar masih berada di dalam kelas sebab sekarang ni masih waktu belajar.
"Bawa aku pergi jumpa guru besar." Kata Zayn pada aku.
Aku pandang mukanya dengan pandangan yang tidak mahu.
"Kau cari lah sendiri. Aku nak cari anak aku. Bye."
"Kau..bo..erghh.."
Langkah kakiku atur melangkah pergi meninggalkan Zayn terkapai-kapai di tempatnya tanpa dia sempat pun untuk menyambung ayatnya. Aku tak kisah dia nak marah kah apa. Asalkan aku dapat jumpa dengan anak aku hari ni.
Aku lihat di setiap kiri dan kanan aku terdapat banyak kelas. Aku tak tahu mana satu kelas darjah 1 dan mana satu kelas yang menempatkan Covy dan Evy.
Kenapalah aku tak tanya dekat Nade pasal benda ni? Alahai.. takkan aku nak jenguk dari tingkap kelas. Nanti orang kata aku gila pula. Sudahlah memang asal gila. Diserlahkan pula gila tu.
Aku lihat ke arah jam yang tergantung pada dinding, pintu masuk ke kantin itu. Jam menunjukkan pukul 1:55 petang. Rasanya 5 minit lagi mereka akan rehat waktu petang. Sebelum mereka meneruskan pula kelas petang.
Hmmm, aku berjalan keluar menuju ke arah taman sekolah itu. Ianya nampak cantik. Tapi, bagus juga idea aku untuk menaik taraf taman sekolah ni. Sebab, perlu ditambahkan sedikit lagi dekorasi.
Hehehe, lagi bagus kalau aku yang bercakap dengan pengetua pasal ni. Kasihan Zayn.
Dari jauh aku lihat Zayn yang berjalan beriringan dengan guru besar sekolah ini. Zayn sempat memberi jelingan ke arah aku sebelum dia menumpukan perhatiannya kembali pada guru besar itu. Dengki.
KRINGGG
Loceng sekolah bergema di setiap penjuru sekolah menandakan waktu rehat sudah tiba. Ramai pelajar berpusu-pusu keluar daripada kelas mereka untuk menuju ke kantin sekolah untuk makan waktu petang.
Aku mengambil tempat duduk di bangku yang berdekatan dengan air pancut sekolah itu sambil mataku memandang ke arah Zayn dan guru besar sekolah itu membincangkan tentang projek yang akan dilakukan. Lagipun, Zayn professional dalam membuat hiasan. Syarikat dia bukan main cantik lagi dengan hiasan yang pelbagai.
"Hei budak!"
"Sorang-sorang lagi kah?"
"Hahahahaha..."
"Mana abang kau yang dungu tu hah?"
Aku tertarik pada suara pelajar lelaki yang seperti sedang membuli seorang pelajar. Suara itu berdekatan dengan aku sahaja sebab aku dapat rasakan mereka berada di belakang aku. Aku pangkat daripada duduk aku apabila aku lihat seorang pelajar lelaki berambut coklat sedang ketawa di sebalik air pancut itu.
Kakiku berjalan ke arah pelajar tersebut dna aku dapati bukan dia seorang, tetappi ada dua orang lagi pelajar lelaki bersamanya membuli seorang pelajar perempuan.
"Well, you're so brave kids." Sampuk aku membuatkan mereka terkejut dengan kehadiran aku.
Mereka semua memandang ke arah aku dengan wajah yang ketakutan termasuk pelajar perempuan yang dibuli mereka itu. Aku kenal pelajar perempuan itu siapa, sebab dia lah anak aku. Aku rasa macam nak sepak je siapa yang buli Evy.
"Pergi daripada sini dan jangan kau berani nak dekatkan diri kau dengan budak ni lagi. Kalau tak, aku akan ambil tindakan ke atas korang bertiga untuk dibuang sekolah." Ugut aku pada mereka bertiga dengan pandangan yang tajam disertai dengan suara ketegasan.
"Iii..i'm sorry.."
"We're sorry." Kata mereka tergagap-gagap.
Mereka bertiga takut dan melarikam diri daripada situ meninggalkan aku dan Evy keseorangan. Evy senyum ke arah aku dan senyumannya aku balas. Aku melabuhkan dudukku bersebelahan dengan gadis kecil itu.
"Thanks Aunty. Sebab, halau that fucking boy daripada terus buli Evy."
Aku tersentak mendengarakan kata-kata kesat daripada mulut gadis kecil itu. The hell she said?! Ni mesti pengaruh daripada Nade ni.
Alahai.. tak guna betul mulut busuk minah tu.
"My pleasure. Anyway, janganlah biarkan diri tu asyik dibuli. Aunty tak suka tengok budak-budak yang lemah dan lembik tau."
"Okey, Evy dah cuba dah. Tapi, mereka yang tak berhenti kacau Evy."
Sedih pula aku melihatkan keadaan Evy. Dia tidak kurangnya sama dengan situasi aku semasa di sekolah dahulu. Sekali diperlekehkan dan dikacau oleh budak-budak lain. Lepas itu, mengasingkan diri pula daripada orang lain. Namun, atas bantuan Nade jugalah aku bangkit semula.
"Evy selalu duduk seorang diri kah? Setiap kali waktu rehat?" Tanyaku padanya.
"Tak lah. Kadang je Evy akan duduk sorang-sorang kalau Covy sibuk."
"Ohhh, Covy tu..kawan Evy?"
"Nope. I am special. Born with a twin brother. Covy abang kembar Evy." Katanya bangga pada aku.
"So, where is your brother?"
"Emmm, Hehehe..kena denda kemas stor sukan sebab dia tak siapkan kerja rumah."
Aku tergelak kecil. Ianya mengingatkan aku dengan diriku dahulu yang selalu kena denda cikgu sebab tak siapkan kerja sekolah. Tapi, denda yang aku dapat selalunya lebih teruklah selain daripada kena kemas stor sukan.
"Kenapa Aunty ketawa?"
"Bukan apa Aunty ketawa. Sebab, Aunty pun pernah kena denda juga masa sekolah dulu. Kalau Evy nak tahu, Aunty pun macam Evy juga tau. Selalu duduk seorang diri setiap kali waktu rehat. Kena kacau dengan pelajar lain. Kena buli pun Aunty pernah."
Evy buat muka kasihan ke arah aku.
"Kesian Aunty."
"Yupp, Tapi, kalau tak disebabkan kawan baik Aunty tolong Aunty. Mesti, Aunty berterusan kena kacau."
"Ohhh, jadi kawan baik Aunty lah yang ubah Aunty jadi berani untuk tidak dibuli lagi?"
"Ha'ah. Jadi, Evy kenalah ubah diri Evy supaya jadi lebih berani untuk melawan balik. Janganlah jadi lembik. Nanti makin senanglag orang lain pijak kepala kita." Nasihatku pada anak aku sendiri.
"Bila difikirkan balik kan Aunty. Muka Aunty macam..sama dengan wajah seseorang. Evy macam pernah nampak muka Aunty dalam satu gambar." Kata Evy pada aku.
Ianya terlalu awal untuk aku mengaku di depan anak aku yang aku ni lah ibu kandung mereka.
"Alah, pelanduk dua serupa kot."
Evy pandang muka aku sekali lagi. Lalu, dia senyum pula.
"Mungkinlah kot. Aunty siapa nama?"
"Emmm, panggil je Aunty Carol."
"Carolyn eh?"
"Haah lebih kurang."
"Haaa, baru Evy perasan. Muka Aunty macam muka mama Evy dan nama Aunty pun sama dengan nama mama. Carolyn Johanson."
Aku tersentak apabila dia meneka nama aku dengan tepat.
"Ehh, itu kebetulan je pun. Nama Aunty Carolyn Mcwilliam." Tipu aku padanya mengambil nama sebenar aku sebelum aku berkahwin dengan Rayden dahulu.
"Ohhh.. Evy tunggu je mama Evy kembali semula pada Evy. Sebab, Aunty Nade cakap mama Evy belum meninggal. Dia cuma...sibuk dengan kerja. Tapi, papa cakap lain pula. Dia cakap mama dah meninggal. Jadi Evy tak tahulah nak percaya yang mana satu. Tapi, Evy lebih percayakan Aunty Nade." Ceritanya panjang lebar pada aku.
Aku tak tahu lah nak buat apa. Yang pastinya aku tak nak dedahkan diri aku terlampau awal di depan mata mereka berdua termasuk Rayden.
"Aunty yakin mama Evy hidup lagi. Perasaan seorang anaknya lebih kuat berbanding orang lain."
"Yup, betul tu. Emmm, Aunty, Aunty buat apa sebenarnya dekat sini?"
"Aunty ada buat projek naik taraf taman dekat sekolah Evy."
"Bila Aunty balik?"
"Emmm, dalam pukul 4 petang nanti."
"Okey, boleh tolong Evy tak?"
"Tolong apa?"
"Tolong hantar Evy balik."
Aku berkerut memandang wajah gadis itu. Semudah itu anak aku percayakan orang asing? Walaupun sebenarnya aku ni bukanlah orang asing.
"Beraninya Evy. Evy tak takut kah kalau Aunty culik Evy kah apa?"
"Emmmm, Aunty Nade ada beritahu yang jangan percayakan orang asing. Lagi-lagi minah tak guna bernama Amy tu. Perftt.."
Evy buat muka menyampah apabila menyebut nama Amy tak guna itu. Aku rasa geli hati pula melihatkan kecomelan anak aku ini.
"Tapi, Aunty nampak baik. Perasaan Evy mengatakan yang Aunty orang yang baik. Evy pun tak tahu kenapa Evy rasa macam ni. Boleh tak? Aunty hantar Evy dan Covy balik petang ni?" Tanyanya sekali lagi pada aku.
"Selalunya, siapa yang ambil Evy dan Covy balik?"
Aku boleh je kalau nak hantat diorang balik. Mungkin, itu sahaja cara aku boleh rapatkan diri aku dengan anak aku.
"Aunty Nade yang selalunya ambil. Tapi, setiap kali sebelum Aunty datang, mesti minah tak guna lagi bodoh bernama Amy tu datang lebih awal. Lepastu, cari gaduh dengan Evy dan Covy. Bencilah." Rungutnya pada aku.
"Ohhh, jadi, selalu balik dengan Aunty Nade lah ni?"
"Yup.."
"Kalau macam tu, nanti tunggulah Aunty dekat parkir kereta. Aunty ada je dekat situ."
"Jadi, Aunty naklah hantarkan Evy dan Covy?"
"Yupp, mestilah."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top