MEET ALEX

"No. Jangan ikut."

Aku mengetap gigi geram dengan tindakan Rayden yang tidak membenarkan aku dan Nade ikut mereka berdua sekali. Apa salahnya? Ikut dan jalan-jalan je pun.

"Eee, nak IKUT!" Desak aku padanya.

Tidak lama kemudian, sebuah helikopter sampai dan mendarat di atas tempatnya. Kelihatan hanya Kris seorang sahaja yang datang.

"No. This is surprise for both of you. So, you need to stay in this island." Kata Rayden dengan nada yang sedaya upaya dilembutkan.

Aku mendengus geram. Aku dah janji nak jumpa dengan Alex. Tak ada lah aku nak terhegeh sangat ikut dia jenguk rumah tu. Tinggal atas pokok pun aku tak kisah.

"Saya nak jumpa Alex je pun. Tak adanya sayang...nak ikut baby tengok rumah."

Rayyen sudah buat muka mahu mengusik Rayden. Aku kalau dah sakit hati memang aku pakai lah guna cara itu untuk sindir dan pujuk dia.

"Tengok tu. Aku dah cakap dah yang dia ikut sebab nak jumpa Alex. Aku pula dia biarkan aje." Sampuk Nade.

Rayden pandang muka aku lalu dia pandang pula muka Nade. Aku pula buat muka toya tak kisah dengan pandangan dia.

"Alex? Awak still lebihkan Alex berbanding husband sendiri?"

Jaga, bapok dah jeles ni. Aku lihat Rayden tajam merenung wajahku.

"Eee, saya ada hal nak discuss dengan dia. Rayyen okey je. Awak yang banyak songeh."

Rayyen buat muka bangga. Lalu, dia pandang muka Nade disebelahnya. Pinggang gadis itu dia peluk dari sisi.

"Awak nak ikut kah?" Tanya Rayyen pada Nade.

"Dia ikut, saya ikutlah. Kalau tak ikut, saya tak ikut lah. Kalau si abang ipar tak bagi. Takkan nak biarkan saya lepak dengan peti sejuk dalam rumah ni."

"Tengok, bini aku lagi taat lagi baik ikut arahan kau sebagai abang ipar." Puji Rayyen pada aku.

"Oh, kau nak kata bini aku tak taat lah?" Balas Rayden tak puas hati.

"Bukan tak taat. Degil." Kata Rayyen sambil pandang muka aku.

"Wei! Aku degil suka hati aku lah."

Kami bertiga mula bertekak antara satu sama lain. Nade pula hanya diam pandang perangai aku, Rayden dan Rayyen masing-masing tak nak bertolak ansur.

"Dude, dah dah lah. Tak ada faedahnya korang gaduh." Sampuk Kris pada pergaduhan kami bertiga.

"Ha'ah, aku sokong Kris." Jawab Nade.

"Kan.."

Kris pandang Nade dengan pandangan manja. Nade ditarik oleh Rayyen rapat dengannya.

"Jangan pandang bini aku macam tu."

Kris hanya ketawa melihatkan Rayyen cemburu. Kalau boleh, Rayyen ni mana ada macam Rayden kalau dah cemburu. Rayden ni dekat sikit pun tak boleh.

Aku iyakan sahaja lah kehendak suamiku yang tercinta.

"Kenapa nak jumpa mamat tu?" Tanya Rayden dengan mukanya yang dingin itu.

"Ada lah..."

"Surprise. Mana boleh tahu. Kitorang pun nak buat surprise juga." Sampuk Nade menyambung kata-kata aku.

"Ha'ah.." aku angguk tanda menyokong Nade.

"Okey, boleh ikut." Kata Rayden pasrah.

"Yey,  thanks my babyboo. Love you forever." Kata aku padanya.

Pipinya aku cium tiga kali.

"Taknak dekat pipi. Nak dekat sini." Tunjuk Rayden pada bibirnya.

Aku pandang Nade dan Rayyen mengejek perbuatan aku dan Rayden. Mereka berdua buat macam mana aku buat pada Rayden tadi. Sambil tersengih ke arah aku. Eee, geramnya aku dengan dua ekor itik dengan angsa ni. Rasa macam nak sepak je.

♥♠♣◆

Sesampainya di Los Angeles, California, Rayden dan Rayyen akan bersama-sama sebab mereka berdua nak tengok rumah lah katakan. Aku pula naik uber je nak pergi kafe. Seorang diri. Nade pula, Kris yang temankan dia shopping. Aku tak sangka minah ni makin dia berubah, macam-macam perangai keperempuanan dia keluar.

Aku keluar daripada  perut kereta, setelah membuat bayaran pada pemandu uber. Langkah kakiku masuk ke dalam kafe. Sebab, aku dengan Alex memang suka lepak kafe.

Setiap kali jumpa, memang aku akan pilih kafe untuk jumpa dengan dia. Dari jauh aku lihat seorang lelaki duduk berseorangan di meja itu. Siapa lagi kalau bukan Alex.

"Holla, my frienzo!" Kata aku gembira padanya.

Lama dah aku tak jumpa dia. Sejak aku dah tak dijaga oleh mamat tu lagi.

"Bahagianya kawan aku ni. Dah kahwin. Dah buat anak. Anak je belum ada." Kata Alex padaku.

Pipiku merah menahan malu.

"Eleh, kau pun tak lama lagi kan nak kahwin? Siapa tunang kau tu? Loren?"

Alex hanya senyum bangga. Tidak lama kemudian, makanan yang dipesan sudahpun sampai. Ini kalau lepas jumpa Alex, mesti makan lagi dengan diorang pula.

"Ofcourselah. Bulan depan aku kahwin. Aku pun nak rasa perempuan dengan penuh cinta dan kasih sayang." Sengih Alex padaku dengan  pandangan yang penuh makan.

Dia ni aku lempang nanti tersembul keluar biji mata.

"Yelah, macam mana dengan tanah yang kau dapat tu?"

Alex berhenti daripada menyuap lalu mengeluarkan tablet miliknya daripada beg tablet. 

"Uishh, maju kau eh."

"Mestilah, kita kena ke hadapan. Bukannya mundur. Macam pancut, mestilah ke hadapan." Kata Alex dengan penuh tersirat.

"Kau ni, agak-agaklah. Tengah makan pun kau nak cakap pasal benda lucah."

"Hehehe..." sengih Alex pada aku.

Dia membuka tablet miliknya lalu terpampang satu imej pada skrinnya. Aku pula leka dengan menjamah makanan milikku.

"Tanah ni memang besar dan luas. Cukup untuk kau buat company kau tu lebih besar. Memandangkan muka kau ni memang suka habiskan duit lah kan."

"Aku tak tahu nak buat apa dengan duit tu. Makin aku habiskan, makin banyak yang datang."

Sebab, company ayah aku jual kereta import dan memproses kereta. Disebabkan itu lah duit tak berhenti keluar masuk bank aku.

"Yelah, yang ini harga dia paling mahal. Seperti yang kau nakkan. Harga dia 140 juta USD."

Aku lihat dan belek semua pasal tanah yang akan aku dirikan untuk company aku itu nanti. Semuanya aku baca dengan mudah tanpa rasa ragu-ragu untuk memilihnya.

"Okey, murah je tu."

Alex buat muka menyampah. Dia menekan pula pada satu lagi imej tanah yang sama.

"Yang ini harga dia tak ada beza dengan harga tanah kau. 135 juta USD. Cukuplah untuk Nade punya company.  Kedua-duanya, dekat dengan penduduk ramai dan senang untuk korang dapat pelanggan. Sebab, hampir semua yang aku dapati penduduk dekat dengan kawasan itu adalah orang yang berada dan kaya-raya. Cuma, kedudukan tanah kau dan Nade berbeza lah. Nade dekat Venice Beach, Los Angeles. Dan kau, di Hollywood, Los Angeles."

"Macam jauh je?"

Aku tak habis travel lagi California. Sebab, aku travel tempat lain..Hahahhaha..

"Tak adalah jauh mana. Rumah korang kan dekat hollywood. Rayden, lebih senang lah sebab company kau akan dibina di bandar Hollywood. Nade punya pula, mungkin, dari rumah korang ke Venice Beach sejauh 13-15km. Tengok macam mana kelajuan korang pandu kereta ke sana lah. Tak jauh pun."

"Eh? Hollywood kah? Macam mana kau tahu?"

Sebab, sekarang ni aku dan yang lainnya dekat Beverly Hills.

"Rayden bagitau aku."

"Ohhh, ada benda lain lagi kah yang kau bagitau dia?"

Aku takutlah nanti tak jadi surprise lagi benda ni.

"Tak, sebab lepas aku tanya terus aku end call. Sakit hati aku dengar dia mengata aku."

"Hahahha, dia cakap apa?"

"Dia cemburu ah, kau datang jumpa aku."

"Asal kau tak call Rayyen je? Lagi senang nak bawa bincang."

"Malas aku. Dah aku ingat kau, mestilah aku ingat laki kau."

"Hehe.."

Alex menyuap sedikit spaghetti ke dalam mulutnya dan jari-jemarinya langsung tak lepas daripada menekan skrin tablet.

"Kau betul nak beli?"

"Ofcourselah. Kau tengok aku ni macam main-main kah?"

Alex buat muka kosong. Malas mahu melayan kerenah aku. Dia menekan sesuatu pada skrin tablet lalu dia mengambil satu pensel yang khas untuk tablet itu.

"Nah, kau sign dekat sini."

Aku turunkan tandatangan pada surat tersebut yang terpapar pada skrin tablet. Ianya surat yang menunjukkan aku beli tanah itu.

"Sini tandatangan Nade."

"Alah, tak yah, aku je sign untuk dia. Sebab, dia suruh aku yang cari tanah tu untuk dia."

"Oh, lepastu kau pas benda ni pada aku lah?"

"Absolutely, true. Brilliant my friend. Kau je yang aku harapkan."

"Hmmm..kau nak reka bentuk company macam mana?"

Aku mengunyah makanan aku sambil berfikir. Macam mana eh? Mestilah macam company kan? Hahahaa, bodoh.

"Aku punya modern lah. Kena padan dengan nama company aku dan ciri-cirinya."

"Nade?"

Aku berhenti mengunyah sekejap. Telefon aku ambil dan aku dail nombor Nade. Dengan pantasnya, talian bersambung.

"Wei!"

"Apa dia?"

"Kau nak design company kau tu, macam mana?"

"Ermmmmmmmmm..."

Lama aku tunggu minah ni jawab soalan aku. Dia ni, tahun depan baru nak siap berfikir rasanya.

"Cepatlah."

"Alah, kau design je lantak suka hati kau lah."

"Company mak kau macam mana hah?"

"Alah, yang macam decoration. Lebih kepada decoration untuk rumah lah."

"Oh, okey."

Aku terus putuskan talian.

"Nade punya kau letaklah separuh macam antique design dan separuh macam modern sikitlah."

"Okey."

"Aku nak dia siapkan selama 6 Bulan. Dan pekerja semuanya daripada yang berkemahiran tinggi."

"Jangan risau. Aku dah jumpa awal dah untuk semuanya. Benda ni boleh siap 4 bulan je."

"Okey, whatever. Asalkan siap."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top