MEET

Masih ada 5 minit lagi yang tinggal sebelum masuknya pukul 12 tengahari. Kakiku melangkah masuk ke dalam kereta dan enjin kereta dihidupkan. Kereta aku pandu keluar daripada garaj dan terus dipandu keluar daripada perkarangan rumah.

Aku kena ambil Bella balik dan  lepastu ke syarikat suami aku. Lepak sana kejap lah. Memandangkan dia sibuk sangat tak boleh nak join aku dan Bella lunch. Jadi, aku kena lah menyibukkan diri lepak di pejabat dia. Bukannya selalu aku macam ni. Hehehee, lagipun, bukannya ada buat apa-apa pun dekat rumah selain daripada masak, makan, tidur dan jagakan Bella.

Kalau ada Covy dan Evy tak apa lah juga. Ada juga yang akan ikut aku main sekali. Tapi, Si kembar itu balik petang pula hari ni.

Kereta aku parkirkan di depan sebuah tadika kanak-kanak dimana Ianya hanya bersebelahan sahaja dengan sekolah Covy dan Evy. Aku dapat lihat suasana di dalam tadikan Bella kelihatan ramai kanak-kanak  yang menanti ibu bapa mereka mengambil mereka balik. Ada juga kanak-kanak yang sudah dibawa oleh ibu bapa mereka masing-masing pulang.

Aku menuju ke arah tadika tersebut dan dari jauh lagi Miss Kim mengukir senyuman ke arah aku. Gadis korea itu melambai ke arah aku.

"Bella, your mother is here." Panggil Miss Kim kepada Bella.

Belaa keluar dan sudah bersedia dengan beg galasnya di belakang. Gadis kecil itu berlari ke arah aku walaupun sebenarnya aku sudah pun berada di depan dia.

"Mummy... hari ni kan Bella dah pandai ABC." Katanya teruja kepada aku.

"Ohhh, siapa yang ajar?"

"Miss Kim yang ajar. Kan Miss Kim? Bella dah pandai ABC lepasni Bella pandai mengira pula. Tak sabar Bella belajar esok." Katanya sambil melompat kecil.

Bagus betul anak aku ni kecil-kecil dah suka belajar. Aku dulu memang benci nak belajar sebab aku tak suka sekolah.

"Rajin Bella ni. Saya suka." Kata Miss Kim pada Bella sambil mengusap kepala anak gadisku itu.

"Dia tak nakal kah Miss Kim? Manalah tahu dia nakal."

"Emmm, nakal sikit je kot. Sebab dia jenis yang kuat marah kalau orang tarik rambut dia."

Aku pandang ke arah Bella. Rambut tocang gadis itu aku tarik ingin memastikan apa yang Miss Kim cakapkan. Sebab aku tak pernah tengok Bella marah lagi. Hehehe..

"Mummy! Jangan tarik rambut Bella!" Marahnya pada aku.

Merah kulit putih gadis itu menahan rasa marahnya pada aku apabila aku menarik rambutnya. Aku tak tahu lah perangai siapa yang dia ambil kuat marah ni. Nak kata aku yang kuat marah, mood aku ni tak betul. Rayyen? Entahlah. Aku tak tahu juga.

"Heheheh.. marah bos. Okeylah, mummy tak tarik dah. Thanks Miss Kim sebab ajar Bella sampai pandai. Anyway, goodbye Miss Kim." Pamitku ke arah gadis korea itu.

"Bye Miss Kim!" Bella juga melambai ke arah cikgunya sebelum kami berdua masuk ke dalam kereta.

Bella tarik tali pinggang untuk dipakaikan pada badannya seperti yang selalu aku arahkan padanya. Kereta aku pandu keluar daripada kawasan sekolah tadika itu.

"Mummy, Covy dengan Evy balik petang lagi kah?" Tanya Bella pada aku apabila dia perasan aku terus balik tidak mengambil Si kembar itu sekali.

"Ha'ah."

"Ohhh, Bella selalu tengok dari dalam tadika kan.. Evy selalu keluar jalan-jalan dekat taman sekolah seorang-seorang. Covy pula Bella tak nampak." Ceritanya pada aku.

Aku mengeluh apabila mendengar cerita Bella. Memang banyak mendiamkan diri juga Evy aku tengok sebelum ni. Lepas, dia bergaduh dengan Rayden. Aku tak nak lah dia jadi macam Carolyn masa kecil dulu. Suka mengasingkan diri daripada orang lain.

"Mummy, kita nak pergi mana? Nak jumpa daddy kah?"

"Yup.. Mummy bosan. Kita lepak dekat office daddy sampai petang."

"Macam mana kalau daddy sibuk dan tak nak diganggu?"

"Tak apa. Mummy dah biasa handle semua tu. Bella jangan risau." Senyum aku ke arah gadis itu.

Aku kisah apa kalau Rayyen tak nak dikacau kah apa. Asalkan aku dapat menatap muka dia yang stress buat kerja tu. Hahahahhaha...

Sesampainya di depan sebuah bangunan yang tinggi itu, aku parkirkan kereta di tempat VVIP yang disediakan khas terhad untuk tetamu yang spesial seperti aku. Kami berdua keluar daripada perut kereta dan Bella membawa sekali buku ABC miliknya sekali keluar.

Kaki melangkah masuk ke dalam syarikat milik suamiku itu sambil disapa oleh dua orang bodyguard yang menjaga di muka pintu dan tersenyum ke arah aku.

"Welcome, Mrs. Johanson." Kata mereka berdua pada aku.

Senyuman aku ukir ke arah dua jejaka kacak itu.

Alahai, rasa gembiranya aku bila disapa oleh lelaki kacak lagi segak setiap kali masuk ke dalam syarikat ni. Kalau Rayyen tahu aku menggatal pandang lelaki lain selain daripada dia, sudah pasti dia akan merajuk sejuta tahun lamanya.

Hmmm, biolah. Dia yang menderita bukan aku. Hahahah, dasar bini tak guna aku ni.

"Aunty Rubyyyyy! HYE!" Jerit Bella apabila dia dapat lihat Ruby berada di lobi.

"Ehh, Princess Bella." Usap Ruby pada kepada gadis kecil itu.

"Rayyen ada dalam office lagi kah Ruby?" Tanyaku pada gadis itu.

"Tak. Tapi, dalam 10 minit lagi Tuan Rayyen akan habis daripada meeting. Awak boleh tunggu dulu." Kata Ruby pada aku.

"Okey Bagus. Aku nak masuk office dia."

Ruby hanya tersenyum membawa aku dan Bella menaiki lif untuk ke tingkat 7.

"Aunty Ruby, Bella dah pandai ABC." Beritahunya pada Ruby.

"Ya kah? Baguslah tu. Nanti belajar lah rajin-rajin sampai berjaya macam Tuan Rayyen." Kata Ruby pada Bella.

Tidak lama kemudian, pintu lif terbuka dan kami sudahpun sampai di depan pejabat Rayyen. Ruby bantu dengan membuka pintu untuk aku daa Bella. Terserlahlah pejabat Rayyen yang mewah dan kemas di depan mata. Aku melangkah masuk dan terus membaringkan badanku di atas sofa macam duduk di rumah sendiri.

"Ada apa-apa yang awak berdua nak?" Tanya Ruby pada aku dan Bella.

"Bella nak susu panas." Kata Bella pada Ruby.

"Okey. Nanti, Aunty buatkan. Nade?"

"Tak apa kau buat je lah Bella punya. Aku tak nak."

Ruby mengangguk daa beredar daripada situ. Bella mendekati aku yang baring di atas sofa itu.

"Aunty Ruby sibuk kah Mummy?"

"Yup. Dia akan sibuk Bella selagi daddy sibuk."

"Ohhh.. "

Bella membuka buku ABC miliknya. Aku rasa nak ketawa pun ada, rasa sedih pun ada. Bila aku tengok budak ni langsung tak berubah daripada pegang benda secara terbalik. Buku pun dia pegang secara terbalik.

"Mummy, kenapa dinausor ni nampak pelik je. Kaki dia ada dekat atas langit." Tunjuk Bella ke arah aku gambar dinausor yang terbalik itu.

Aku tepuk dahi melihatkan kerenah gadis kecil ini. Aku rasa macam nak hempuk je kepala dia guna buku itu.

"Bella..banyak kali dah Daddy dengan Mummy ajar Bella. Cara pegang buku macam ni. Bukan macam ni." Kataku pada Bella sambil buat demo cara pegang buku dengan betul dan salah.

Bella hanya mengangguk. Banyak kali dia angguk faham. Tapi, sebenarnya tak faham pun. Aku patahkan tengkuk dia ni nanti. Geram betul aku...eeee..

"Haa, Bella cuba baca ABC. Mummy nak dengar."

Bella pandang muka aku seperti takut-takut sahaja mahu membacanya.

"Hihi..." sengih gadis kecil itu.

"Mummy nak Bella membaca. Bukan tersengih. Cepat.. A for?" Kataku padanya.

"Apple!"

"Bijak..okay okay.. B for..?"

"Emmm, Baby and Ball." Katanya yakin pada aku.

Okey, ada peningkatan sebab dia sebut dua perkataan untuk satu huruf.

"C?"

Bella letakkan jari telunjuknya pada dagu membuat gaya orang sedang berfikir.

"Aaaa! I know I know.. C for Glue!"

"Aduh..." keluhku padanya.

Kenapa dia masih tak boleh bezakan C dan G?

"Wrong Bella. Glue is for G and C is for Chicken." Kataku membetulkan kesalahan Bella.

"Ohhh, okay. C is for Chicken. Alah senang je tu Mummy." Kata Bella berlagak.

Eleh, budak ni aku tampar nanti, tapi  itu dikira satu penderaan kanak-kanak pula. Geram betul aku ada anak macam dia ni. Comel tapi berlagak lebih.

"Okay, D for?"

"Aaaaaa....emmmmmm...." Bella pandang ke atas siling mengelak daripada memandang aku.

"Bella baru je sebut pada Mummy mula-mula tadi sebelum kita mulakan untuk baca ABC." Kataku memberi bantuan untuknya.

Bella buat muka 'blur'.

"Emmmm.."

Tiba-tiba, pintu bilik pejabat Rayyen terbuka dan..

"Excuse me, this is your hot milk Bella." Kata Ruby di muka pintu.

"Haaa, Milk!" Dia berlari ke arah Ruby mengelak daripada menjawab soalan aku.

Ehhh, budak ni. Geram betul aku bila dia ada je alasan nak mengelak daripada aku.

Tidak lama kemudian, Rayyen masuk ke dalam pejabat.

"Ohhh, sorry Tuan Rayyen." Pinta Ruby maaf pada Rayyen apabila dia  menghalang laluan Rayyen untuk masuk.

"It's okay."

"Daddy!" Tegur Bella pada Rayyen.

Rayyen tersenyum melihat ke arah Bella lalu didukung olehnya.

"Daddy tak tahu pun Bella nak datang."

"Alah, Mummy yang nak sangat lepak sini. Bella ikut je lah."

Rayyen pandang muka aku. Aku senyum ke arahnya sambil menjongketkan kening ke arahnya. Rayyen hanya tersengih ke arah aku. Dia berjalan mendekati aku lalu mencium dahi aku.

"Kenapa tak beritahu yang awak dan Bella nak datang?"

"Surprise..hehehehe.."

"Yelah tu.. Surprise. Dah makan kah?" Tanya Rayyen pada aku.

"Belum." Sampuk Bella.

Aku pandang ke arah skrin telefon apabila aku dapat merasakan yang telefon aku bergetar. Aku lihat nombor Carolyn yang terpampang membuat panggilan pada aku.

"Hola! My bestie!"

Telefon aku jauhkan sedikit daripada telinga apabila dia menjerit padaku. Dia ni kalau ada depan mata memang aku lempang muka dia. Perangai selama 7 tahun tinggalkan aku, tak berubah langsung.

"Me estás llamando en el momento equiocado." (Kau call aku pada masa yang salah.)

"Heheheh..por qué? Te estoy molestando haciendo el amor con Rayyen?" (Hehehe..kenapa? Aku ganggu kau dan Rayyen making love kah?)

Aku lihat ke arah Rayyen yang sedang memandang ke arah aku yang sedang dalam talian bersama Carolyn. Dia nampak pelik apabila aku bercakap dalam bahasa spain.

"Fuck you!"

Aku dapat dengar Carolyn ketawa di hujung talian. Memang minta penampor benor dia ni.

"Lo siento y quiero traerte el almuerzo conmigo." (Sorry dan aku nak ajak kau lunch ni.)

"Quieres desir por ahora?" (You mean by now?)

"Si." (Yes.)

"Ergh..okay, donde y cuando?" (Erghh, okey, mana dan bila?)

"En Viva Cafe y ahora. Te estoy esperando. Adios!" (Dekat Viva Kafe dan sekarang. Aku tunggu kau. BYE!)

Talian terputus dan aku masukkan telefon ke dalam poket jeans. Rayyen masih tidak lepas daripada memandang ke arah aku dengan pandangan yang pelik.

"Cakap dengan siapa?" Tanya Rayyen pada aku.

"Emmm, Loren. Bini Alex." Tipuku padanya.

Berkerut dahi Rayyen memandang ke arah aku. Aku harap dia percaya sebab, aku ni pro dalam penipuan. Hohohoho...

"Saya tak tahu pula yang Loren pandai speak in spanish. Sebab, Loren lahir dekat New York."

Alamak...apa aku nak jawab ni? Aduh..fikir Nade fikir. Okey aku dapat.

"Ehhh.. mestilah dia pandai spanish. Dia kan Doktor Psikologi. Mestilah dia pandai speak in other language supaya dia dapat komunikasi dengan pesakit dia." Kataku lagi.

Rayyen renung tajam ke arah mukaku. Tolonglah percaya! Penat aku cipta satu penipuan tahu tak?!

"Okey. Ada betulnya juga. Kenapa dia call?"

"Dia ajak saya lunch sama-sama."

"Ohhh, awak pergilah dengan Bella. Bella kan belum makan lagi." Kata Rayyen sambil tersenyum ke arah gadis itu.

"Alah, Bella nak makan dengan Daddy." Rungut gadis kecil itu.

"Awak tak nak ikut?" Kataku padanya supaya dia tidak meragui aku.

"Tak boleh. Saya ada banyak lagi kerja ni. Awak makanlah dengan Bella."

"Tak nak! Bella nak ikut Daddy buat kerja." Rungut gadis itu sambil menghentak kakinya geram.

"Daddy sibuk Bella. Nanti, lain kali Daddy bawa Bella ikut Daddy. Sekarang ni tak boleh. Bella makan Okey? Ikut Mummy." Pujuk Rayyen supaya gadis itu memahaminya.

"Tak nak!!!" Jerit Bella nyaring.

"Alahai, budak ni. Jom, Bella. Kita pergi. Lagipun, Daddy busy sekarang ni." Pujukku pula pada gadis itu.

"Tak nak! I want Daddy!" bantah gadis itu.

Aku bawanya ke dalam dukungan. Namun, dia meronta-ronta.

"Bye, Bella!" Jerit Rayyen padanya.

Rayyen ni pun satu. Dia siap lambai macam merelakan kepergian Bella dibawa oleh aku. Makin lah budak ni menangis dan meronta.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top