LETTER

Semenjak aku keluar daripada hospital seminggu lepas dan melahirkan anak kembar, aku rasa kehidupan aku...aku tak tahu nak cakap macam mana pasal kehidupan baharu aku ni.

Tak boleh nak diungkapkan dengan kata-kata. Aku lihat Nade yang sedang seronok bermain dengan anak lelaki dan perempuan aku tu walaupun masih bayi. Dia buat macam dah pandai bercakap je. Kadang aku takut juga bila tengok Nade pergi picit-picit perut, lengan, pipi anak aku tu kuat sangat.

Lemas nanti mati pula anak aku. Nade je lah yang selalu pergi ke rumah aku. Sebab Rayden kerja. Aku duduk rumah je lah jaga anak ditemani oleh Nade.

"Macam mana rasanya jadi ibu ha?" Tanya Nade pada aku.

Nak kata susah, taklah susah sangat. Tapi, letih tu terasalah.

"Macam ibu lah rasanya."

Nade tidak puas hati dengan jawapan aku. Dia mengeluh panjang. Aku pula hanya ketawa kecil.

"Kau aku lempang anak kau nanti kau marah pula."

"Berani kau sentuh anak aku. Aku sentuh laki kau." Ugut aku balik.

Nade menjeling aku sambil buat muka menyampah dengan meletakkan kedua-bua belah tangannya pada atas bahu.

"Beritahulah aku. Macam mana rasanya lepas jadi ibu ni."

"Macam ibulah rasanya. Kau akan terjaga tengah malam sebab anak kau meraung nak susu. Lepastu, anak kau nangis sakit perut ataupun lapar. Macam tu je lah." Kata aku padanya.

"Susah je bunyi tu. Nak dengar anak kau nangis sikit."

Nade pergi cubit pipi Evy yang masih tidur itu. Aku menepis tangannya sebab aku tak nak dengar anak aku nangis.

"Bisinglah bodoh. Kalau dia nangis, susu kau aku picit bagi dia minum."

"Hahahahaaha, fuck you. Aku pregnant pun belum. Kering lagi ni."

Aku lekapkan kedua-dua belah tangan aku seperti mahu berdoa. Aku angkat ke langit.

"Tuhan, kau bagilah anak kembar 20 kepada Nade."

Bahu aku dicubitnya kuat membuatkan aku rasa sakit.

"Bodoh, mati lah aku nanti. Kau ni melebih-lebih nak kembar 20."

"Hehheheh, kau mestilah lebih daripada aku. Kau kan bernafsu buas."

"Gila, tak ada masanya aku nak buat sepanjang masa."

Aku hanya tersengih ke arahnya.

♥♠♣◆

Malam itu, sekali lagi aku terjaga sebab anak aku menangis dalam.buaiannya. Pinggang aku yang dipeluk oleh Rayden itu, aku alihkan ke tepi tangannya. Aku turun daripada katil secara perlahan-lahan supaya suamiku itu tidak terjaga daripada tidurnya.

Letih sangat Rayden tu sampaikan berdengkur kuat. Aku mendekati buaian bayi yang menempatkan anak kembarku itu. Aku lihat Covy menangis tidak henti-henti. Evy pula nyenyak tidur macam bapa dia. Langsung tak terjaga walaupun abang kembar dia dekat sebelah memekak macam hantu.

Covy aku angkat dan tepuk badannya perlahan. Namun, tetap juga dia menangis.

"Dia nak susu tu." Sampuk suara garau dari arah katil.

Aku lihat Rayden yang memandang ke arah aku sambil berbaring di atas katil.

"Awak janganlah tengok." Kata aku padanya.

"Alah, saya dah tengok dah. Buat apa nak malu." Kata Rayden.

Aku buat mimik muka mengejek percakapan Rayden. Aku buka baju aku dan berikan Covy menyusu. Covy senyap apabila aku menyusukannya. Aman dunia.

Aku perasan ada sesuatu yang terselit antara bantal Covy dan Evy tidur. Aku ambil dan ianya sepucuk surat. Aku tidak mahu membukanya terlebih dahulu. Jadi, aku selitkan di bawah selimut Evy.

Aku lihat ke arah katil semula. Rayden kembali tidur. Cepat juga manat ni tidur balik. Aku lihat Covy yang juga sudah kembali tidur. Aku lepaskannya dan letakkan di dalam buaian semula. Aku hadiahkan ciuman pada pipi kedua-dua bayi aku itu.

Aku keluar daripada bilik membawa sekali surat itu bersamaku. Aku menuju ke dapur dan bancuhkan susu panas. Selesai membancuh susu aku mengambil duduk di kerusi kosong.

Surat itu aku belek badannya. Tiada pun tertulis nama pengirimnya. Luaran surat itu hanya kosong. Aku buka dan aku lihat isi di dalamnya. Kertas putih itu aku buka dan lihat ada tulisan pada badannya.

Dear, I give you 4 month taking care of your babies. We need your help.

Apa hala pula ni. Aku tak naklah buat benda ni lagi. Aku dah penat. Tapi, bila difikirkan balik. Aku teringin juga nak buat kerja macam dulu-dulu. Masalahnya, aku dah ada anak dan ada suami. Takkan aku nak biarkan Rayden jaga Covy dan Evy seorang diri.

Aku berada dalam dilema. Aku tak tahu nak buat apa. Sudahlah aku tak tahu siapa yang mengirimkan aku surat itu.  Aku kena diamkan benda ni. Aku tak nak sesiapa tahu. Terutamanya, Rayden.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top