I MISS YOU...

Aku masih rasa marah yang amat sebab mereka layan aku dengan cara macam ni. Adakah patut mereka palsukan kematian aku dan culik aku daripada penculik yang culik aku. Aku sendiri pun tak kenal siapa yang culik aku dekat rumah masa tu.

Disebabkan itulah kereta terbabas sampai terjadinya kemalangan. Disebabkan mereka berebut nak ambil aku. Nasib baik Jack sempat selamatkan aku.

Aku sakit hati sebab mereka berebutkan aku dengan cara yang aku sendiri tak rela. Aku tak suka lah orang mengarahkan aku untuk dengar arahan mereka.

Jack datang mendekati aku membawa dua pinggan spaghetti.

"Nah.. untuk kau."

Aku menerima hulurannya. Sesuap spaghetti aku masukkan ke dalam mulut. Sepanjang masa aku berada di rumah agam ni, buatkan aku rindukan Rayden dan anak-anak aku.

Macam mana keadaan Rayden sekarang ni eh? Nade? Aku pun risau juga dengan dia. Sudahlah baru mengandung. Aku takut dia fikirkan sangat pasal kematian aku tu.

Aku tak sanggup tengok Rayden dan Nade merana sebab percaya bulat-bulat dengan kematian aku.

"Sampai bila korang nak simpan aku?" Tanya aku pada Jack.

Jack yang makan sambil bermain telefon di tangannya itu mengalihkan pandangannya sekejap ke arah aku. Sebelum dia kembali memandang skrin telefonnya.

Dia ni, sosial betul lah.

"Sampai keadaan reda lah."

"Masalahnya, apa yang korang nak aku buat sebenarnya? Dah sebulan lebih aku duduk dengan korang tak ada apa pun yang korang suruh aku buat."

"Tunggu Zayn datanglah kau buat kerja. Kau sabar lah sikit." Katanya padaku langsung tidak memandang wajah aku.

Dia leka dengan telefon ditangannya.

"Ishh, aku tak suka tahu tak. Korang buat macam ni."

"Dah terpaksa nak buat macam mana. Kalau kau tak ikut kitorang, nyawa keluarga kau dalam bahaya tau."

"Lagi bahaya kalau aku tak tahu langsung pasal mereka."

Sampai sekarang aku tak tahu apa yang terjadi pada Rayden, Nade, Rayyen dan anak-anak aku. Itu lagi bahaya bagi aku sebab aku langsung tak terima apa-apa berita pasal mereka.

Jack pandang muka aku. Dia rasa rimas dengan perangai aku yang suka mendesak itu.

"Kau jangan risau. Laki kau, dah Okey. Dia pun dah pergi kerja macam biasa. Nade, lepas kena pujuk laki dia, dia pun dah pulih macam biasa. Siap jaga anak-anak kau lagi. Kau Jangan risau, selagi Nade yang ada dalam rumah tu. Dia boleh jaga semuanya." Kata Jack padaku.

Dia kembali memandang telefon ditangannya.

Aku tak boleh rasa tenang pun. Walaupun, aku tahu Nade boleh jaga mereka. Aku tahu Nade adalah White Joker. Tapi, melihatkan perubahan drastik Nade itu buatkan aku takut dia tak boleh jadi macam dulu.

"Boleh tak, aku nak lawat anak-anak aku?"

"Kau gila kah? Bahaya lah."

"Ya aku tahu ianya bahaya. Masalahnya, aku nak jumpa diorang buat kali terakhir."

Jack ragu-ragu nak lepaskan aku jumpa dengan keluargaku. Namun, akhirnya dia anggukkan sahaja dengan permintaan aku.

♥♠♣◆

Malam itu, Jack hantarkan aku ke rumah aku. Namun, ia sedikit jauh daripada kawasan rumah aku dan Nade. Takut-takut nanti terkantoi pula.

Aku pakaikan mask hitam pada wajah aku bersama black hoodie menutup kepala aku. Aku tak sangka aku akan patah balik untuk buat semua kerja ni.

Aku lihat ke arah rumahku dan Rayden. Kelihatan ruang ramu masih lagi bercahaya menandakan Rayden belum tidur. Air mata aku bertakung pada tubir mata. Rasa rindu aku pada Rayden menjengah diriku.

Aku rindukan dia yang selalu ada disisi aku.

Aku rindu nak tengok muka dia.

Senyumannya.

Gurauan dia pada aku.

Walaupun dia selalu juga buatkan aku sakit hati, dia tetap ada usaha nak pujuk aku.

Adakah Rayden akan sama seperti dulu selepas aku tinggalkan dia?

Aku melangkah perlahan mendekati rumahku itu. Aku tahu tingkap yang mana satu boleh intai dari luar. Jadi, aku pergi intai menggunakan tingkap itu. Aku lihat Rayden sedang duduk sambil minum air beralkohol bersama televisyen yang masih bercahaya itu.

Aku lihat dia sedikit serabut. Rasa kasihan melihatkan keadaan Rayden itu membuatkan aku nak masuk ke dalam rumah dan pujuk suamiku itu. Macam mana dia selalu pujuk aku, aku akan pujuk dia. Aku sakit hati tengok keadaan dia macam tu.

Kenapa dunia ni terlampau kejam untuk manusia macam aku?

"I'm scared if you leave me just because of your job. I want us live like a normal people."

"Stop daripada membunuh."

"It makes me love you more."

"I love you my princess."

Akhirnya, air mata yang aku tahan sejak tadi jatuh mengalir pada pipiku. Aku terkenangkan perbualan aku dengan Rayden membuatkan aku rasa bersalah yang amat meninggalkan dia seorang diri.

'Maafkan aku Rayden. Aku tak dapat nak jadi macam mana yang kau harapkan.'

Ayat-ayat itu hanya boleh aku ungkapkan di dalam hati. Aku lihat lagi ke arah Rayden. Dia angkat daripada duduknya, dan dia berlalu pergi ke dapur.

Muka Rayden nampak terlampau sedih dan tertekan. Bila melihatkan dia macam tu buatkan aku rasa pedih sangat. Aku teringin sangat nak datang dekat dengannya dan peluk dia erat. Aku rindukkan pelukkan dia yang selalu tenangkan aku. Yang selalu buatkan aku nyenyak dalam dakapannya.

Semua tu hanya jadi kenangan selepas ini apabila aku sudah mula dengan kerjaku semula.

"I hope you're okay Rayden. Take care." Kataku padanya walaupun dia tak dapat dengar pun suara aku.

Aku berlalu pergi pula ke rumah Nade dan Rayyen. Aku lihat kawasan rumahnya sudah gelap menandakan yang dia sudah tidur. Aku boleh agak kalau Evy dan Covy tidur bersama Nade dan Rayyen. Sebab, dengan keadaan Rayden macam tu, sudah semestinya dia meminta Rayyen dan Nade untuk tengok-tengokkan Si kembar itu.

Aku menuju ke tempat di mana letaknya tempat tidur Covy dan Evy. Aku selinap masuk melalui pintu garaj. Kakiku melangkah dengan perlahan menaiki anak tangga.

Bilik yang bersebelahan dengan bilik tidur Rayyen dan Nade aku buka. Seperti yang aku jangkakan. Covy dan Evy berada di situ.

Aku dekati katil yang menempatkan mereka berdua bersama. Aku lihat Evy yang sudah masuk 7 bulan itu memeluk abang kembarnya. Mereka nampak comel bila bersama.

Aku sentuh pipi Evy dan mengelusnya lembut. Air mata aku bertakung kembali di tubir mata. Wajah Covy persis wajah Rayden itu aku tatap dalam. Kepalanya aku usap perlahan.

Aku rasa sangat sedih sebab tinggalkan anak aku dalam keadaan begini. Mereka masih kecil untuk hidup tanpa seorang ibu disisi. Sekali lagi, air mata aku jatuh. Kali ini lebih deras ianya mengalir. Perasaan sedih yang aku alami ni buatkan aku tak boleh tahan melihat wajah Covy dan Evy yang bakal aku rindui itu. Rayden yang akan aku tinggalkan dia seorang diri bersama Si kembar. Mereka sahaja yang aku ada.

"I miss both of you, my babies..." bisikku pada mereka berdua yang sedang nyenyak tidur.

Air mata aku bercucuran jatuh menyapa pipiku.

"And I miss your father too..." suara aku mulai serak.

Aku tak dapat membendung rasa sedih dalam diriku. Aku buka mask yang aku pakai dan aku kucup dahi dan ubun-ubun Evy. Setitik Air mataku jatuh pada pipi Evy.

"Be a good girl, my princess. Take a good care of your daddy...and always make him happy. Only you the one and only princess he have after me."

Aku beralih pula mengucup Covy. Pipinya aku elus lembut.

"Be a brave boy, my prince. Don't cry and be gentle to your sister." Kataku pada Covy.

Mereka berdua nyenyak tidur. Comel.

"Eh, bila masa pula aku lupa tutup pintu ni?"

Aku terkejut mendengar suara Nade dari jauh. Air mata aku lapkan dengan lengan bajuku. Aku bergegas keluar ikut tingkap. Aku turun gunakan tali yang sudah aku sediakan untuk waktu-waktu sebegini.

Nasib aku baik sebab Nade tidak sempat pun melihat aku.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top