HOME

Semua barang dan perhiasan untuk rumah aku dan Rayden sudah pun siap disusun. Rumah yang tadinya kosong kini dipenuhi dengan hiasan. Pekerja yang membantu dalam menyusun dan menghias semuanya sudah dibayar gaji mereka. Mereka berlalu pergi apabila sudah selesai dengan tugas mereka.

"Done, tak ada lah nampak seram macam rumah hantu." Kata aku pada Rayden berbaur sindiran.

Suamiku itu hanya tersengih ke arah aku.

"Awak pandai masak?" Tanya Rayden pada aku.

"Hohohoho.." seloroh aku padanya.

Rayden angkat kening memandang wajah aku.

"Tak."

"But, wh.."

"Dah tak ada orang yang nak ajarkan saya memasak. Sampai sekarang lah saya tak tahu."

Lagi satu, aku dah terbiasa dengan padanya Rayyen yang buatkan dapur berasap. Nak harapkan aku memang tak tahulah.

"Aduh.."

"Tipulah kalau awak tak pandai masak. Awak kan kembar Rayyen."

Rayden mengeluh mendengar kata-kata aku.

"Tak semestinya saya kembar dia saya pandai masak. Rayyen tu dari kecil memang berkebolehan dalam masakkan macam daddy. Saya mana tahu semua benda tu."

"Hahahahahha..." aku ketawa terbahak-bahak.

Aku terasa lucu pula bila mengenangkan aku yang tak pandai masak. Sudahlah aku tak pandai masak, laki aku pun sama. Makan habuk je lah kalau macam ni.

Rayden buat panggilan. Aku tak tahu dia call siapa.

"Call delivery kah?" Tanya aku pada Rayden dalam keadaan aku yang masih menahan rasa geli hati itu.

Rayden diamkan sahaja soalan aku itu. Aku dekatkan diriku pada Rayden dan telinga aku buka luas-luas mendengar perbualannya.

"Rayyen, aku lapar do." Adunya.

Aku ketawa lagi sekali. Dapat aku dengar suara Rayyen sebab aku sempat menekan loud speaker.

"Asal mengadu dekat aku pula. Suruh lah bini kau masak."

"Dia tak pandai masak."

Aku ketawa buat kali ketiga. Aku menekan perut aku yang terasa senak itu. Aduhai, luculah laki bini tak pandai masak.

"Apa punya bini lah kau ada. Makanlah habuk kan senang."

"Eh, kau mengata lebih. Kau dah masak belum?"

Aku pula hanya dibiarkan melayan perasaan lucu sendiri. Kesian aku ni. Gila tak habis-habis.

"Hmmm, aku tak masak sebab belum beli barang dapur lagi. Nak keluar makan lah ni."

"Okey."

Rayden memutuskan talian. Rayden pandang aku dengan pandangan yang tajam.

"Awak kena belajar masak. Okey?" Pintanya pada aku.

"Kalau saya tak nak?"

"Takkan awak nak makan luar sepanjang hari."

"Alah, suruh Rayyen hantarkan makanan."

"Banyak songehnya dia."

Rayden cubit pipi kanan aku kuat dan ditariknya sampai aku rasa sakit. Aku tendang pinggangnya.

"Sakit tahu tak."

Pipi aku yang sudah merah itu diusap ku perlahan. Gila suami aku ni.

"Siapa suruh comel sangat."

"Mestilah saya comel. Lagi comel daripada semua perempuan. Dahlah  kita keluar makan. Saya lapar ni."

Aku melangkah ke arah pintu utama. Rayden pula mengambil kunci kereta. Aku patah balik semula menuju ke arah Rayden.

"Saya pandu." Kataku sambil kerdipkan mataku berulang kali ke arahnya.

"Tak boleh."

"Alah, saya nak pandu. Bukan selalu pun saya pandu kereta."

"Okey.."

Aku cuba merampas kunci daripada tangan Rayden. Namun, lelaki itu angkatnya ke udara melepasi ketinggiannya.

"Alah, bagilah."

"Kiss dulu."

"Muah. Dah."

Rayden buat muka ke arah aku. Aku tersengih ke arahnya sebab aku pergi cium dada dia yang dilapikkan dengan baju itu.

"You're so annoying." Kata Rayden pada aku.

"And also your beloved wife. Give me the key."

Aku lompat dan berjaya merampasnya daripada Rayden. Ingat aku tak boleh kah capai ketinggian dia. Setakat lompat je pun.

Aku terus berlari keluar daripada rumah menuju ke arah kereta Mercedes ku yang cantik lagi bergaya itu.

Aku lekapkan tangan aku pada pintu kereta pemandu sebab ianya menggunakan pengimbas tangan pemilik kereta untuk membukanya. Kunci kereta yang tidak lah menyerupai kunci itu aku cucukkan pada leher stereng kereta. Ianya lebih kepada menyerupai seperti kepala wayar USB. Tapi, hanya khas untuk kereta ini sahaja.

Kereta sudahpun dihidupkan. Aku rasa teruja nak pandu kereta itu. Aku tekan kuat pedal kereta membuatkan bunyi kereta itu semakin kuat.

VROOM

"Heheheheh...SERONOKNYA!!!" Jerit aku dari dalam kereta.

Aku lihat Nade dan Rayyen yang berada di rumah sebelah itu. Nade peluk kereta miliknya.

Geram minah tu belum habis lagi. Rayyen pula buat muka tak suka.

Rayden sempat berbual dengan. Aku tekan pedal kereta membuat bunyi bising. Aku tak kisah kalau Ianya mengganggu jiran kah apa. Asal hati aku puas.

"Wei Wei. Sudah. Awak ni buat bising je." Kata Rayden.

Aku jelirkan lidahku ke arahnya. Rayden dengan selambanya menarik hujung lidah aku.

"Sakitlah." Pukulku pada lengannya.

"Buat lagi. Nanti saya bagi ciuman yang paling rakus di dunia."

Aku diam tidak menjawab. Malah cermin kereta yang aku turunkan tadi aku naikkan semula menghilangkan wajah Rayden.

Hehehhe..

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top