HMM..
Selesai menyarung pakaian tidur, aku turun ke tingkat bawah nak lepak depan televisyen. Aku malas nak bertembung dengan Rayden yang langsung tak ada usaha nak pujuk aku. Dia makin merajuk pada aku adalah.
Sesampainya di ruang tamu, aku lihat Rayyen dan Nade kelihatan segak serta cantik pada pakaian yang mereka pakai. Nak pergi mana pula diorang berdua ni?
"Eh, kau tak bersiap lagi kah?" Tanya Rayyen pada aku.
"Buat apa aku nak bersiap? Korang nak pergi mana?" Aku jawab soalan mereka dengan soalan.
Nade mengeluh di sebelah Rayyen.
"Nak bawa kau jalan lah. Takkan nak lepak atas pokok pula."
"Hmm, Rayden join sekali kah?"
Angguk Rayyen dan Nade serentak pada aku. Aku tanya bukan sebab aku kisah pasal dia. Aku tanya sebab aku lebih suka dia pergi.
"Haa, baguslah tu. Korang bawalah sejauh mungkin mamat tu jalan-jalan."
"Kau tak nak ikut kah?" Tanya Nade pada aku.
"Tak nak. Aku malas. Aku dah pakai baju tidur ni. Tidur je belum."
Tidak lama kemudian, Rayden turun dan dia sudah bersiap dengan pakainnya yang segak itu. Dengan kot maroon yang tersarung pada badannya yang tegap. Dipadankan pula dengan seluar berwarna hitam.
Alahai, hensemnya laki aku. Tapi, hampeh. Dia tak pandai pujuk aku.
Nade dan Rayyen mendekati Rayden yang kaku di tempatnya. Mereka berbisik antara satu sama lain. Namun, bisikkan Nade lah yang paling jelas aku dengar. Nade nak kata berbisik pun tidak, nak kata menjerit pun tidak. Nade berbisik kah, bercakap kah, suara dia tetap besar.
"Kau tak beritahu dia kah?"
"Tak. Aku tak tahu nak cakap apa."
Nade tepuk dahi. Aku pula malas nak tengok mereka bertiga lagi, aku pergi ke dapur dan ambil beberapa junk food dan air soda sekali supaya aku tak lah bosan sangat lepak seorang diri depan televisyen nanti.
Apabila aku kembali semula ke ruang tamu, aku lihat pada Rayden yang masih setia berdiri di depan tangga itu. Kelibat Nade dan Rayyen pula aku tak nampak lagi. Mungkin, dah naik ke tingkat atas. Sebab, aku ada dengar bunyi enjin helikopter menandakan Kris sudah sampai.
Aku tidak mengendahkan Rayden. Aku teruskan melangkah menuju ke arah sofa dan duduk dengan selesanya di situ. Semua makanan dan minuman yang aku ambil itu aku letakkan di atas meja kaca. Aku buka televisyen dan tepat pada waktunya ia menyiarkan siaran kartun yang aku suka.
Aku rilek di depan televisyen sambil makan jajan yang ada. Tiba-tiba, pandangan aku dihalang pula oleh badan Rayden yang tinggi lampai. Aku ingatkan dia dah pergi. Rupanya, wujud lagi mamat ni.
Aku berkerut namun, langsung tidak menggerakkan kepala aku untuk melihatnya. Jadi, sekarang ni aku tengah pandnag perut dia.
Tapi, aku takut juga kalau dia buat benda yang bukan-bukan nanti. Rayden ni bukannya boleh dijangka tindakan gila mamat ni.
"Awak marah lagi kah?" Tanya Rayden pada aku.
Aku tak menjawab malah nak pandang muka dia pun, aku tak nak. aku biarkan sahaja dia berdiri depan aku.
"Janganlah marah, saya tak pandailah pujuk orang." Katanya sekali lagi.
Namun, aku tetap mengabaikan kata-katanya. Aku duduk tegak dan letakkan semula makanan aku di atas meja. Tiba-tiba, Rayden melutut depan aku. Muka dia merenung muka aku dalam. Dia kelihatan sedih sebab aku tak endahkan dia. Aku pula makin rasa bersalah buat laki aku macam ni.
Dia peluk badan aku dan mukanya disembamkan pada bahu kanan aku. Aku dapat rasakan yang dia menangis. Sebab, bahu aku rasa basah doo...
"Saya tak nak awak merajuk sampai sebulan ke dua bulan." Katanya pada aku.
Bila masa pula aku merajuk sampai lama macam tu? Itu bukan merajuk tu. Itu gila kalau dah merajuk lama-lama. Ini mesti Nade yang beritahu dia bukan-bukan pasal aku ni.
Nade ni memang suka kelentong orang. Suka hati dia je. Tapi, bila difikirkan balik, kelakar lah pula.
"Janganlah marah."
Ishh, dia ni cengeng betul lah. Sikit-sikit nak nangis. Hmm, sebenarnya, jarang nak tengok dia menangis. Ah, don't care.
Dia lepaskan pelukkan dan matanya kelihatan sembab. Aku kekalkan wajah aku yang dingin padanya. Sebenarnya, aku tak tahan juga nak buat macam ni dekat dia. Tapi, aku ego. Aku nak dia pujuk aku juga. Bukannya, dengan cara macam ni.
Arghh..
"Dahlah, kau pergi lah dengan Nade dan Rayyen. Diorang tunggu tu. Takkan disebabkan aku kau sengaja nak lambatkan. I'm nobody."
Rayden makin terasa melihatkan aku masih berkeras padanya. Tapi, hati aku rasa terkesan tengok dia menangis.
Orang kata, kalau lelaki menangis disebabkan perempuan, itu tandanya dia sayang sangat pada perempuan tu.
"Awak ikut lah sekali. Takkan saya seorang je tak ada pasangan nanti. Rayyen ada, Nade." Pujuknya supaya aku ikut dia.
"I'm nobody to you. So, you can find another girl that better than me. I don't know how to treat my husband. Maybe, the new girl can treat my husband better than me. Awak kan fuckboy."
"Only you that I love. There's no one can replace you. I love you."
"Nah, just go."
Rayden mengeluh berat, apabila aku tetap juga menolak dia. Dia angkat dari melutut dan pergi meninggalkan aku di ruang tamu.
Aku rasa sangat bersalah. What am I doing to him?! Ishh, egonya aku ni!!!
Tidak lama kemudian, aku dapat dengar yang helikopter sudah berlepas.
Aku ditinggalkan dalam keadaan aku masih bersalah padanya.
♥♠♣◆
Hampir sejam aku dilanda rasa bersalah membuatkan aku akhirnya, membuat panggilan pada Kris untuk ambil aku. Setibanya lelaki itu di rumah, aku dan dia masuk ke bilik.
Bukan buat benda yang tak senonoh eh. Aku sendiri tak sedar yang dia ikut aku sampai bilik. Sebab, aku nak tukar pakaian.
Semuanya aku cerita pada dia dari A-Z pasal macam mana aku merajuk dan Rayden merajuk. Semuanya, aku cerita. Dia kan good listener.
Aku masuk ke dalam tandas nak tukar baju. Takkan aku nak tukar depan dia kot. Aku ingat laki aku lagi.
Tapi, macam mana kalau dia tak ingat aku masa dia nak pergi jalan-jalan dengan Rayyen dan Nade nanti?
Macam mana kalau dia tengok perempuan lain nanti?
Hmm, aku haraplah tidak. Aku sarungkan dress yang agak ketat itu pada badan aku. Bahagian lehernya pula berbentuk V dan hampir-hampir mendedahkan lurah dada aku.
Aku keluar daripada bilik mandi selepas selesai.
"Okey tak?" Tanya aku padanya tetang pakaian aku.
Kris tak berkelip pandang aku. Dia juga kaku ditempatnya duduk.
"Okey kah tak? Kau macam K.O je aku tengok."
"Ehhh, kau tanya aku pula. Aku rasa..."
Kris pandang tempat lain pada tubuh badan aku. Tapi, aku tak pasti apa yang dia pandang.
"Okey kah idok?"
"Dahlah, aku nak keluar dari sini. Horny aku tengok kau. Nanti jadi lain pula aku. Marah pula Rayden dekat aku nanti."
Aku tak faham dengan apa yang dia cakapkan. Aku tanya soalan yang hanya perlu dijawab 'ya' ataupun 'tidak' dia pergi jawab panjang lebar siap merepek lagi.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top