CRAVING
Aku rasakan ada sesuatu yang menggoncang lengan aku. Namun, aku biarkan. Aku dalam keadaan separuh sedar. Telinga aku menangkap bunyi suara seseorang memanggil aku.
"Awak..bangun...."
Aku celikkam sedikit mata aku. Keadaan di dalam bilik agak gelap. Aku lihat ke kanan.
"Kenapa ni?"
Mata aku mengantok gila. Aku duduk bersandar pada kepala katil.
"Saya lapar." Adu Carolyn pada aku.
Aku mengeluh berat. Takkanlah masa ni juga isteri aku nak mengidam.
"Awak nak makan apa?"
"Saya nak....kek coklat dan...jus limau lepastu, jus limau tu saya nak campur dengan samboi. Jangan lupa juga, saya nak cupcake berkrim lemon."
Aku raih telefon aku yang berada di sisi bantal aku. Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Rasanya baru 3 jam setengah aku tidur dah terjaga balik. Badan aku penat sangat ni. Sebelum.ni pun aku alami benda yang sama. Cuma, bini aku ni dia mengidam benda yang ringan-ringan je.
Entah macam mana sekarang dia mengidam benda yang bukan-bukan. Tak palah. Layan je lah.
"Mana ada kedai yang buka tengah malam macam ni sayang."
"Saya tak nak dari kedai. Saya nak awak yang buat. Mengidam ni.. saya nak sekarang....."
Bini aku dah muka meroyan dah. Aduh, hadap je lah bini aku mengandung ni.
"Saya tak pandai masak awak."
"Eee, saya tak kisah awak kena buat juga untuk saya. Please...."
"Tapi, awak tak boleh tunggu esok je kah? Malam sangat dah ni."
Aku masih juga cuba untuk mencari alasan.
"Tak boleh...saya lapar sangat ni. Awak nak kah saya sakit perut nanti?" Isteriku mulai mengugut aku.
Aku raup wajahku perlahan sambil mata aku melihat pada perut isteri aku yang semakin hari semakin besar itu.
"Huhh..Okeylah jom kita pergi jumpa Rayyen."
Aku pergi ke bilik mandi dan basuh muka aku supaya lebih segar. Aku juga turut memberus gigi aku. Selepas itu aku lapkan dengan tuala mulut dan mukaku yang basah itu.
Aku ambil telefon aku sekali. Aku ambil sehelau baju hoodie yang tebal dan serahkan pada Carolyn.
"Pakai ni. Nanti sejuk pula."
Gadis itu menerima huluran aku dan dia terus memakai hoodie tersebut. Aku pula pakai baju longsleve. Kami berdua keluar daripada bilik. Lampu rumah aku buka supaya tidaklah rumah aku itu terlalu gelap. Takut pula isteri aku jatuh kah apa nanti disebabkan terlalu gelap.
Pintu rumah aku kunci dan kami berdua melangkah menuju ke rumah Rayyen dan Nade yang hanya bersebelahan dengan rumah kami berdua.
"Saya tekan loceng."
Carolyn menekan loceng itu berkali-kali tanpa henti. Sampailah, kami menyedari rumah itu daripada gelap menjadi terang di bahagian ruang tamu. Tidak lama kemudian, pintu dibuka dari dalam. Wajah Rayyen yang baru sahaja bangun daripada tidur itu terpampang dengan tidak berbajunya dan hanya berseluar pendek.
Serabut betul muka Rayyen tu. Dengan rambutnya yang serabai macam semak-samun.
"Apahal korang datang malam-malam buta ni ha? Orang tengah tidur kot." Marah Rayyen pada aku dan Carolyn.
"Budak ni haaa, craving tengah malam."
Rayyen pandang muka Carolyn. Gadis itu senyum lebar tanpa ada rasa bersalah pun mengganggu orang tengah tidur.
"Habistu, asal cari aku pula? Ni bini kau, bukan bini aku."
"Memanglah bukan bini kau. Dia suruh aku buatkan makanan untuk dia." Kataku berbasa-basi padanya.
Rayyen bersandar pada pintu sambil memandang muka aku dan Carolyn.
"So? Kau datang minta aku ajarkan lah?"
"Ha'ah. Kau kan..pandai masak. Sedap pula tu kau masak. Tolonglah ajar laki aku masak. Aku lapar ni..." pujuk Carolyn.
Rayyen buat muka sakitnya dia nak menerima permintaan isteriku itu. Aku tahu sangat bila Rayyen dah buat muka macam tu, memang dia terpaksalh terima.
"Kau akan rasakan benda yang sama juga nanti, bro." Kata aku pad Rayyen.
Rayyen semakin sakit nak terima kenyataan.
"Takkan kau tak boleh masak sendiri?"
"Masalahnya, aku mengidam masakan daripada air tangan suami." Kata Carolyn.
Rayyen menggosok rambutnya tanda serabut. Aku pula hanya tersengih tengok Rayyen yang berada dalam keadaan terpaksa.
"Okeylah...disebabkan aku kasihan lah aku tolong. Dah masuk." Pelawa Rayyen.
Kami berdua masuk dan pintu rumah ditutup. Rayyen menuju ke dapur diikuti oleh aku dan Carolyn sekali. Rayyen menuju ke tandas yang berdekatan dengan dapur itu.
"Awak duduklah dekat ruang tamu dulu." Kata aku pada Carolyn.
"Tak nak. Saya nak tengok awak masak."
Gadis itu mengambil tempat duduk di meja makan. Aku pula dengan selambanya membuja peti sejuk di rumah Rayyen. Buat macam rumah sendiri eh.
Aku ambil jug yang berisi air kosong itu dan tuangkan ke dalam dua gelas. Satu untuk aku dan satu untuk isteri tercinta.
Tidak lama kemudian, Rayyen masuk ke dalam dapur. Kali ini dia sudah memakai singlet pada badannya.
"Mana Nade?" Tanya Carolyn pada Rayyen.
"Tengah tidur lah."
"Eh, takkam dia tak dengar bunyi bising?" Tanya Carolyn lagi.
"Macam lah kau tak kenal kawan baik kau tu. Tidur mati memang tak akan dengar bunyi bising lah."
"Ohhhhhhhhhhhhhhh.........."
"Hmmm, kau nak aku ajar masak apa?" Tanya Rayyen pada aku.
"Kek coklat, Cupcake berkrim lemon dan jus limau campur samboi." Pesan Carolyn pada Rayyen.
"Aku ingatkan satu je yang kau pesan." Kata Rayyen.
Rayyen mengeluarkan semua bahan yang diperlukan. Macam biasa Rayyen je boleh sentuh barang-barang dia.
"Okey, kita buat kek lah dulu.".
"Buat besar-besar." Sampuk Carolyn.
"Eeee, banyak komennya orang yang tengah pregnant tu..." Kata Rayyen geram.
"Eh, dari sekarang lah kau praktis. Nanti Nade pregnant kau dah tau nak buat apa."
Rayyen hanya buat muka pasrah apabila disahut oleh gadis itu.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top