COMPANY
Carolyn ajak aku lepak di dapur dengan dia. Dia sediakan secawan kopi latte dan susu panas untuk dirinya dan aku. Malam itu, mata aku tak mengantuk langsung sebab dah puas tidur. Sama lah juga dengan kawan baik aku yang seorang ni.
Yang letih sangat balik daripada honeymoon adalah Rayyen dengan Rayden. Sampai saja rumah petang tadi, tibanya pukul 9 malam Mereka berdua terus masuk tidur. Sekarang pula, sudah masuk jam 12 tengah malam. Burung hantu lah aku malam ni.
Aku hirup sedikit kopi yang masih panas itu. Mataku tidak beralih daripada memang gadis yang berada di depan aku itu. Dia yang dulunya berambut coklat, sekarang sama warna rambut dengan aku iaitu warna perang.
"Aku tak sangka aku dah kahwin." Kataku padanya.
"Aku pun. Orang yang jahat pandai berubah disebabkan oleh orang jahat yang lain."
"Yupp, it's true..."
Aku terpandang kesan merah yang masih berbekas pada leher gadis itu. Kesannya semakin pudar.
"Kuat Rayden buat kau eh?"
Carolyn terkejut dengar aku menyoalnya dengan soalan sebegitu. Entah lah, aku ni cakap apa yang terlintas dalam fikiran je. Saja, cari topik. Tapi, topik yang aku cari ni memang macam tak ada topik lain je. Hahahaahaha.
"Eh, dah dia lelaki. Suka hati dia lah. Macam lah kau dengan Rayyen tak buas. Aku tengok Rayyen tu makin hari makin suka melekat dengan kau." Jawabnya dengan nada yang tidak puas hati.
Aku tersengih sahaja. Yeah, memang aku tak nafikan Rayyen memang suka melekat dengan aku.
"Dah nama laki bini."
"Hmm, macam mana kau pandai jatuh hati dengan Rayyen ah? Muka kau yang dingin dan suka marah-marah macam muka Rayden dulu tu, macam susah nak jatuh cinta je aku tengok. Aku tak faham." Katanya pada aku.
Aku cuma senyum lebar. Kalau Carolyn, memang aku tahu macam mana minah ni pandai suka dekat Rayden. Rayyen banyak cerita dekat aku.
Itulah gunanya kembar.
"Kalau nak cerita daripada mula, panjang sangat."
"Alah, beritahu je mula-mula kau pandai suka dekat Rayyen."
Raut wajahku seperti sedang berfikir. Memang sedang berfikir pun. Cuba untuk ingat balik kisah-kisah lama aku.
"Emmm, masa tu dia ada confess dekat aku. Tapi, aku belum sukakan dia lagi. Sebab, aku mana faham benda macam cinta bagai. Dia selalu bagi aku hadiah. Macam-macam lah dia bagi nak tarik perhatian aku. Tapi, aku still juga tak ambil kisah pasal dia. Sampailah satu tahap itu, dia bagi hadiah birthday untuk aku. Itulah kali pertama aku rasa sangat dihargai sebab, aku tak pernah dapat present pun masa birthday..."
Aku senyum lebar. Carolyn pula hanya buat muka biasa sahaja. Macam tak reaksi langsung.
"Kau minta aku cerita. Tapi, muka kau tak ada beza dengan buku lali aku."
"Heheehehehe, Yelah Yelah. Aku senyum ni..SENYUM!"
Gadis itu melebarkan senyumannya menampakkan susunan giginya yang putih itu.
"Apa hadiah yang dia bagi? Sampai kau pandai berubah 360 darjah?" Tanya Carolyn mahu aku menyambung cerita aku.
"Dia bagi satu kotak bersaiz sederhana. Macam kotak DIY lah. Dia kata dia sendiri yang buatkan. Bila aku buka kotak itu, dalam dia banyak gambar mak aku yang mengandungkan aku. Dari gambar hari pertama mak aku mengandungkan aku sampailah gambar terakhir tu.."
Aku tahankan rasa sedih. Sebab, walaupun aku tak pernah rasa kasih sayang seorang ibu, aku terharu ada yang kisah pasal aku.
"..mak aku mengandungkan aku dan dia meninggal. Bila aku tanya mana dia dapat semua gambar tu, dia kata, dia dapat daripada kawan mak aku. Aku tak pernah kenal pun mana-mana kawan mak aku. Nasib baiklah tak ada gambar lelaki tak guna tu."
Carolyn angguk faham. Dia tahu siapa yang aku maksudkan dengan lelaki tak guna, iaitu ayah aku sendiri.
"Jadi, gambar tu buka pintu hati kau untuk dia lah?" Teka Carolyn pada cerita aku.
"Lebih kuranglah. Nak kata aku sayangkan ayah aku, tak payahlah. Tak guna dapat ayah macam dia."
"Aku nak beritahu kau sesuatu ni."
"Okey, cakaplah."
"Aku ada kerja sikit dekat Mexico."
Aku kerut dahi dengan apa yang dikatakan oleh gadis itu. Takkan dia nak patah balik buat jahat?
"Kerja apa? Nak bunuh orang lagi?"
"Kalau ada peluang, aku buatlah." Jawabnya bersahaja.
"Tak payah lah. Takkan kau nak tinggalkan Rayden macam tu je? Kau tak terfikir nak berhenti kah buat semua benda ni."
Carolyn pandang aku dan angkat bahunya tanda 'tidak tahu.'
"Entahlah. Ada lah juga nak berhenti tu. Tapi, berbolak-balik perasaan aku nak berhenti."
"Haihh, tengok aku ni. Aku dah berhenti tahu tak."
"Apa sebab kau berhenti?"
"Emmmmmm..... entah. Aku rasa nak berhenti. Hehehhe, takkan aku nak tinggalkan Rayyen dan bahayakan nyawa Rayyen sebab aku masih kekal bunuh orang."
Aku tak naklah, disebabkan aku Rayyen susah. Sebab, aku ni memang dah banyak susahkan dia. Susah lagi menyusahkan.
"Aku boleh berhenti. Tapi, musuh tak boleh."
Aku hadam sekejap kata-kata Carolyn itu. Betul juga apa yang minah ni cakap. Tapi, arhhh..
"Kau nak sambung kerja kau balik kah dekat Mexico tu? Nak bunuh orang?" Aku masih juga dengan soalan yang sama.
Carolyn menghirup sekejap susu panas miliknya itu sebelum dia menyambung semula kata-katanya.
"Tak ada lah nak bunuh orang. Aku nak tengok syarikat ayah aku dekat sana. Tengok-tengok je."
Aku buat muka 'oh'.
"Syarikat ayah kau siapa yang handle? Sepanjang kau dalam penjara?"
"Alex lah. Dia je yang aku harapkan selama ni. Duit keluar masuk bank aku, dia juga yang uruskan. Kan syarikat itu, aku pindah milik atas nama aku."
Aku angguk tanda faham.
"Aku rasa, nak bagi Rayden yang handle. Memandangkan dia kan kerja pun tak tetap. Mana lah tahu dapat anak nanti."
Aku sengih sambil menjongket kening ke arahnya.
"Betul lah kan. Dah laki aku tu gila baby sangat."
"Okeylah Okeylah, aku sokong dengan cadangan kau. Aku ada terfikir juga, Rayyen pun sama dengan Rayden. Kerja tak tetap."
"Bagilah dia handle mak kau punya company. Kan senang."
"Hehheheheeheheh..."
Aku garu kepala aku yang tiba-tiba sahaja gatal itu.
"Sebenarnya, aku tak tahupun pasal company mak aku. Berkembang atau pun tidak. Sebab, sebelum ni yang handle company tu adik mak aku. Aku tak tahupun pasal semua tu." Sengih aku sendiri.
Duit yang selalu aku pakai tu, adalah hasil daripada company mak aku juga. Sebab, mak aku orang berada. CEO turun remurun lah katakan diorang beradik ni. Memandangkan mak aku pun anak sulung. Ayah aku, pekerja bawahan je pun. Aku tak tahu lah apa yang mak aku suka sangat dengan ayah aku dulu.
Okey , kita patah balik.
"Aku pun ada masalah juga. Rayden dengan Rayyen kan ada cakap yang diorang nak belikan rumah baharu di California. Masalahnya, company ayah aku tu dekat Mexico."
"Alah, buatlah satu lagi. Tu pun susah kah?"
"Hmm, bagus juga tu. Bijak juga kau ni walaupun tak ada PHD macam laki kau."
"Dia tu terlebih bijak. Kadang yang bijak ni pun, boleh jadi bebal kejap." Sempat aku mengutuk laki sendiri.
Ini kalau Rayyen dengan habis aku kena hentam dengan dia.
"Kalau macam tu, aku buat satu lah dekat California. Kau pula? Macam mana?" Tanya Carolyn pada aku pula.
Aku pegang dagu aku kejap. Lepas itu aku letakkannya di atas meja.
"Hmmm, hari tu, entah macam manalah Uncle Ven dapat nombor aku."
"Mungkin, ada bertembung masa honeymoon kot ataupun dia minta daripada orang terdekat?" Kata Carolyn pada aku.
"Ya lah kot. Dia call aku suruh aku handle company mak aku. Sebab, itu memang hajat mak aku sebelum dia mati. Dia ada buat perjanjian dekat surat serah hak milik company atas nama aku. Bila aku dah masuk umur 20 tahun, aku kena ambil alih company tu."
"Ohhh, kau cakap apa?"
"Aku cakap. Nantilah aku fikir. Hahahhaha, aku tak tau nak cakap apa. Kalau aku cakap aku tak pandai handle, nanti dia bagi dekat orang lain pula. Aku kan tak ada PHD, degree, diploma itu ini. Mana boleh jadi CEO dengan kebangangan aku ni."
"Sedar pun kau bangang."
"Hmmm, kau aku simbah kau pakai air panas ni nanti, melecur kau punya love bite tu."
Aku dan dia ketawa bersama-sama. Alahai, gembira dan bahagia macam orang normal. Gila pun ada.
"Kau bagi lah Rayyen."
"Nanti jauhlah dia. Company mak aku bukannya dua tiga tapak daripada rumah baharu. Company mak aku dekat Itali."
"Buatlah satu lagi. Sendiri suruh aku buat, sendiri pun tak terfikir nak buat benda yang sama."
"Okey."
"Tak apa, nanti aku sumbang sikit duit untuk tolong kau. Asalkan company mak kau tu maju."
"Mestilah maju. PHD yang handle." Kata aku dengan muka yang kuat menyindir.
"Yelah, Yelah. Nanti aku call Alex. Kau tidur lah dulu. Muka kau pun nampak mengantuk dah aku tengok."
Hmm, memang aku mengantuk pun dari tadi. Sebab mata aku dah berair dah ni tahan mengantuk dari tadi.
"Alex Alex Alex. Macam tak ada orang lain kah?"
Carolyn pandang aku dengan muka yang pelik.
"Jeles kah?"
"Ha'ah lah. Aku BFF kau ni tak nak pula."
"Bila masa aku tak nak? Kalau aku tak nak, lama dah aku biarkan kau dengan ex kau tu. Siapa nama dia? Zack?"
Ambik kau. Kena setepek.
"Hmmm, yelah yelah. Tapi, mata aku masih tak nak tidur."
"Tak apa. Kau akan tidur bila kau dah puas dengan Rayyen nanti ya." Usiknya pada aku.
"Ishh, tak guna kau. Kau punya desahan tu sampai bilik sebelah aku dengar. Hahahhaha."
Aku pecut melarikan diri. Sebab aku nampak Carolyn cuba untuk menghentam aku.
Kakiku berjalan menaiki anak tangga menuju ke tingkat atas dan masuk ke dalam bilik Rayyen. Bilik masih gelap dan laki aku lena betul tidur.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top