AGAIN, IT HAPPENED AGAIN

Asap rokok aku hembus perlahan. Otak aku serabut. Sangat-sangat serabut bila memikirkan keadaan isteri aku dan juga Rayden. Aku tak tahu nak buat macam mana lagi.

Sudah hampir sebulan aku tak masuk kerja. Sudah pasti kerja aku bertimbun lepas ni.

Aku berhenti daripada melakukan kerjaku apabila telefon aku berdering nuaring menandakan ada orang yang membuat panggilan.

MY QUEEN♥

Aku senyum apabila isteriku sendiri yang membuat panggilan padaku. Aku angkat panggilannya.

"Rayyen..Rayyen balik sekarang Rayyen. Carolyn...dia...Dia.."

Senyuman aku pudar.

Nada Nade kedengaran takut dan tersekat-sekat di hujung talian. Aku mulai risau apabila mendengarkan Nade begitu. Aku takut ada sesuatu yang tak kena sedang berlaku.

"Okey..stay at home. I'll be back."

Aku mematikan talian tanpa banyak tanya pada Nade. Aku takut kalau aku leka dengan perbualan di telefon akan menjadi lebih teruk situasi kecemasan yang berlaku. Langkah kakiku bergegas keluar daripada pejabatku.

"Ruby, cancel plan kita petang ni. Aku ada emergency." Pesanku pada Ruby.

"Yess, sir."

Aku bergegas menuruni anak tangga terus keluar daripada bangunan tersebut. Aku masuk ke dalam kereta dan enjin kereta aku hidupkan. Tanpa melengahkan masa, aku memandu dengan kelajuan yang amat laju. Aku tidak kisag orang pelik ataupun marah melihat aku yang memandu dengan had yang sangat laju di jalan raya. Yang penting sekarang ni adalaa keluarga aku.

Perasaan aku semakin risau dan berbagai-bagai soalan yang menerjah fikiran aku. Aku takut kalau ada apa-apa yang buruk terjadi. Aku membuat panggilan pada Rayden. Aku kena beritahu Rayden pasal benda ni kalau Ianya melibatkan Carolyn.

"Hello?" Rayden menjawab panggilan aku.

"Kau balik rumah sekarang. Isteri kau dalam masalah."

"Kenapa ni?!"

"Ishh, balik je!"

Aku terus putuskan talian telefon. Kereta aku dipandu memotong semua lampu isyarat dan semua kereta.

Sesampainya di rumah, aku terus keluar daripada perut kereta. Aku berlari masuk ke dalam rumah.

"Babe?!"

Kakiku melangkah menuju ke arah ruang tamu. Aku lihat Nade yang teresak-esak menangis terduduk di atas karpet ditemani Evy yang cuba untuk menenangkannya. Covy pula menangis di pangkuan Nade.

"Hey..hey.. what happen honey?" Tanyaku risau padanya.

Wajah Nade merah teruk akibat terlalu banyak menangis. Covy yang menangis itu, aku ambil dan cuba untuk tenangkan budak kecil itu.

"Papa.." Kata Evy yang baru sahaja berumur 5 bulan itu.

Gadis kecil itu merangkak ke arah aku. Covy dan Evy memang selalu keliru tengok muka aku dan Rayden. Almaklumlah, kembar.

"Carolyn..dia..." Nade cuba untuk bersuara. Namun, Ianya tersekat-sekat.

Aku mengusap kepala isteriku itu cuba untuk tenangkan dia. Covy beransur-ansur tenang di pangkuan aku.

"Take your time, Babe." Kataku lembut padanya.

Nade tarik dan hembus nafasnya. Tiba-tiba, Rayden datang mendekati aku dan Nade yang berada di ruang tamu. Wajahnya kelihatan risau yang amat.

"Nade..where is my wife?!"

Rayden mencengkam bahu Nade kuat. Aku menepis tangan Rayden.

"Wei, tak payah lah buat macam tu!"

"Masalahnya sekarang ni. Bini aku tak ada dekat rumah dia!"

"Carolyn..ii see her being kidnapped by 3 guys."

Rayden tersentak dengan berita tersebut. Jatungnya bagaikan berhenti buat seketika. Aku yang perasan Rayden mula senyap mengusap bahunya untuk menenangkan Rayden.

Rayden menggenggam tangannya menjadi penumbuk.

"Why you didn't save her?!" Jerit Rayden pada Nade.

"I can't.. i'm sorry! I'm truly sorry. I can't leave the twins in this house alone. It dangerous. I promise to her for taking care of Covy and Evy." Kata Nade dengan nada sedihnya.

Lamunan aku tersentak apabila aku mendengar Covy dan Evy menangis dari dalam rumah. Sejak kejadian itu, aku lah yang tolong Rayden jagakan anak kembarnya itu. Aku nak bagi dia masa untuk tenangkan diri. Dia banyak menyendiri dalam rumahnya sendiri. Aku haraplah Rayden baik-baik je.

Aku masuk semula ke dalam rumah setelah puas merokok untuk tenangkan diri aku yang ditimpa beban yang berat. Aku mendekati dua orang kembar itu.

"Are you hungry?" Tanya aku pada dua orang kembar itu.

Evy berhenti menangis apabila ditegur olehku. Covy pula semakin kuat menangis. Evy pegang perutnya tanda dia memberikan isyarat yang dia lapar. Bijak Evy ni. Kecil-kecil lagi dah pintar.

Si Covy ni pula. Aku tak tahulah kenapa dia cengeng sangat.

"Okey, jom kita makan."

Aku bawa Covy dan Evy ke dalam pangkuanku. Setibanya di dapur, aku letakkan Covy dan Evy di dalam baby chair. Covy tak nak diletakkan di dalam baby chair malah dia makin meronta dan menangis. Aku terpaksa pegang Covy sambil buatkan makanan bayi untuknya.

Aku perasan jam sudah masuk pukul 6 petang dan sudah tibanya untuk aku masak makan malam. Selesai buatkan makanan bayi untuk si kembar itu, aku letakkan Covy di dalam baby chair. Kali ini dia tidak banyak songeh dan diam sahaja apabila aku sudah suapkan dia makanan.

Evy pula ketawa gembira sebab dapat makanan. Aku rasa kasihan tengok mereka berdua yang Sejak kecil lagi sudah kehilangan ibu.

Evy cuba untuk menyuap makanan ke dalam mulutnya sendiri. Namun, Ianya tetap jatuh setiap kali dia hampir masukkan sudu ke dalam mulut. Dia tidak puas hati dan tetap juga mencuba. Si Covy pula aku yang tolong suapkan. Kadang-kadang, aku akan suapkan Evy juga. Sebab, asyik tumpah sahaja makanan di buatnya.

"Haaa, makan banyak-banyak. Nanti cepat besar." Kata aku pada Covy dan Evy mesra.

Mereka berdua hanya tersenyum sahaja.

♥♠♣◆

Selesai aku memasak makan malam, aku terus tidurkan Covy dan Evy sebab memang jam mereka berdua tidur pukul 8:30 malam. Aku gendong mereka berdua yang tertidur atas bahu aku itu menuju masuk ke dalam bilik tidur aku dan Nade.

Pintu aku buka dna aku lihat Nade yang termenung duduk di balkoni. Aku risau tengok keadaan isteriku itu. Dia semakin hari semakin kurang bercakap. Gembira pun tidak. Aku takut dia terlalu bawa emosi nanti effect dia bawa pada kandungannya.

Aku letakkan Si kembar itu di tempat tidur mereka berdua. Aku selimutkan mereka berdua yang sudah nyenyak itu. Walaupun, aku belum bergelar seorang bapa, pengalaman menjaga Covy dan Evy membuatkan aku merasa seperti aku seorang bapa.

Aku dekati isteriku itu di balkoni. Dia menongkat dagu sambil merenung kawasan perumahan rumah sebelah. Angin malam yang sejuk meniup rambutnya lembut.

"Awak, makan. Janganlah Jadi macam ni. Kesian pada baby kita dalam perut ni." Pujukku padanya.

"Am I bad? Rayyen?" Tanya Nade padaku.

Setiap hari dia akan tanya aku soalan yang sama. Mukanya semakin hari semakin kurang gembira. Tidak seperti dahulu.

"Don't blame yourself Babe. It's not your fault. Jom, makan." Kataku lembut sahaja.

Perutnya aku usap yang semakin hari semakin besar itu. Aku tak sangka sudah masuk 2 bulan kandungan di dalam perut Nade.

Gadis itu hanya turutkan sahaja arahan aku.

"How about Rayden? Is he still blame me?"

"Rayden tak pernah salahkan awak pun. Dia cuma sedih sahaja. Jangan fikirkan sangat benda tu. Saya tak sanggup tengok awak asyik salahkan diri awak. Hampir sebulan tau awak macam ni."

Nade hanya diam. Dia angguk walaupun Ianya pahit untuk ditelan. Aku bawa dia ke meja makan dan dia duduk di situ.

"Covy dan Evy, dah tidur?" Tanya Nade padaku mengenai kembar itu.

"Ya, baru je tidur."

"I'm sorry."

Aku pandangnya pelik.

"Sorry..for what?"

"Buat awak risau pasal saya dan tak tolong awak jagakan kembar berdua tu. Saya cuma nak tenangkan diri je."

Aku usap kepalanya dan cium dahinya.

"Tak apa. Saya tahu awak perlukan masa untuk terima semua ni. Jangan terlalu sedih. Saya tak suka tengok awak sedih-sedih. Evy dan Covy pun rindu nak main dengan awak."

Nade senyum pada aku.

"Thanks."

"Ianya memang tanggungjawab saya untuk jaga awak. Saya nak pergi sebelah kejap. Panggilkan Rayden makan."

Aku melangkah meninggalkan dapur dan menuju ke rumah sebelah. Aku tahu kalau aku call dia takkan jawab panggilan aku. Baik aku terus terjah je rumah dia.

Pintu rumah aku tolak sebab Ianya langsung tidak berkunci.

"Helloo! Pintu rumah kau tak kunci! Bahaya siot!" Jeritku sambil melangkah masuk.

Aku lihat Rayden yang sedang merenung gambar kahwin dia dan Carolyn itu. Aku berjalan mendekati mereka.

Memang tugas aku untuk pujuk Rayden kalau dia jadi macam ni. Ianya dah menjadi tanggungjawab aku untuk jaga Rayden walaupun aku adik dia.

"Rayden. Tak payahlah jadi macam ni. Aku tak naklah kau deprees untuk kali ketiga."

Dia tidak bersuara malah nak pandang muka aku pun tidak.

"Makan jom. Aku dah masak makan malam."

Dia masih juga tidka mengendahkan aku. Aku rasa panas pula bila dia tidak peduli pasal aku.

"Rayden, kau tak kasihankan anak kau kah? Kau jadi macam ni. Tak gembira, suka murung, suka menyendiri. Muka kau pun dah serabut dah aku tengok. Covy dan Evy perlukan kau tahu tak. Aku kasihan tengok diorang anggap aku ni macam bapa mereka sendiri. Sedangkan bukan. Bukan aku tak nak dianggap macam tu. Tapi, aku kasihan tahu tak."

"Aku penat Rayyen."

"Ya, aku tahu kau penat. Aku pun penat sial. Sebulan aku jaga anak kau, sebulan juga aku nak pujuk kau dan Nade. Nade dah ada perubahan dah aku tengok. Kau je belum. Takkan kau nak tunjuk yang kau lemah macam ni depan mata isteri kau kan? Kalau Carolyn sendiri yang tengok kau macam ni, dia lagi sedih tahu tak. Laki dia murung. Tak ada masa nak jenguk anak sendiri. Kau tak rasa bersalah kah buat macam tu?"

"Apa yang aku dapat kalau aku tak jadi macam ni? Bini aku hidup balik kah?"

Aku raup wajah aku kasar.  Rayden ni perlu dipujuk dengan kasar kalau nak sedarkan sikit mata hati dia tu.

"Kau jangan fikir macam tu lah. Boleh gila kau tahu tak?! Aku tak sukalah tengok kau jadi macam ni. Semua benda kau nak depress. Aku tahu kau penat. Tak ada manusia dalam dunia tak penat Rayden. Even, kau duduk rumah je pun penat juga. Janganlah jadi macam ni."

Rayden letakkan bingkai gambar itu di atas meja kaca.

"Yelah. Aku dengar cakap kau. Tak payah nak bebel aku." Katanya padaku.

"Haaa, macam ni lah abang aku. Dah, jom makan bapak besar. Tua-tua pun nak merjauk lagi." Sempat aku bergurau dengan dia.

Namun, dia hanya menjeling aku sahaja. Aku tak kisah kalau dia jeling aku. Asalkan dia dengar pujukkan aku.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top