A LIAR?

Buku dan semua alat tulis aku masukkan ke dalam beg. Semua pelajar masing-masing bergegas mahu pulang ke rumah. Waktu sekolah akhirnya, tamat. Aku menggalas beg sekolahku.

"Covy.." panggil Evy yang berada di sebelahku.

Kami berdua keluar daripada kelas bersama-sama dan menuju ke arah loker mulik kami berdua hanya bersebelahan itu.

"Kenapa?" Sahutku pada adik kembarku itu.

"Kau rasa.. papa masih harapkan perempuan tak guna tu ambil kita balik sekolah kah?"

Aku masukkan beberapa buku yang tidak diperlukan ke dalam loker.

"Aunty Nade kan dah cakap. Dia takkan bagi minah tu ambil kita."

Pintu loker aku tutup dan kunci. Kunci aku masukkan ke dalam poket seluar. Aku lihat ke arah Evy yang menghulurkan beg miliknya ke arah aku. Evy senyum lebar sambil buat muka comelnya.

Faham sangat aku apa yang dia nak aku buat. Aku ambil beg miliknya dan aku galas pada bahu kanan aku.

"Pemalas."

"Hehehe.. bukan malas. Tapi, penat dan rimas bawa beg sekolah." Kata Evy padaku.

"Hmm.."

Kami berdua berjalan melepasi pondok pengawal mahu keluar daripada pagar sekolah. Aku dan Evy duduk di bus stop seperti mana Aunty Nade suruh. Tiba-tiba, sebuah kereta berwarna kelabu berhenti di depan kami berdua. Tingkap diturunkan dan terpampang wajah Amy di dalam kereta tersebut.

"Hey, kids. Masuklah." Panggilnya pada aku dan Evy.

Kami berdua berpura-pura tidak dengar akan panggilannya itu. Evy semakin rapat duduk dengan aku.

"Awak berdua.. masuklah.. hari ni biar Aunty yang ambil pula. Takkan tak nak bagi Aunty peluang langsung?" Kata Amy sambil mengerdipkan matanya buat muka manja.

Aku jeling minah tak guna tu dengan pandangan yang menyampah. Aku tak tahulah apa yang papa pandang sangat minah bodoh ni. Muka nak kata cantik, tak adalah cantik sangat. Lebih hodoh daripada muka katak pula tu.

"Covy, Aunty Nade cakap dekat aku kan. Kalau ada perempuan gila panggil, jangan dilayan. Nanti, penyakit gila dia berjangkit pula." Sindir Evy pedas pada Amy.

Amy hilang sabar dengan perengai aku dan Evy yang kurang ajar dengannya. Dia keluar daripada kereta dan mendekati kami berdua yang masih duduk di atas bangku itu. Dia buat senyuman terpaksa.

"Aunty Nade tu yang gila. Entah bahagian mana lah yang korang pandang dia tu baik. Senang betul kena tipu."

"Aunty Nade baik dan dia lagi baik daripada perempuan gedik macam kau! Bodoh!" Marah Evy pada Amy.

"Baik? Macam tu kah budak-budak yang dibawah jagaan Aunty Nade. Kurang ajar. Tak hormat orang tua."

Aku tahankan sahaja rasa marah aku sebab orang bodoh macam minah ni, tak bagus dilawan balik. Ibarat kau memantulkan kebodohan diri sendiri je melawan orang bodoh macam Amy ni.

"Kau orang tua yang kerepot dan tak layak langsung dihormati." Sindir aku padanya.

Amy menghentak-hentak kakinya tanda geram. Namun, dia tarik nafas dan hembus semula. Gedik.

Baik minah ni pergi matilah. Tak layak nak hirup oksigen langsung. Aku pegang lengan Evy untuk mengekori aku. Namun, Amy lebih pantas menarik beg yang ada di belakang aku membuatkan aku terhenti.

"Korang ikut aku!" Marahnya pada aku dan Evy.

"Tak naklah perempuan bodoh!" Pukul Evy pada tangan Amy.

"Budak tak guna! Shit you!"

Amy menolak Evy sehingga jatuh. Aku marah sebab dia sentuh adik aku.

"Bodoh! Jangan sentuh adik aku!"

Aku menumbuk pada bahagian perutnya dan meludah tangannya yang menarik beg aku itu.

"Auoch..ergh.. aku akan beritahu bapak korang pasal benda ni."

Dia menggelupur seperti cacing kepanasan di situ.

Aku bantu Evy yang jatuh itu berdiri semula dan pergi daripada situ. Sebuah kereta mewah berhenti di depan pagar sekolah dan Ianya adalah Aunty Nade. Aku terus membuka pintu kereta di bahagian tempat duduk belakang.

Aunty Nade pandang ke arah aku dan Evy.

"That BITCH ada kacau korang?"

"Dia pergi tolak Evy." Aduku pada Aunty Nade.

Aunty Nade kelihatan marah. Aku dapat lihat daripada reaksi Aunty Nade yang menahan marahnya itu.

"Covy, jaga kereta dan Bella sekali."

"Mummy nak pergi mana?" Tanya Bella yang berada di tempat duduk hadapan itu.

"Something I need to settle with that fucking BITCH!"

Aunty Nade keluar daripada kereta dna menuju ke arah Amy yang baru sahaja mahu masuk ke dalam kereta itu.

Aku pandang ke arah Evy yang berada di sebelah aku.

"Kau cedera tak?" Tanyaku prihatin padanya.

"Tapak tangan aku calar sikit."

Evy menujukkan kedua-dua belah tapak tangannya ke arah aku. Aku lihat ianya cuma calar yang sedikit sahaja. Walaupun Ianya sikit, aku tak nak adik kembar aku cedera.

Aku lihat ke arah Aunty Nade yang mengamuk di kereta Amy itu. Paling aku tak sangka, Aunty Nade pergi tumbuk perut Amy sekuat hati sehingga perempuan tak guna tu tersungkur jatuh. Sempat Aunty Nade menyepak kepala Amy sebelum dia berjalan menuju ke arah kereta.

Aunty Nade masuk dan dia menghembuskan nafas yang berat.

"Mummy, Okey?" Tanya Bella padanya.

"Perfectly OKAY! I'm done for the revenge. Let's go home."

Aunty Nade pandu kereta pergi daripada kawasan sekolah. Aku teringatkan akan kata-kata Amy tadi.

"Aunty Nade tu yang gila. Entah bahagian mana lah yang korang pandang dia tu baik. Senang betul kena tipu."

Aku tertanya-tanya tentang apa yang Aunty Nade tipu pada aku dan Evy. Tak ada apa yang meragukan pun pada Aunty Nade aku tengok. Aunty Nade macam...ibu yang ganas dan kasar.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top