7 YEARS LATER~~

Aku dan Covy mengekori Aunty Nade dari belakang. Kelihatan suasana  hari pertama persekolahan agak meriah dengan kedatangan ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Kadang-kadang aku rasa cemburu bila melihatkan kanak-kanak lain yang sebaya aku masih ada ibu bapa.

Tak macam aku dan Covy. Ada ayah sahaja tapi, ibu tak ada.

"Covy, Evy. Ni adalah kelas kamu berdua. Ingat tau jalan ke kelas sendiri." Pesan Aunty Nade pada kami berdua.

"Okey." Kata aku padanya.

Covy pula hanya senyap dan mengangguk.

"Bella tak ikut Covy dengan Evy kah mummy?" Tanya Bella pada ibunya.

"Bella kan masih 6 tahun. Covy dan Evy dah 7 tahun. Mana ada sama sekolah macam dulu-dulu lagi. Bella masih belajar dekat kindergarten."

"Bosanlah Bella nanti." Muncung Bella pada Aunty Nade.

"Alah, kindergarten Bella kan dekat je dengan sekolah Evy dengan Covy." Pujuk Aunty Nade pada anak perempuannya itu.

Aku bersyukur juga Aunty Nade sanggup jagakan aku dan abang kembar aku itu macam anak dia sendiri. Mesti lebih seronok kalau ada mak sendiri.

"Bella nanti, aku datang nak ajak kau makan tau." Pesan Covy pada Bella.

"Yeyy, makan dengan Covy." Sorak Bella comel.

"Evy..Covy. Masuk kelas. Kelas dah nak mula tu." Kata Aunty Nade pada aku dan Covy.

Aku peluk Aunty Nade sekejap. Covy hanya lihat tidak berbuat apa-apa.

"Bye.." pamitku pada Aunty Nade sebelum aku ikut Covy masuk ke dalam kelas.

Sesampainya di dalam kelas, ramai mata-mata yang pandang ke arah aku dan Covy. Kami berdua terus mengambil tempat duduk bersebelahan dengan tingkap sebab aku suka duduk sebelah tingkap.

Tiba-tiba, datang dua orang budak perempuan mendekati meja aku dan Covy.

"Are you twins?" Tanya gadis berambut coklat itu.

Aku angguk tanda 'ya'. Covy pula senyap sahaja. Sebab itu memang perwatakkan dia. Tidak suka bergaul dengan orang lain. Even, duduk dalam rumah pun Covy senyap sahaja. Kadang-kadang, sahaja abang kembarku itu bersuara.

"Wow, patutlah muka nampak sama." Kata gadis itu pada kami berdua.

"My name is Alice."

"And my name is Michelle."

"Oh, Nice to meet you. I'm Evy and this is my big brother, Covy."

Mereka berdua teragak-agak mahu menegur Covy sebab abang kembar aku itu terlalu senyap. Seakan-akan tidak mahu diganggu oleh orang lain sahaja riak wajahnya. Macam muka papa. Dingin je.

"Dia tak banyak cakap. Sebab, dia tak suka bergaul dengan orang lain." Kataku pada mereka.

"Ohhh..."

"Good morning class."

Semua pelajar senyap dan kembali ke tempat masing-masing apabila seorang cikgu masuk secara mengejut. Bermulalah sesi perkenalan kami satu kelas bersama Miss Jenny. Masanya dibazirkan dengan hanya berkenalan dengan semua pelajar tahun 1.

♥♠♣◆

KRINGGGG

Loceng sekolah berdering nyaring menandakan sudah tibanya waktu rehat.

"Evy, kau pergi lah kantin dulu. Aku nak pergi ambil Bella makan dengan kita." Kata Covy padaku.

"Okey."

Aku pergi seorang diri ke kantin sekolah. Kelihatan sudah ramai pelajar dari beratur untuk membeli makanan. Aku tak perlulah beratur. Sebab, Aunty Nade ada sediakan bekal untuk aku dan Covy dalam satu bekas yang sama.

Aku terus ambil tempat duduk di meja makan yang kosong. Aku duduk disitu menanti kedatangan abang aku. Ada lah juga yang pandang ni macam tak pernah tengok manusia. Aku tidak mengendahkan pandangan mereka.

"Hi, Evy. Boleh kami makan dengan awak?" Pinta Michelle dan Alice.

"Boleh." Anggukku pada mereka berdua.

"Mana abang awak?" Tanya Michelle padaku.

"Dia pergi ambil Bella dekat kindergarten."

"Awak ada adik kah?"

"Oh, taklah. Bella is my cousin. Kami berdua selalu bersama dia."

"Ohhh.."

Mereka berdua makan makanan yang mereka berdua ada.

"Awak tak makan lagi kah?" Tanya Alice pada aku.

"Belum. Saya tunggu Covy dan Bella datang barulah saya makan. Awak berdua makan lah."

Mereka berdua angguk sahaja. Aku rasa segan juga bila sudah ada kawam baharu macam Michelle dan Alice. Sebab, aku banyak bersama Covy dan Bella sahaja. Rasa segan pula.

Lama betul Covy ni? Dia pergi ambil Bella pergi kantin ataupun sudah tersesat masuk hutan?

"Evyz nak tanya satu soalan boleh?" Pinta Alice padaku.

"Boleh..tanyalah."

"Aunty yang cantik-cantik dan muda masa hantar awak dan Covy pagi tadi tu..mak awak kah?"

"Ohh, Aunty Nade. Dia bukan mak saya. Tapi, dia yang jaga saya dan Covy. Sebab, mak saya dah lama meninggal dunia."

Mereka berdua kelihatan terkejut apabila aku berkata sebegitu. Aku pun tak pasti samada mak aku dah mati ataupun belum. Sebab, papa kata, mama dah mati. Lepastu, Aunty Nade kata, mama hidup lagi. Cuma, dia sibuk dengan kerja sampaikan Aunty Nade terpaksa jaga aku daa Covy.

"Maaf, sebab saya tanya soalan tu. Saya tak tahu." Kata Alice bersalah.

"Alah, tak apa. Awak kan tak tahu."

Tiba-tiba, meja kami dihentak kuat oleh tiga orang budak lelaki. Salah seorangnya amat aku kenali. Sebab, dia merupakan anak kepada jiran sebelah rumah. Aku benci dia.

"Eh, kau budak yang tak ada mak tu kan? Sekolah sini rupanya." Kata Ben padaku dengan senyuman yang sinis.

Dia memang suka cari pasal dengan aku. Aku rasa macam nak tampar je dia tu.

"Fuck boy. Go die with your statement. Aku tak suka kau datang dekat meja aku. Kotor."

Alice dan Michelle yang mendengarkan aku bercakap menggunakan kata-kata kesat itu terkejut dan tak sangka aku yang masih berumur 7 tahun sudah tahu pakai 'bad words.' Siapa lagi kalau
bukan Aunty Nade yang ajar.

Bukan ajarlah. Tapi, aku selalu dengar Aunty Nade marah-marah pakai perkataan kesat. Jadi, aku pun terikut-ikutlah.

"Dasar mulut longkang."

Ben menampar muka aku pakai 'tray'. Makanan bersepah dia atas lantai. Aku rasa sakit dan pedih.

"Melampau! Kau bodoh!"

Aku lontar bekas makanan miliku itu ke arah Ben. Kawan-kawannya yang lain tidak mahu masuk campur. Termasuk Michelle dan Alice juga senyap melihatkan pergaduhan aku dan Ben. Sampailah, cikgu disiplin sampai dan hentikan pergaduhan yang berlaku.

"Kamu berdua. Ikut cikgu pergi bilik disiplin."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top