25 MISSED CALLS

Aku tenung skrin telefon lama. Rasa bersalah juga aku tengok Nade call aku, tapi, aku biarkan sahaja. Aku sakit hati bila dia cakap macam tu. Siapalah yang tak sakit hati kan?

Dia tak fikir kah pasal perasaan aku. Keluhan berat aku lepaskan. Nade tak habis-habis nak fikir pasal Carolyn Carolyn Carolyn. Aku nak luangkan masa dengan dia pun asyik fikir pasal minah tu je.

Puntung rokok aku buang ke dalam tong sampah terus. Rumah itu aku pancitkan dengan pewangi supaya hilang bau asap rokok.

Kalau Nade tahu aku merokok dalam rumah, memang kena lah aku dengan dia.

Aku angkat daripada baring di atas sofa dan menuju ke dapur. Gelas aku ambil dan aku tuangkan jus oren ke dalamnya. Tiba-tiba, telinga aku mendengar bunyi loceng rumah ditekan berkali-kali.

Nade kah tu?

Mesti dia balik pakai grab ni. Kasihan pula aku tengok isteriku itu. Sampai hati aku buat dia macam tu kan? Tapi, dia lagi teruk sakitkan hati aku.

Kakiku melangkah menuju ke arah pintu utama. Tombol pintu aku pulas dan tarik. Wajah Rayden berada di depan aku. Mukanya kelihatan risau sahaja.

"Kau nampak bini aku tak?"

Aku berkerut memandang abang kembar aku itu. Asal pula dengan Carolyn.

"Tak. Kenapa?"

"Ishhh, aku memang agak dia jumpa Nade lah."

"What? Kereta kau?" 

Aku jengukkan sedikit kepala aku keluar untuk melihat rumah sebelah. Kereta Rayden yang selalunya diparkir di garaj, tiada. Pintu garaj pun dibiarkan terbuka begitu sahaja. Memang bijak betullah minah tu nak larikan diri.

"Bini kau mana?"

"Aku tinggalkan dia dekat kafe."

Rayden pelik memandang ke arah aku. Aku hanya biarkan pandangan Rayden itu.

"Korang ada masalah kah apa? Macam tu je kau tinggalkan Nade. Bahaya tahu tak." Kata Rayden prihatin.

Aku buat muka biasa sahaja. Memang aku rasa risau juga. Takut nanti Nade kena culik kah apa. Tapi, entah kenapalah aku tiba-tiba je pandai jadi ego.

"Haihh, kita cari diorang." Kata Rayden pada aku.

"Bukankah, kau ada kerja tengahari nanti. Jumpa klien kan?"

"Aku cancel. Nyawa bini aku lagi penting daripada klien tak guna tu. Kacau je hari cuti aku."

"Kau dah pujuk bini kau kah?"

"Belum lagi. Sejak aku halang dia ikut Nade, dia terperap je duduk dalam bilik. Siap buat bising pula tu. Speaker buka kuat-kuat. Risau aku tahu tak."

Keluhan aku lepaskan. Aku ambil kunci kereta dan kami berdua masuk ke dalam kereta milikku. Kereta aku pandu keluar daripada kawasan perumahan.

"Kita nak cari diorang dekat mana?" Tanyaku padanya.

"Kita pergi kafe tempat korang berdua mula-mula tu lah." Arah Rayden.

Aku pandu kereta dengan kelajuan yang maksimum. Fikiran aku mulai fikir benda-benda yang negatif akan keselematan Nade. Rasa bersalah menyentak diriku.

"Asal kau dengan Nade hah? Muka kau monyok je aku tengok." Tanya Rayden sekali lagi.

"Hmmm, dia curang ngan aku."

Rayden terkejut dengar jawapan aku. Mukanya seakan-akan tak percaya. Tiba-tiba, sahaja Rayden ketawa kecil. Aku rasa benda tu kelakar langsung.

"Macam mana kau tahu dia curang?"

"Dah dia leka dengan phone dia je sepanjang kitorang makan."

"Kau yakin kah dia chat dengan lelaki lain? Entah-entah, Carolyn yang dia chat. Apa lah kau ni. I want to show you something."

Rayden menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkam telefon. Aku ternanti-nanti dengan apa yang Rayden nak tunjukkan pada aku.

"Bini aku tertinggal phone dia. Jadi, aku bacalah chat dia dengan Nade. Jam pun menunjukkan masa yang sama kau dan Nade tengah date. Jadi, aku tak rasa Nade curang. Kau je overthinking lebih."

"Mana lah aku tahu. Dah dia cakap kekasih hati yang chat dengan dia. Memang panas lah aku."

"Kau pun satu. Tak pergi check phone bini kau dulu. Main tuduh melulu je."

Aku rasa bersalah yang amat bila memikirkan semula tentang Nade. Aku tinggalkan dia macam tu sahaja. Lepastu, dia call pun aku tak angkat. Ishhh, Rayyen, kau ni memang tak sayang bini kah?

Sesampainya di kafe yang dituju, aku dan Rayden pergi masuk ke dalam kafe tersebut. Mataku meliar mencari kelibat Nade. Namun, tiada satu pun di situ. Meja yang diduduki oleh kami berdua sebentar tadi pun, sudah diduduki oleh orang lain.

Aku mengikut sahaja dari belakang jejak langkah Rayden. Rayden menuju ke kaunter. Rayden menunjukkan gambar Nade dan Carolyn pada lelaki yang menjaga kaunter kafe itu.

"Have you seen this 2 girls in this cafe?" Tanya Rayden.

"Emmm, yang seorang ni saya tak pernah nampak. Tapi, yang sebelah kanan ni, dia baru sahaja selesai makan dekat sini."

Lelaki itu pandang muka aku.

"Haaa, dia dengan lelaki ni tadi." Tunjuk lelaki itu pada aku.

"Kau ada nampak dia pergi mana?" Tanyaku padanya.

"Aku rasa dia pergi seberang. Sebab, lepas dia buat bayaran dekat kaunter, dia terus keluar ikut jalan tu."

Aku dan Rayden melihat ke arah yang tunjukkan oleh lelaki itu. Kami berdua angguk daa mengucap terima kasih padanya.

"Aku rasa mamat tadi tu lagi 'caring' pasal Nade. Siap dia tahu lagi mana bini kau pergi."

"Ishhh, kau nak sindir aku kah?" Tanya aku tak puas hati.

Kami berdua masuk semula ke dalam kereta daa meneruskan pencarian Nade dan Carolyn.

"Betul lah kan. Aku memang agak dia memang perhati je Nade. Kalau tak, dia takkan tahu mana minah tu pergi."

"Dia tengok je pun."

Sebenarnya, dalam hati aku panas pula bila  Rayden cakap macam tu dengan nada yang menyindir aku. Tapi, aku tahankan sahaja.

"Jadi, pengajarannya, janganlah tinggalkan bini kau sesuka hati eh. Ada berlambak lagi mamat luar sana nakkan perempuan cantik tau. Nade tu apa kurangnya juga." Rayden sengaja nak panaskan hati aku.

"Dahlah kau ni. Bising."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top