2 MONTHS LATER~~

Aku garu kepala melihatkan barang dapur aku makin kurang. Ini kalau aku keluar macam tu je, memang Rayden tak bagi.

"Aduh, masa ni juga lah nak habis barang dapur."

Terpaksalah aku call Nade minta tolong dia yang belikan.

Tak apa, Rayden dah belikan satu kereta lagi untuk kami berdua pakai kalau perlu keluar ke bandar. Tapi, Nade je lah yang selalu keluar ke bandar. Kadang-kadang je aku ikut. Ikut Rayden lah. Dia nak bagi ataupun tidak. Tapi, selalunya tak bagilah. Sebab, aku perlu jaga dua orang kembar tu.

Aku mendail nombor Nade dan aku tunggu gadis itu mengangkat panggilan aku.

"Naaaaa!"

Aku dapat dengar Evy menjerit daripada ruang tamu. Aku lihat Evy dan Covy yang berebutkan permainan itu. Aku malas nak kisahkan mereka berdua yang semakin hari semakin nakal itu. Aku tak tahulah....kadang aku rimas juga tengok mereka berdua bergaduh antara satu sama lain.

Entah macam manalah bila dah pandai berjalan nanti. Aku rasakan memang jadi padanglah rumah ni.

Aku pelik sebab, panggilan aku dijawab oleh encik operator. Aku call sekali lagi dan tiada juga jawapan daripada gadis itu.

Selalunya, Nade memang akan terus jawab. Mungkin, dia tengah mandi kot.

Aku berjalan menuju ek arah ruang tamu. Aku lihat Evy yang sudah terbaring itu dihempap oleh Covy. Mereka berdua main tarik-tarik baju masing-masing. Si Evy tak nak kalah apatah lagi Si Covy tu.

"Haihh, korang berdua ni. Nasib baiklah anak aku. Dah dah tu. Janagn gaduh lagi."

Aku leraikan Covy yang menghempap Evy itu. Aku gendong Covy pada tangan kananku dan Evy pula pada tangan kiriku.

"Berat lah korang berdua ni. Macam angkat anak gajah." Kataku pada mereka berdua yang masih tidak tahu menjawab apa yang aku katakan.

Covy masih tidak puas hati dia, pukul tangan Evy. Evy tendang Covy. Mereka berdua mula bergaduh di dalam dukungan aku.

"Aduhhh, stop it." Kataku tegas.

Mereka berdua pandang muka aku dengan muka yang tidak bersalah siap buat muka comel lagi tu.

"Ee, geramnya aku dengan korang ni. Menjengkelkan betul perangai." Bebelku seorang diri.

Aku menuju ke rumah sebelah nak jenguk Nade. Manalah tahu minah tu mati kah apa sampaikan tak boleh angkat call aku.

Aku pergi mendekati pintu utama. Aku tekan loceng berkali-kali. Namun, tidak ada tanda-tanda bahawa penghuni rumah ni mahu membukanya. Aku pulas tombol pintu rumah. Tetapi, ia berkunci.

Aku ingat pesanan Nade yang pintu menyambungkan garaj dengan rumah Nade tidak berkunci. Aku pakai laluan itu untuk masuk.

Apabila sudah masuk, aku terus letakkan Covy dan Evy di dalam baby chair. Sebab, aku ada belikan baby chair untuk diletakkan di rumah Nade. Sebab, kadang-kadang aku akan lepak dengan Nade.

Apabila aku meletakkan Covy di dalam babychair, dia menangis pula. Evy diam hanya melihat abang kembarnya itu menangis. Aku memang agak Si Evy ni memang tak ada perasaan langsung.

"Aduhhh, dia ni. Cengeng betul lah." Bebelku pada Covy.

Akhirnya, aku bawa Covy sekali dengan aku untuk mencari Nade. Bila aku ke ruang tamu, kosong. Ruangan bilik lain juga kosong.

Aku naik ke tingkat atas membiarkan Evy seorang diri di ruang tamu. Aku biarkan dia menonton televisyen yang menyiarkan siaran kartun My Little Pony. Macam buat rumah sendiri je kan. Hahahhaha...

Aku terjah macam tu sahaja bilik yang ada di situ. Semuanya kosong termausk bilik Nade. Namun, aku perasan pintu bilik air Nade terbuka luas.

Aku tertarik menuju ke arah bilik air itu. Apabila aku membuka pintunya lebih luas, aku lihat Nade yang tersandar lemah pada dinding bilik mandi.

Aku bergegas mendekatinya. Aku tepuk perlahan  pipi Nade. Matanya mencelik sedikit.

"Aku p...pening kepala." Katanya dengan nada yang rendah sahaja.

Aku terkenangkan akan keadaan aku yang dulu. Ianya membuatkan aku tersenyum lebar.

"Mesti kau pregnant ni."

Nade tidak menjawab malah dia jeling aku. Dia gelengkan kepalanya tanda 'tidak'.

"Kau dapat berdiri tak? Kita pergi hospital, nak check kau."

Nade cuba untuk berdiri. Namun, dia rebah semula duduk di atas lantai.

"Mata aku kabur. Pening sangat kepala aku ni." Katanya pada aku.

Wekkk

Nade muntah pada mangkuk jamban. Aku memang boleh agak dia pregnant.

"Kau tunggu kejap. Aku nak letakkan Covy dengan Evy dalam kereta dulu. Nanti aku bawa kau sekali." Kataku padanya.

Dia tidak bersuara menjawab aku. Tetapi, hanya membuat isyarat 'ok'.

Aku berlalu pergi meninggalkan Nade. Aku keluar daripada rumah itu dan menuju ke arah rumahku.

♥♠♣◆

Sesampainya di hospital aku tinggalkan sebentar Nade bersama-sama Covy dan Evy yang duduk di dalam Safety Chair itu. Aku bergerak meminta bantuan dua orang pekerja hospital untuk angkat Si Nade sebab dia memang tak boleh banyak bergerak. Nasiblah tak pengsan macam aku dulu.

Tiga orang jururawat lelaki itu mengekori aku sehingga ke kereta bersama-sama menyorong katil yang akan menempatkan Nade nanti. Nade diangkat oleh seorang jururawat lelaki itu dan diletakkan di atas tilam. Aku bawa keluar sekali Si kembar itu bersama ku dan mengekori mereka yang akan menghantar Nade ke bilik pemeriksaan.

Sesampainya di depan bilik pemeriksaan, mereka membawa Nade masuk kecuali seorang jururawat lelaki. Aku diminta untuk tidak masuk dan tunggu di luar bilik sahaja.

"Twins?" Tegur seorang jururawat lelaki itu pada aku.

"Yeah."

"Lelaki perempuan eh?"

Dia nampak peramah mahu berbual dengan aku. Aku perasan nametag dia yang melekat pada uniformnya itu. Tertera namanya, William.

"Ha'ah."

"Ohhh, comel. Siapa nama mereka?"

"Yang ni Covy dan yang ini Evy." Kataku padanya sambil menunjukkannya yang mana satu Covy dan Evy.

"Hii, you look so cute." Tegurnya pada Covy dan Evy.

Covy menangis apabila disentuh oleh William. Evy pula hanya senyap sambil merenung wajah William yang asing pada pandangannya itu.

"Covy, janganlah nangis. William baik orangnya. Dia yang bantu aunty Nade." Pujukku padanya.

William kelihatan bersalah sebab membuat Covy menangis. Covy semakin galak menangis sampai dia meronta-ronta dalam dukungan aku. Aku hilang keseimbangan badan dan hampir jatuh. Nasib, baik William sempat menahan aku.

"Boleh saya pegang Evy?" Pintanya pada aku.

"Boleh boleh."

Aku biarkan William mengambil Evy daripada aku. Evy hanya diam melihat William. Aku cuba untuk tenangkan Covy yang semakin kuat menangis itu.

"Alahai, budak ni.. janganlah nangis." Pujukku padanya.

"Maaflah sebab saya buat Covy nangis."

"Tak apa. Dia memang macam ni. Kuat nangis macam bapa dia." Sempat aku memgutuk Rayden.

Kalau Rayden tahu aku bebual dengan lelaki lain, habis lah nak melayan dengan rajuknya lagi.

Evy menampar muka William.

"Evyy.." tegurku pada perbuatan Evy.

Namun, gadis kecil itu hanya ketawa sahaja tidak mengendahkan teguran aku.

"Awak nampak muda. Umur berapa eh?" Tanya William lagi padaku.

"I'm 20."

William hanya mengangguk. Kami.berdua berbual antara satu sama lain sambil menunggu Nade yang masih diperiksa itu.

♥♠♣◆

Hampir sejam juga aku tunggu, barulah doktor keluar. Ianya doktor lelaki.

"Awak, keluarga kepada Nade?" Tanya doktor itu padaku.

Aku angguk dan dia mempelawa aku masuk. Aku lihat Nade yang masih terbaring dengan mukanya yang pucat itu. Mungkin, terlalu banyak muntah.

"Tahniah, sebab Nade pregnant. Kandungannya pun sudah mencecah sebulan." Katanya padaku.

"Nahhh, kan aku dah cakap kau pregnant." Kataku pada Nade yang masih terbaring atas katil hospital itu.

Dia buat mimik muka mengejek aku. Doktor pula hanya tersenyum.melihat kami berdua yang serupa macam budak-budak itu. Tak padan langsung nak jadi orang dewasa.

"Saya sarankan untuk Nade jaga pemakanannya dan kesihatan supaya kandungan sentiasa sihat dna tidak berlaku apa-apa yang buruk. Ini, tarikh check up ya.."

Doktor itu memberikan slip kertas pada aku. Aku gembira sangat-sangat sebab aku nak balas dendam pula pada dia. Dia banyak usik aku masa aku pregnant dulu. Aku usik dia pula.

"Ini pregnancy test dia."

Aku ambil objek yang panjang berwarna putih itu. Ianya menunjukkan dua garis merah menandakan Nade memang mengandung.

"Aku dah agak! Kau akan pregnant! Aku harap..anak kau lagi banyak dari aku!" Kataku sepatah-sepatah ke arah Nade di depan doktor itu tanpa rasa malu.

"Eleh, tak ada. Aku pasti anak aku seorang je." Balas Nade tidak puas hati.

Doktor lelaki itu hanya tersenyum melihat perangai kami berdua.

"Rayyen tahu kah pasal ni?" Tanya Nade padaku apabila dia teringat akan suaminya itu.

"Tak, aku tak beritahu dia pun yang kau pergi hospital. Rayden pun tak tahu aku keluar macam tu je."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top