Bab 79

Davika melihat nama pemanggil yang tertera di skrin telefon miliknya. Satu dengusan tercetus di bibirnya tatkala Rayden yang memanggilnya.

Butang merah ditekan bermaksud dia menolak panggilan yang baginya tidak penting itu. Namun selang beberapa saat telefonnya kembali berdering meminta disambut.

Mahu tidak mahu Davika terpaksa juga menjawab panggilan dari saudaranya itu.

"Kau nak apa lagi!" bentak Davika dengan nada yang tinggi.

"Woo...relaks. Belum dengar pun suara aku kau dah marah marah ni apasal. Susahlah perempuan zaman sekarang. Baru itu nak marah baru sikit je nak marah juga,"

"Just straight to the point!" marah Davika lagi. Bosan dia dengan perangai Rayden.

"Aku cuma nak buat penguguman. Terpulang pada kau nak percaya ke tak aku tak kisah sama sekali pun. Disebabkan kau dah hancurkan plan aku kelmarin so why not I'll take the revenge. Kau tahu tak rancangan tu betapa pentingnya untuk aku. Kau dengan senang lenang je halang kan?kau ingat aku tak tahu?aku ada banyak mata-mata bukan polis tapi orang suruhan. Jadi aku nak kau bersedia menghadapi kematian kau tak lama lagi," ujar Rayden penuh sinis.

Malang sekali sedikit pun Davika tidak takut malah dia ketawa sengaja ingin membuatkan hati Rayden bertambah sakit dengan tindakannya.

"Kematian?haha...lawak. Aku boleh describe kau ni seorang yang lawak. Maksud aku suka buat lawak bodoh tak masuk akal tu. Kau fikir kau boleh bunuh aku?sedangkan dulu aku hampir boleh terbunuh kau apatah lagi sekarang," balas Davika tanpa memikirkan dosa.

Rayden mengetap bibirnya. Sungguh dia tidak percaya yang Davika boleh pula mencabarnya walaupun dia dalam keadaan yang penuh serius.

"Hm...Bagus. Tapi kalau aku kata Noah juga jadi mangsa aku. Macam mana tu?"

Kini giliran Rayden pula ketawa.

Senyuman sinis Davika terus hilang. Namun dia mengawal perasaannya ketika itu cuba untuk membuktikan Rayden yang dia tidak takut atau gentar sekali pun.

"Oh really?kenapa perlu kaitkan Noah sedangkan dalam hal ni tak ada kena mengena pun dengan dia. Kau fikir aku juga kisah kalau kau libatkan dia sekali pun?" Davika cuba untuk berbohong kali ini. Dia tidak boleh biarkan Rayden menang.

"Aku tahu Davika. Kau mesti dah risau kan?kau jangan nak berbohong. This is me Rayden. Your lovely cousin. Aku tahu kau sebenarnya cuba berlakon kan?" ujar Rayden lagi lalu ketawa besar.

"Aku tak ada masa nak berlakon lainlah kalau aku dibayar untuk berlakon. Kau tak payah cakap lebih Rayden sebab aku tahu kau sebenarnya pengecut dari dulu lagi. Dahlah takut air ada hati pula nak bunuh aku,"

"Kau jangan pertikaikan yang aku ni fobia air. Ini semua salah kau!aku tak sabar nak bunuh kau Davika. Aku akan bunuh Noah sekali. Aku tahu dia ada kat kampung ibubapa angkat Hana sekarang. Semua orang yang tersayang dalam hidup kau aku akan bunuh satu per satu kecuali mak kau. Kau hanya perlu tunggu waktunya!" panggilan terus ditamatkan.

Davika lantas mencari nombor telefon Noah. Dia perlu beritahu Noah tentang itu dengan segera. Tangannya terasa lemah pula saat ini. Tak boleh!papa tak boleh!Noah juga tak boleh mati!

Hana yang sedang menyediakan makanan terhenti apabila telefon suaminya berbunyi.

Dia melihat nombor yang tidak dikenali itu lama. Siapa pula yang call dia tengahari ni?Nampak macam nombor telefon ni tak pula disave di contact. Bisik dalam hati Hana.

"Sayang. What wrong?" ujar Noah yang baru sahaja siap mandi.

"Ni ada orang call. Awak pergilah sambut dekat luar. Line kat kampung ni kadang-kadang tak bagus,"

Telefon bertukar tangan. "Siapa pula yang call ni. Tak apalah. Hubby malas nak call,"

"Eh no. Awak pergi lah. Manatahu important ke apa. Kita tak tahu kan. Just go hottie pie," ujar Hana.

"Okeylah kalau macam tu." akur Noah.

Davika sudah mula mundar mandir di depan pintu biliknya. Apabila panggilannya dijawab dia lantas membuka mulut.

"Noah kau okey ke?ada apa apa yang berlaku di sana?Hana and Niel okey ke?" bertubi tubi soalan yang dilontarkan oleh Davika. Dia punya risau ketika itu tiada tandingnya sehingga Noah pun menjadi pelik.

"Everything is fine here. What wrong Davika?" tanya Noah.

"Aku cuma nak bagitahu yang kau kena hati hati. Rayden akan ke sana. Dia libatkan kau dalam rancangan dia tempoh hari bila dia tak berjaya. Aku sarankan lebih baik kau bawa Hana dan Niel bertolak segera sebab dekat kampung tu susah sikit tambahan pula ibu angkat Hana ada di sana. Aku tak berbohong. Terpulang pada kau nak percaya tapi ini melibatkan nyawa,"

Noah terkejut dan pada masa yang sama dia pelik juga dengan perangai Davika yang tiada angin tiada ribut tiba-tiba sahaja berubah. Dulu dia sering guna I you, saya awak bila bercakap dengan aku tapi kali ini beraku kau pula.

"Davika kau buat semua ni mesti bersebab kan. Tapi kalau memang kau tak berbohong aku nak berterima kasih dekat kau.
I have to prepare now. Thanks again,"

"Stay safe.Jaga Hana dan Niel,"

Noah terdiam sejenak. She is totally the new one today.

"Awak...dah kenapa diam tu?" ujar Hana apabila melihat Noah yang berdiri sambil menatap skrin telefon.

"Tak ada apalah. Biasalah kalau tengah fikirkan memori saya dan awak memang pun macam tu. Sayang jom masuk dalam. Tak baik berdiri lama lama di luar ni,"

Hana menyambung semula kerja yang tergendala tadi. Apa yang suami aku bualkan sampai terdiam macam tu. Kena break dengan girlfriend ke apa. Ish kesitu pula aku fikir.

"Sayang boleh tak kita balik villa hari ni?"

Hana mengerutkan dahinya. "Kenapa pula awal?Saya tak puas lagi di sini. Awak ada kerja ke?"

"Sebeluk tu saya nak minta maaf sekali lagi. Sebenarnya saya terpaksa gantikan tempat doktor Liew esok. Jadi saya kena bersedia lebih awal untuk buat persediaan pembentangan tentang ceramah di hospital esok," bohong Noah dan itu satu satunya cara yang dia ada sekarang ini.

Hana mengeluh perlahan tetapi tidak berapa lama kemudian dia tersenyum."Saya ikut je. Lagipun kerja tu penting dan Hana tak naklah bebankan hottie pie," balas Hana.

"Thanks honey. So petang ni kita akan gerak ye. Nanti hubby kemaskan barangan," Noah mengucap syukur dalam diam. Nasib baik jugalah segalanya memudahkan urusannya kerana dia yakin apa yang Davika beritahu sebentar tadi ada benarnya. Dia pun tidak boleh benci sangat dekat perempuan tu sebab dia boleh melihat yang Davika masih boleh kembali ke pangkal jalan yang benar.










Thanks for the read/vote/comment❤.

Kalau sudi berilah komen jangan segan2.

Yang dah letak dekat reading list tu author amat hargai ye❤

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top