Bab 63



Hana yang baru sahaja ingin membaringkan badannya di atas katil terpaksa membatalkan niatnya apabila terdengar suara ibunya yang memanggil namanya dari luar.

"Hana kamu dah tidur ke?" tanya datin Evelyn sambil mengetuk pintu bilik anaknya.

"Wait mum...Hana dah nak pergi buka pintu ni,"

Hana mengukir senyum. "Mumy belum tidur lagi ke?dah lewat ni," kata Hana perlahan. Takut kalau dia menganggu tidur penghuni lain di dalam villa.

Datin Evelyn membalas dengan senyuman kecil. "Mumy ada sesuatu nak cakap dengan Hana. Tapi Hana jangan terasa hati ye,"
Bahu anaknya dipegang lembut.

"Tak apa mumy. Hana okey je," ujar Hana namun di dalam hati sudah mula berdegup ingin tahu apa yang bakal keluar dari mulut ibunya. Adakah itu satu berita baik atau buruk?

"Hana sayang mumy tak?" pertanyaan pertama dari datin Evelyn itu membuatkan Hana berasa seperti ada sesuatu yang bakal berlaku. Sebelum ini tak pernah pun ibunya memberinya soalan seperti itu namun hari ini ada lain sedikit.

"Hana sayang mumy selama-lamanya. Sampai bila bila pun mumy tetap ratu di dalam hati Hana," ujar Hana.

"Hana, sebenarnya mumy yang suruh Theo call Noah untuk suruh kamu pulang. Mumy cuma tak nak Hana bertemu dengan ibu Noah. Hana ingat lagi kan siapa yang buat Hana terseksa hati dahulu?mumy bukannya tak suka Hana rapat dengan ibu Noah tapi mumy minta jangan lagi jejakkan kaki di rumah mereka. Tapi mumy tak halang pun kalau Noah dengan Hana tinggal di villa ni itu yang lebih mumy suka walaupun Noah dah berniat pun nak pindah ke rumah kamu berdua," terang datin Evelyn.

Hana mengerutkan dahi. Dia bukan naik angin sebab datin Evelyn berkata begitu cuma dia berasa tertanya-tanya. Bukankah perkara tu dah lama berlaku?lagipun aku tak berdendam dengan mama Noah.

"Mumy...Hana tak berdendam pun dengan mak Noah. Hana tahu setiap manusia tak pernah lari dari kesilapan. Semua manusia insan biasa yang penuh dengan dosa. Apa yang dah berlalu Hana terima dan Hana anggap itu sebagai satu ujian dari Tuhan. Lagipun Hana tahu mak Noah tidak berniat sekali pun nak sakitkan hati Hana dulu kalau bukan kerana Davika," ujar Hana.

Datin Evelyn hanya tersenyum nipis mendengar balasan anaknya. "Tak apalah. Hana ikut keputusan Hana sendiri. Mumy masuk tidur dahulu ya. Selamat malam," dahi Hana sempat dikucup sebelum dia berlalu pergi.

"Mumy..." panggil Hana semula.

Datin Evelyn memusingkan badannya ke belakang.

"Mumy marah Hana ke?" tanya Hana perlahan.

Datin Evelyn menggelengkan kepalanya. "Tak. Mumy tak marah Hana pun. Dah lewat ni, Hana pergilah masuk tidur. Mumy perasan sesuatu Noah di mana?" datin Evelyn sempat melihat di sekeliling ruang villa.

"Dah tidur mungkin di tingkat bawah. Good night mumy," Hana mengukir senyum. Pada masa yang sama dia cuba menyembunyikan perkara sebenar dari pengetahuan ibunya dan berharap agar ibunya tidak mengesyaki apa-apa.

"Yelah. Mumy pergi dulu ya,"

Hana lantas menghela nafas lega.
Nasib baik selamat. Sebaik sahaja datin Evelyn hilang dari pandangannya, Hana terus turun ke tingkat bawah. Pada masa itu jam telah pun menunjukkan pukul 11:44 malam.

Keadaan di ruang tamu tingkat bawah begitu sunyi. Dia pun segera menuju ke bilik tetamu untuk mencari Noah namun hampa apabila mendapati ruang bilik itu kelihatan kosong.

Hana menggaru kepalanya yang tidak gatal. Mana pula dia pergi?Tak mungkin dia pergi tidur kat hospital?mustahil!

Hana menjenguk di luar tingkap. Matanya tiba-tiba tertancap pada satu susuk tubuh yang sedang berbaring di atas sofa luar villa dan itu suaminya. Kelihatan Noah yang sedang berpeluk tubuh mungkin kesejukkan kerana jam hampir menunjukkan ke angka 12.

Pada mulanya Hana cuba untuk membiarkan suaminya itu namun bila difikirkan semula tak mungkin dia sanggup nak tengok suaminya itu sakit keesokkan harinya.

Hana lantas membuka langkah menuju ke bilik ingin mengambil selimut. Yelah tak mungkin dia nak angkat suaminya itu. Mahu patah tulangnya nanti.

Beberapa minit kemudian, Hana turun semula ke tingkat bawah dengan selimut di tangannya. Namun langkah Hana terhenti apabila mendapati pintu utama villa terbuka luas.

Tanpa berfikir panjang dia terus menuju ke luar villa. Sekali lagi langkah Hana terhenti.
Pandangannya sudah berubah menjadi seperti pandangan maut.

Davika menyelimutkan tubuh Noah dengan senyuman yang begitu manis. Wajah kacak Noah itu walaupun sedang tertidur mampu mencairkan hatinya.

Hana menggengam buku limanya penuh erat. Selimut yang dipegangnya dibuang ke tepi. Lagi memanaskan hatinya apabila Hana melihat Davika yang ingin membelai wajah suaminya itu.

Kaki dilajukan menuju ke arah Davika. Dengan kasar, tangan Davika direntap kasar oleh Hana dan membawa gadis itu jauh sedikit dari Noah.

"Ish lepaslah!kau ni gila ke apa!" Davika menarik tangannya dari pegangan Hana. Tangannya yang mula memerah itu dipandang dengan wajah yang tak berpuas hati.

"Aku yang sepatutnya tanya kau soalan tu!eh kau ni memang nak kena halau keluar dari villa malam ni juga ke?aku warning sekali lagi. Kau tak ada hak nak ambil berat dekat suami aku!aku ada untuk dia. Aku isteri dia. Kau tak perlu anggap diri kau tu macam isteri dia!you are nothing for him!" marah Hana dengan api kemarahan yang membuak-buak.

Mahu sahaja dicekiknya perempuan yang berdiri di hadapannya sekarang ni tapi dia masih waras. Masih tahu dimana yang betul dan salah.

"Oh really?well, its very surprising me with the 'new Hana'. Setahu aku Hana yang dulu nampak lemah. Senang dipijak. Senang diperbodohkan. But now tak sangka dia macam nak pijak aku balik pun ada. Eh hello sekarang ni kau tak perlu nak kaitkan ada hak ke tak ada hak!bosan tau tak. Aku nak Noah. Aku dah jatuh cinta dengan dia sejak aku jadi isteri palsu dia. Aku rindu semua belaian dia terhadap aku dahulu. Aku rindu betapa caringnya dia dekat aku masa tu. Tapi sekarang semua dah hilang dan kaulah punca semuanya!" Davika menuding jarinya tepat ke arah muka Hana.

Hana menepis kasar tangan Davika. "Aku punca?atau diri kau sendiri yang cari punca tu. Dahlah buat fitnah. Tikam belakang kawan baik sendiri. Lepas tu ada hati nak rampas suami orang. Sekarang nak musnahkan pula kebahagiaan aku. Davika aku penat dengan semua ni!aku minta sangat tolong hentikan semua rancangan kau tu. Aku masih boleh maafkan kau Davika tapi jangan sampai belas kasihan aku dekat kau hilang baru kau nak merana!thats time there is no second chance for you anymore,"

"Then, who care?aku tak pernah pun nak minta maaf dekat kau!sekali pun tak akan pernah. Bagi aku kau hanyalah musuh utama aku. Dengar sini baik-baik aku tak akan pernah berputus asa untuk Noah. Dia pasti akan jadi milik aku suatu hari nanti dan masa tu dia akan ceraikan isteri tak guna macam kau!" dengan sinisnya Davika berkara. Dia pun segera berlalu dengan senyuman kemenangan yang terukir di bibir.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top