Bab 62



Sampai sahaja mereka di perkarangan villa The Livingston, Hana terus keluar dari kereta dengan kemarahan yang masih membara.

"Hana..." panggil Noah namun panggilannya itu bagaikan angin yang berlalu sahaja.

Kaki dilajukan namun langkahnya terhenti apabila teringat Niel. Hana berpatah balik semula untuk mendapatkan anak kecil itu. Kali ini dia tak akan benarkan suaminya bermain dengan Niel.

"Come baby Niel," perlahan-lahan anak kecil itu didukungnya. Pipi anaknya sempat dikucup dengan penuh lembut.

"Hana..." panggil Noah namun panggilannya itu bagaikan angin yang berlalu sahaja. Langsung tidak dibalas oleh Hana. Ambik kau!siapa suruh mulakan perang kan dah kena.

Dari jauh Davika tersenyum sinis melihat pasangan itu. Aku janji akan buat yang lebih teruk dari ini dan janji kau dulu tu aku akan sentiasa ingat. Monolognya dalam hati.

Hana terhenti sebaik melihat Davika yang sedang berdiri di hadapan pintu villa. Amboi lagaknya macam villa ni milik dia ye. Siap bersandar di dinding tu lagi.

"So best tak luangkan masa dengan mentua 'kesayangan' kau tu?" Davika sengaja menekankan ayat kesayangan itu dengan kuat. Padahal ada sindiran yang tersembunyi di sebalik kata katanya.

Hana faham akan maksud kata kata sindiran Davika itu namun dia hanya buat tidak tahu. Gayanya seperti orang yang mudah diperbodohkan sahaja.

"Mesti lah best kan dah lama tak sembang dengan mereka. Ala macam lah kau tak tahu kan betapa gembiranya aku hari ini sebab dapat luangkan masa dengan diorang. Oh ya lagi satu kau nak tahu tak?tadi aku dapat cuba masakan mak mentua aku yang paling special. Nak tahu lagi tak sedap makanan tu tak boleh bawa bincang tau," dengan bangganya Hana berkata tetapi pada masa yang sama niatnya adalah untuk menyakitkan hati Davika.

Wajah Davika kelihatan kemerahan akibat menahan kemarahan. Buku lima dikepal penuh erat.

"Hana!semua tu tak akan terjadi kalau kau tak ingkar dengan janji kau tempoh hari!konon nak pergi jauh bila anak kau lahir tapi semua tu bohong. Aku fikir mati-matian kau akan pergi jauh dari sini tapi sebaliknya masih berkepit dengan Noah!kau tunggu Hana. Aku akan buat kau menyesal dengan ini," kata Davika.

"Aku dah agak dah plan kau dari awal. Kau tak boleh lihat orang lain bahagia. Kau ingat nak capai impian untuk wujudkan keluarga bahagia begitu mudah ke?kalau mudah nescaya tiadalah keluarga yang pincang dan terbentur kecundang ditelan gelombong.
Kau tak pernah sekali pun biarkan aku bahagia dengan keluarga aku sendiri. Davika aku sebenarnya tak-"

"Enough!" potong Davika separuh menjerit." Aku cemburu dengan apa yang kau ada sekarang Hana!kau ada keluarga yang sentiasa ada untuk kau!suami kau sentiasa ada di di samping kau!semua orang ambil berat tentang kau!bila kau dah bahagia kau mesti dah lupa kawan yang sentiasa bantu kau bila kau berada dalam kesusahan. Aku tak perlukan kawan jenis macam kau dan kau tak layak dianggap sahabat!" kata Davika lagi.

"Tak, sekarang ni aku cuma tak faham dengan apa yang kau sedang sampaikan dekat aku. Lagi satu aku sebenarnya tak nak bertengkar dengan benda yang sama. Dah berulang kali kau kata tentang ni. Bahagia?aku rasa semua orang di dunia ni tak ada yang sempurna. Kalau aku ada terkasar bahasa maafkan aku,"

Usai berkata Hana terus berlalu meninggalkan Davika.

"Hana!I'll make you regret soon!"
kata Davika perlahan namun sempat ditangkap Hana.

Aku akan pastikan kau tak akan dapat rasakan kebahagian pada hari valentine. Aku tahu hari itu akan menjadi hari yang terpenting dalam hidup kau tapi jangan pernah berharap. Aku boleh hancurkan semuanya. Monolog Davika dalam hati.

Pintu bilik ditutup rapat dan dikunci perlahan. Hana segera menyediakan alat mandian untuk Niel. Hana sedar anak kecil itu kelihatan bersedih ketika ini.

"Baby Niel. Kenapa anak mumy ni bersedih?smile please...taknak lah macam ni nanti mumy pun ikut sedih," kepala anaknya dibelai penuh lembut.

"Mmy...dddy?" tanya anak kecil itu yang masih belum dapat menyebut dua ayat itu dengan betul.

"Daddy...busy. Later baby Niel play with daddy but not now okey. Mumy nak mandikan sayang and then we watch cartoon movie. But before that, can baby Niel give mumy the cutest smile?"

Niel mengukir senyuman untuk ibunya. Terserlah kecomelan anak kecil itu membuatkan Hana geram lantas mencubit lembut pipi anaknya. Tak hairanlah mumy dia pun comel juga. Bila dah besar nanti mesti kacak pula ikut jejak ayahnya.

Jam telah pun menginjak ke angka 9. Mahu tidak mahu Noah memberanikan dirinya untuk mengetuk pintu bilik dia dengan isterinya. Dia tahu mesti isterinya itu tidak mahu bersua muka mahupun bercakap dengannya tika ini.

Hana mendengus kecil tatkala pintu bilik diketuk oleh seseorang dari luar. Yakin betul dia orang itu pasti suaminya. Mahu tidak mahu terpaksa juga dia membuka pintu dengan wajah yang masam mencuka.

"Awak nak apa?" tanya Hana dengan suara yang dingin.

"Nak isteri saya," balas Noah ringkas. Keningnya dijongket sebaik sahaja Hana memandang tepat ke arahnya.

"Pergi tidur di bilik kat bawah!" arah Hana dengan muka yang tak bersalah. Siapa yang mulakan pergaduhan jadi dia yang kena terima semua di akhirnya.

"Kalau saya kata tak nak?" Noah menyilangkan tangannya di dada.

"Saya tak suruh awak buat pilihan pun. Dah sana!malas nak bercakap dengan awak," bahu suaminya ditolak perlahan. Aku bukan suka pun kalau asyik marah-marah tapi dia yang paksa aku buat semua ni.

"Tapi jawapan saya masih yang sama. Niel dah tidur ke?"

"Dah. Ish sanalah saya nak tutup pintu ni!" bentak Hana yang mula naik geram. Aku nak tutup pintu pun tak dapat. Tangan dia tu kemain seronok lagi tahan pintu ni. Tahulah tenaga aku ni tak sekuat dengan tenaga yang dia ada tu. Tak lama lagi adalah pesta pintu terbang ni.

"Sayang, give me a second to kiss my son.Can you?I promise after that I wont stay in this room," pinta Noah.

"Make it fast,"

"Thanks honey,"

Hana memandang suaminya yang menuju ke arah anak mereka. Terbit senyuman di bibir Noah melihat anaknya yang sedang tidur lena. Dahi Niel dicium lembut dan sempat dia membelai kepala anaknya itu.

"Goodnight, my handsome baby Niel. Jaga mumy ya. Papa tak dapat tidur dengan baby Niel malam ni. Im really sorry," ujar Noah separuh berbisik. Menyedari anaknya yang mula menggeliat kecil itu dia pun segera pergi.

"Honey, I didnt mean to hurt your feelings just now. Im sorry," ujar Noah. Sejurus berkata dia pun terus berlalu meninggalkan ruang bilik memandangkan isterinya itu seperti tidak mahu berkata lagi.

Apa yang kau dah buat ni Noah?Kau kena lawan dengan sifat ego kau yang kadang muncul kadang bersorok. Noah berkata dalam hati.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top