Bab 52
"Mumy...betul ke apa yang Davika kata tadi tu. Dia kena halau dari rumah?kita pun bukannya tak tahu perangai dia dari dulu. Ada je yang dia tak puas hati," bisik Daniella perlahan.
Datin Evelyn mengangguk perlahan. "Takpe...yang penting kita kena sentiasa berjaga-jaga. Mumy tak nak lah berburuk sangka sangat dengan Davika tapi memandangkan selama ini dia pernah buat masalah dekat Hana. Mumy pun kurang percaya sama ada betul atau tidak apa yang dikatakan Davika tadi," balas datin Evelyn.
"Mumy...Daniella rasa Davika tu menipulah. Mesti dia ada plan dekat family kita lagi. Daniella tak mahu lah perkara lalu berulang lagi," kata Daniella.
Terimbas kembali perkara paling menyakitkan hati tempoh hari dia seperti ingin sahaja mencekik leher Davika masa tu. Dan sekarang sudah tentu dia pantang melihat muka Davika.
"Ish...tak baik tuduh tanpa bukti. Apa yang penting kita kena selalu berjaga-jaga. Nanti mumy minta Nick selalu jaga pergerakkan Davika dalam villa ni," ujar datin Evelyn walhal dalam hati dia pun ragu-ragu dengan tindakan Davika.
"Yelah. Semua pengawal yang cedera pagi tadi ada dekat hospital sekarang. Doktor kata mungkin minggu depan baru boleh keluar dari hospital,"
"Kalau macam tu semua kos rawatan nanti mumy akan selesaikan,"
"Tak mumy. Noah dan Theo kata kos rawatan tu dikecualikan. Lagipun semua pengawal kita dihantar di T&N hospital,"
"Takpe nanti mumy nak bincang semula dengan diorang."
Davika menutup pintu bilik yang dipilihnya dimana bilik itu hanya bersebelahan dengan bilik Chalida. Minah sewel tu pun ada juga dalam villa ni. Wow aku tak sangka. Bisik dalam hati Davika.
Bagasi diletakkan di atas lantai. Selepas itu Davika terus membaringkan tubuhnya di atas katil. Telefon diambil dan mula menaip mesej untuk dihantar kepada Rayden.
Everything done. Aku dah berjaya untuk plan yang kedua. Lepas ni plan ketiga aku nak buat perlahan-lahan. Tunggu datin tu kemalangan dulu hahaha.
Mesej terus dihantar.
Rupa-rupanya Hana ni anak orang berada pula. Aku sangka dulu dia memang menetap di kampung. Buang duit aku je bantu dia itu ini tapi tengoklah sampai sekarang jasa aku tu tak dibalasnya juga malah dilupakan.
Siap kau lepas ni Hana!aku tak sekali pun bagi kau peluang bersama dengan Noah pada hari valentine. Oh ya lagipun hari valentine tu adalah hari anniversary diorang juga.
No husband. No son. Be lonely. No roses. No chocolate. No romantic moment. All you have that time is a sad ending.
Davika tersenyum penuh jahat. Yes, kalau nak tahu aku gembira buat semua ni sebab aku tak pernah bahagia. Sekali pun tak pernah kecuali Noah ada di samping aku. Entah kenapa tapi aku dapat rasakan lelaki tu dapat membahagiakan aku tapi tulah dia dah cintakan sepenuhnya dekat isteri tersayang dia tu ceh!
Tiba-tiba pintu biliknya dikuak dari luar secara mengejut oleh Hana.
"Sorry...ingatkan kau dah tidur. Macam mana dengan bilik ni?okey tak?" tanya Hana.
Davika tersenyum. "Okey je. Aku selesa sangat. Thanks tau Hana sebab tolong aku," ujar Davika.
"Kau pun dah banyak bantu aku Davika. Aku pun nak ucapkan terima kasih,"
Davika memegang tangan Hana. "We are friend right?" kata Davika seraya tersenyum. Hana mengangguk.
"Of course."
Daniella dan Chalida sempat mencuri dengar perbualan Davika dan Hana di luar bilik.
"Penipu je perempuan mulut puaka tu," kata Chalida perlahan.
Daniella memandang Chalida. Oh baguslah sesuai sangat Davika tu disamakan dengan perempuan mulut puaka.
"Jomlah Daniella...esok kita rancang plan kita lagi,"
Davika mengangguk. Nak tahu apa rancangan tu esok korang akan tahu. Daniella tersenyum menyenget. Habislah kau Davika!
Theo dan Noah pula masih berada di belakang villa malam itu.
"Aku kurang yakinlah dengan Davika ni. Macam mana kalau dia dah ada plan?" ujar Theo.
"Itu yang aku tengah fikirkan lagi-lagi keselamatan Hana sekarang ni. Aku tak sure kalau dia memang dihalau keluar dari rumah,"
Sedang mereka berbual segala perbualan mereka itu telah direkod pada cctv yang disembunyikan oleh Rayden tempoh hari.
"Apa yang penting kita kena hati-hati selepas ni terutamanya Hana dan anak kamu sebab aku rasa Davika ni dari dulu lagi tak pernah rasa puas hati dengan Hana. Tak logik pula kalau Davika tu secara mengejut rasa menyesal dan sekarang tiba tiba ada di villa ni,"
"Yelah betul juga tu. Esok kita bincang tentang ni lagi dan lagi satu aku nak minta tolong inspektor Mark jejak siapa lelaki dalam rakaman video tu. Memang nak cari nahas agaknya setan tu,"
Theo mengangguk. "Better kita kena cepat cari siapa angkara semua ni sampaikan villa ni pun diserang secara mengejut. Aku yakin ni mesti ada yang cuba nak lepaskan dendam dengan seseorang di villa ni," kata Theo.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top