Bab 48

Davika mengintip pergerakkan Theo dan Noah yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam T&N Hospital.

Dia mengambil telefonnya lalu menghantar mesej kepada Rayden. Setelah yakin Theo dan Noah sudah masuk ke dalam bangunan hospital itu Davika pun segera berlalu pergi.

Dia kemudiaan menuju ke syarikat The Livingston Family untuk mengintip pergerakkan datin Evelyn.

Sampai sahaja di hadapan bangunan yang gah itu Davika pun memberhentikan kereta BMW miliknya di tempat parking.

Kaca mata hitam dipakai sebelum keluar dari kereta. Matanya meliar memerhati kawasan sekeliling mencari susuk tubuh seseorang.

Kelihatan dari jauh datin Evelyn bersama dengan dua orang bodyguard di belakang melangkah masuk ke dalam bangunan.

Davika berpura pura mengeluarkan telefon dan membuat aksi seperti sedang mengambil gambar. Namun matanya mencuri pandang pergerakkan datin Evelyn sehingga hilang dari pandangannya.

Ok. Set!

Satu senyuman jahat terukir di bibir gadis itu. Satu mesej kemudiaan dihantar kepada Rayden.

-mulakan sekarang!

Davika tersenyum puas di dalam keretanya. Ini balasan bagi orang yang tak kenang budi. Pity of you Hana, your husband will be forever mine after this.

Chalida tersenyum melihat Niel yang sedang bermain anak patung di bilik permainan bersama dengan Hana. Comel je baby Niel ni geram pula aku tengok takpelah nak minta izin dari Hana dulu nak main dengan Niel.

Walaupun sakit di hati masih terasa namun Chalida tidak mahu memaksakan dirinya untuk terus menerus berharap Noah mencintainya kerana dia tahu Noah dan Hana layak mendapat kebahagiaan dan tak ada gunanya kalau dia merampas suami orang. Buang masa je dan memalukan.

"Hana...boleh tak kalau saya nak main dengan baby Niel. Dah lama rasanya saya tak dukung baby," ujar Chalida seraya tersenyum kecil.

"Boleh. Kalau macam tu Chalida boleh tak tolong jagakan Niel. Saya nak pergi bersihkan dulu ruang tamu dekat tingkat bawah,"

"Boleh je. Saya ni suka nak main dengan anak kecil sebab telatah budak kecil ni comel sangat nasib baiklah ada Niel hehe,"

Hana mengukir senyuman. "Lepas dah kemas rumah nanti saya naik balik. Thank you tau sebab tolong jagakan Niel," ujar Hana.

"No problem. Baby Niel tak kuat nangis kan?takut pula saya kalau dia menangis nanti,"

"Taklah. Niel okey je tu. Kalau nangis pun sebab nak minta daddy dia dodoikan je. Niel ni ikut perangai Noah sikit. Kuat merajuk,"

Chalida sudah tergelak. Alahai tak berubah lagi rupanya Noah ni. Nasib baik je dia dapat isteri yang kuat bersabar.

"Sabar je lah kalau suami kuat merajuk," kata Chalida dan tawanya terlepas.

"Yelah kan. Merajuk tu pun ada caringnya juga. Okeylah saya dah nak turun kat tingkat bawah. Botol susu ada kat atas meja tu,"

"Okey. Kalau habis nanti saya buat balik,"

"Thanks Chalida."

Hana mula membersihkan ruang tamu bermula dari sudut ke sudut. Villa ini sememangnya mempunyai pembantu rumah namun diberi cuti disebabkan pembantu rumah dalam villa ini mempunyai urusan keluarga di kampung dan pembantu yang lain diberikan cuti rehat oleh datin Evelyn.

Sedang Hana membersihkan ruang tamu dia terkejut dengan bunyi tembakan dari luar villa. Semua peralatan mengemas rumah tadi disimpan dalam keadaan yang tergesa-gesa.

Dari jauh Rayden tersenyum sinis melihat villa The Livingston Family yang diserang secara mengejut oleh konco-konconya.

"Benz aku nak kau culik Hana. Bawa dia pergi di tempat persembunyiaan ruang bawah tanah. Jangan sampai dia tahu siapa punya angkara dalam rancangan ni. Faham!" ujar Rayden.

"Baik bos!"

Chalida menjenguk di luar tingkap. Betapa terkejutnya dia apabila ternampak semua pengawal sudah pun ditembak oleh beberapa orang yang dia tidak kenali.

Hana?dia ada kat tingkat bawah sekarang.

"Niel. Come. Kita pergi tengok mumy," lantas anak kecil itu didukung oleh Chalida. Niel hanya menurut dan langsung tidak menangis. Patung The pooh pula sentiasa berada di pelukkan anak kecil itu.

Setelah yakin semua pintu villa dikunci, Hana ingin menuju ke tingkat atas namun langkahnya terhenti apabila seseorang memanggil namanya dari luar villa.

"Hana. Buka pintu ni kalau kau tak nak semua pengawal dalam villa ni mati teruk!"

Tersentak Hana mendengar kata-kata itu dan dia tidak pasti siapa empunya suara itu.

"Hana..." panggil Chalida dengan suara perlahan.

"Chalida...bawa Niel pergi di ruang bilik bacaan. Kalau awak nampak rak berwarna merah itu bukan rak tapi pintu untuk menuju ke ruang bawah tanah. Awak masuk kat dalam tu dan bersembunyi di sana. Saya tak boleh ikut kalau saya ikut keadaan bertambah buruk dan saya tak nak pengawal dalam villa ni mati begitu sahaja," Hana berkata dalam keadaan separuh berbisik.

"Hana...kau dengar tak ni!!aku tak suka menunggu jangan sampai anak kau pula aku bunuh!" suara seseorang di luar menyentakkan Chalida dan Hana.

"Hana...kalau ada apa-apa terjadi dekat awak macam mana?bahaya Hana. Niel perlukan awak dan ada baiknya kalau kita sama sama keluar dari villa ni," balas Chalida.

"No. Tak boleh. Keadaan di luar lagi bahaya.Saya okey Chalida asalkan Niel selamat dengan awak. Kalau ada apa-apa terjadi dekat saya lepas ni tolong sampaikan pada Noah tolong jagakan Niel untuk saya. Chalida awak pergi sekarang!please!"

Hana mengucup dahi anaknya lama. Air matanya jatuh memikirkan apa yang akan terjadi pada dirinya selepas ini. Dia sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku hari ini sehingga villa keluarganya diserang secara mengejut.

"Kalau macam tu saya ikut apa yang awak cakap. Hana hati-hati. No matter what happen saya yakin awak akan selamat. Saya janji saya akan jaga Niel,"

Hana mengangguk perlahan walhal dalam hatinya dia hanya memikirkan dua ayat sahaja ketika ini. Sama ada mati atau hidup?

Tanpa membuang masa Chalida membawa Niel menuju ke ruang bilik bacaan. Setelah Chalida hilang dari pandangan Hana, pintu villa ditendang kuat dari luar menyebabkan Hana terdorong ke belakang.

"Bodoh!kau dah buang masa aku selama 10 minit tau tak!!"

BANG!







What happen😱😱😱😱

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top