Bab 39
Daniella membuka notification yang baru sahaja masuk.
Miss Daniella maaf kerana menggangu. Saya nampak suami awak di Cafe LA'Hotel dalam keadaan bahaya. Awak kena datang secepat mungkin - unknown
Daniella tidak menunggu lama dia berlari turun ke tingkat bawah mencari Nick sebaik sahaja membaca mesej yang dihantar oleh seseorang yang dia sendiri tidak kenali.
Chalida yang baru sahaja berbual dengan Nick terhenti apabila Daniella datang.
"Nick. Bawa saya pergi di Cafe LA'Hotel sekarang juga!" kedengaran suara Daniella begitu cemas ketika ini.
"Baiklah miss Daniella," balas Nick.
"Nak ikut!bosanlah duduk seorang di villa ni," ujar Chalida.
Mereka bertiga segera masuk ke dalam kereta BMW. Tahap kerisauan Daniella sudah tidak boleh dibawa bincang lagi. Manakan tidak dari jam 7 lagi dia tidak melihat suaminya sehingga sekarang.
Theo tak pernah lagi balik selewat seperti malam ini. Kalau ada dinner pun dia pasti akan balik seawal yang mungkin kecuali dia pun ikut serta namun keadaan malam ini sungguh merisaukannya. Tambahan lagi telefon suaminya itu dioff.
Chalida yang duduk di belakang kerusi penumpang sudah mula tertanya tanya. Aku tengok Daniella macam tengah risaukan sesuatu. Ini mesti ada kena mengena dengan Theo. Bisik dalam hatinya.
Setelah sampai di hadapan LA' Hotel, Nick memberhentikan kereta di tempat parking.
"Miss Daniella. Ada yang tak kena ke?dah jam 10 malam ni," tanya Nick dengan hairan.
"Saya nak cari Theo dekat cafe Hotel ni. Saya ada terima mesej seseorang tadi," Daniella mengeluarkan telefonnya dan mesej itu dibaca oleh Nick dan Chalida.
Tanpa menunggu lama mereka bertiga masuk ke dalam LA'Hotel dengan keadaan yang tergesa gesa tetapi Nick sentiasa memerhatikan keadaan di sekeliling untuk langkah berjaga jaga.
Daniella menuju kearah seorang pekerja perempuan yang sedang membersihkan ruang cafe.
""Maaf, saya nak tanya-"
"Miss Daniella right?ouh tadi ada seseorang tanya saya yang suami miss ada di bilik bernombor 121. Suami miss datang di sini bersama dengan seseorang untuk dinner tapi...saya sendiri tak pasti apa jadi selepas itu. Miss Daniella check sendiri lah ye," kata Joey.
Nick sudah dapat merasakan sesuatu. Dia seperti tahu apa yang terjadi?
Daniella menganggukkan kepalanya perlahan. Risaunya semakin bertambah apabila mendengar yang suaminya berada di bilik dalam hotel ni. Dia takut kalau ada apa-apa yang terjadi pada suaminya.
Sampai sahaja di bilik bernombor 122 pintu yang tidak berkunci itu dipulas oleh Nick.
Terbuntang luas mata mereka bertiga melihat keadaan Theo. Sepertinya masing masing tidak mampu untuk bernafas dengan normal.
Hatinya bagaikan disiat apabila melihat Davika yang tidur disebelah Theo. Nick yang sudah panas hati ingin sahaja meluru ke arah Davika dan Theo tetapi sempat ditahan oleh Daniella.
Chalida menekup mulutnya. Dia
juga turut terkejut dan apa yang lebih mengejutkannya dia kenal siapa perempuan yang tidur disebelah Theo itu. Minah sewel yang hampir aku nak smack down di lif tempoh hari.
"Miss Daniella this can't be happen!" turun naik nafas Nick menahan kemarahannya.
"Saya okey," Daniella berundur setapak demi setapak ke belakang dan segera beredar. Untuk kali pertamanya dia merasakan luka di hatinya yang sungguh sakit berbanding sebelumnya.
Sehinggakan dia masih boleh menipu perasaannya kepada orang lain walhal dalam hatinya sungguh sakit.
Chalida menahan langkah Nick yang baru sahaja ingin mengejar langkah Daniella.
"Nick. Saya rasa kita patut berikan ruang kepada Daniella buat sementara. Saya faham perasaan dia sekarang. Kalau awak turut simpati awak kena dengar apa yang saya cakap," ujar Chalida.
"Saya perlu jaga keselamatan dia dan saya faham perasaan dia sekarang. Chalida jom,"
Chalida sempat memandang ke arah Theo yang masih tidak sedarkan diri itu sebelum pintu ditutup perlahan. Walaupun dia tidak begitu rapat dengan Daniella dan kadang kadang mereka pernah bergaduh namun dia turut merasa simpati dengan Daniella.
***
Daniella duduk di atas birai katil. Dinding bilik ditenungnya lama. Setelah sekian lama menahan dirinya dari menangis namun air matanya tetap jua mengalir keluar.
Pandangannya dialihkan ke arah gambar perkhawinan dia dan Theo.
"One more thing izinkan saya rawat hati sayang supaya tak akan terluka. Cause your hubby is your mr.doctor and the owner only Daniella Collins Livingston."
Kata kata Theo dulu diimbasnya kembali.
Apa yang awak cakap tak betul. Mungkin dulu hanya saya seorang sahaja milik awak tapi sekarang dah berubah. Isteri mana yang tidak terluka bila dapat tahu suaminya tidur dengan perempuan lain.
Saya nak tahu kalau awak cintakan saya atau tak. Kalau awak memang tak cintakan saya jadi tolong jangan buat saya confuse sebab saya tak nak disakiti buat kali yang kedua cause I've had enough of that in my life.
Kalau awak berdiri di hadapan saya sekarang ni saya nak awak lepaskan saya atau saya yang pergi dari hidup awak selama-lamanya, Theo. Saya tak tahu apa yang akan terjadi selepas ini tapi yang saya tahu saya kecewa dengan awak hari ini.
Call tak dapat, mesej tak ada rupanya pergi luangkan masa dengan perempuan tak guna tu.
Noah amat terkejut apabila melihat gambar Theo dan Davika yang telah dihantar oleh seseorang yang dia tidak kenali.
"Kenapa tu?" tanya Hana. Wajah terkejut Noah diperhatinya lama.
"Sayang besok kita terpaksa balik Malaysia. Please...boleh kan?" ujar Noah.
Dia tidak sangka apa yang terjadi antara Theo dan Davika. Mustahil
Theo sanggup buat perkara seperti itu kerana dia kenal siapa Theo dan dia tahu Theo bukan jenis lelaki yang suka berfoya foya apatah lagi lelaki yang tidak setia.
"Tapi kenapa?ada masalah ke?"
"Saya tak faham apa yang terjadi sebenarnya," Noah menunjukkan gambar Theo bersama dengan Davika kepada Hana.
"What!!" Hana lantas menekup mulutnya. Niel yang sedang tidur dilihat sekilas kalau anak itu terganggu dengan jeritannya tadi. Mujur sahaja tidak.
"Apa semua ni?kenapa boleh jadi sampai macam ni!?" kata Hana sekali lagi. Dia seakan tidak percaya dengan apa yang baru sahaja dilihatnya.
"Sayang kita balik esok ya. Saya cuba nak selamatkan keadaan sebab ini melibatkan Theo. Kemungkinan besar akan menjadi masalah yang lebih besar. Saya tak pasti kenapa boleh jadi sampai macam ni," ujar Noah.
Perasaan marah disimpannya dalam hati dan bila bila masa sahaja akan meletus. Apa apa masalah yang melibatkan kawan baiknya dia tidak akan duduk berdiam begitu juga masalah yang melibatkan isterinya.
Hana terpaksa akur walaupun hakikatnya dia belum lagi bersedia untuk balik ke Malaysia. Kalau ikutkan betul dia memang tak boleh pulang sebab datin Kylie dah bagi warning tetapi memandangkan keadaan ini juga akan melibatkan Daniella dia terpaksa pergi.
"Sayang awak tak perlu risau. Saya janji yang keadaan tidak akan ada yang berubah selepas ini. Tak perlu takut dekat mama.
Kalau mama cuba nak ugut sayang lagi Noah akan buat sesuatu. For you and for Niel I will try my hardness to keep us together until forever," tubuh isterinya lantas didakapnya penuh erat.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top