Bab 32
Telefon Noah berbunyi sebaik sahaja dia sampai di hadapan Royal View Resort.
"Noah. Kau kat mana sekarang ni dah sampai ke?" kata Nick di corong telefon.
"Aku dah sampai ni. Hana macam mana?okey?kau ada dengan dia sekarang kan?" tanya Noah yang masih risau.
"Dia okey. Jangan risau. Sekarang ni aku ada dekat resort paling hujung. Kau?" balas Nick.
"Aku kat depan Royal View Resort,"
"Tunggu aku kejap. Aku nak pergi sana,"
"Okey."
Panggilan ditamatkan.
Nick mengetuk pintu resort yang diinapi Han. Sepanjang menjaga keselamatan Hana dia hanya berada di luar resort dan hari ini adalah waktunya untuk kembali semula ke Malaysia.
Beberapa saat kemudian pintu dibuka dari dalam.
"Miss Hana. Saya nak pergi jumpa seseorang kat depan sana tu tapi sekejap je. Awak jangan lupa kunci pintu ni tau. Nanti saya datang balik," ujar Nick.
"Okey, tak apa. Kalau awak ada urusan ambil je masa untuk selesaikannya," balas Hana namun dalam hatinya sudah tertanya tanya. Nick nak jumpa siapa pula?dia ada kawan ke kat Thailand ni.
Nick terus berlalu menuju ke tempat Noah.
"Dia tahu tak aku ada kat sini?"
soalan pertama yang ditanya oleh Noah kepada Nick.
"Tak dia tak tahu. Aku tanya aku nak jumpa kawan tu je. By the way congrats Noah kau dah jadi ayah pun. Aku harap kau dan miss Hana akan bahagia selepas ni. Comel je Niel aku tengok," ujar Nick seraya tersengih.
"Tengok lah daddy dia siapa. Thanks Nick sebab dah tolong tengokkan Hana buat sementara. Aku nak pergi check in dekat resort di sebelah Hana tinggal sekarang tu. Nasib baik aku cepat booking online kalau tak tepaksa berjauhanlah dengan isteri kan?" kata Noah.
"Yelah nasib baik je. Noah aku pun dah nak balik kat Malaysia ni memandangkan kau dah sampai. Tugas aku berakhir kat sini je. Tapi aku nak minta izin dari kau untuk jumpa Hana sekejap sahaja," kata Nick.
"Boleh. Tapi jangan beritahu Hana yang aku ada kat sini. Boleh kan?"
"Dont worry aku tak akan beritahu. Thanks again," ujar Nick.
Nick pun kembali ke resort yang diinapi Hana. Dia perlu memberitahu Hana yang dia akan pulang ke Malaysia hari ini.
Selesai sahaja check in Noah pun merebahkan badannya di atas katil. Fikirannya masih melayang memikirkan akan isterinya dan anaknya.
Niel...daddy nak tengok sangat anak daddy and I really miss you my wife.
Gambar dia dan Hana ditenungnya lama. Hanya gambar sahaja yang dapat mengubati rindu di dalam hatinya selama ini. Tapi lepas ni dia yakin yang dia akan dapat kembalikan kebahagiaan dia dan isterinya dahulu. Itu janjinya.
***
"Betul awak dah nak pergi?" tanya Hana sekali lagi. Hairan juga dia sebab Nick berada di Thailand tak sampai sehari pun dah nak balik.
"Yes miss Hana. Jadi lepas ni jaga diri dan yang paling penting keselamatan Hana dan Niel. Kalau ada sesiapa yang Hana tak kenal cuba nak bantu Hana tolong jangan sesekali terima. Pintu sentiasa kena kunci walaupun Hana keluar sekejap je. Saya dah pasang alarm untuk kesan kalau ada sesiapa yang cuba pecah masuk dalam resort ni. Kalau Hana takut atau ada seseorang yang cuba nak lukakan Hana minta je bantuan orang yang menginap di sebelah resort Hana. Dont worry he is a kind man and also my friend," panjang lebar Nick memberi pesanan kepada Hana.
"Dont worry about me Nick. Saya tak banyak keluar lagipun saya tengah berpantang. Kalau saya keluar pun just pergi check up baby and pergi beli barang dapur tapi tak lama. Awak jangan risau ya. Beritahu Daniella yang saya minta maaf kerana terpaksa pergi dari villa tu tanpa pengetahuan dia dan beritahu dia juga yang saya okey di sini," ujar Hana.
Nick tersenyum. Sebenarnya amat berat untuk dia tinggakkan Hana. Tapi memandangkan Noah dah ada dia perlu pergi. Mereka perlu diberi ruang untuk bersama seperti dulu.
"Nanti saya beritahu dia jangan risau. Flight saya pukul 5 petang dan saya kena pergi sekarang. Take care and I hope miss Hana akan bahagia selepas ni. Goodbye Niel..uncle pergi dulu ya," pipi Niel sempat diusapnya lembut.
"Have a safe flight Nick. Say bye bye to uncle Nick," Hana mengangkat perlahan tangan Niel dan melambaikan tangan kecil itu ke arah Nick.
Nick tersenyum melihat Niel. Dia pun melambaikan tangannya ke arah Hana sebelum berlalu pergi.
Senyuman Noah sentiasa terukir melihat isterinya yang masih berdiri di hadapan pintu resort. Noah hanya mencuri pandang ke arah isterinya dari jauh. Pandang dari jauh pun bolehlah asalkan tak angau lagi nak tatap gambar dia setiap hari. Bisik dalam hati Noah.
Dia menunggu sehingga isterinya menutup pintu setelah itu barulah dia masuk ke dalam resort yang diinapinya.
***
"Betul ke ma?" tanya Davika dan bepura pura terkejut. Padahal dalam hati bukan main gembira lagi.
"Yes betul. Noah pergi di Thailand sebab dia nak balas apa yang Hana buat dekat mama. Mama ni pandai berlakon tengok dah tertipu pun Noah," kata datin Kylie dengan bangga sekali.
"Tapi ma Hana mengandung?" kata Davika.
"Biarkan je semua tu. Bukan penting pun. Aku tak percaya anak dalam perut dia tu cucu aku!aku tak akan percaya!" balas datin Kylie dengan geram.
Davika tersenyum sinis dalam hati. Ada baiknya juga kalau kandungan dia gugur.
"Davika kita kena buat something supaya ingatan Noah tak akan pulih. Kita tak boleh biarkan dia ingat siapa Hana dalam hidup dia!Davika kena bantu mama ya," ujar datin Kylie bersungguh sungguh.
"Baiklah ma. Davika akan sentiasa bantu mama. Dont worry," balas Davika.
Noah percayalah awak tetap akan jadi milik saya dan bukan Hana. Saya nak kita bersama seperti dulu. Saya janji saya tak akan lepaskan awak selama-lamanya. Bisik dalam hati Davika.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top