Bab 11
Datin Kylie dan dato Vincent sungguh terkejut apabila melihat lima keping gambar Hana bersama seorang lelaki yang diambil oleh Davika.
"Saya tak sangka!begitu cepat Hana dapat teman lelaki. Dia ni memang layak digelar perempuan murahan!" Datin Kylie berasa sungguh tidak berpuas hati ketika itu.
Dato Vincent mendengus perlahan dengan perangai isterinya yang meluluh tanpa usul periksa terlebih dahulu. Inilah sikap yang paling ketara pada perubahan isterinya itu dari hari ke hari.
"Tenang dulu. Kita tak boleh main tuduh je. Kylie,t olonglah jangan terlampau mudah percaya. Sedangkan orang yang berpura pura baik di depan boleh membuat orang jatuh beratus kali inikan pula setakat gambar je. Davika tell me. Macam mana kamu tahu ini kekasih Hana?explain to me!" tegas sahaja suara dato Vincent ketika itu.
"Uncle maaflah kalau apa yang Davika cakap ni buat uncle rasa sedih tapi Davika memang nampak dengan jelas kemesraan Hana bersama dengan lelaki itu lagaknya seperti pasangan suami isteri saja. Saya sedih nampak Hana berubah sejauh begitu, saya tak sangka Hana sanggup buat begitu pada Noah," air mata palsu Davika jatuh perlahan-lahan.
"Dengar tak apa Davika kata?dia dah jelas bagi bukti pada kita. Hana tu perempuan palsu. Berpura pura baik di depan keluarga kita. Kenapa nak pertahankan perempuan tu lagi?fikir-fikirkanlah!" Datin Kylie menjeling ke arah suaminya. Tak habis- habis nak backup si Hana tu. Entah apa yang istimewa pada perempuan tu pun aku tak tahu.
Ya, dulu memang dia tidak nafikan Hana itu gadis yang besopan santun namun apabila mendengar penjelasan Davika mengenai Hana semua tanggapan positif itu sudah hilang dan bertukar mnjadi marah dan benci.
"Jangan pula menyesal suatu hari nanti. Ingat!saya akan selidik setiap orang yang 'bermain tajam' di belakang saya. Kylie,
terpulang pada awak nak percaya ataupun tidak saya tak kisah!" Dato Vincent terus berlalu meninggalkan mereka berdua.
Davika sudah mula naik geram dalam diam. Kenapalah orang tua tu susah sangat ditipu. Apa sebenarnya jenis otak dia tu. Tua-tua pun masih pintar juga.
"Davika, its okey. Mama sentiasa percayakan Davika sebab mama tahu yang Davika orang baik. Jangan sedih ya..." datin Kylie mengelus lembut tangan Davika.
Davika tersenyum seraya mengangguk.
Well, datin Kylie always be my number one supporter. Aku tahu suatu hari nanti dato Vincent pasti akan terjatuh di tangan aku!kita tengok siapa yang pintar orang tua tu atau aku?
***
"Kau macam mana sekarang ni?dah lama kita tak lepak macam dulu. Tapi apa apapun aku harap kau cepat sembuh and kalau kau nak minta apa-apa pertolongan dari aku just say it. Aku sentiasa ada untuk kau," kata Theo.
"Betul kau nak bantu aku?" tanya Noah sengaja. Theo menepuk perlahan dahinya.
"Aik, kau ingat aku ni jenis lupa kawan ke. Bro, aku ikhlas tau. Kau lah satu satunya sahabat aku dalam dunia ni sampai di akhirat. Aku sayang kau tau uhuks..." Theo buat gaya acah acah muntah gitu. Aduh apasal rasa macam lain semacam pula cakap begini haha.
"Okeylah..Aku pun sayang kau juga. Kaulah sahabat baik aku dalam dunia ni. Paling setia dan susah nak cari, nasib baik je aku bertuah. Bro, aku nak tanya. Siapa perempuan ni?aku tak kenal pun perempuan ni. Kenapa gambar dia banyak dalam gallery phone aku?" Noah menunjukkan gambar dia bersama dengan seorang perempuan yang dia tidak kenali kepada Theo.
Theo melihat gambar Noah bersama dengan Hana yang diambil semasa wedding day mereka. Aduh macam mana aku nak explain?
"Kau betul betul nak tahu?tapi janji dengan aku kau tak akan paksakan otak kau tu untuk ingat perempuan ni lepas aku dah ceritakan semuanya," ujar Theo bernada serius.
Mungkin aku perlu jelaskan dia perkara yang sebenar sebab Hana perlukan Noah walaupun Noah belum pulih. Maafkan aku datin Kylie aku terpaksa buka cerita.
"Okey aku janji," balas Noah yang sudah tidak sabar menunggu jawapan.
Dah kenapa pula sampai berjanji bagai penting sangat ke perempuan ni dalam hidup aku. Bisik Noah dalam hati.
"Sebenarnya-"
"Tuan Noah, ada seseorang yang nak jumpa dengan tuan. Katanya dia isteri tuan," ujar setiausaha Noah.
"Biarkan dia masuk," balas Noah.
"Baiklah tuan,"
Setiausahanya pun berlalu pergi namun di dalam hati sudah mula tertanya tanya. Mustahil tuan Noah ada isteri kedua. Siapa sebenarnya perempuan tadi tu?
"Bro aku keluar dulu. Kalau ada masa aku akan sambung semula perbualan kita tadi. Aku nak pergi uruskan hospital. Just call me anytime," kata Theo. Fuh nasib baiklah ada yang kacau daun tenang juga aku sekarang ni.
Noah sekadar mengangguk. Selepas Theo berlalu keluar, Davika pun masuk ke dalam office Noah dengan senyuman yang manis.
"Hubby...you okey tak ni?kenapa macam sakit je I tengok. Meh sini I tolong urut," kata Davika.
"Tak apa. Awak duduklah. Tunggu saya selesaikan kerja ni lepas tu kita pergi cafe. Can you?" ujar Noah.
"Okey. I tunggu kat sini. Kalau ada apa apa you nak minta tolong just panggil I. Kesian you mesti penatkan," Davika mengambil tempat duduk di sebelah Noah sambil itu dia mengamati wajah Noah dalam diam.
"Tak penat mana pun asalkan awak ada di samping saya," kata Noah seraya tersenyum. Davika pula sudah tersipu malu. Bahu Noah terus dipukul dengan manjanya.
Irine pelik melihat kemesraan Noah dengan seorang perempuan yang menggelarkan dirinya isteri Noah tadi padahal setahu dia perempuan itu tidak pernah pun menjadi isteri Noah kecuali Hana.
"Elly kau rasa perempuan tadi tu isteri tuan Noah ke?aku tak percayalah. Mesti dia ambil kesempatan. Tuan Noah kan hilang ingatan. Kesian Hana ditinggalkan begitu sahaja," Irine berkata dengan rasa tidak puas hati.
Yelah dia kan peminat setia tuan Noah dan Hana yang dianggapnya best relationship ever dan pasangan paling romantik.
"Aku tak tahulah tapi yang aku tahu Hana dibuang dari keluarga Noah oleh ibu Noah. Aku dengar Hana cuma tumpang kekayaan dalam keluarga mereka diorangkan orang ternama di seluruh bandar mustahil kalau tak ada yang ambil kesempatan terhadap keluarga Noah," balas Elly.
Irine begitu terkejut. Dia sama sekali tidak akan mempercayai cerita itu kerana dia percaya yang Hana adalah seorang yang berhati lembut. Dia bukan perempuan gold digger yang mata duitan.
"Ceh ni mesti fitnah!yelah beribu ribu perempuan di bandar ni yang cemburu melihat kemesraan Noah dan Hana mustahil tidak ada yang berani buat fitnah sengaja ingin memisahkan mereka berdua!" ujar Irine dengan nada yang sedikit marah.
Elly hanya mengangkat kedua dua belah bahunya. Mungkin ada betulnya juga tapi aku support kalau perempuan yang baru masuk tadi tu jadi isteri kedua tuan Noah. They looks so perfect!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top