𝗧𝗪𝗘𝗟𝗩𝗘
•┈┈┈•┈┈┈•┈┈┈•┈┈┈•┈┈┈•┈┈┈
Taehyun membuang pandangannya ke luar tingkap . Bosan melanda bila dia tidak tahu hendak berbuat apa .
Kafe Geunyoung dan Hoseok tutup sejak tiga hari lalu . Geunyoung juga tidak membalas chatnya , apatah lagi membacanya .
Penuh tanda tanya Taehyun jadinya . Semak fikiran dia bila fikir seorang diri .
Dia nak luah dekat Yoongi , Yoongi saja tiba - tiba menyahaktifkan account kakaotalk dia . Sampai ke hari ini , tiada langsung dia berjumpa dengan Yoongi .
" Fikir apa itu ? " tegur Yeonjun , Taehyun melepaskan keluhan kecil .
" Kau kenal Min Yoongi tak ? " soalan mengejut ditujukan kepada Yeonjun , namun gelengan kepala yang dia dapat .
" Aku tak kenal , cumanya aku pernah dengar nama dia je . Jimin hyung pernah sebut "
Terus Taehyun nak Yeonjun bawa dia jumpa Jimin . Yeonjun pun go on jelah , bukan susah pun nak cari Jimin .
Jimin dengan dia tinggal bersebelahan je . Bezanya , Yeonjun tinggal seorang diri manakala Jimin tinggal dengan isteri dia , Yuha .
Ding ! Dong !
Beberapa kali Yeonjun menekan loceng pintu rumah , akhirnya Yuha yang keluar menyapa Yeonjun .
" Ah , Yeonjun . Kenapa gelabah sangat tekan loceng pintu itu ? Nak kata rindu , sebelah rumah je pun "
Yeonjun ketawa kecil mendengar usikan Yuha . Taehyun boleh nampak keakraban yang terjalin antara Yeonjun dan Yuha .
Taehyun mengukir senyuman manis saat bertatapan dengan gadis bernama Yuha ini .
Cantik ! Tapi dah berpunya .
Tak mengapa , Taehyun . Geunyoung masih available .
" Jimin hyung ada tak , noona ? Kawan saya nak jumpa " Yeonjun memberitahu niat asalnya kepada Yuha .
Tak sampai beberapa minit , Jimin pula keluar dari dalam rumah .
Sempat dia menggosok kepala Yuha manja membuatkan Yeonjun dan Taehyun rasa nak menyendu kerana single .
Jimin , hormat orang single please hiks .
Dia menghampiri Yeonjun dan Taehyun seraya bertanya , " Kenapa nak jumpa hyung ? "
Taehyun menjawab , " Hyung kenal Yoongi ? "
Jimin memandang Yuha sekilas sebelum wajahnya bertukar keruh .
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top