WATAK
AYIE~(MUHD ASRI B. DATUK MUHD ARIF)_
CEO EAGLE'S HOLDING.
AYANA-(NUR ELLYANA MAISARA BT MUHD IZZAT)_gadis autisme yang menjalani hidup penuh dengan kesukaran. Usia 20 tahun.
NADIM-(AHMAD NADIM BIN HASHIM)~seorang yang gentle dan penyayang.
KHAIRUL/YO bin Hassan
Jenis cool. Sahabat baik kepada Ayie. Dia juga bekerja dalam satu syarikat dengan Ayie. Dibawah Datuk Arif.
Zikri bin Hassan
Adik bongsu Khairul. Sepupu Nadim. Serius orangnya. Adakala kaki sakat abangnya. Masih pelajar.
Turut menjaga dan sayangkan Ayana seperti kakaknya.
19tahun
Zhafira
Setiausaha Ayie.
Humble orangnya. Mudah tersenyum .
Dan mula rapat dengan Khairul sejak bekerja sebumbung. Dan timbul bibit cinta di hati masing-masing.
20-an
Zarra Elvira
Rakan kolej Zikri.
Diva top di kolej. Namun rasa tergugat bila dirinya langsung tak dihiraukan Zikri. Dia rasa tercabar dan menjalankan misi untuk kenakan Zikri. Apa akan jadi?
19tahun
WANI-(NURUL HAWANI BT TAN SRI SHAHARIN)
Obses dengan Ayie. Hidup penuh di selubungi dengan kejahatan. Sanggup mengupah orang untuk membunuh Ayana dan Ayie.
20-an
HAKIM
Abang angkat Wani yang sanggup setia menurut segala arahan Wani kerana ada hati pada adik angkatnya itu. Waima membunuh.
20-an
NADIA NAILA
kakak Nadim dan Nadhif.
Bencikan Ayana. Hingga menyeksa hidup gadis istimewa itu tanpa belas ihsan. Tanpa pengetahuan Nadim.
30tahun
PN. Mona
Ibu Nadim, Nadia dan Nadhif.
Bongkak. Bencikan Ayana. Sanggup menyiksa gadis itu hingga terlantar di ICU.
50-an
NADHIF NAAIL
Anak bongsu dalam keluarganya.
Penyelamat Ellyana disaat gadis itu hampir mati gara-gara Nadia. Kakaknya sndiri. Dan dia yang melaporkan segalanya pada pihak polis. Watak Doktor yang baru balik dari India.
20-an
Nurul Shafikah/Ika
Sahabat baik Khairul dan bekas kekasih Ayie. Dia juga yang menyelamatkan Ayie dari diheret ke balai atas tuduhan merogol Ayana. Mati angkara jahat Wani krana marah rapat dgn Ayie.
20-an
PUTERI ESHAL ERYNA
obses dengan cinta Nadim hingga berdendam pada Ayana. Dan sanggup mencuba membunuh Ayana dan akhirnya dia dipenjarakan. Dia dipasungkan dalam kurungan defendan agresif. Kerana terlalu agresif dan menjerit bagai orang gila kerana tak boleh terima dgn kematian adiknya Megat Eijaz Emir akibat ditembak polis.
20-an
MEGAT EIJAZ EMIR
Adik kepada Puteri Eshal.
Membalas dendam untuk kakaknya dgn menculik Ayie dan Ayana. Diseksanya secukupnya hgga hampir membawa maut kedua-dua mereka di dalam sebuah kapal vendetta milik keluarga Megat.
19tahun
KOJECK-
Konco Wani. Setia menurut arahan Wani kerana menyimpan perasaan pada gadis itu sejak zaman sekolah. Malangnya tak pernah dilayan. Hanya di layan bila perlu. Akhirnya dipenjarakan. Namun dia berdendam dgn Wani bila Wani berjaya dibebaskan oleh abangnya Hakim menggunakan peguam. Kojeck berjaya lari dari lokap dan menculik Wani. Dia berjaya membunuh Wani dengan kejam yang Maha kejam hingga tidk mampu diselamatkan.
20-an
INSP. IZZUDDIN
Polis pongoih dan tegas baran. Sukar ditipu atau diputar belit oleh penjenayah. Bijak menghidu bau kegiatan jenayah.
Lagak dan gaya seperti FBI. Bijak mengatur strategi. Dia juga tlh byk membantu Ayie memberkas penjenayah yang mengganggu hidup Ayie Dan Ayana.
30 tahun
En. Hassan
Bapa Khairul dan Zikri.
Baik dan sayangkan anak2 serta Ambil berat ttg Ayana.
50-an
Pn. Jamilah.
Ibu Khairul dan Zikri.
Baik dan penyayang.
Rapat dngn nenek Mariam jirannya. Iaitu nenek Ayana.
50-an
Pn. Mariam iaitu nenek Ayana.
Penyayang. Tegas. Modern style. Sgt melindungi cucunya Ayana.
60-AN
Hashim
Bapa Nadim, Nadia & Nadhif.
Perosak Ayana.
Pesakit mental yang disahkan oleh doktor kerana tekanan dengan isterinya yang garang.
50-AN
50-an
Semua watak ni sy amek yang penting je dalam story ni. Yg lain tu bayangkan sendiri jela. Hahaha. Sis malas nak cari gambar dah.
Sebenarnya watak autisme ini diinspirasikan oleh adik sis sendiri. Dia lelaki . Muhd. Akmal. Usianya dirahsiakan. Tetapi perangai dia memang sama macam yang sis sampaikan dalam watak Ayana. Sis bukan mereka cerita. Sis benar-benar mengalami sendiri berdepan dengan anak syurga ni sejak kecil. Jadi sis tahu sikap dia macam mana. Sis jmpa pakar dgn fmly, dia separuh autisme. Separuh normal. Memang jarang jadi pada semua anak autisme. Dia jenis autisme bukan hypo. Dan faham apa saja orang buat dekat dia. Dan dia akan ingt apa org buat dkat dia. Jgn main2 dgn anak autisme. Dia akan jadi fobia dgn org tu Smpai bila2. Waima org tu hanya marah dia sekali dlm nada tengking. Ada skli org ni tengking adik sis Akmal autisme. Dia takut dan beringat sampai bila2. Sedih tgk dia menangis mendayu sayu. Walhal salah sikit je sebab dia sentuh barang org tu. Sis xnk mention nama dia. Tapi dia punya naik angin tu macam Akmal buat salah besar. Dia tengking Akmal. Sedih mmg menusuk hingga ke tulang putih bila Akmal ditengking sebegitu. 😭lepastu dia xnak pandang muka sampai ke harini. Org tu pujuk la macam mana pun, Akmal takkan mahu. Dia akan menangis menjerit kalau dipaksa juga dia untuk pergi dkt org tu. Sedihnya hanya Allah yang tahu. Itu berdasarkan pengalaman sis yang pernah jaga dia dari kecil sampai besar. Dia sangat istimewa family kami. Dia mudah tersentuh hati. Dia rindukan arwah abah sis tapi tak pandai bagitahu dia hanya akan pamerkan tangis. Berminggu tak lalu makan. Sebab dia sgt rapat dgn arwah abah sis. Dia sgt rindukan arwah abah sis hingga berhari 2 muram. Jenuh kami sekeluarga pujuk dia supaya dia pulih semula smgt. Lpas 3bulan alhamdulillah dia ok. Ya dia suka merayau keluar rumah kalau kita xtgok dia. Pergi taman dan kemana-mana je dia nak pergi. Sebab tu dia perlu dikawal. Dia tahu nak makan nak minum ambil sendiri. Dia tahu mandi sendiri. Dia tahu segalanya. Bancuh air sendiri. Tapi kena pantau. Kalau tidak, gula satu cawan penuh🤣dia xpandai buat lawak macam org norml. Tapi dia akan ketawa bila dia dgr sesuatu yg pelik. Contoh bersin. Batuk. Sendawa. Kentut. Dia akan ketawa terkekeh2. Dia merasakan itu lucu dan akan mengejek balik apa yang dia dgr. 🤣 Tapi gaya dia tu lucu. Kita pula yg klakor tgk aksi dia. Itulah dia perangai dia yang sbnr. Dia juga ada perasaan pada perempuan. Dan malu2 bila org usik dia dgn mana2 perempuan. Comel Akmal di situ pada penglihatan kami. Dan sis masukkan pengalaman ni dlm Story AYANA versi perempuan . Dan kalau korang nak tahu, Akmal adik sis suka berdelusi. Tersenyum tergelak sendiri seolah ada orang bercakap dgn dia. Sebab tu sis letak Ayana tu suka dlm dunia delusi. Jgn salah faham mengatakan dia bercakap dgn hantu. Tak. Anak istimewa seperti mereka banyak berdelusi. Itu yang sis nak bagitahu dlm Ayana. Ayana bukan mimpi bertemu Nadim. Tapi hanya ilusi dia saja. Yang hanya dia nampak dan mungkin dia yang mencipta sendiri dunia ilusi tu. Dan dalam Ayana ni sis bayangkan watak Akmal versi perempuan . Air mata Akmal SIS terbayangkan dalam watak Ayana . 😭😢Harap anda semua terhibur dgn watak Ayana yang diinspirasikan dari kisah benar. Kisah adik sis sendiri. Ya, sis Tak malu mengaku ada adik separuh autisme. Sebab sis nak semua tahu anak autisme juga punya hati dan perasaan yang perlu dijaga. Bukan dihina dikeji. 😢 Maaf jika Story ni tidak mampu menarik minat hati pembaca. Dan ini adalah kisah watak yang benar. Hanya jalan ceritanya saja sis reka sendiri biar ia nampak dramatik gitu😁
Dan sis harap anda faham maksud delusi bukan mimpi. Mimpi itu jika bertemu seseorang dan bercakap itu bukan roh. Tetapi watak Ayana atau Ayie atau Puteri Eshal yang bercakap dengan orang yang dah mati tu bukan mimpi. Itu sebenarnya delusi mereka saja. Yang orang lain tak nampak tetapi mereka nampak dan merasakan seolah-olah mereka sedang bercakap dengan orang yang tak ada. Jadi jgn salah faham mengatakan Ayana ke Ayie ke Eshal ke bercakap dgn setan. X. Diorang hanya berdelusi. Mencipta watak yang dh mati dalam ilusi mereka sendiri. Dan merasakan seolah2 wtk tu hidup n bercakap dgn mereka hingga terbawa di dalam tidur mereka. Itu yang sis nak sampaikan sebenrnya hehe. Harap anda faham ya
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top